Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label Rambut. Show all posts
Showing posts with label Rambut. Show all posts

3 Cara Merawat Rambut Kerinting




Rambut keriting mempunyai pelbagai ragam. Jenis kerinting ini termasuklah keriting besar, keriting ikal hingga keriting yang sangat melingkar. Kerana pelbagai ragam inilah, rambut keriting memiliki banyak masalah kerana juga setiap orang punyai pola keriting yang berbeza-beza.

Seperti kebanyakan rambut, rambut keriting juga boleh bertekstur sangat baik, sedang, tebal dan kasar.

Menurut YouBeauty, para ahli belum mengetahui jelas mengapa ada banyak jenis rambut. Tapi yang pasti, bentuk rambut (Anda yang berambut keriting, memiliki style rambut yang keriting juga) dan protein rambut (keratin) yang ada di pangkal rambut akan memengaruhi jenis rambut anda. Semua jenis rambut akan tumbuh melintir, apapun jenis rambut anda, rambut akan semakin keriting jika jumlah untirannya semakin banyak.

Jaga kelembapan 
Para pemilik rambut kerinting sangat perlu menjaga kelembapan rambutnya. Agar rambut keriting lebih halus dan lembut dengan menggunakan perawatan’ deep conditioning’ dua kali sebulan. Jika rambut anda kering, jangan terlalu banyak diramas – usahakan hanya dua kali seminggu.

Hati-hati Mengeringkan
Anda harus berhati-hati menangani rambut kerinting. Hindari penggunaan tuala yang terlalu kasar ketika mengeringkan rambut atau membungkus rambut anda dengan tuala untuk menyerap air ketika menggeringkan rambut.

“Rambut kerinting harus dikeringkan dengan perlahan, tapi jika jadual anda terlalu sibuk, usapkan tuala dengan lembut dan pastikan rambut anda tidak berantakan ketika diusap,” saranan penata rambut selebriti Kristan Serafino. “Jika rambut kerinting disentuh dengan kasar – ketika disisir – akan menyebabkan rambut kerinting natural anda bertambah kusut.”

Tambahn Conectique, sebaiknya keringkan rambut dengan jari tangan, dengan atau tanpa kipas angin. Hasilnya akan membuat rambut menjadi lebih teratur dan lentur.

Jangan sentuh 
Ketika menggunakan produk seperti krim penambah kerinting, gel atau mousse, ikutilah pola keriting rambut anda, putarkan dari bahagian tengah ke bahagian hujung rambut, saran Serafino. “Saat rambut sudah kering, maka anda baru boleh mengoleskan serum silikon pada hujung rambut untuk melembutkan pola keritingnya dan membuatnya lebih berkilau,”.

Setelah dihias, jangan sentuh lagi rambut anda kerana semakin anda “memainkannya”, rambut anda akan bertambah kusut.



Cik iena : mmg susah jage rmbt curl nie
mase mude2 cik iena penah wt rambut curl..
hahahah zaman ngengade.
rmbt da lurus nk d curl2 kn..
susah sket nk jage..
pastu lurus kn balik



opss ni gmbr lame
5 tahun yg lepas
(^_~)
skrg dh bertudung sepenuhnye






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MEMILIH SYAMPO DAN BARANGAN PENJAGAAN RAMBUT


RAMBUT bagaikan mahkota keanggunan penampilan setiap wanita. Dari jauh lagi wanita berambut sihat dan lebat kelihatan menarik, kelihatan muda dan jelita.

Sebaliknya sekiranya wanita muda berambut jarang, kurang sihat dan nampak kulit kepala, mereka kelihatan beberapa tahun lebih tua daripada usia sebenar. Ia berbeza dengan lelaki apabila kepala dicukur botak dianggap satu fesyen penampilan dewasa ini.



Cara memilih syampu atau barangan penjagaan rambut yang sesuai:
1. Baca senarai ramuan pada label dan elakkan ramuan pengawet seperti sebatian ‘paraben’, sebatian ‘propyl glycol’, ammonia, silikon dan pastikan kandungan SLS kurang daripada 15 peratus.

2. Pastikan syampu yang anda gunakan tidak mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.

3. Pastikan warna syampu dipilih itu adalah jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

4. Elakkan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

5. Elakkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala khasnya jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian ammonia dan hidrogen ‘peroxide’.

6. Elakkan produk penjagaan rambut dengan sebatian ‘formaldehyde’ dalam senarai ramuan pada label. Sesetengah produk menyenaraikan ‘formaldehyde’ sebagai pewarna.

7. Agen pelurus rambut dalam syampu pendandan sudah dilaporkan mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

8. Pastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih itu sudah diuji keselamatannya dan diiktiraf pusat penyelidikan dan klinik perubatan antarabangsa.




Faktor yang harus dielakkan bagi mengekalkan rambut sihat dan lebat:

1. Sinaran cahaya matahari terik.

2. Agen pencemaran, jerebu, asap kilang dan kenderaan.

3. Makanan laut dan kandungan ‘monosodium glutamate’ ( MSG) berlebihan dalam makanan.

4. Kulit sensitif, banyak berpeluh.

5. Syampu dengan kandungan silikon, ammonia.

6. Berkongsi sikat, tuala dan bantal yang sudah dihinggapi spora kulat dan penyakit kulit.
 
 




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve