Grab The Promo
Grab The Promo
Grab The Promo

LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?

Musim Lockdown ni berat badan memang agak merisaukan bila kita work from home memang Cik iena yakin kita akan lebih kerap makan berbanding jika bekerja di pejabat. Tambahan lagi ada banyak aktiviti masak yang kita buat dirumah terutama yang sudah bekeluarga.

 

LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?

 

Bila dah kerap makan pastinya berat badan kita akan naik bukan? Dalam mengatasi masalah berat badan naik Cik iena tertarik dengan satu posting di instagram Leedee.hq yang menyatakan bahawa Leedee Pineapple dikatakan mampu menurunkan berat badan sebanyak 10KG dalam masa 10 hari dan untuk dapatkan kesan yang bagus lagi perlu diambil dengan Leedee Tox Peach.

 


 

Serius sangat teruja nak test keberkesanan nya. Adakah kenyataan ini betul. Kalau betul memang melompat lompat lah berat turun dalam masa 10 hari kan. Maka dengan itu Cik iena pun Cuba lah 1 Kotak Leedee Pineapple dengan Leedee Tox Peach. Kedua dua kotak ini mengandungi jumlah sachet yang sama iaitu 10 sachet 1 kotak.

 

REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH
LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

 

Tapi sebelum Cik iena kongsikan Review Jujur pengambilan 10 sachet Leedee Pineapple dengan Leedee Tox Peach ni. Cik iena kongsikan terlebih dahulu tentang kedua dua produk istimewa ini.


 

PRODUK LEEDEE NI ADA KELULUSAN KE?


REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH
 LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

 

Ini pasti menjadi tanda tanya semua orang apabila nak amalkan apa apa supplements. Kita sememangnya tidak boleh ambil sembarangan supplements tanpa tahu tentang kelulusan produk tersebut. Supplements ni melibatkan kesihatan kita juga. Kalau tersalah ambil memang boleh memudaratkan kesihatan kita.

Orang kata kita perlu pentingkan kesihatan kita dahulu. Perlu kaji sejauh mana produk ini selamat untuk diamalkan.  Sebelum tu jom kenali apa itu Leedee.

 

APA ITU LEEDEE?

Leedee merupakan produk keluaran NADD EMPIRE SDN BHD. Leedee adalah produk makanan tambahan berupa Serbuk Sachet dan telah 3 tahun di pasaran sejak 2018. Leedee Pineapple adalah makanan tambahan yang berasaskan Jus Nenas Brazil dan Manga Afrika sebagai bahan utama bersama campuran makanan Raspberry Ketone, Hoodia, Bitter Orange, dan fructose adalah gula yang dikenali sebagai gula buah kerana ia terdapat dalam banyak buah-buahan untuk pengurusan berat badan.
 

Jadi Leedee ni sama sepertimana jenama jenama diluar dan yang ada dekat drugstore dan farmasi. Cuma ianya tidak dijual di farmasi.


KENAPA LEEDEE TAK JUAL DI FARMASI?

Mesti ada keraguan dihati kenapa tidak ada dijual difarmasi. Untuk pengetahuan, Leedee didaftarkan sebagai jualan online jadi ianya tidak termasuk ke  farmasi dan drugstore lain.Untuk dapatkan produk Leedee anda perlu melalui talian atau agen yang berdaftar.


JADI BAHAYA KE TIDAK LEEDEE NI?


Leedee merupakan satu jenama, dan bila sebut bahaya atau tidak orang lebih kaitkan dengan supplements / makanan tambahan yang dihasilkan bagi membantu orang-orang yang
mengalami masalah berat badan atau mempunyai masalah pembuangan.

 

REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH
LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

 


Leedee juga telah mendapat surat BKKM iaitu dibawah Pengkelasan Makanan dan bukan dibawah ubat-ubatan yang perlu didaftar dibawah ubatan. Selain daripada itu, Leedee juga telah mendapat kelulusan Ujian Makmal daripada Malaysia dan malah Singapura juga iaitu ALS dan menunjukkan Leedee terbukti bebas dari bahan terlarang Sibutramine.


Sebagaimana yang anda tahu, setiap makanan tambahan/supplements kategori berkaitan haruslah
melalui product registration di Malaysia. Berikut adalah certificate yang dikeluarkan terhadap produk Leedee.

 

Lampiran pengkelasan produk leedee
Lampiran pengkelasan produk leedee

 


Laporan kelulusan Ujian Makmal
Laporan kelulusan Ujian Makmal


Laporan Ujian Makmal yang menyatakan bebas daripada sibutramine
Laporan Ujian Makmal yang menyatakan bebas daripada sibutramine


Laporan Ujian Makmal ALS (SINGAPURA) yang menyatakan bebas daripada sibutramine
Laporan Ujian Makmal ALS (SINGAPURA) yang menyatakan bebas daripada sibutramine


Haa sekarang dah tau Leedee selamat digunakan dan tidak merbahaya berdasarkan laporan laporan ujian makmal dan laporan pengkelasan produk leedee yanng dilampirkan diatas. Jadi Sekarang Cik iena nak cerita pula tentang Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach.


LEEDEE PINEAPPLE

Leedee Pineapple didatangkan dalam bentuk serbuk sachet dan ianya boleh damalkan dengan dua cara iaitu kemam atau minum bersama air. Leedee Pineapple dikatakan  mampu membakar Lemak 6 kali ganda  di bahagian Perut, Peha dan juga lengan Lengan.


LEEDEE PINEAPPLE
LEEDEE PINEAPPLE

 

Dengan produk ini anda tidak perlu bersenam bersungguh sungguh. Cukup sekadar 10-20 minit sehari sahaja. Anda juga tidak perlu berlapar kerana produk ini akan membuatkan perut anda berasa kenyang disamping dapat mengawal nafsu makan serta ianya dikatakan produk yang mampu meningkatkan metabolisma badan anda.
 

Selain berfungsi untuk menurunkan berat badan ianya juga berfungsi untuk mencantikkan kulit anda kerana ianya mengandungi Vitamin C. Kandungan Vitamin C dalam satu sachet adalah 200 mg.

 

6 BAHAN TERBAIK LEEDEE PINEAPPLE JUICE


1. NENAS

  • Membakar Lemak
  • Kaya dgn Vit C
  • Melawaskan
  • Menghaluskan kulit wajah
  • Mencerahkan Kulit



2. GARCINIA

  • Meningkatkan Tenaga
  • Mengurangkan Selera Makan
  • Menstabilkan Mood


3. MANGGA AFRIKA

  • Meningkatkan Metabolisma
  • Menukar Lemak ke Tenaga
  • Membakar Lemak
  • Melambatkan pembentukkan lemak
  • Perut Rasa Kenyang


4. RASPBERRY KETONE

  • Meningkatkan Metabolisma
  • Melambatkan Pembentukkan Lemak
  • Membakar Lemak
  • Mengurangkan Selera Makan
  • Meningkatkan Tenaga


5. HOODIA

  • Mengawal Selera Makan
  • Membakar Lemak Degil
  • Menukarkan Lemak ke Tenaga
  • Badan lebih Bertenaga


6.  FRUCTOSE

  • Gula Asli dalam buah-buahan



CARA PENGAMBILAN LEEDEE PINEAPPLE

1 sachet pagi 30 min sebelum sarapan pagi.  Untuk anda yang ada gastrik disarankan untuk ambil
30 min selepas sarapan pagi Dan jangan lupa banyakkan minum air putih untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak.

 

Harga Leedee Pineapple

Leedee Pineapple berharga RM89.00(sm) RM92(ss)

 

LEEDEE TOX PEACH

Leedee Tox Peach merupakan produk  Melawaskan  tanpa sakit perut yang memulas yang dapat membantu masalah sembelit disamping Menyingkirkan toksin dalam badan. Ianya dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan dapat mengembalikan kecergasan badan yang lesu.


LEEDEE TOX PEACH
LEEDEE TOX PEACH

 

Selain itu ianya juga mengandungi 200 mg Vitamin C bagi setiap sachet yang mampu mencantik dan mencerahkan kulit anda.

Ianya didatangkan dalam bentuk sachet liquid. Sangat mudah untuk diamalkan .Rasanya juga sangat sedap dan pastu membuatkan anda rasa ingin makan lebih dari satu sachet sehari.

 

10 Bahan Terbaik Leedee-Tox Peach


1. PEACH JUICE

  • Tinggi serat
  • Membantu sistem pencernaan
  • Tinggi Vit C
  • Menghaluskan kulit wajah
  • Mencerahkan Kulit


2. ALOE VERA

  • Melegakan sembelit
  • Membuang toksin dalam tubuh
  • Bagus untuk rambut & kulit



3. GUARANA SEED

  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Menurunkan berat badan
  • Menyihatkan mata


4. PASSION FRUIT

  • Kaya Vit C
  • Meningkatkan sistem pencernaan
  • Mengandungi Vit A
  • Tinggi Antioksidan


5. VITAMIN C

  • Kulit berseri
  • Menghindari jangkitan kuman
  • Penghasilan kolagen


6. OAT FIBER

  • Untuk tenaga
  • Membantu masalah sembelit
  • Kesihatan jantung
  • Kulit cantik


7. PEAR

  • Antioksidan
  • Sumber Vit C
  • Mencegah sembelit
  • Tinggi serat
  • Bagus untuk kulit


8. FLAXSEED

  • Tinggi Serat
  • Mengurangkan berat badan
  • Antioksida
  • Kesihatan Pencernaan


9. L-CYSTEINE

  • Anti-Penuaan
  • Untuk Detox
  • Mencerahkan kulit
  • Menguatkan sistem imun


10. SOLUBLE CORN FIBER

  • Kesihatan penghadaman
  • Penyerapan calcium yg baik

 


CARA PENGAMBILAN LEEDEE TOX PEACH 

1 sachet sebelum tidur malam . Jika ingin lebih sedap, Simpan di dalam peti ais
sebelum amalkan.

Untuk anda yang  ada masalah sembelit disarankan ambil 1 sachet setiap hari atau 2 hari 1 kali (bergantung pada keperluan setiap badan)


Leedee Tox Peach
Cik iena suka giler Leedee Tox Peach ni memang sedap. Tak letak dalam peti ais pun iena dah rasa sedapnya. Kalau letak dalam peti ais lagi berganda sedap. Kalau ikut nafsu tak cukup satu ni hehe


 

Bagi yang tiada masalah Sembelit disarankan ambil separuh sachet dan  amalkan 2 atau 3 kali
sehari. Separuh sachet boleh simpan di dalam peti sejuk.

Apa yang penting anda perlu Cukupkan minum air putih untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak

 

Harga Leedee Tox Peach

Leedee Tox Peach berharga RM79(sm) RM82(ss)


REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

Baiklah sekarang Cik iena akan berkongsi review penggunaan kedua dua produk ini untuk 10 sachet. Tapi Cik iena ada berhenti ambil masa hari ke 7 sebab Cik iena baru lepas ambil vaksin AZ takut ada kesan lain pula nanti. jadi Cik iena berhenti dua hari dari amalkan apa apa supplements kecuali Vitamin C.

 


REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH

 

Semasa 6 hari pengambilan kedua dua produk ini tiada kesan penurunan berat badan yang Cik iena dapat. Ini mungkin kerana faktor usia CIk iena yang dah 3 series dan kadar metabolisma Cik iena rendah dengan tambahan masalah pencernaan yang dihadapi. Kesan yang dapat adalah perut berasa kenyang dan badan rasa bertenaga walaupun Cik iena stop pengambilan Kafein.

Cik iena ada baca untuk dapatkan kesan yang bagus perlu tinggalkan kafein. Jadi ini dikira pecah rekod Cik iena tak amalkan sebarang kafein semasa amalkan kedua dua produk ini. Jika sebelum ini Cik iena amat memerlukan kafein supaya Cik iena bertenaga dan tidak mengan tuk jika buat kerja.

Dengan pengambilan kedua dua produk ini Cik iena tidak berasa mengantuk bahkan badan rasa lebih bertenaga. Perut rasa kenyang selalu. Memang tiada rasa nafsu nak makan. Cuma Disini situasi Cik iena Cik iena perlu paksa diri makan mengikut waktu makan Cik iena.

Untuk pengetahuan Cik iena memang ada masalah perut tidak boleh kosong. Beberapa tahun lepas Cik iena pernah kogsi di Blog. Ini berkaitan kesihatan pankreas Cik iena. jadi yang ni memang Cik iena perlu paksa diri untuk makan sebab kesihatan perut Cik iena yang berkehendakkan Cik iena untuk makan setiap kali tiba waktunya.

Selain kesan kenyang dan bertenaga, kedua dua produk ini sememangnya sangat membantu masalah pencernaan Cik iena. Cik iena memang susah nak membuang dalam masa seminggu. Secara normalnya jika tidak mengambil ubat untuk melawaskan Cik iena takkan membuang. Cik iena akan membuang seminggu sekali.

Ni memang masalah dari dulu sampai sekarang. Memang memerlukan ubat lawas untuk membuang. Alhamdulillah dengan amalkan dua produk ini. Cik iena akan membuang selepas sarapan pagi. Bila kita dapat membuang memang perut tu rasa ringan.

Dibawah Cik iena kongsikan video unboxing selepas 5  hari Cik iena dah amalkan. Ni sehari sebelum pergi vaksin.


VIDEO LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?



Rekod Berat di awal Pengambilan Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach


LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?
Rekod timbang berat Cik iena semasa hari pertama pengambilan Leedee Tox Peach pada 14 Jun 2021 malam sebelum tidur. Mengikut rekod Berat 57.5 KG dengan bacaan Body Fat 27.7%


Selepas ambil vaksin Cik iena berhentikan pengambilan selama dua hari dan kemudian sambung semula. Bila dua hari stop maka dengan itu dua hari juga tidak membuang. Selepas sambung makan, Cik iena kembali membuang seperti biasa.

 

Berikut pula selepas hari terakhir pengambilan Leedee Tox Peach dan Leedee Pineapple

 

LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?
Rekod timbang berat Cik iena amalkan 10 sachet  Leedee Tox Peach dan Leedee Pineapple pada  27 Jun 2021 pagi. Mengikut rekod Berat 57.2 KG dengan bacaan Body Fat 27.6%

 

Secara kesimpulannya selama amalkan 10 sachet kedua dua produk ini Cik iena hanya berjaya menurunkan 300 GM sahaja dan body fat pun turun sikit. Hehe nampaknya Cik iena tak berjaya turunkan 10 Kg dalam masa 10 hari atau 10 sachet pengambilan Leedee pineapple dengan Leedee Tox Peach. Mungkin untuk badan Cik iena perlu makan 3 kotak keatas. Kalau sekotak 10 sachet mungkin tak cukup untuk turunkan berat dengan faktor usia 3 series.

Macam Cik iena bagi tau kesan bagi setiap individu adalah tidak sama bergantung pada kadar metabolisma seseorang itu. Apa yang kebaikan dapat Cik iena rasa dari kedua produk yang Cik iena amalkan ini adalah ianya mampu memberi tenaga buat Cik iena dan juga mengenyangkan perut. Dan juga ianya sangat sangat membantu dalam sistem pencernaan Cik iena. Boleh membuang setiap hari.


Selama tempoh amalkan produk ini Cik iena lansung tak amalkan kafein. Walaupun tak amalkan kafein namun Cik iena masih kekal bertenaga tidak mengantuk bila work from home. Kebiasaannya Cik iena perlukan bantuan kafein :)


Untuk pengetahuan sepanjang pengambilan kedua dua produk ini Cik iena berhenti ambil Vitamin C sebab dalam kedua dua produk memang dah ada 200 mg bagi setiap sachet menjadikannya 400 mg Vitamin C untuk kedua produk ini dalam masa satu hari. Kadar maximum pengambilan vitamin C adalah 2000mg dalam sehari. Jika lebih ianya amat merbahaya untuk buah pinggang kita.

Jadi sudah mencukupi Vitamin yang diperlukan untuk tubuh . Tak perlu ambil Vitamin C dari produk lain.


Kepada anda diluar sana yang mencuba untuk kurus boleh lah cuba produk Leedee ni mana tau ianya berkesan dengan anda. 


Untuk maklumat lanjut 

Website :  www.leedee.my
Instagram : @leedee.hq
Facebook :  Leedee Online HQ


 









20 comments:

  1. Sally pun mmg puas hati sgt guna Leedee neh...tak menyesal la cuba!

    ReplyDelete
  2. Turun 10kg dalam 10 hari? Banyak tu. Tapi walaupun Iena tak berjaya tapi turun juga tu. Jadilah. Nampak best pula produk ni. 🤩

    ReplyDelete
  3. Sebab ianya makanan yang diluluskan pihak berkuasa, Rawlins terus teringin nak try. Memang betul duk rumah nie berat bertambah sungguh

    ReplyDelete
  4. Nenas favourrite flavor Ai. Packaging dia pun eye catching. Tengok packaging dah imaging rasa sedap.

    ReplyDelete
  5. The packaging of this product looks very pretty. But the name sounds a bit funny lol. LeeDee sounds similar to lidi. Hehehe!!!!!!!!! However, you wrote a good review. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Pertama sekali, sis suka la packaging dia. Nampak bersih je dan cantik. Sis suka makan nenas jadi boleh cuba leedee Pineapple ni.

    ReplyDelete
  7. Hahaha ingatkan berat ina dah jadi 27kg. Memang melidi hah. Akak baca rupanya body fat. Kikiki. Comel betul bungkusan mereka. Senang nak consume kan.

    ReplyDelete
  8. Menarik ni.. bila kita boleh kurangkan berat badan dengan cara yang sihat

    ReplyDelete
  9. saya pun jenis susah turun berat badan sebav masalah hormon, turun 300g untuk seminggu tu normal, means berkesan la produk ni

    ReplyDelete
  10. Neat packaging. Sesiapa yang nak lose weight secara senang boleh trial & error produk ni.

    ReplyDelete
  11. Saya takde masalah berat badan skrg. Tp kadang2 suka juga ambil minuman fiber, dsb sekadar untuk detoks.

    ReplyDelete
  12. Teruja nak cuba sebab perisa dia nampak sedap . Lain dari yang lain. Packaging pun nice sangat. nanti akak ushar2lah web diorang. Kot berkenan bolehlah beli.

    ReplyDelete
  13. owww nanas memang bagus untuk sistem penghadaman, kalau dah jadi schaet gini lagi best, minum ajee.. pestime tau ni, boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  14. Wow menarik produk ni. Sesuai untuk org yg tgh berusaha turunkan berat badan utk dptkan badan yg ideal.

    ReplyDelete
  15. wow! macam sedap je pineapple. jarang-jarang produk keluarkan rasa ni . lelaki boleh juga ke iena/? rasa nak beli lh badan mcam apa lagi dah masa pkp ni

    ReplyDelete
  16. Macam sedap pulak products ni pineapple and peach.. Boleh try juga ni nanti.. Betul la setiap orang berbeza kan resultnya!

    ReplyDelete
  17. I also like to leedee Pineapple and Tox Peach taste and the benefits too.

    ReplyDelete
  18. Unik nama produk ni. Rare jugak juga flavour nanas dan peach. Suka lah packaginng dia simple dan cute

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve