Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Hairy Mary di Publika Usahasama Dr.Por dan Ardell Aryana


Hairy Mary merupakan pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan membuang dan menyingkirkan bulu-bulu roma/rambut halus di badan dengan mengunakan teknologi terkini oleh parunding kecantikan yang terlatih. Untuk pengetahuan semua Hairy Mary bermula sebagai cawangan  kepada klinik estetik Dr Por, YS Clinic, yang cukup popular dalam perkhidmatan memberi rawatan anti penuaan, pigmentasi dan parut.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Dr.Por,Nadzmi Adhwa,Ardell Aryana, dan Cik iena


Hairy Mary diasaskan pada tahun 2018 dan kini telah mempunyai 3 cawangan yang berjaya dibuka dalam tempoh setahun. Cawangan yang pertama Hairy Mary adalah di Mid Valley, manakala yang kedua di Subang Jaya dan yang ketiga pula adalah di Publika yang mana secara rasminya dibuka untuk orang ramai pada 14 Disember 2019.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Dr.Por dan Ardell Aryana


Untuk pengetahuan, Dr Por Yang Sheng merupakan seorang doktor perubatan berlesen dan ahli Akademi Perubatan Estetik Amerika, beliau.merupakan pengasas kepada Hairy Mary. Namun istimewanya outlet Hairy Mary di Publika adalah pengurusannya secara kerjasama dengan selebriti dan usahawan Ardell Aryana yang begitu pengalaman luas dalam industri kecantikan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan Dr.Por ingin bekerjasama bersama Ardell Aryana dan siapakah Dr.Por dan Ardell Aryana. Untuk pengetahuan mereka berdua merupakan saudara dimana Dr.Por merupakan pakcik kepada Ardell Aryana.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mengapa mereka bekerjasama anda boleh rujuk video sidang media yang telah cik iena lampirkan di penghujung artikel.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Ardell Aryana bersama suami tercinta Nadzmi Adhwa


Menurut Ardell ini merupakan perniagaan yang ketiga beliau ceburi. Ardell yang banyak berkongsi minat dalam bidang perniagaan bersama suaminya iaitu Nadzmi Adhwa sememangnya seorang yang sangat optimis dan kreatif secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi perkembangan Hairy Mary di Malaysia. Dengan usahsama ini mereka menganggarkan akan membuka 6 cawangan Hairy Mary pada tahun 2020  di negeri  lain yang terpilih.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Bilik consultation


Menurut Dr Por Yang Sheng, semua perunding kecantikan di Hairy Mary adalah pakar dalam bidang ini yang mana mereka telah diberi kursus dan latihan dari mereka yang bertauliah. Kecekapan penggunaan teknologi mesin dan perundingan terbaik menjadikan kita tidak akan rasa was-was ketika mendapat rawatan di sini.

Terdapat beberapa bilik konsultansi dan rawatan di outlet Hairy Mary ini, jadi tidak akan ada masalah sekiranya terdapat lebih daripada seorang pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan pada satu-satu masa yang sama.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Bilik rawatan

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
THOR Light Laser


Rawatan di Hairy Mary adalah menggunakan teknologi Korea yang menggunakan THOR Light Laser iaitu rawatan laser yang terkini dan tidak menyakitkan langsung. Apa yang lebih menarik teknologi mensasarkan kawasan rawatan  dengan ketepatan yang lebih tinggi bagi mencapai kecekapan maksimum.

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
THOR Light Laser


 “This laser emits a more concentrated burst in single wavelengths which means that individual hair follicles can be targeted and destroyed. Energy distribution is also more even. It’s quicker, so clients enjoy shorter treatment sessions,”

Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por

Kemajuan inovatif dalam teknologi laser THOR menggabungkan sistem penyejukan yang dapat meminimumkan kerosakan kepada tisu sekeliling sekaligus mengurangkan kesakitan. Dan teknologi THOR sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan rambut. Ianya tidak seperti IPL yang kurang berkesan pada rambut kasar dan boleh menyebabkan kawasan yang dilakukan rawatan menjadi lebih gelap.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por


Bersempena dengan pembukaan outlet yang ketiga di Publika, Hairy Mary menawarkan promosi menarik kepada pelanggannya. Dengan hanya RM118, untuk rawatan selama 1 tahun (12 kali rawatan) untuk bahagian di badan yang terpilih. Namun tawaran ini hanyalah dibuka pada 14 dan 15 Disember 2019.


Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por


Tawaran ini sememang murah dan berbaloi.Jika dilihat pada harga asal, untuk satu rawatan bahagian tertentu sahaja caj yang dikenakan dalam RM150. Dan terdapat juga promosi rawatan lain yang diberikan sehingga  70% diskaun daripada harga biasa.



Hairy Mary di Publika Usahasama Ardell Aryana  dan Dr.Por
Cik iena bersama Ardell Aryana



 Majlis Perasmian Hairy Mary Publika





Sidang Media Hairy Mary Publika bersama Dr.Por dan Ardell Aryana




Untuk Maklumat Lanjut


Instagram : https://www.instagram.com/hairymary.co/
FAcebook : https://www.facebook.com/hairymary.co/
WhatsApp : https://wa.me/60182845887

Alamat
Hairy Mary Publika
A4-1-6 Solaris Dutamas
No 1 Jalan Dutamas
50480 Kuala Lumpur










Shopping dan terima cashback serta komisyen dengan Aplikasi Fingo, KUSM Jalin Kerjasama

Membeli belah didalam talian sudah menjadi trend pada masa kini, tidak mustahil akan datang ada kedai-kedai fizikal yang akan tutup dek kerana trend membeli-belah secara dalam talian yang kian menular.



Antara platform beli belah dalam talian yang tidak asing lagi adalah Shopee dan Lazada. Cik iena yakin semua tau akan kedua-dua platform ini dan juga pasti ada diantara anda juga pernah membeli belah disini.

Shopping dan terima cashback serta komisyen dengan Aplikasi Fingo


Tahukah anda kini anda boleh membeli-belah dan mendapat pulangan balik atau cashback dan juga mendapat komisyen sekiranya anda membeli belah di Aplikasi Fingo. Selain membeli-belah di Aplikasi finggo anda juga boleh menjana pendapatan. Hanya dengan berkongsi link pautan aplikasi finggo dan mengajak rakan-rakan anda membeli belah di Aplikasi Fingo, anda dapat menjana pendapatan secara online.

Fingo dan Kelab Usahawan Selebriti Malaysia Jalin Kerjasama


 Shopping dan terima cashback serta komisyen dengan Aplikasi Fingo, KUSM Jalin Kerjasama

Fingo Sdn. Bhd. merupakan operator pasaran e-dagang sosial yang berjaya mencipta kejayaan luar biasa apabila mencatat keahlian seramai 650,000 pengguna hanya selepas empat bulan beroperasi di pasaran. Yujiao Kong  selaku Ketua Wakil Perniagaannya berkata, daripada jumlah itu seramai 97,500 pengguna adalah Preferred Shopper (pembeli pilihan) iaitu pengguna yang aktif.


Yujiao Kong  selaku Ketua Wakil Fingo
Yujiao Kong  selaku Ketua Wakil Fingo


Menurut beliau lagi, ketika ini Fingo telah merekodkan transaksi jualan sebanyak RM200,000 sehari.
“Fingo kini menjadi dunia membeli belah atas talian yang popular kerana lebih mudah dan jimat kerana semuanya di hujung jari pengguna.

“Ketika ini, terdapat lebih kurang 12,000 produk baru ditawarkan dalam usaha memenuhi keperluan ahli membeli-belah dan Pada masa sama, syarikat menyasarkan sebanyak 30,000 produk akan dipasarkan di Fingo pada 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Fingo Star di sini baru-baru ini selain perasmian logo baharu Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) dan Komuniti Usahawan Selebriti E-Dagang.
Berikutan itu, Fingo akan menyokong aktiviti KUSM dalam usaha mempromosikan aplikasi itu di kalangan selebriti bagi menambah pendapatan golongan tersebut.

 Shopping dan terima cashback serta komisyen dengan Aplikasi Fingo, KUSM Jalin Kerjasama


Mengulas lanjut mengenai perancangan syarikat, Yujiao Kong memberitahu, Fingo menyasarkan transaksi jualan sebanyak RM3 bilion pada tahun 2020 meliputi pasaran di negara ini, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Beliau berkata, sasaran itu akan dipacu oleh penawaran lebih banyak produk tempatan berbanding daripada luar negara.
Ketika ini katanya, produk yang ditawarkan Fingo adalah 80 peratus kebanyakan daripada China dan bakinya adalah jenama tempatan.

“Kami meletakkan sasaran untuk menawarkan lebih banyak produk tempatan dengan nisbah 50:50 pada tahun depan.
“Ini bagi membolehkan proses penghantaran barangan lebih cepat kepada pengguna,” katanya.

Menurut Yujiao Kong  lagi, syarikat mensasarkan untuk terus meneroka pasaran e-dagang secara agresif yang semakin berkembang di negara ini selain meraih peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.

 Shopping dan terima cashback serta komisyen dengan Aplikasi Fingo, KUSM Jalin Kerjasama



Apatah lagi katanya, platform Fingo yang menghubungkan rangkaian sosial utama iaitu Whatsapp, Facebook dan Instragram turut menjadikan kami berbeza dengan pesaingnya di pasaran, sekali gus meluaskan capaian perniagaan dan pengguna.

“Kami juga kini memiliki gudang di Sabah dan Sarawak dalam usaha memberi perkhidmatan pantas kepada pengguna di sana.

“Pada masa sama, Fingo akan memasuki pasaran Indonesia pada Mac tahun depan dalam usaha memperluaskan pasaran di negara Asia Tenggara,” katanya.

Sementara itu, Fingo yang merupakan platform e-commerce terbaharu di pasaran negara ini adalah persaing terkini untuk Lazada dan Shopee. Untuk pengetahuan, Keunikan Fingo apabila membolehkan pengguna mendapat faedah daripada sistem pulangan tunai apabila berbelanja di platform itu.

 Shopping dan terima cashback serta komisyen dengan Aplikasi Fingo, KUSM Jalin Kerjasama


Pendaftaran pengguna adalah percuma dan akan mendapat baucer percuma bernilai RM5 dan menikmati diskaun hebat yang ditawarkan dari masa ke semasa. Manakala cara pembayaran di Fingo pula melibatkan tiga kaedah iaitu kredit kad, talian perbankan dan kedai serbaneka 7 Eleven.

Pengguna Fingo boleh menjana pendapatan sampingan dengan menaiktaraf menjadi pembeli pilihan dengan membeli salah satu barang yang tersenarai dengan jumlah minimum RM199

Selepas itu, pengguna Fingo akan mendapat laluan untuk tujuan promosi dan layak menjemput siapa sahaja menyertai Fingo di bawah mereka dan membina rangkaian perniagaan anda.

 Shopping dan terima cashback serta komisyen dengan Aplikasi Fingo, KUSM Jalin Kerjasama




Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 0169191877 atau layari aplikasi Fingo dengan Kod Jemputan: KKXZAG atau layari fingostar di Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube.

Sempena pelancaran Fingo Star itu, orang akan mendapat potongan diskaun RM50 selepas berbelanja RM199.

Sementara itu, majlis pelancaran Fingo disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Dr Ong Kian Ming pada akhir Julai lalu.





Majlis perasmian Fingo Star di Concorde Hotel Kuala Lumpur


Cik iena juga berkesempatan menghadiri  majlis perasmian Fingo Star tersebut di Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Berikut Cik iena kongsikan vlog semasa majlis tersebut yang dihadiri oleh rakan media, blogger dan artis serta tetamu jemputan yang lain.




Untuk pengetahuan Cik iena juga telah menyertai Fingo Star selepas Cik iena menghadiri  majlis perasmian Fingo Star ini. Daripada apa yang pihak Fingo Star kongsikan pada majlis tersebut Cik iena yakin Fingo mampu menjana pendapatan sekiranya kita  betul-betul fokus untuk lakukannya.

Buat masa ni Cik iena masih belum start promoe sebab Cik iena masih sibuk dengan kerja-kerja hakiki sebagai seorang programmer dan juga seperti yang anda tau Cik iena juga sibuk hadiri jemputan2 khas untuk blogger. Jadi Insya Allah bila Cik iena kurang sibuk Cik iena akan kongsikan pengalaman Cik iena dekat semua :)




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve