Grab The Promo

Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie Dengan Susu Kurma Farm Fresh

Coolblog  merupakan sebuah jenama pencuci mulut dan minuman berasaskan Kiosk di Malaysia. Ianya berinovasi dalam mencari perisa tempatan dan global yang terbaik dengan menggunakan penciptaan ais campuran dan smoothie. 

Coolblog bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 rasa pencuci mulut dan minuman dengan lebih daripada 300 varian produk. CoolBlog telah mensasarkan rancangan pertumbuhan tiga tahun untuk meningkatkan jumlah gerai di pasaran tempatan kepada 500 gerai.

Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

Terkini Coolblog dan Farm Fresh berkolaborasi dengan menghasilkan Minuman Coolblog Kathira Smoothie dan  Bandung Smoothieyang menggunakan Susu Kurma Farm Fresh . Seperti kita sedia maklum Susu Kurma Farm Fresh merupakan Tradisi Penuh Kenikmatan yang Bakal Memeriahkan Ramadan Anda .



KOLABORASI TERKINI COOLBLOG DAN FARM FRESH MENGINDAHKAN RAMADAN ANDA


Coolblog memeriahkan sambutan Ramadan dengan kempen Tradisi Cool Ramadan. Kempen ini  diterajui oleh dua perasa minuman terbaru iaitu Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. 

Berbeza dari tahun sebelum ini, Coolblog bakal menyajikan minuman baru mereka bersama jenama susu terkenal tempatan iaitu Farm Fresh. Kolaborasi ini menambahkan lagi keenakkan rasa Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie kerana menggunakan Susu Kurma Farm Fresh.  


Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

Ianya didatangkan dalam saiz 700ml, dan dijual pada harga RM9.80 dan RM8.80 setiap satu. Buat anda penggemar Coolblog khususnya Cik iena, kini anda boleh mendapatkan rasa Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie di seluruh cawagan Coolblog berhampiran anda. Cik iena juga pasti takkan lepaskan peluang untuk mencuba menu ramadhan terbaru dari Coolblog ini.

 

Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

 

Di kampung iena, Batang Kali,penduduk setempat memang sinonim dengan jenama Coolblog ini kerana ianya telah pun lama bertapak di Batang Kali berbanding jenama lain yang baru mula muncul di Batang Kali. Cik iena yakin dan pasti kebanyakan orang batang Kali Jika memberi barangan dapur di Econsave Batang kali pasti akan membeli air Coolblog buat anak-anak mereka kerana Kiosk Coolblog itu sendiri menarik perhatian kanak-kanak yang melihatnya.

 

PELANCARAN COOLBLOG X FARM FRESH MALAYSIA


Coolblog sekali lagi mengangkat minuman nostalgia bandung dan kathira dengan memberi nafas baharu mengikut citarasa orang ramai masa kini melalui kempen Tradisi Cool Ramadan. Keistimewaan dan keunikkan nilai tradisi air kathira dan air bandung diterjemahkan oleh Coolblog menerusi Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie yang sememangnya menjadi menu minuman wajib oleh Coolblog sempena Ramadan. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telah menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021.

 

Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

 


Bagi kempen Ramadan tahun ini, Coolblog berkerjasama dengan sebuah jenama gergasi tempatan iaitu Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai didalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Kerjasama dua jenama hebat tempatan ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat dimana Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar didalam pasaran serta menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar yang tersendiri. Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh dapat bersama-sama meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan lagi jenama di dalam industri.


Mesej utama kempen ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. 

 

 

Kathira Smoothie


Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

 

Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh.

Bandung Smoothie 

Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

 

Manakala, Bandung Smoothie adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog. Kathira Smoothie dijual pada harga RM9.80 manakala Bandung Smoothie pula pada harga RM8.80.


Kini anda boleh Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini di bulan Ramadan dan dapatkan di kesemua cawangan Coolblog. Sila rujuk laman web rasmi dan Instagram rasmi Coolblog untuk senarai cawangan yang mengambil bahagian.


Menurut Win Zaidi Zakaria,Selaku Pengurus Pemasaran Coolblog Malaysia


"Kempen Tradisi Cool Ramadan diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah cara kami memeriahkan sambutan Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa. Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie menggunakan Susu Kurma Farm Fresh telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan. Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami. Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.


Apa yang menarik pada kempen Tradisi Cool Ramadan ini adalah pada strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut. Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.


Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”

Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh


REVIEW KATHIRA DAN BANDUNG SMOOTHIE

 


cool blog batang kali
Coolblog Econsave Batang Kali

 

Baru baru ini juga Cik iena sendiri Sempat mencuba dua minuman terbaru kolaborasi antara Coolblog dan Farm Fresh ini ketika Cik iena balik kampung di Batang kali dan membawa ibu membeli barang dapur di Econsave selepas waktu berbuka. Almaklumhah Cik iena sibuk dan jarang balik. Keesokan harinya pun jadual sibuk. Jadi setibanya Cik iena di kampung, berbuka puasa, magrib dan terus bawa puan ibunda beli barang dapur. 


REVIEW KATHIRA DAN BANDUNG SMOOTHIE

 

Kebetulan masuk sahaja Econsave memang akan nampak Coolblog.  Diantara kedua duanya Cik iena lebih menggemari air katira. Walaubagaimanapun kedua dua air ini agak manis kerana menggunakan susu kurma farm fresh yang sememangnya sudah manis dan ditambah dengan gula merah yang memang kebiasaannya digunakan oleh jenama ini.


Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

 

 

Untuk anda penggemar minumam manis akan suka akan kemanisan air ini ditambah dengan jeli pandan, selasih, dan jeli kurma bagi Kahtira Smoothie. Penggemar air bandung juga akan rasa kelainan bandung smoothie ini dengan jeli gula perang premium yang terdapat dalam minuman ini.


Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh


Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

 

Kepada anda diluar sana jangan lepaskan peluang untuk rasa sendiri rasa minuman terbaru sempena ramadhan ini kolaborasi dari coolblog dan farm fresh.

 



Coolblog Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie  Dengan Susu Kurma Farm Fresh

 

 

Untuk Maklumat Lanjut

Instagram : @CoolblogMalaysia
FAcebook : Coolblog Malaysia

 
#TradisiCool
#KathiraSmoothie
#BandungSmoothie
#CoolblogMalaysia



21 comments:

  1. aduh kak , terus teringin pula. nak kena cari dan try la.

    ReplyDelete
  2. Wah baru tahu menu baru CoolBlog ni, boleh cuba nanti terliur dengan katira smoothies

    ReplyDelete
  3. Nasiblah kiosk Cool Blog ni dekat dengan rumah , paling teruja nak cuba yang Khatira tu sebab nampak betul sedapnya. Akak pun lebih suka pilih jenama Cool Blog berbanding jenama lain.

    ReplyDelete
  4. Memang paling kita suka antara dua ni adalah Kathira sedap giler rasa lain sangat sebab guna susu Farm Fresh Kurma lak tu rasa sihat dan bertenaga selepas berbuka hehehehe nak beli lagi nanti suka sangat...

    ReplyDelete
  5. Sedap kan air dia! Suka yang khatira tu sebab rasa dia really pure. Nak beli lgi lah pasni

    ReplyDelete
  6. Rawlins suka warna warni kedua-dua minuman tapi paling suka is Kathira tu. Yang Rawlins pergi kat Mines tu, dia nyer barista power gila - laju je dia siapkan order

    ReplyDelete
  7. Belum dapat lagi mencubanya..nak beli online takut cair.. tapi tetap juga nak cuba laa, terasa-rasa dek tekak sirap bandung tu haaaa

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap dan refreshing. Akak suka coolblog ni. Nangi nak cuba Kathira tu. Waktu bulan Ramadan minuman tu paling dirindui.

    ReplyDelete
  9. Yummeh! Those who love a treat after meal can get a cup of coolblog! I love the susu kurma will try out the new series.

    ReplyDelete
  10. air cool blog memang sedap..dulu akk suka betul air khatira cool blog..tahun ni tak sempat lagi gi cari hehehe

    ReplyDelete
  11. Boleh la try minuman dari coolblog ni... I remember dulu2 rajin order coolblog sebab BBT lain wujud kat Malaysia.. Hehe

    ReplyDelete
  12. Pergh menarik kerjasam coolblog dengan susu farmfreah. Pastu air kathira..Kreatif..boleh cuba ni nanti..lama tka minum coolblog

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak minum coolblog npk sedap coolblog Jhatira

    ReplyDelete
  14. Minuman nampak macam sedap je... boleh cuba la

    ReplyDelete
  15. Sal tak pernah try lagi coolblog ni tapi bila tengok katira smoothie tu sangat menyelerakan. Nanti ada masa nak try order la. Anak-anak sure suka ni

    ReplyDelete
  16. Fav kite ni coolblog. Nmpk air katira ni menarik betul. Boleh cuba ni. Dahaga pulak tekak ni

    ReplyDelete
  17. Suka sangat dengan collaboration ni! I memamg suka dengan dua-dua brand ni, sebab sedap.

    ReplyDelete
  18. Really want to try the kurma milk version as I love kurma, hence I am sure the taste will be super delicious. :D

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak minum Cool Blog. Saya first time dgr ttg minuman kathira ni. Boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  20. Aduhhh... Terliur tengok tau! Nak cuba laaa Khatira Cool Blog sebab anak pun suka

    ReplyDelete
  21. Terliur betul tengok kolaborasi coolblog dengan farm fresh ni. Nak rasa la Coolblog Kathira Smoothies ni.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve