Grab The Promo
Grab The Promo

Signature Drink percuma di Vivo American Pizza & Panini AEON Shah Alam



Signature Drink percuma di Vivo American Pizza & Panini AEON Shah Alam

Istimewa buat peminat pizza di luar sana pada 10 hingga 13 March 2016,  Vivo American Pizza & Panini akan melancarkan pembukaan cawangan terbaru mereka di Aeon Shah Alam

Anda berpeluang mendapatkan minuman Mango Delight   secara percuma apabila anda menikmati hidangan di  Vivo American Pizza & Panini Aeon Shah Alam dengan menunjukkan blog post daripada cik iena.
Tawaran hanya terhad di  Vivo American Pizza & Panini cawangan Aeon Shah Alam dan diantara tarikh 10 March hingga 13 March 2016.


 

 

Vivo American Pizza & Panini Berjaya Times Square
Vivo American Pizza &  Panini Berjaya Times Square

Vivo American Pizza & Panini


Vivo berasal dari perkataan Itali yang bermaksud to live atau  be alive yang mana ianya membawa maksud   "enjoy the food delicious"  dan  Slogan yang di bawa oleh Vivo Pizza adalah " live with passion " .Ia  merupakan Pizza yang berasal daripada Amerika dimana ianya menggunakan resepi rahsia kaedah tradisional pembuatan pizza daripada Keluarga Horrigan .


Vivo American Pizza & Panini Berjaya Times Square
Vivo Pizza juga telah disahkan Halal Oleh JAKIM. Boleh nampak Logo Halal Yang di pamerkan



Resepi khas di datangkan istimewa dari Amerika dimana resepi ini  di kekalkan dengan penggunaan bahan yang berkualiti dan cara masakan yang Healthy serta menggunakan kaedah tradisional pembuatan pizza daripada Keluarga Horrigan. Vivo Pizza juga telah disahkan Halal Oleh JAKIM.



Piza yang dihidangkan disini di bakar dengan  100% keju mozzarella  yang  memenuhi  pada semua bahagian Pizza Vivo . Ianya menjanjikan rasa yang cukup enak dan di jamin pasti menggoda selera anda terutama buat peminat pizza dan juga buat anda yang menggemari keju.


 Vivo American Pizza & Panini
Around The World Pizza - Large RM36.90



Semalam cik iena dan rakan blogger yang lain berpeluang merasa pizza dan juga hidangan lain daripada  Vivo American Pizza & Panini . Okay nak tau apa kata cik iena tentang pizza vivo ni jom baca (^_~)


Apa yang Istimewa di Vivo American Pizza & Panini

 

 Pizza yang di hidangkan adalah 33% lebih besar daripada Pizza biasa
Pizza yang di hidangkan adalah 33% lebih besar daripada Pizza biasa

 

Jika di sebut tentang keistimewaan tentulah Pizza dan Panini . Pizza yang di hidangkan adalah 33% lebih besar daripada Pizza biasa dan ianya  sangat sedap . Cik iena telah mencuba Around The World Pizza . Rotinya tidak terlalu tebal serta cara masakan juga sangat healthy kerana sayuran tidak dimasak lama.  Kesegaran lada bengala, bawang dan buah zaitun hitam  masih terasa ditambah dengan limpahan keju serta hirisan ayam serta sos BBQ sangat seimbang dengan sayuran.


Around The World Pizza
Around The World Pizza - Large RM36.90




 

Panini pula seperti sandwich di subway cuma roti nya agak berlainan dan unik. Ianya merupakan menu yang special di Vivo Pizza. Cik iena berkesempatan mencuba Panini Crispy Chicken Rasa nya sedap dan enak. Daging ayam yang cukup lembut dan berasa di tambah dengan sos BBG yang istimewa serta sayuran lain. Kombinasi yang cukup padan untuk melengkapkan kesedapan Panini tersebut.

Chrispy Chciken Panini
Panini Crispy Chciken With Fries  RM 17.50

Untuk memesan Panini, sama seperti konsep di Subway . Anda perlu memilih jenis roti terlebih dahulu kemudian pilih filling seperti di bawah .

Menu  Vivo American Pizza & Panini





Selain daripada itu, Tropical BBQ Chicken Chop di vivo pizza juga sangat sedap. Suapan pertama sudah cukup untuk anda merasai kelazatan chicken chop tersebut.

Tropical BBQ Chicken Chop
Tropical BBQ Chicken Chop RM 23.50


Ayam yang cukup lembut dan berasa. Seperti ayam yang di perap. Rasanya memang kuat pada ayam tersebut dan daging ayam yang lembut dan tidak kering pasti membuat anda lebih berselera untuk menikmati hidangan ini.



Cream Of Mushroom Soup  yang di hidangkan dengan cendawan shitake yang segar . Ini memang betul-betul sedap. Cik iena memang penggemar mushroom soup. Kebiasaan nya jika cik iena makan mushroom soup di restoran, cendawan yang di letak sekadar ala kadar je. Sangat Sikit. Mushroom Soup di Vivo Pizza memang terbaik.


 Cream Of Mushroom Soup

Cream Of Mushroom Soup RM 6.50


Kandungan Cendawan Shitake segar yang banyak pasti buat anda teruja terutama buat peminat cendawan shitake seperti cik iena. Satu mangkuk cik iena punya tak nak kongsi tau :)



Sweet and cheesy Snack Pizza  juga merupakan hidangan permulaan yang sedap untuk di nikmati. Ianya sangat rangup dan juga manis :)
Sweet and cheesy Snack Pizza
Sweet and cheesy Snack Pizza RM 11.50



Cik iena merupakan peminat keju , jadi cik iena mencuba dua jenis pasta yang  dilimpahi dengan keju yang sangat enak lagi menyelerakan pasti membuat anda teruja .


Creamy mushroom   yang sangat creamy dan sedap . Kandungan Cendawan Shitake yang banyak serta rasa creamy tomato sauce yang lazat dengan gabungan bawang putih yang di tumis menggunakan butter. Yang mana menaikkan lagi aroma masakan dan rasa Creamy pada pasta tersebut.

Creamy mushroom
Creamy mushroom   RM 17.90

Baked Fish Pasta juga sangat menarik untuk anda cuba . Pasta beserta keju dan tomato sauce yang di bakar bersama isi ikan segar. Rasa ikan yang tidak hanyir beserta limpahan keju mozzarella yang yang banyak pasti membangkitkan selera anda :)


Baked Fish Pasta
Baked Fish Pasta RM 23.50


New York Caramel  Cheesecake merupakan pencuci mulut yang sangat enak untuk di nikmati. Kebiasaan yang kita dengar adalah Cheesecake tapi berbeza di Vivo Pizza yang mana ianya menawarkan New York Caramel  Cheesecake yang sungguh lazat .


New York Caramel
New York Caramel  RM 8.80

Cik iena sangat menggemari rasa caramel beserta cheese tersebut. Gabungan yang cukup menyelerakan .

Selain makanan sudah tentu ada minuman juga . Cik iena berkesempatan mencuba 4 Jenis Signature Drink dari  Vivo American Pizza & Panini  iaitu  Mango Delight, Cappuccino Charm , Lemon Kiwi Float dan Iced Green Tea Latte.

 manggo Delight, Cappuccino Charm
Cappuccino Charm and Mango Delight  RM  15.90 each

 Iced Green Tea Latte and  Lemon Kiwi Float
Iced Green Tea Latte RM 10.50 and Lemon Kiwi Float RM 11.50


Diantara keempat ni cik iena suka kesemuanya kecuali green tea sebab cik iena memang tak suka green tea . Tapi selepas cik iena cuba apa yang cik iena dapat cakap rasa green tea dia sangat sangat mantap, power, terasa sampai ke anak tekak. Sekali hirup terkesima sekejap sebab terasa kepekatan green tea seolah-olah sedang meminum air daun green tea yang di kisar. Hahhh macam mana tu?
Peminat green tea harus cuba tau (^_~)




Selain dari menu-menu diatas terdapat pelbagai lagi menu-menu yang di tawarkan. Untuk melihat menu-menu tersebut sila lihat di Menu Vivo American Pizza & Panini

Okay sebelum pulang, seperti biasa bergambar bersama Rakan blogger yang turut serta bersama cik iena .

bergambar bersama rakan blogger sebelum pulang
bergambar bersama rakan blogger sebelum pulang


Vivo American Pizza & Panini berjaya times square
ouhh mampukan kami habiskan nie, ada banyak lagi tak nampak tu ;)

Vivo American Pizza & Panini berjaya times square
taraaaaaaa, licin semuanya. ini pun ada pinggan yang telah di kutip

Vivo American Pizza & Panini berjaya times square
Alhamdulillah rezeki jangan di tolak, licin semuanya

Terima Kasih pada rakan blogger yang sudi teman cik iena makan di sini dan sudah tentu jutaan terima kasih buat Vivo American Pizza & Panini untuk makan malam yang sangat sedap dan mengenyangkan ni
(^_~)



Untuk Maklumat Lanjut anda boleh layari : Website : www.vivopizza.com
Facebook : Vivo Pizza
Instagram : @myvivopizza
Email : wecare@vivopizza.com

 

Cawangan-cawangan  Vivo American Pizza & Panini



 Cawangan-cawangan  Vivo American Pizza & Panini
 Cawangan-cawangan  Vivo American Pizza & Panini di Malaysia


Cawangan-cawangan  Vivo American Pizza  Panini • Berjaya Times Square (Kuala Lumpur)
• The Curve (Damansara)
• Empire Shopping Gallery (Subang)
• AEON Mall Bukit Tinggi (Klang)
• AEON Mall Bandaraya Melaka
• AEON Mall Bukit Indah (Johor)
• AEON Mall Tebrau City (Johor)
• Sutera Mall (Johor)
• Plaza Pelangi (Johor)
• Sri Utama (Segamat)
• AEON Mall Kulai (Johor)
• Setia Tropika (Johor)
• AEON Mall Bukit Mertajam (Penang)
• AEON Mall Rawang (Selangor)
• AEON Mall Station 18 Ipoh (Perak)
• AEON Mall Ipoh Klebang (Perak)
• AEON Mall Shah Alam, Selangor (Opening - 10 March 2016)
• AEON Mall Lembah Sirih, Kota Bharu (coming soon)
• AEON Mall Kempas, Johor (coming soon)



Jangan Lupa buat anda yang berada di Shah Alam, anda boleh mendapatkan minuman Mango Delight  secara percuma semasa anda menikmati hidangan di Vivo American Pizza & Panini Aeon Shah Alam dengan menunjukkan blog post dari cik iena . Tunjuk blog post yang anda sedang baca ni :)

Cappuccino Charm and Mango Delight  RM  15.90 each
Mango Delight (Kanan) berharga RM  15.90 secara percuma jika anda menikmat hidangan di  Vivo American Pizza &  Panini AEON Shah Alam pada 10 -13 March 2016



Tawaran hanya sah diantara 10 March 2016 sehingga 13 March 2016 di Vivo American Pizza &  Panini  Aeon Shah Alam (Lot G06 Ground Floor)
Jika ada sebarang Masalah sila cari Mr. Kee Yun tau :)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Menu Vivo American Pizza & Panini



Untuk anda yang ingin mencuba  Vivo American Pizza & Panini , di sini cik iena lampirkan gambar menu untuk tujuan anda memilih menu-menu yang berkenan di hati .


Keistimewaan Vivo American Pizza & Panini adalah Pizza dan Panini . Namun terdapat juga menu lain yang sering mendapat pesanan yang banyak daripada kalangan pelanggan Vivo American Pizza & Panini seperti Chicken Chop

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini

Menu  Vivo American Pizza & Panini










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Merlion Park Singapore


Merlion park adalah tempat yang wajib dikunjungi apabila anda ke Singapura. Taman yang terletak di Marina Bay ini, mempunyai  patung kepala singa yang menjadi maskot bagi negara Singapura.




Merlion Park Singapore

Merlion Park merupakan tempat tarikan utama bagi pelancong di ingapura . Ada yang mengatakan jika tidak bergambar di sini, anda masih belum sampai Singapura . Begitu juga yang cik iena dengari dari Tour Guide kami di Singapura semasa Singapore Day Trip tempohari.


The Merlion


Menurut mitos singapura, Merlion adalah makluk misterius  yang berkepala singa dan berbadan ikan. Dari segi bahasanya, Mer berarti laut, dan lion berarti singa.



Merlion Park Singapore


Badan ikan melambangkan bahawa zaman dulu Singapura terkenal sebagai tempat yang mempunyai ramai Nelayan. Kepala singa melambangkan nama Singapura sebagai kota singa.

Ada beberapa patung merlion yang diakui sebagai ikon oleh pemerintah Singapura. Yang mudah anda temui adalah patung merlion di Merlion Park – Marina Bay, dan patung merlion di Pulau Sentosa.


Waktu urusan


Merlion Park  ini  di buka 24 jam, jadi tak perlu takut tempat ini tutup. Walaupun malam tempat ini masih ramai orang bergambar atau sekadar duduk-duduk di tepi pantai.

Anda juga tidak memerlukan tiket, untuk masuk ke taman ini.

Cara ke Merlion Park


Merlion Park adalah tempat yang terkenal, jadi sangat mudah untuk ke tempat ini.

Bila anda menggunakan MRT, anda perlu turun di stasion Rafles Place dan keluar melalui  Exit B. Berjalanlah ke arah banggunan-banggunan pejabat, di belakangbanggunan tersebut anda akan nampak sungai Singapore River.

Berdekatan sungai tersebut terdapat Hotel Fullerton,  jalan kearah belakang hotel tersebut, dan anda akan jumpa  jalan simpang tiga. Sila menyeberang  jalan yang paling besar.

Turun dari jalan tersebut ke arah bawah anda akan melihat pinggiran laut. Okay kemudian anda berjalan lah di sekeliling dan anda akan nampak Merlion Park. Jangan Lupa Bergambar di Merlion Park Okay :)

Itu cara bagi anda yang travel bersendiri atau bersama kawan .
Cik iena travel bersama Percutian Jimat Saya  dimana prngangkutan untuk ke Merlion Park disediakan oleh mereka  . Haaa harga pakej Singapore Day Trip Yang cik iena sertai Cuma RM 135 sahaja tau . Boleh Baca Itinerary Perjalanan kami di sini.

Sumber : travelsingapura.com

Gambar Cik iena di Merlion Park 



Merlion Park Singapore
selfie bersama travelling beruang cik iena



Merlion Park Singapore
wefie bersama rakan blogger

Merlion Park Singapore
auhhhhhhhh hausnya cik iena ;)

Merlion Park Singapore
comel tak cik iena and travelling beruang buah hati cik iena

Merlion Park Singapore
ahaa semua sibuk ambik gambar,

Merlion Park Singapore
ehh Maybank :)

Merlion Park Singapore
hai, travelling beruang seronok jalan-jalan kat sini


Merlion Park Singapore
ahaaa mandikan travelling beruang

Video cik iena di Merlion Park Singapore






Untuk trip Murah Ke Singapore jom Follow

FAcebook : Percutian Jimat Saya
Instagram : @percutianjimatsaya
Atau boleh whatsapp +6010 9834622  Untuk tempahan segera atau sebarang pertanyaan.



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve