Grab The Promo

PERTANDINGAN VIDEO CERIA BERSAMA CHEF TAHA

Dalam musim pandemik ni para ibu bapa mesti ada rasa kerisauan anak anak bosan terkurung dirumah. Pasti banyak aktiviti yang ibu bapa aturkan untuk anak anak. Selain dari aktiviti bersama keluarga lain yand dilakukan sekarang. Anda juga boleh cipta kenangan terindah bersama anak anak anda dalam membuat kek batik dan dalam masa yang sama anda boleh sertai pertandingan Video pendek ceria bersama chef taha yang sedang berlansung.

 

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

JOM SERTAI PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

Pertandingan ini cukup mudah. Anda cuma perlu rakam video kreatif berdurasi 1 minit proses membuat Kek Batik bersama anak anda. Amat digalakkan untuk anda turut berada didalam video bersama anak anda. Jadi disini anda dapat cipta kenangan indah bersama si cilik.

Untuk menyertai pertandingan ini antara bahan utama anda perlu gunakan dan perlu ada didalam video anda adalah Susu pekat Manis F&N. Pertandingan ini bertemakan Kek Batik Negaraku Malaysia bersempena Hari kebangsaan malaysia.

Jadi mungkin anda boleh masukkan elemen kemerdekaan sepert menggunakan dekorasi bendera malaysia didalam video MEngggayakan pakaian kebangsaan semasa membuat kek batik atau lebih menarik deko kek batik anda berunsurkan kemerdekaan.

Apa apa yang paling penting adalah moment indah ceria anda bersama si cilik dan susu F&N.

 






 


Istimewa buat ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak berusia 7-12 tahun.

  1. Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 hingga 12 tahun sahaja.
  2. Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
  3. Hasilkan kek batik dan muatnaik video pendek berdurasi tidak lebih seminit secara kreatif di Facebook bertemakan “Kek Batik Negaraku Malaysia”.


 


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

 

SYARAT PERTANDINGAN CERIA BERSAMA CHEF TAHA


1. Peserta perlu menggunakan produk keluaran F&N sebagai salah satu
bahan resipi kek batik tersebut.
 
2. Video yang dihasilkan hendaklah merangkumi tiga bahagian;
   a. Pengenalan bahan masakan.
   b. Proses penghasilan kek batik.
   c. Kek batik dipersembahkan secara kreatif mengikut tema.
 
3. Video yang dihasilkan mestilah asli, hak milik sendiri dan tidak diambil daripada mana-mana pihak ketiga.
 
4. Video tidak mempunyai unsur-unsur negatif atau menyentuhi sensitiviti sesuatu perkara.
 
5. Video yang dimuatnaik disertakan caption “Chef TaHa ceria bersama F&N . . .” dan dilengkapi hashtag #TaHaCilik #F&N.
 
6. Akaun Facebook tidak private dan posting tersebut dapat dilihat umum.
 
7. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke emel kelabtaha@lth.gov.my dengan dilampirkan “Screenshot” muatnaik Facebook sebagai bukti penyertaan.
 
8. Peserta juga perlu sertakan maklumat berikut untuk rujukan pihak TH
   a. Nama :
   b. No. IC :
   c. No. Akaun TH :
   d. No. telefon :
   e. Emel :

Bagaimana daftar Ahli Taha Cilik?

Untuk pengetahuan sekiranya anak anda telah mempunyai akaun tabung haji maka secara automatiknya anak anda adalah ahli taha cilik. Jadi anak anda layak untuk sertai pertandingan ini sekiranya anak anda berusia diantara 7 Hingga 12 tahun.

Sekiranya masih belum pernah mendaftar akaun di tabung haji. Anda perlu daftarkan akaun tabung haji untuk anda terlebih dahulu untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran akaun tabung haji sila rujuk https://www.tabunghaji.gov.my/.../makluma.../pembukaan-akaun

 

Hadiah PErtandingan Video Pendek Ceria Bersama Chef Taha

Tempat Pertama :

Wang Tunai RM350 + E-Baucer F&N RM250 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota


Tempat Kedua :

Wang Tunai RM200 + E-Baucer F&N RM150 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota

 

Tempat Ketiga :

Wang Tunai RM100 + E-Baucer F&N RM50 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota

 

7 X Saguhati:

Wang Tunai RM50 + E-Baucer F&N RM25 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota
 

Tempoh pertandingan bermula 31 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021
 

Untuk terma dan syarat layari Terma Dan Syarat


Untuk info terkini Official : Lembaga Tabung Haji

 

Resepi Kek Batik Mudah

iena kongsikan reels dari adik, masa iena buat video kek batik dia buat video untuk content reel dia.
 

Bahan Bahan

  • Biskut Marie 1 Paket (270gm)
  • Butter Cup 200gm
  • Susu Pekat manis F&N 1 Cawan
  • Milo 2 Cawan

Bahan Chocolate Topping

  • Susu Cair 100ml
  • Dark chocolate Berly 200gm (coin)
  • Buttercup 1 sudu

Cara cara Membuat KeK Batik

  1. Pecahkan biskut marie kepada 4 bahagian
  2. Panaskan kuali
  3. Cairkan buttercup
  4. Selepas buttercup cair, masukkan susu pekat manis F&N
  5. Selepas keduaa dua buttercup dan susu sebati , masukkan milo dan kacau sebati
  6. Selepas adunan sebati, tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dihancurkan dan gaul rata
  7. Kemudian masukkan adunan dalam bekas dan mampatkan.
  8. Kemudian untuk topping tak perlu pun takpa.
  9. Cara buat topping, panaskan kuali, 
  10. Masukkan susu cair dan Dark chocolate Berly, kemudian bila dah sebati masukkan buttercup
  11. Gaul sebati dan curahkan diatas kek batik yang telah dimasukkan dalam bekas.
  12. Kemudian masuk dalam peti ais 2 ke 4 jam

 

Tips Untuk Kek batik

  1. Kalau taknak kek batik keras bila di potong.  Jangan terlalu mampatkan. Masa letak dalam bekas cukup sekadar tekat sedikit bagi masuk dalam bekas. tak perlu mampatkan macam buat nasi himpit.. Kemudian Selepas keluar dari peti ais. Biarkan sekejap   jangan terus potong. Biarkan dalam setengah jam bru potong.
  2. Kalau taknak milo berketul pula pastikan adunan susu dan butter sebati sebelum masukkan milo.


 

#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #bloggermalaysia
#kekbatik



17 comments:

  1. Resipi kek batik yang diberi ok la sebab senang. Alaa anak sis dah terlebih umur nak masuk pun. Sesiapa yg layak tu harus masuk. Dapat bonding time dengan anak.

    ReplyDelete
  2. Those who love to cook can join this contest and who knows you might 1 of the lucky winners right? Still, it will be a priceless experience regardless of the resutls.

    ReplyDelete
  3. wah menarik la..bagus ni untuk anak-anak ada pengalaman buat macam rancangan memasak sendiri.hehehe..nice sharing

    ReplyDelete
  4. Ni anak saya kalau tahu mesti dia nak join. Dia suka bab2 buat video masakan. Banyak masa lagi. Boleh lah join nanti.

    ReplyDelete
  5. Ada sorang kawan Rawlins memang minat gila buat kek batik. Ok. Nak suruh dia cuba nasib la.

    ReplyDelete
  6. Wow........this is a good contest to participate. It's also good to practice your creativity. Thank you for sharing this information.

    ReplyDelete
  7. Lumayan kan hadiah dia. Akak pun terfikir nak join. Resepi apa nak buat. Dalam kepala kalau melibatkan produk F&N mesti kek batik, ABC, kek dan manisan lain. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Menarik lah hadiah dia. Nanti cuba tanya anak kot dia nak join. Join je la kan. Menang tu lagi best

    ReplyDelete
  9. Alooo comelnya sore Iena hehehe.. Guna susu aje ke? Mudah juga tuu.. buat kek batik je laa kann hahaha betul juga.. hadiah pun lumayann, buat cheesekut pun ookay ek.. eh jom join laa hahaha

    ReplyDelete
  10. Wahh, menarik pertandingan ni untuk si kecil. Dulu masa saya kecil tak ada pun macam ni hahah.

    ReplyDelete
  11. Macam nak suruh Zahra join nanti, leh dia belajar jadi confident sket. Resipi pon makanan fav semua, seronok la buat

    ReplyDelete
  12. menarik ni.. boleh suruh amani join.. hehe.. bgs bila ada aktiviti dengan tawaran ganjaran spt ini

    ReplyDelete
  13. Oh best! Its a great way for the kids to start shooting and share their baking talent.

    ReplyDelete
  14. alaa takde anak lagi hahaha boleh tengok je la. macam khai memang suka masak tapi malas nak kemas balik or edit video hahahaaha

    ReplyDelete
  15. Recently my friend punya anak pun selalu bake kat rumah, boleh suggest mereka join contest ni juga la...

    ReplyDelete
  16. Menariknya hadiah dia Iena... I loikeeee... bolehlah war-warkan lagipun nak masuk pun mudah juga kan, just ada keahlian Kelab Taha dah boleh join dah... wah, siap ada resipi kek batik lak tu... nanti nak cubalah...

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve