Grab The Promo

Virtual Annual Dinner 2020

Pada 9 Febuari yang lepas Syarikat dimana Cik iena bekerja telah mengadakan annual dinner secara virtual. Mungkin kedengaran agak pelik tapi ianya adalah kenyataan. Seperti kita sedia maklum duia telah dilanda wabak Covid-19. Wabak yang sangat bahaya ini sedikit sebanyak telah melumpuhkan sistem ekonomi negara. Banyak sektor terpaksa bekerja daripada rumah dan hanya sebahagian sektor sahaja yang dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Virtual Annual Dinner 2020

 

Acara Annual dinner bagi setiap syarikat merupakan acara wajib setiap tahun bagi menghargai pekerja. Bagi meneruskan acara ini walau dimusim pandemik covid-19, Syarikat kami telah menganjurkan Virtual Annual Dinner melalui voov meeting. Persediaan untuk Virtual annual Dinner ini tentulah telah diatur lebih kurang dua minggu awal oleh Buffed club committe. 

Buffed Club merupakan nama kelab yang kami namakan dimana ianya merupakan kelab yang mewakili kesemua pekerja dimana terdapat  sekumpulan ahli jawatankuasa yang berfungsi untuk merancang aktiviti sosial syarikat dikalangan pekerja. Wujudnya Kelab ini adalah untuk mempereratkan lagi sillaturrahim sesama rakan sekerja. Kami tidak sekadar bekerja malahan tetap keep in touch diluar waktu bekerja.

 


Virtual Annual Dinner 2020

 

Pelbagai aktiviti yang diaturkan. Terpulang sama ada pekerja mahu sertai atau tidak. Untuk yang sertai pasti ada reward. Kami mempunyai aplikasi untuk Buffed club yang merekodkan kehadiran. Bagi setiap kehadiran pula diberi diamond. Dimana diamonds ini boleh ditukarkan kepada pelbagai jenis barangan makanan di pantry office.

 

Virtual Annual Dinner 2020


Okay Cik iena teruskan kepada acara Virtual Annual Dinner kami. Antara aktiviti yang kami rancang adalah pertandingan best dress,pertandingan nyanyian dan juga terdapat game ringkas iaitu Draw and guess. Anda boleh tonton vlog yang sempat Cik iena rakam. Walaubagaimanapun untuk draw and guess cik iena tak sempat rakam sebab Cik iena sedang menyemak keputusan undian pertandingan nyanyian.

 

Virtual Annual Dinner 2020

 

Untuk acara-acara yang kami aturkan setiap bahagian mempunyai person incharge untuk laksanakan . Cik iena ditugaskan untuk membuat borang online bagi penyertaan nyanyian dan juga borang untuk undian. Untuk borang penyertaan serta undian pertandingan nyanyian dan pertandingan Best Dress kami menggunakan Google form sahaja.

Seperti annual dinner biasa mesti ada host untuk majlis ni. Kali ni acara ini di hostkan oleh Afni dan juga Shah. Memang meriah afni and shah yang jadi host sebab mereka berdua di pejabat memang suka tergelak dan memang lawak orangya jadi acara jadi lebih meriah. Comel sangat bahasa rojak Afni buat kami terhibur.  

 

Male Host for our Virtual Annual Dinner 2020
Perkenalkan host kami Shah. Di office karekter dia lawak tapi kali ni dia agak serius ya jadi host but still buat kami terhibur :)

FeMale Host for our Virtual Annual Dinner 2020
FeMale Host for our Virtual Annual Dinner 2020. Afni memang lawak. sama karektar dia dekat pejabat. Paling win bahasa rojak. Yes sangat terhibur. Rasa majlis ni santai dan semua orang enjoy

 



Virtual Annual Dinner 2020

Jika sebut annual dinner pasti tidak lari dari hidangan makanan yang sedap. Pastinya kami juga dijamu dengan makanan yang enak. Syarikat mengaturkan penghantaran   makanan dari Nale The Nasi Lemak untuk semua pekerja.  Maaf Cik iena pun tak sempat ambil gambar makanan sebab masa makanan sampai team ajk buffed club sedang rehearsal untuk majlis virtual annual dinner.

 


Virtual Annual Dinner 2020

 

Ya sudah pasti akan ada reherasal supaya majlis virtual annual dinner berjalan lancar sama seperti majlis annual dinner yang sering kita adakan. Dibawah merupakan tentatif majlis kami dan juga Cik iena kongsikan vlog Virtual Annual dinner kami baru baru ini.


Virtual Annual Dinner 2020

 

Virtual Annual Dinner 2020

 

Sebelum teruskan menulis Cik iena perkenalkan antara buffed club committee disebalik tabir majlis Virtual Annual dinnner ni yang Cik iena ada gambar ootd Virtual Annual dinnner mereka.

 

Buffed club committee 

Amin


buffed club committee
Amin

Irfan

 

buffed club committee
Irfan

 

Habib

buffed club committee
Habib

Kelly ( Boeh rujuk gambar best dress award)

Afni (boleh rujuk gambar female host)

iena ( boleh rujuk pic dibawah)

Najwa

buffed club committee
Najwa


Lain lain takde hantargambar penyertaan Best dress so tiada gambar lah iena letak. Lain lain buffed club committee Daisy, Honphun and Khing.


Best Dress Virtual Annual Dinner

Gambar berikut merupakan penyertaan yang kami terima untuk katagori Female dan Male. Nampaknya lelaki lagi ramai yang sertai :)
 
Best Dress Virtual Annual Dinner
6 Penyertaan untuk katagori Female




Best Dress Virtual Annual Dinner  
11 Penyertaan untuk kategori Male
 
 
 
 
Best Dress Virtual Annual Dinner

Semestinya Cik iena sentiasa tak terlepas untuk sertai Best Dress sebab Cik iena memang suka berfashion. Kali ini tema Free style sebab semua work from home . Tahun ini sama seperti tahun lepas Cik iena takde beli baju. Cuma guna baju yang sedia ada sahaja memandangkan Cik iena seorang fashion blogger yang sering diundang ke majlis majlis tertentu pastinya Cik iena ada banyak Dress jadi Cik iena guna Dress sedia ada sahaja.


Best Dress Virtual Annual Dinner

 

Tahun ni memandangkan dirumah tak ramai yang menghantarkan penyertaan.  Cik iena memang suka memeriahkan penyertaan. ootd cantik cantik untuk feed instagram jugak. Ouh tapi masa hari kejadian tak post di insta feed cuma di insta story sebab ada schedule paid post yang perlu Cik iena post di instagram. Gambar da basi baru nak upload :)


Best Dress Virtual Annual Dinner

 

Ramai yang reply story iena cakap baju cantik. Terima kasih banyak banyak. Baju ni iena beli lama dah tahun 2019. Kalau sesiapa nak cari dress cantik boleh cari di https://zalora.prf.hn/l/7AvkwE4

 

Best Dress Virtual Annual Dinner


 

 

Pemenang Best Dress Virtual Annual Dinner 2020

Tahun ini pemenang Best Dress Virtuan Annual Dinner 2020 adalah Kelly Dan Paan. Paan sangat cute memang comel sesuai dengan tema free style work from home. Kelly memang sentiasa Cantik. Wahh terkejut Kelly nampak tinggi tapi dia tak tinggi pun hehe. Kamera Trick. Pandai yang ambil gambar tu.


Best Dress Virtual Annual Dinner

Best Dress Virtual Annual Dinner
Kelly our Miss President Buffed Club
 
Pemenang adalah berdasarkan undian. Untuk best dress dikelolakan oleh Irfan dan Habib. Cik iena terlupa pula nak mintak contoh form dan screenshot result undian. Untuk bahagian result undian ni mereka pun tak kongsi dalam buffed club commitee group jadi Cik iena tak tau la carta nya bagaimana. Macam cik iena once tau result terus kongsi didalam group supaya semua committee dapat tengok bukti pemenang gitu :)

 
 

Pertandingan Karaoke  Virtual Annual Dinner 2020


Setiap tahun acara wajib annual dinner kami adalah pertandingan nyanyian. Tahun ini dijuarai Oleh Taufiq dan diikuti naib johan Hazim, tempat ke tiga Amin, keempat Khing dan ke lima Kelly.

Berikut Contoh borang undian yang simple dan mudah serta keputusan.
 
 
 
 

Pertandingan Karaoke  Virtuan Annual Dinner 2020

 
Cik iena kongsikan untuk rujukan kalau ada yang nak buat virtual annual dinner. Selain acara diatas kami juga ada acara cabutan bertuah dimana semua pekerja akan dapat hadiah. Boleh rujuk vlog untuk hadiah cabutan bertuah.
 


Best Dress Virtual Annual Dinner



Cabutan Bertuah Oleh Boss

Acara cabutan bertuah dibuat oleh Boss kami tentunya. Boss yang cabut nama pemenang cabutan bertuah dan AJK lain bertanggungjawab untuk catit nama siapa yang dapat hadiah itu dan ini. Sama seperti bahagian lain semuanya akan ada ajk yang ditentukan untuk mencatit nama atau keputusan.

Maaf nama boss tak boleh tulis sebab sebelum ni pernah tulis artikel wedding ex boss letak nama penuh bila orang google nama penuh terjumpa. So agak bahaya untuk boss  boss ya. Identiti perlu dirahsiakan gitu. Sebab malas nak edit blog buang nama. Sebab sebelum ni dah pernah terjadi. Haha


Review Nale Nasi Lemak

Okay menyempat Cik iena nak review walaupun tak sempat nak ambil gambar. Secara keseluruhannya nasi lemak dia sangat sedap dan Cik iena sangat suggest kalau anda juga nak cuba. Cik iena pernah terbaca orang tulis NAle ni the best nasi lemak in KL. Ya Cik iena sokong memang sedap. Walaupun Cik iena makan dah malam selepas majlis. Disebabkan sibuk rehearsal dan kemudian terus majlis bermula memang tak sempat makan. Selepas majlis baru makan. Walaupun dah sejuk tetap sedap nasi lemak Nale.

Untuk pesanan Nasi lemak nale klik https://www.thenale.com/


Selain nasi lemak, syarikat juga ada berikav Voucher RM20 Baskin robins. Memang menarik. Semua staff dapat voucher ni. Cik iena memang suka makan ni. Hari Khamis dah start cuti CNY terus pergi Baskin robins Cheras Leisure Mall.


Plannya nak redeem tapi malangnya masa tu cashier tu masukkan code iena berkali kali tak boleh. TErpaksalah bayar sendiri dan cuba next time. Sebab Kawan pejabat yang lain ada yang dapat redeem. CIk iena syak staff baskin robins tu tak pernah kendalikan voucher code. Kalau tak kenapa dekat outlet lain boleh redeem kan.

Walaupun tak jadi redeem lagi tetap nak belanja gambar BR.

 

Vlog Virtuan Annual Dinner 2020

 


 SENARAI PEMENANG DAN HADIAH

Best Dress Awards

1. Farhan (RM200)
2. Kelly (RM200)


Special Prizes (Buffed Club)

1. Zai (RM300)
2. Amin (RM200)
3. Irfan (RM100)


Game Winner List ( Draw and guess)


1) Nini
2) Aishah
3) Nabilah
4) Afiq
5) Adel
6) Liken
7) Liken
8) Hazim
9) Nabilah
10) Safwan

Karaoke Competition:


1st RM300 - Taufiq
2nd RM250  - Hazim
3rd RM150 - Amin
Consolation prize RM50 - King & Kelly


Cabutan bertuah banyak sangat hadiah menarik boleh tonton vlog diatas . Cabutan bertuah cik iena dapat Car air purifier . Melepas nak Vacuum mahal tuh hehe takde rezeki. Haaa anda pula bagaimana? Syarikat ada buat Virtual annual dinner tak?




33 comments:

  1. ya ampun...seronoknya...macam ni pun dah cukup enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups betul..buat virtual annual dinner pun dah enjoy :)

      Delete
  2. Hmmm........musim pandemic nie memang vistual party shj lah yg kita boley buat. Virtual pun dress-up you all hebat2 belaka juga wat. Like you pink dress, Iena.

    ReplyDelete
  3. Meriah nyer sambutan uols walaupun online. This is the right way to embrace the new norm. Tahniah to your company sebab tetap meneruskan acara walaupun WFH.

    ReplyDelete
  4. Iena kan memnag tak pernah tak bergaya . Maintain je lawa ha. Seronokkan tengok, memang bestla company Iena..sesuaikan dengan norma baharu dan tetap buat something untuk staf !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dinner kt umah pn nk pakai dress kan..adek iena gelak je :D

      Delete
  5. Waaa virtual pun nampak meriah beno..
    Cantik sungguh baju ko, kena pink dengan Iena laa..

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada annual event macam ni walaupun buat secara virtual sahaja... today pun i ada appreciation lunch same macam ni buat virtual sahaja.. at least the team can get together and seeing one another kan..

    ReplyDelete
  7. Uwahhhh seronok eh ada virtual dinner. Ada yg pakai baju tdo tak haha. Tak terpikir dek akal annual dinner pun boleh di-virtual-kan. Corona oh corona

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mcm tak nampak yg pakai baju tido tp baju biasa biasa duduk rumah ade :D

      Delete
  8. Pergh ada siap pemilihan baju tercantik..bagusnyaa..pelbagai jenis pakaian diperaagakn..sekarang memenag apa-apa virtual meeting je. Cantik iena

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah ada pemilihan baju tercantik..nak buat sama macam annual diner biasa buat :)

      Delete
  9. First time dengar pasal virtual dinner ni. Menarik konsepnya. Walaupun virtual tapi meriah

    ReplyDelete
  10. this is so fun. despite being conducted online, so much effort goes into making it a success and exciting for all. love the best dressed awards too!

    ReplyDelete
  11. Bagusnya. Idea yg kreatif dan inovatif oleh company untuk membuatkan pekerja rasa dihargai walaupun terpaksa wfh.

    ReplyDelete
  12. syok juga kan walau dalam annual dinner secara atas talian jer. cantik lah dress ina, suka warna pink!

    ReplyDelete
  13. so innovative & creative of your virtual annual dinner attended, all dressed up so nicely :D thanks for sharing this, enjoyed my read & love the captures shared. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  14. Wow your company really did an awesome job in hosting this online annual dinner. Guess nothing can dampen the spirit right? :)

    ReplyDelete
  15. Hahajaj biarpun virtual ttp nampak seronok event ni... Esp yg pakaian tu...mcm2 ada ya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yups betul tu kak, walaupun virtual tetap seronok :)

      Delete
  16. This is so cool! Nowadays everyone been going to E = Internet , apa2 pun Virtual .. cool kan?

    ReplyDelete
  17. Virtual pun virtual laaa too gempak seyhh... Baju iena lawanya! Sesuatu ngan iena.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve