Grab The Promo

CHAMPS® DUOPHARMA BIOTECH DAN NASOM ANJUR KEMPEN KUTIP DERMA UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG AUTISME, MENAMPILKAN KARYA SENI KANAK-KANAK AUTISME


Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.

Ianya tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal. Autisme dapat dilihat melalui defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.
Autisme kebiasaannya muncul pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3 tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan.


CHAMPS® DUOPHARMA BIOTECH DAN NASOM ANJUR KEMPEN KUTIP DERMA UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG AUTISME, MENAMPILKAN KARYA SENI KANAK-KANAK AUTISME



Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
 
Kuala Lumpur, 9 April 2021. Bersempena  Bulan Autisme Sedunia iaitu April. Jenama vitamin terkenal kanak-kanak yang terbesar di Malaysia, CHAMPS®  dengan kerjasama pertubuhan amal bukan kerajaan, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), telah menganjurkan kempen kesedaran di seluruh negara buat tahun kelima dalam usaha meningkatkan penerimaan umum terhadap Autisme di Malaysia.

 

CHAMPS ialah jenama pemakanan kesihatan terkemuka keluaran bahagian Penjagaan Kesihatan Pengguna (CHC) syarikat farmaseutikal terkemuka Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech).Ianya juga merupakan Vitamin Pilihan Ibu Untuk Juara. 


from left to right 1.Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM, President of NASOM2.Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia3.Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Group Managing Director of Duopharma BiotechBerhad
from left to right 1.Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM, President of NASOM2.Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia3.Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Group Managing Director of Duopharma BiotechBerhad
 

Majlis Pelancaran kempen Kesedaran Autisme CHAMPS®-NASOM 2021, dengan tema ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’, telah dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Lebih 150 hasil karya lukisan tangan kanak-kanak autisme turut dipamerkan sebagai sebahagian daripada usaha mengutip dana bagi menyokong perkhidmatan dan program NASOM.

 

Menurut YB Khairy Jamaluddin

 “Saya dan isteri memang ada kepentingan secara peribadi untuk menggalakkan kesedaran autisme dan membolehkan pesakit memanfaatkan terapi, terutamanya membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu membayar yuran. Kami percaya setiap kanak-kanak autisme seharusnya diiktiraf dan dipupuk untuk mencapai potensi penuh mereka dan menjalani kehidupan yang bermakna.”

 

Untuk pengetahuan CHAMPS® juga akan menyampaikan sumbangan daripada hasil jualannya, iaitu menerusi kerjasama dengan Guardian Malaysia, iaitu RM 1 daripada jualan setiap pek promosi Vitamin C CHAMPS® akan disumbangkan kepada NASOM. Usaha sama dengan salah satu daripada rangkaian runcit terbesar bagi CHAMPS® ini bertujuan menggalakkan pembelian produk Vitamin C CHAMPS® di kedai sepanjang April 2021. Sehingga kini, CHAMPS® telah menyumbang RM269, 217.50 kepada NASOM, membawa kerjasama industri ini ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech berkata,

 "Kami berbangga untuk meraikan kerjasama penting selama 5 tahun dengan NASOM untuk menyokong usaha meningkatkan kesedaran dan penerimaan terhadap autisme di Malaysia. Menerusi kempen ini, bakat-bakat seni kanak-kanak diketengahkan buat pertama kali, dengan mempamerkan hasil karya insan autisme di bawah Program Terapi Seni NASOM.”

 

“Kami yakin bahawa kempen kesedaran ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’ akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan sokongan bagi komuniti autisme sambil memupuk bakat mereka selain menggalakkan keterangkuman dalam masyarakat, agar mereka terus berkomunikasi melalui seni,” tambah beliau.

 

Autisme diiktiraf sebagai salah satu keadaan yang paling pantas berkembang di peringkat global, meliputi pelbagai bentuk gangguan perkembangan dari segi interaksi sosial dan kemahiran komunikasi asas. Salah satu kaedah komunikasi yang digunakan NASOM ialah terapi seni bagi kanak-kanak autisme untuk membantu mereka menyerlahkan bakat dan berkomunikasi menerusi karya kreatif. Seni didapati satu wadah yang sangat positif bagi kanak-kanak autisme, membolehkan mereka meluahkan pandangan dan perasaan masing-masing secara bebas.

 

from left to right 1.Yvonne Chew Ee Hong, Senior Manager,Duopharma Consumer Healthcare Sdn Bhd, Pengurus Kanan Pemasaran-Duopharma Consumer Healthcare Sdn Bhd2.Shamsul Idham Ahad, Ketua Pegawai Eksekutif, DuopharmaConsumer Healthcare Sdn. Bhd., Chief Executive Officer3.Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM, President of NASOM4.Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia5.Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Group Managing Director of Duopharma BiotechBerhad 6.Encik Fernando Gongora, Ketua Jabatan Penjagaan Kesihatan Guardian Malaysia, Head of Health Care, Guardian Malaysia
from left to right 1.Yvonne Chew Ee Hong, Senior Manager,Duopharma Consumer Healthcare Sdn Bhd, Pengurus Kanan Pemasaran-Duopharma Consumer Healthcare Sdn Bhd2.Shamsul Idham Ahad, Ketua Pegawai Eksekutif, DuopharmaConsumer Healthcare Sdn. Bhd., Chief Executive Officer3.Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM, President of NASOM4.Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia5.Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Group Managing Director of Duopharma BiotechBerhad 6.Encik Fernando Gongora, Ketua Jabatan Penjagaan Kesihatan Guardian Malaysia, Head of Health Care, Guardian Malaysia

 
 
Dalam pada itu, semasa merakamkan penghargaan atas sokongan dan sumbangan Duopharma Biotech sepanjang tempoh lima tahun lepas, Dato’ Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin, Presiden NASOM President berkata,

 “Kami berharap menerusi kempen ‘Kasihi Autisme Bersama CHAMPS®’ orang ramai akan dapat mengiktiraf kanak-kanak istimewa ini dan cara mereka berkomunikasi. Setiap kanak-kanak adalah berbeza, lebih-lebih lagi kanak-kanak autisme. Seni itu sendiri ialah satu bentuk terapi yang bukan sahaja akan merangsang daya imaginasi kanak-kanak, tetapi mengasah kemahiran mereka untuk berinteraksi dengan pihak lain. Kaedah ini memainkan peranan penting untuk menyemai kebolehan kanak-kanak autisme, dan dengan dorongan yang betul, kami berharap mereka dapat mengembangkan bakat dan membawa manfaat kepada masyarakat menerusi kreativiti mereka.”

 

Untuk makluman anda lagi Karya seni oleh kanak-kanak autisme NASOM dipamerkan untuk jualan di www.dbhealth2go.com bermula dari 8 April 2021 hingga 15 Jun 2021.  

Kesemua hasil jualan ini akan disalurkan untuk menyokong usaha NASOM meningkatkan kualiti kehidupan insan dengan autisme dan keluarga mereka menerusi program, perkhidmatan, sumber, ilmu dan inovasi sosial mereka, sambil memperjuangkan hak dan membuka peluang bagi insan autisme.
 

CHAMPS® DUOPHARMA BIOTECH DAN NASOM ANJUR KEMPEN KUTIP DERMA UNTUK TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG AUTISME, MENAMPILKAN KARYA SENI KANAK-KANAK AUTISME
 

 
Program ini merupakan inidiatif yang sangat bagus dari CHAMPS-NASOM yang sangat banyak memberi manfaat oada golongan Autisme dan keluarga mereka. 
Untuk pengetahuan anda lagi, Kempen Kesedaran Autisme CHAMPS-NASOM telah memenangi Anugerah Jenama Kesihatan dan Kesejahteraan Malaysia 2017 di bawah kategori CSR terbaik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Untuk Maklumat Lanjut



#PilihanIbuUntukJuara #KasihiAutismeBersamaChamps #AutismAwareness #BreakTheStigma #NASOMCares

 


 


15 comments:

  1. Bagus juga ada program sebegini untuk golongan autism. Wahhhh YB Khairy Jamaluddin pun ada. Suka nama program ini Kasihi Autisme Bersama Champs.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah program yg bagus. sambil membeli boleh mengumpul dana bagi mereka yg memerlukan :)

    ReplyDelete
  3. Semoga makin ramai yg buka mata ttg autism ni dengan kempen2 begini.

    ReplyDelete
  4. wuuu teringat dulu salu gak makan vitamin ni. favourite! sedap dan berkhasiat gitu budak-budak sangat suka vitamin ni

    ReplyDelete
  5. Teringat vitamin champs ni masa kecik2. Bagus dioerang adakan aktiviti macam ni terutama membantu anak2 autism ni. Orang kata membeli sambil beramal..

    ReplyDelete
  6. Anak autisme mmg istimewa. Apa yg depa nampak lain dan hasil karya lukisan mereka mesti menarik tk mcm org biasa. Bagus kempen utk kesedaran autisme buat org ramai.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah. Lebih banyak kempen kesedaran berkenaan autisme diperlukan kerana Malaysia masih di aras rendah dalam pemahaman berkenaan autisme

    ReplyDelete
  8. pernah pergi satu event hasil seni kanak kanak autisme memang lagi cantik dari orang yang normal dari I ni... realistik pon adooo.. suka betul kempen begini heeee

    ReplyDelete
  9. Bagus sangat usaha yang dijalankan. Semoga lebih ramai masyarakat celik tentang autism ni dan sama2 beri sokongan.

    ReplyDelete
  10. Bagus champs adakan kempen awareness mcm ni. Sekurangnya kita boleh menjadi sebahagian masyarakat yg prihatin

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah program CSR yang bagus ni.. tahniah buat semua yang terlibat.. Champs ni vitamin anak-anak Sis masa kanak-kanak, memang hari-hari Sis beri makan Champs ni..

    ReplyDelete
  12. Inisiatif yang bagus! Lukisan anak-anak istimewa tu pun cantik tau. Mereka lebih kreatif dan teliti. Akak pernah tengok mereka melukis dan mewarna. Fokus yang bagus.

    ReplyDelete
  13. Menarik.. suka tengok hasil karya kanak-kanak autisme, so pure and sincere.. thanks for the link website, oh lukisan mereka macam way better than mine back in primary school jer. :)

    ReplyDelete
  14. CHAMPS has been my household trusted vit since I was young! Nice job to them this time

    ReplyDelete
  15. Wah bagusnya Champs ni bantu anak2 autism. They need special help.. Alhamdulillah za mmg Beli Champs utk anak2. Dpt juga menyumbang sambil membeli

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve