Grab The Promo
Showing posts with label shokubutsu shower run. Show all posts
Showing posts with label shokubutsu shower run. Show all posts

1,500 Peserta Menyertai Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Baru-baru ini pada 9 Oktober 2016 cik iena telah sertai acara larian  Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016 iaitu larian mengenai kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi bagi pengesanan awal kanser payu dara yang di anjurkan oleh Shokubutsu Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM)

 Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
 Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
 
 
Seawal jam 6 pagi cik iena dan rakan rakan telah berkumpul di The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit dari KL Sentral . Cik iena dan rakan-rakan berkumpul di KL Sentral untuk ke lokasi larian bersama-sama . Seawal jam 5 pagi cik iena sudah berada di KL Sentral untuk mengambil rakan rakan yang ingin tumpang kereta cik iena. Cik iena pula bangun seawal jam 3 pagi untuk bersiap . Nak menang Best Dress la katakan, tambahan pula cik iena ni kalau bersiap memang lama. Jadi memang perlu bangun awal.

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Iena dan rakan blogger Iskandar

Lokasi Larian ini boleh dikatakan jauh bagi cik iena . Bagi mereka yang tidak mempunyai pegangkutan sudah pasti akan menimbukan masalah pada mereka . Tapi orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih. Jika waktu subuh boleh sampai dalam masa setengah jam, jika siang hari cik iena rasa takkan sampai dalam masa setengah jam :)


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Hampir 1, 500 peserta berkumpul di awal pagi Ahad yang indah dan cerah termasuklah cik iena dan rakan-rakan untuk menyertai Be My Reason Shower Run bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi, bersempena dengan bulan kesedaran kanser payu dara.  
Acara Larian Be My Reason Shower Run ini merupakan sambungan daripada siri jelajah yang telah pun berlangsung tahun lepas. Ia bagi menggalakkan wanita dan lelaki dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Ini merupakan tahun ke-2, jenama Shokubutsu mengadakan kempen Pengesanan Awal Kanser Payudara, dimana ia adalah berinspirasikan tema mandian, peserta-peserta secara amnya akan dihujani dengan buih-buih serta pancuran air di penghujung larian, selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. 

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Selain daripada larian yang menggalakkan peserta untuk berlari dengan orang-orang tersayang, Be My Reason Shower Run turut mengadakan aktiviti riadah lain seperti senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronakkan lain yang dapat dinikmati bersama yang tersayang yang pastinya menjadi sebab utama untuk mempraktis pemeriksaan payu dara sendiri terutamanya ketika mandi ini.

Bercakap di acara Be My Reason Shower Run, Pengurus Pemasaran, Bahagian Produk Penjagaan Diri, Southern Lion Sdn Bhd, Jackie Low berkata,  

“Kami percaya pemeriksaan sendiri payu dara adalah satu amalan yang penting bagi pencegahan awal dalam menyelamatkan nyawa. Mandi adalah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, kerana ia tidak memerlukan usaha keras mahupun langkah istimewa. Selain cukup mudah untuk dilakukan, ia juga senang untuk diingati kerana kita semua mandi sekurang-kurangnya sekali sehari!”

 “Kami berharap dengan berlari bersama orang penting dalam hidup kita seperti teman hidup, ahli keluarga dan rakan-rakan, pelari akan lebih bersemangat untuk mempraktis pemeriksaan payudara sendiri bukan saja untuk diri mereka sendiri, malah buat kepentingan orang yang mereka sayangi. Shokubutsu turut mengambil peluang ini bagi meraikan bekas pesakit serta keluarga yang terkesan dengan kanser payudara. Kami faham kesakitan yang dirasai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui secara fizikal dan emosi, malah merekalah sumber inspirasi kami mengadakan kempen pencegahan awal kanser payudara ini,”tambah Jackie Low.
Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal. Tisha berkata,
“ Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”

Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Kami merupakan pemenang best dress yeayy

Bersempena Larian ini juga pihak penganjur memberikan 10 Hadiah buat peserta yang memakai pakaian yang kreatif semasa larian tersebut. Cik iena dan rakan blogger Iskandar telah memenangi kategori tersebut. Alhamhulillah tidak sia sia cik iena ke DIY mencari headband yang sangat comel untuk di pakai . Ada yang tegur cik iena mini mouse :)


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Berbekalkan showercap, cute headband dan  berus sakti serta seluar pink ini cik iena menang best dress yeayyy


Selain dari 10 hadiah tersebut terdapat lagi banyak cabutan bertuah yang di berikan . Iskandar juga merupakan salah satu nombor yang naik tapi malangnya ketika nombornya di panggil iskandar di tandas jadi dah rugi satu hadiah. Tapi ok juga sebab kereta kami penuh dengan barang barang. Ade hikmahnye kenapa Iskandar terlepas cabutan bertuah tu .

Selepas shower run ini kami bergegas ke food review di 1 Utama tapi sebelum tu kami ke rumah +Bro Framestone  untuk menumpangkan beliau. Cuba bayangkan satu kereta 7 orang . Iena, Iskandar, Halim, Neyra, Bro, dan dua orang puteri bro. Agak ramai kan tapi  lagi ramai masa sebelah pulang dari food review, bertukar orang pula. Walaupun sarat penuh tapi banyak pengalaman menarik antara kami blogger blogger kaki makan ni.

Nah Dah Siap Tulis, Jemput baca sekali www.ienaeliena.com/2016/10/street-churros-1-utama-shopping-centre.html



Video Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Gambar Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Terima kasih shokubutsu pilih iena sebagai salah seorang pemenang best dress

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Goodies bag yang sangat berbaloi baloi dari shokubutsu. Tahun depan jangan lupa join tau

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
hadiah best dress

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
yeayy first time dapat medal..hahah tak pernah join larian pun selain larian merentas desa kat sekolah



Instagram Update : #ienaelienashokubutsu


Untuk informasi lanjut, sila layari laman Facebook Shokubutsu Malaysia di https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016



Be My Reason Shower Run merupakan Program Larian anjuran Shokubutsu yang bertujuan untuk  meningkatkan tahap kesedaran  tentang pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Ia bakal menjadi satu larian yang berbeza di mana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik penyebab mereka melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Ianya akan diadakan pada 9 Oktober 2016 bertempat di The Arc, Bandar Rimbayu Shah Alam bermula jam 7 pagi.



Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016


Be My Reason Shower Run:


Tarikh        : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa        : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat    : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran        : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan
Pendaftaran    : Secara online (Sila Rujuk Jadual di bawah)

Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016


Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
A
B
On-Line
Men Open     (Individual)
Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee

5KM
D
Corporate Registration
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration fee
Use form attached and send to by Sep 10, 2016
5KM

*     RM 10 bagi setiap pax PENDAFTARAN akan di sumbang kepada National Cancer Society Malaysia 

Kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ni tau . Asyik duduk di pejabat je, sekali sekala sertai aktiviti larian seperti ini. Selain menyihatkan badan , kita juga dapat menambahkan kenalan tau.Aktiviti yang membuat cik iena tertarik adalah bubble section, dan juga shower section! .Insya Allah cik iena juga akan ada semasa larian tersebut nanti . Tak sabar rasanya nak lari sambil main bubble main air yeayyy.. Agaknya mampu ke cik iena habiskan larian ehh??  Takpe yang itu belakang cerita yang penting semangat tu ada yeayyy.. Yakin boleh.. Malaysia Boleh, cik iena boleh. Awak awak semua pun boleh . 

Apa yang menarik lagi kalau anda semua nak tau goodies bag nya sangat sangat menarik tau . Ni yang cik iena baca di fanpage shokubutsu . Kesemua barangan tersebut bukan lah saiz sample menurut shokubutsu. Saiz sebenar okay . Jadi cik iena rasa sangat sangat berbaloi dengan yuran seminima RM50  tu .

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Cik iena tak menang pun takpe sebab goodies bag dia memang awesome .  





Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016




Okay di sini cik iena nak kongsikan siaran media tentang larian ini.  jemput baca mengenai larian ini ya.


LARIAN BERSAMA YANG TERSAYANG SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA


Kuala Lumpur, 26 Ogos 2016 - Apabila tiba di bulan Oktober, kita pastinya dihujani dengan pelbagai kempen kesedaran kanser payudara. Tetapi, adakah kita benar-benar memberi perhatian kepada kempen ini? Apakah yang akan anda lakukan sekiranya individu yang anda sayangi atau sesiapa sahaja yang anda kenali kini sedang berjuang melawan kanser payudara? Atau apakah yang telah anda lakukan terhadap diri sendiri untuk meningkatkan peluang untuk hidup sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka ini?


Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016


Siri jelajah yang diadakan oleh Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Ramai di antara mereka tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan malahan tidak komited dalam pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang yang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan yang mencurigakan pada payudara mereka, menunjukkan tanda-tanda lazim kanser payudara.

Situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu, jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka dan orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Sekali lagi, disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), kempen pada tahun ini bakal menjadi lebih besar dan lebih berani. Untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi, Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run, larian bertemakan mandi, pertama di Malaysia.

Dijadualkan akan berlangsung sekitar bulan Oktober, bersempena bulan kesedaran kanser payudara, acara larian ini akan mempromosikan kesedaran dan menyebarkan mesej tentang sokongan dan kebersamaan untuk orang sekeliling. Pada acara ini, para peserta Be My Reason Shower Run digalakkan untuk berlari bersama pasangan masing-masing sebagai simbol penyebab mengapa mereka perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

Pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy, akan turut menyertai larian untuk memeriahkan lagi kempen ini. Beto akan menyertai Be My Reason Shower Run yang bakal diadakan pada 9 Oktober 2016 ini, bersama isterinya, Tisha Shahar – sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman menakutkan apabila ketulan dikesan di payudara beliau tidak lama dulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.

Beto Kusyairi dan isterinya merupakan pasangan terbaik yang layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya semasa melakukan pemeriksaan sendiri, dia telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup, termasuklah terapi dan mungkin juga pembedahan. Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri payudara.

"Shokubutsu secara aktif telah mempromosikan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi kerana ia penting untuk pengesanan awal. Pemeriksaan sendiri payudara adalah mudah dan ringkas untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, kami menggalakkan para wanita untuk melakukannya semasa mandi kerana ia merupakan aktiviti harian dan waktu yang senang untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, " kata Jackie Low, Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, Southern Lion Sdn. Bhd, syarikat bagi jenama Shokubutsu.
"Kami telah diberi peluang untuk mengadakan kempen ini pada tahun yang kedua dan kami ingin meningkatkan kesedaran dengan cara yang lebih luas dan besar. Be My Reason Shower Run dianjurkan dengan harapan ia mampu menggalakkan semangat memperkasa dengan memberikan komitmen bertindak sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga demi orang yang kita sayangi. Kami juga berharap agar larian ini akan menjadi satu landasan untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap orang yang mereka sayangi yang menghidap kanser payudara dan kami amat menggalakkan para peserta untuk menyertai larian ini bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan!

Kami turut berbesar hati kerana Beto Kusyairy dan isterinya, Tisha Shahar turut sudi menyertai kempen ini dan bersama-sama mereka, kami berharap lebih ramai wanita dan juga lelaki sedar tentang kepentingan pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara dengan lebih kerap semasa mandi," ujarnya lagi.


Be My Reason Shower Run:

Tarikh        : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa        : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat    : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran        : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan
Pendaftaran    : Secara online di
http://pacerssport.my/index.php?route=product/product&product_id=93(INDIVIDUAL)
http://pacerssport.my/index.php?route=product/product&product_id=94(GROUP))

Selaindaripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah but pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. Bekas pensakit kanser payudara akan turut mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para peserta yang lain berpeluang untuk mendengar pengalaman mereka melawan kanser payudara degnan bantuan dan sokongan orang tersayang.

Semua peserta yang menyertai Be My Reason Shower Run akan menerima sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara/ Ultrasound Prostat daripada BP Healthcare Group dan minuman yang ditaja oleh Umbro- Isotonic Drinks daripada Ace Canning Corporation Sdn. Bhd.

RM10 daripada yuran penyertaan Be My Reason Shower Run dan RM0.10 daripada pembelian setiap produk mandian Shokubutsu akan disumbangkan kepada NCSM sebagai tanda sokongan terhadap organisasi ini dan juga sebagai tanda kesedaran. Kempen Pink Ribbon oleh Shokubutsu akan diadakan bermula 1 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016.




Untuk informasi lanjut, sila layari laman Facebook Shokubutsu Malaysia di https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia


NOTA BLOG : Psstt Nak Bagi tau istimewa buat pembaca blog cik iena, cik iena nak hadiahkan 3 individual  pass kepada anda yang bertuah. Dalam masa terdekat nanti cik iena akan anjurkan mini giveaway di fanpage cik iena ya :)

New Update : Yeayy cik iena join tau jemput baca : 1,500 Peserta Menyertai Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve