Grab The Promo
Grab The Promo

Rahsia di sebalik tumbuhan Mas Cotek


"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram."   (Riwayat Abu Daud)

Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan pengamal perubatan tradisional.
Tumbuhan ini mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.
Nama Mas Cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Manakala di negeri Sabah dan Sarawak dan juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit'. Selain itu, ada juga suku etnik di Sabah yang menyebutnya sebagai 'agoluran'. Di Indonesia, tanaman ini disebut 'Tabat Barito' dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatihara tunggalapi-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai 'Kangkalibang'. Meskipun demikian, nama Mas Cotek merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas Cotek diberi kerana bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesies tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea
Secara tradisi, nama tempatan dan klasifikasi jenis Mas Cotek dilakukan oleh spesies seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung, manakala spesis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di bahagian Pantai Barat. Selain itu, spesis Delima sudip terdapat di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisional, Mas Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek jantan dan Mas Cotek Betina .
Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis Mas Cotek jantan dan spesis Mas Cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok Mas Cotek jantan. Bahagian belakang daun Mas Cotek jantan terdapat bintik merah. Biasanya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi ada juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.
Bagi Mas Cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesies jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga memiliki bintik pada bagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina terlihat lebih jelas di bagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun Mas Cotek betina menyerupai daun Mas Cotek jantan.
Seperti konsep 'Doctrice of signature', bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan Mas Cotek menggambarkan penggunaan herba itu untuk rawatan penyakit. Emas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Sangat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan pergunungan. Bahkan ada spesies Mas Cotek yang ditemui di kawasan pantai dengan struktur daun lebih tipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup di alam bebas.
Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.
Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan ia juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Antara khasiat Mas Cotek yang lain adalah:
  • Memperbaiki kerosakan urat saraf
  • Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
  • Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Merawat penyakit pneumonia
  • Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
  • Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda
  • Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
  • Membantu masalah keputihan
  • Melancarkan peredaran haid

sumber



Enam Petua Mudah

Kebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk masalah kesihatan yang simpleseperti demam dan selsema. Masalah kesihatan seperti ini boleh dirawat secara mudah.

Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria/ virus penyebab penyakit menjadi semakin imun. Di sini ada enamcara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah: 




01.Demam
  • Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga  demam berkurangan.
  • Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
02.Selsema
  • Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
  • Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti  oren atau jambu batu.
  • Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
  • Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
(Ramai beranggapan bahawa 'paracetamol' merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ia cuma untuk melegakan sahaja, 'paracetamol' juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)
03.Sakit Kepala dan Migrain
  • Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
  • Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
  • Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
04.Sakit tekak
  • Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
05.Cirit-birit
  • Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
  • Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
  • Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)
06.Sembelit
  • Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
  • Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh
Jadi, kenapa kita harus bergantung kepada ubat-ubatan lagi sedangkan cara yang senang dan menjimatkan sudah ada?
Selamat Mencuba !

Sumber





Carta 10 Terhangat Mengapa Kita Menjadi Gemuk



Tahukah anda bahawa kurang makan juga boleh menyebabkan anda menjadi gemuk?

Berikut saya kongsikan 10 sebab terhangat mengapa manusia menjadi gemuk.
Tempat Ke-10
Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression
Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan hormon didalam badan. Kedua-dua faktor ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat badan.
Tempat Ke-9
Menghidapi Penyakit Kronik
Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisoldidalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.
Tempat Ke-8
Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.
Tempat Ke-7
Stress
Setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!
Tempat Ke-6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.
Tempat Ke-5
Tak Makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.
Tempat Ke-4
Label 'Rendah Lemak'
Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel 'rendah lemak' juga mengandungi 'rendah kalori'? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.
Tempat Ke-3
Kurang Bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.
Tempat Ke-2
Kadar Metabolisma Rendah
Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.
Tempat Pertama
Diet Yang Tidak Sihat
Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atauMcDonald. Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari-kesehari.

sumber


Barangan Garnier Untuk Direbut #1 by Pupel Liyana




Ops tetibe rajin plak nak join segmen cik liyana nie..
wahh sungguh baik hati cik liyana nk agih2kan barangan garnier yg beliau dpt drpd
Majalah Lisa & Asia Media TV  
Semoga bertambah murah rezeki beliau
(^_~)

Kalau nk join sila click gambar diatas yer

ops cik liyana kite nie ade blogshop juga tau
jom cuci mate

atau blh tgk d fanpage beliau




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve