Grab The Promo

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum

Sebut saja mengenai minuman Starbucks pastinya semua orang tahu, tidak kira tua ataupun muda. Kini Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat boleh menikmati produk Starbucks Sedia Diminum, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum 

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum
Mr Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia & Singapura [kanan]  dan Ms April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink Malaysia [kiri] memulakan pelancaran Rangkaian Sedia untuk Minum Starbucks di Malaysia.



Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum

Dalam usaha membawa detik-detik istimewa kopi Starbucks ke dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, rangkaian Starbucks Sedia Diminum (RTD) telah dilancarkan di seluruh negara pada 21 Mac 2023. 

Pelancaran Produk Starbucks RTD di Malaysia melibatkan dua daripada pilihan minuman Starbucks yang paling ikonik:
 

Starbucks® Frappuccino®

Kopi yang dibancuh sempurna dengan susu berkrim dan manis secukup rasa

Starbucks® Frappuccino®

Starbucks® Frappuccino®
 

Starbucks® Doubleshot™

Pilihan minuman yang dikenali dan digemari ramai, boleh dinikmati bersama bagi mengharungi rutin harian yang sibuk. 
 
Starbucks® Doubleshot™

Starbucks® Doubleshot™
Untuk pengetahuan, Starbucks® Frappuccino® (280 ml) boleh didapati dalam perisa Kopi, dan Mocha (280ml) manakala Starbucks® Doubleshot™ (220 ml) tersedia dalam pilihan Mocha dan Espresso Latte (220ml).

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum
Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum
Mr Juan Aranols [tengah kanan] dan Ms April Wong [tengah kiri] diapit oleh pengaruh tempatan dalam reka bentuk yang diilhamkan oleh Starbucks oleh pelajar dari De Institute of Creative Arts & Design, UCSI University, mempamerkan bagaimana Rangkaian Starbucks Ready-To-Drink boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, bila-bila masa, di mana sahaja.


Rangkaian Starbucks RTD yang baharu ini adalah hasil kerjasama antara Nestlé dan Starbucks yang diumumkan pada 2021 di mana Nestlé akan mengkomersialkan dan mengeluarkan minuman kopi Starbucks RTD di beberapa negara di seluruh Asia Tenggara, Oceania dan Amerika Latin, dengan memanfaatkan kecekapan operasi Nestlé dalam sektor kopi tempatan dan keupayaan pelaksanaannya di rantau tersebut. Ini menandakan satu lagi titik penting dalam Perikatan Kopi Global antara Starbucks dan Nestlé yang telah dicipta pada 2018 untuk membuka peluang, meningkatkan pengalaman kopi dan membuka lembaran baharu bagi kedua-dua syarikat ikonik itu.

Untuk meraikan detik istimewa ini, Nestlé Malaysia telah menganjurkan pertunjukan fesyen dengan karya busana berilhamkan Starbucks oleh para pelajar dari De Institute of Creative Arts & Design,  UCSI University, yang digayakan oleh para pempengaruh popular tempatan. Busana yang ditampilkan mencerminkan kehidupan harian rakyat Malaysia – termasuk pakaian gaya jalanan  mahupun pakaian ke pejabat, semasa bersantai di rumah atau untuk urusan harian – fesyen bergaya ini mempamerkan kepelbagaian Starbucks RTD yang boleh disesuaikan dalam setiap detik kehidupan. 

Untuk pengetahuan, Kedua-dua Starbucks® Doubleshot™ dan Starbucks® Frappuccino® telah mendapat pensijilan Halal. Ini adalah bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati minuman ikonik tersebut tanpa rasa ragu-ragu, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa

Dalam usaha mengembangkan kategori Produk Sedia Diminum Malaysia, tawaran inovatif dan khusus ini bertujuan menarik minat para belia di Malaysia yang dinamik yang inginkan kemudahan pengalaman kopi yang hebat di mana sahaja mereka berada. Nestle akan terus memperkasakan inovasi untuk mencipta detik-detik kopi yang penuh kenikmatan dan keseronokan.

Rangkaian kopi Starbucks RTD ini boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya utama, kedai serbaneka, kedai stesen petrol dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Produk-produk ini juga akan ditawarkan di Singapura menerusi peruncit dan platform e-dagang yang terpilih. 

Sejak Perikatan Kopi Global pada 2018, Nestlé dan Starbucks telah memperkenalkan pilihan produk kopi premium yang luas ke pasaran baharu dengan pantas – termasuk kopi bijian penuh, kopi dipanggang dan dikisar, kopi larut dan campuran kopi, serta kapsul Starbucks untuk digunakan dalam sistem hak milik Nespresso dan Nescafé Dolce Gusto. Pada hari ini, Nestlé mengedarkan produk kopi Starbucks berbungkus yang boleh didapati di lebih daripada 80 negara di luar cawangan Starbucks di bawah Perikatan Kopi Global.                 

Cik iena sendiri salah seorang pembeli produk kopi premium Starbuck. Cik iena memang penggemar Coffee jadi memang Cik iena beli untuk buat sendiri di rumah. Sekarang dengan adanya Starbuck RTD ni lagi mudah lah. Nak balik kampung atau pergi ke tempat yang tiada Starbucks nak mengopi boleh beli Starbucks RTD.

Nestle Malaysia Lancarkan Rangkaian Starbucks Sedia Diminum
 

Jadi, sekarang boleh dapat minuman RTD Starbucks dimana-mana. Cik iena tak perlu risau kedai bawah rumah ada je air ni. Kalau malas keluar turun bawah je beli.

 



                                           



7 comments:

  1. Berkenan sangat dengan minuman RTD Starbucks ni. Lain kali time long distance driving, boleh dapatkan yang ni dari kedai stesen petrol.

    ReplyDelete
  2. bestlah peminat frappuccino Starbucks, pasni boleh beli kat convenient store je.

    ReplyDelete
  3. Yes, I like dah ada RTD. And I dah beli untuk berbuka tempoh hari, sebab semua restoran penuh, so k ita beli RTD Starbucks dulu sementara tunggu ada ruang makan kosong kan

    ReplyDelete
  4. This is cool ya! As Starbucks beverage lover ni, I am excited and looking forward to try these out soon...

    ReplyDelete
  5. I tried it and memang best rasa macam smooth jer, i like the mocha coffee

    ReplyDelete
  6. Nice Starbucks ready to drink range available now, gonna check out to try soon. Exciting la. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  7. Minuman Starbucks Ready-to-Drink ni memudahkan penggemar coffee dapatkan produk mereka. Semua sedap pula tu. Nampak lebih pekat.

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve