Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

JOM KE 828 REALME FANS FESTIVAL

realme merupakan jenama telefon pintar yang berkembang pesat di Malaysia dan juga jenama telefon pintar yang semakin mendapat tempat dihati Rakyat Malaysia. Jenama telefon pintar ini sering menawarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi pada harga yang rendah. 

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

realme sentiasa menghasilkan pengeluaran talifon talifon pintar baru dan juga peranti peranti talifon pintar yang baru bagi memenuhi permintaan permintaan pengguna realme . Jenama ini juga sentiasa menghargai peminat peminatnya dengan mengadakan Festival buat mereka.

Baru-baru ini Cik iena berkesempatan hadir di Majlis Soft LAunch 828 realme Fans Festival yang diadakan di realme Studio yang terletak di Jalan Sungai Penchala, Damansara. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan. 

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

realme Design Studio

Untuk pengetahuan anda, realme Design Studio ini baru sahaja dilancarkan dan dibuka pada umum. Kewujudan design studio ini adalah bagi mengukuhkan lagi jenama Realme sebagai pelopor peranti yang mementingkan rekabentuk dan teknologi. Hasil kerjasama bersama Nauto Fukosawa dan Jose Levy ini, realme telah meletakkan jenama mereka setaraf dengan peranti terkenal yang lain dan menjadikan Realme sebagai sebuah jenama peranti yang moden. 

realme Design Studio
realme Design Studio

Menariknya lagi, studio ini telah disiapkan dalam tempoh 20 hari sahaja. Seiring dengan tagline nya "Dare to Leap", Realme memungkinkan sesuatu yang mustahil. Tahniah diucapkan kepada realme diatas pembukaan realme Design Studio ini dalam masa yang singkat. 

828 REALME FANS FESTIVAL

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

Sehubungan dengan pembukaan realme Design Studio ini, mereka juga turut mengadakan 828 realme Fans Festival 2020 buat julung-julung kalinya khas buat peminat-peminat realme. Festival ini adalah bertujuan untuk meraikan sokongan peminat-peminat dan pengguna jenama realme. Realme 8282 Fans Festival ini akan berlangsung pada 28, 29 dan 30 Ogos 2020 dari jam 11.30 pagi sehingga 12.00 malam bersempena hari kemerdekaan negara.

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

Untuk pengetahuan dalam festival yang dianjurkan tersebut juga akan menampilkan beberapa jenama terkenal lain seperti Laneige, Sunway Lagoon, Shopee, Lazada, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan juga Disy. Pengunjung yang hadir boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan oleh setiap booth. Terdapat juga pelbagai hadiah, voucher dan tawaran menarik bakal diterima oleh pengunjung sepanjang festival ini berlangsung. 

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

Apa yang menarik lagi semasa festival berlansung adalah anda  berpeluang untuk memenangi telefon pintar realme . Ianya sememangnya amat menarik, Jadi mari kita sama-sama sertai festival ini, mana tahu rezeki untuk menang talifon pintar realme yang Canggih dan berteknologi tinggi. 

lazada x realme

Baru-baru ini juga mereka baru sahaja melancarkan satu telefon pintar baharu iaitu iaitu realme C12 yang menampilkan tri-camera dengan skrin bersaiz 6.5 inch dan bateri berkapasiti 6000mAh. Harganya pula dijual pada kadar RM529 SAHAJA !! Menarik bukan ? Kalau berminat, boleh dapatkan tawaran harga eksklusif ini di Lazada ataupun Shopee. 

lazada x realme

realme 828 Fans Festival akan mendapat jualan sehingga 33% secara eksklusif di Lazada untuk realme 6, realme Buds Air, realme X2 Pro, realme C11, realme 5i, realme 6 Pro, realme X3 SuperZoom, realme Buds 2, realme Band, realme Watch, dan realme Powerbank 2 hanya pada 28 Ogos.

shopee x realme

Bagi pengguna Shopee, peminat dapat menikmati tawaran hingga 24% hanya pada 28 Ogos untuk realme 6i, realme Buds 2, realme Band, realme Watch, realme Buds Air, realme Buds Air Neo, realme Buds Q, realme Powerbank 2, realme Buds Wireless dan Realbank Powerbank 30W.

Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival
Gambar semasa majlis soft launch realme 828 Fans Festival

Kepada peminat yang ingin menyertai realme 828 Fans Festival ini anda dikehendaki untuk  mendaftar  terlebih dahulu kerana festival ini perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan. Festival ini perlu mengawal jumlah peminat yang hadir. Anda juga perlu mematui SOP dengan memakai facemask dan juga pastikan anda dalam keadaan sihat untuk hadir ke festival ini. Anda boleh daftar di https://forms.gle/8xvBk45yvETwt2Yp7. Manakala buat peminat yang lebih gemar menikmati festival di rumah anda juga  boleh  menonton live streaming Malaysia melalui Facebook realme Malaysia .

NEW UPDATE:

Dear fans,

Thanks for the registration but we regret to inform you that realme 828 Fans Festival will be celebrated entirely on the live stream. This is due to the registration limit being exceeded as well as the SOPs set by the government.

The safety of our fans, celebrities, brand partners, and crews are always our main priority hence we would be celebrating realme 828 Fans Festival together with everyone on our official Facebook page via live stream.

Truly sorry for the inconvenience caused and stay safe everyone.

#DareToBerealme
#DareToBeMYrealme

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Sepanjang tempoh 7 tahun Cik iena bekerja di sini, ini merupakan kali kedua Annual Dinner di buat di Hotel. kali pertama adalah di JWW Marriot Hotel pada tahun pertama Cik iena bekerja iaitu pada tahun 2012.

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Cik iena kongsikan gambar dan juga video aktiviti semasa Majlis makan malam ni untuk rujukan cik iena dan juga kawan-kawan pejabat. Memandangkan cik iena merupakan salah seorang ahlijawatan kuasa. Jadi Cik iena kurang bergambar kerana sibuk menguruskan meja pendaftaran dan juga merakam video aktiviti.

Makan pun Cik iena tak sempat tau.  Pada malam ni Cik iena tak beriya sewa baju atau beli baju kerana kekecewaan pada annual dinner 2018 yang mana pemenang Best Dress bajunya sangatlah mendukacitakan. Walaupun berpakaian tidak cantik tetap boleh menang sekiranga tettttt..Boleh faham sendiri.

Jadi tahun ni memang paka baju yang sedia ada dimana baju ni Cik iena pakai untuk pergi Event. Cik iena pernah pakai semasa premiere screening filem apa Cik iena lupa. Jadi dah jimat. Tak perlu membazir keluar duit beli baju mahupun sewa baju dan tak perlu juga upah make up artis. Semuanya sendirian berhad sebab tragedi tahun sebelumnya memberikan pengajaran buat Cik iena.

Lagi sedih baju yang menang super tak vogue lansung hahaha. Berbanding orang lain yang datang. Pada tahun ni menggunakan sistem undian secara online. Berbeza dengan tahun sebelumnya yang secara manual.Hurmm kalau manual boleh dimanipulasi yer dok  :)

Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur
Pemenang best dress 2019

Tahun ni pemenang best dress memang layak dan baju dia cantik. Kalau tengok pandangan depan macam biasa tapi Cik iena suka belakang dress dia ada tali berpintal bersulam. Memang canti baju dia. Solekan pun simple dan terselah keayuan dia..

Seperti kebiasaannya acara wajib setiap tahun adalah persembahan kumpulan dan juga pertandingan karaoke. Berikut Cik iena kongsikan video

Persembahan Kumpulan

Menariknya pada tahun 2019 buat julung kalinya hadiah tempat pertama bagi persembahan kumpulan bernilai RM1000 dimana kebiasaannya jika tidak silap Cik iena hadiah tempat pertama persembahan kumpulan hanya RM300. Ini merupakan perubahan yang sangat bagus dan harap dikekalkan supaya staff lebih bersemangat untuk membuat persembahan berkumpulan.

Pertandingan Karaoke

Gambar Ionnex Annual Dinner 2019 di Hilton Kuala Lumpur

Hairy Mary di Publika Usahasama Dr.Por dan Ardell Aryana

Hairy Mary merupakan pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan membuang dan menyingkirkan bulu-bulu roma/rambut halus di badan dengan mengunakan teknologi terkini oleh parunding kecantikan yang terlatih. Untuk pengetahuan semua Hairy Mary bermula sebagai cawangan  kepada klinik estetik Dr Por, YS Clinic, yang cukup popular dalam perkhidmatan memberi rawatan anti penuaan, pigmentasi dan parut.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Dr.Por,Nadzmi Adhwa,Ardell Aryana, dan Cik iena

Hairy Mary diasaskan pada tahun 2018 dan kini telah mempunyai 3 cawangan yang berjaya dibuka dalam tempoh setahun. Cawangan yang pertama Hairy Mary adalah di Mid Valley, manakala yang kedua di Subang Jaya dan yang ketiga pula adalah di Publika yang mana secara rasminya dibuka untuk orang ramai pada 14 Disember 2019.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Dr.Por dan Ardell Aryana

Untuk pengetahuan, Dr Por Yang Sheng merupakan seorang doktor perubatan berlesen dan ahli Akademi Perubatan Estetik Amerika, beliau.merupakan pengasas kepada Hairy Mary. Namun istimewanya outlet Hairy Mary di Publika adalah pengurusannya secara kerjasama dengan selebriti dan usahawan Ardell Aryana yang begitu pengalaman luas dalam industri kecantikan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan Dr.Por ingin bekerjasama bersama Ardell Aryana dan siapakah Dr.Por dan Ardell Aryana. Untuk pengetahuan mereka berdua merupakan saudara dimana Dr.Por merupakan pakcik kepada Ardell Aryana.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mengapa mereka bekerjasama anda boleh rujuk video sidang media yang telah cik iena lampirkan di penghujung artikel.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Ardell Aryana bersama suami tercinta Nadzmi Adhwa

Menurut Ardell ini merupakan perniagaan yang ketiga beliau ceburi. Ardell yang banyak berkongsi minat dalam bidang perniagaan bersama suaminya iaitu Nadzmi Adhwa sememangnya seorang yang sangat optimis dan kreatif secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi perkembangan Hairy Mary di Malaysia. Dengan usahsama ini mereka menganggarkan akan membuka 6 cawangan Hairy Mary pada tahun 2020  di negeri  lain yang terpilih.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Bilik consultation

Menurut Dr Por Yang Sheng, semua perunding kecantikan di Hairy Mary adalah pakar dalam bidang ini yang mana mereka telah diberi kursus dan latihan dari mereka yang bertauliah. Kecekapan penggunaan teknologi mesin dan perundingan terbaik menjadikan kita tidak akan rasa was-was ketika mendapat rawatan di sini.

Terdapat beberapa bilik konsultansi dan rawatan di outlet Hairy Mary ini, jadi tidak akan ada masalah sekiranya terdapat lebih daripada seorang pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan pada satu-satu masa yang sama.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Bilik rawatan

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
THOR Light Laser

Rawatan di Hairy Mary adalah menggunakan teknologi Korea yang menggunakan THOR Light Laser iaitu rawatan laser yang terkini dan tidak menyakitkan langsung. Apa yang lebih menarik teknologi mensasarkan kawasan rawatan  dengan ketepatan yang lebih tinggi bagi mencapai kecekapan maksimum.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
THOR Light Laser

 “This laser emits a more concentrated burst in single wavelengths which means that individual hair follicles can be targeted and destroyed. Energy distribution is also more even. It’s quicker, so clients enjoy shorter treatment sessions,”

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por

Kemajuan inovatif dalam teknologi laser THOR menggabungkan sistem penyejukan yang dapat meminimumkan kerosakan kepada tisu sekeliling sekaligus mengurangkan kesakitan. Dan teknologi THOR sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan rambut. Ianya tidak seperti IPL yang kurang berkesan pada rambut kasar dan boleh menyebabkan kawasan yang dilakukan rawatan menjadi lebih gelap.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por

Bersempena dengan pembukaan outlet yang ketiga di Publika, Hairy Mary menawarkan promosi menarik kepada pelanggannya. Dengan hanya RM118, untuk rawatan selama 1 tahun (12 kali rawatan) untuk bahagian di badan yang terpilih. Namun tawaran ini hanyalah dibuka pada 14 dan 15 Disember 2019.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por

Tawaran ini sememang murah dan berbaloi.Jika dilihat pada harga asal, untuk satu rawatan bahagian tertentu sahaja caj yang dikenakan dalam RM150. Dan terdapat juga promosi rawatan lain yang diberikan sehingga  70% diskaun daripada harga biasa.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Cik iena bersama Ardell Aryana

 Majlis Perasmian Hairy Mary Publika

Sidang Media Hairy Mary Publika bersama Dr.Por dan Ardell Aryana

Untuk Maklumat Lanjut

Instagram : https://www.instagram.com/hairymary.co/
FAcebook : https://www.facebook.com/hairymary.co/
WhatsApp : https://wa.me/60182845887

Alamat
Hairy Mary Publika
A4-1-6 Solaris Dutamas
No 1 Jalan Dutamas
50480 Kuala Lumpur

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve