Grab The Promo
Grab The Promo
Showing posts with label owh petua nenek. Show all posts
Showing posts with label owh petua nenek. Show all posts

Petua Untuk Menghilangkan Kematu Di Tumit Kaki


Kehadiran kematu di tumit kaki pasti mendatangkan ketidakselesaan kepada anda .
Berikut merupakan petua untuk menghilangkan masalah kematu di kaki.

Pilihan 1 : 
Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis.Sapukan pada tempat yang berkematu.

Pilihan 2 :
Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama 5 minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dai air biasa

****************************************

Korang ade kematu tak kat kaki ?
alhamdulillah cik iena tak de lagi









♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Melambatkan Nasi Basi


Beras yang tidak dicuci dengan bersih cenderung untuk basi dengan lebih cepat.
Namun bukan hanya cara dibersihkan, faktor lain seperti beras itu sendiri turut menjadi faktor utama nasi cepat basi.

Terdapat petua yang dapat melambatkan nasi basi iaitu dengan menggunakan  secubit garam.
Masukkan secubit garam  kedalam beras yang dimasak.
Masakkan beras tersebut seperti biasa.

Sumber: Majalah RASA

********************************

Cik iena tak pernah cuba lagi
boleh cuba jugak nie
sb cik iena selalu masak nasi tak habis makan pastu basi
hahah yer lorhh dok bujang kan
makan pon sorang je
mesti ade lebih
tambahan pulak cik iena mmg kurang makan nasi
lebih makan sayur dari nasi
(^_~)
selalu bgn pagi konon nak wat nasi goreng
sekali basiiii daaaa
hihihi insyaallah nk cube petua nie
(^_~)

"Sebutir beras ibarat setitik peluh petani"

hihihi tetibe plak teringat iklan beras kt tv..
iklan beras cap rambutan klu tak silap
yg iklan mase raja farah kecik
hihihihi 
jangan membazir okeyhh
(^_~) 







♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Petua Hilangkan Bau Rebung



Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang menyenangkan.
Cuba petua ini.

Campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sireh ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung tersebut.

Cara ini juga menjadikan masakan rebung anda bertambah enak.

Sumber : Majalah RASA

*************************************************

Korang suka makan rebung tak?

cik iena suka makan rebung
wahhhhh sedap tau masak lemak rebung + nenas + ikan masin
slurppppppppp sedap..
rebung masak tumis air pun sedap
nyummyyy

Haaa if korang nak tau rebung nie merupakan tanaman anti kolestrol
Next  schedule entry tentang rebung jugak

ehem2 nak diet boleh lah makan sebab rebung nie mempunyai kandungan serat yang tinggi
(^_~)





♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Hilangkan Bau Kurang Enak Peti Ais


Isi kandungan makanan yang pelbagai dalam peti sejuk boleh menimbulkan bau kurang enak.
Walaubagaimanapun ada cara untuk mengatasi  masalah ini,iaitu dengan meletakkan hirisan buah oren di dalam peti sejuk berkenaan.

Apabila hirisan tersebut mengering,tukar kepada hirisan yang baru pula. Begitulah seterusnya.
Usah ragu ragu untuk mencuba cara ini kerana ianya bukan sahaja mudah malah menjimatkan masa.

Selain buah oren,anda boleh menggunakan kepingan roti.
Caranya sama seperti diatas(^_~)

*******************************************

Petua nie memang berkesan
cik iena pun guna petua nie
(^_~)
tapi korang kene rajin cuci peti ais jugak
jangan bertahun tak cuci peti ais
hahah letak oren sedozen pun ade bau lagi 







♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Tips Memakai Mascara


1. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa dengan menongkat siku di meja.

2. Tarik garis dikelopak mata dari bahagian dalam mata sehingga hujung mata di bahagian luar.
Ini memudahkan anda memakai celak sehingga ke bahagian bulu mata.

3. Gunakan celak dengan cara menarik dari hujung kelopak mata bahagian bawah.

4. Untuk mata besar,gunakan celak bermula daripada kelopak mata bahagian tengah dan jika anda memiliki mata yang kecil,gunakan celak daripada hujung mata.

5. Bagi penggunaan celak yang sempurna, buka sikit mulut anda ketika memakainya supaya otot-otot mata kelihatan dan menegang serta memudahkan cara pemakaiannya.

Sumber: Metro

********************************

If cik iena pakai mascara memang cik iena akan buka mulut + angkat kening supaya otot-otot mata menegang.Ianya memudah kan kita untuk memakai mascara
(^_~)
kalau cik iena nk bulu mate super duper lentiks + tebal + panjang
cik iena akan pakai mascara berus nipis dulu bagi panjang(MAC)
kemudian cik iena pakai plak mascara berus lebat + melengkung(maybelline)
perghh..huhu tak payah pakai bulu mate palsu
lebat suda..panjang n lentik gituh
hahah tp jgn la pakai tebal bergumpal2 pulak yer





♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Maskara Dan Fungsinya



Maskara Serlakahkan Penampilann anda dengan berfungsi melebatkan ,memanjangkan dan melentikkan bulu mata.

1. Melebatkan Bulu Mata


Jika anda inginkan bulu mata lebih tebal pilih maskara yang agak tebal dan penuh.
Ini akan  membuatkan semakin banyak cairan maskara menempel pada bulu mata.

2. Memanjangkan bulu mata


Bagi yang ingin memanjangkan bulu mata pilih berus berukuran kecil dan berbulu tebal.
Maskara jenis ini berfungsi mencapai bulu mata sehingga kekawasan akar bulu mata.

3. Menjadikan bulu mata lebih lentik


Untuk mendapatkan bulu mata lentik tanpa menggunakan penyepit bulu mata.
Gunakan maskara yang berusnya sedikit bengkok.Mascara jenis ini boleh mencapai ke setiap helai bulu mata termasuk yang pendek dan kemudian mengangkatnya menjadi lebih lentik


*********************************

korang pakai mascara ape?
cik iena ade ke tiga2 jenis mascara diatas
cik iena guna mascara jenama MAC,Maybelline,Silky Girl,Elianto & Lancome
huhuhu FAV mascara Maybelline..







♥♥ Info Menarik ♥♥














Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve