Bila tengok SL Hijab story dekat instagram Cik iena pun rasa nak kongsi Hijab story Cik iena. Bila Cik iena mula memakai tudung secara kekal. Sebelum tu Cik iena nak juga kongsi pengalaman Cik iena di gayakan oleh Shera Lee.
|
Cik iena bersama Shera Lee
|
Sekarang ni Cik iena sibuk bekerja, gaya tudung memang sama tak banyak berubah. Baru-baru ini Cik iena berpeluang bertemu founder Shera Lee iaitu Puan Shera Le. Cik iena merasa di gayakan oleh Shera. Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena digayakan oleh owner butik.
|
Hasil tangan Shera menggayakan iena menggunakan Satin Diamond keluaran Shera Lee
|
Jika sebelum ini kalau iena photoshoot baju atau tudung, jurusolek yang berperanan untuk menggayakan tudung-tudung Cik iena. Kali ini sangat berbeza, founder Butik sangat berbakat dalam menggayakan seseorang. Apa yang Cik iena lihat Sheera pandai menyesuaikan gaya tudung dengan bentuk muka seseorang.
Shera juga merupakan seorang yang tegas dalam kerjanya namun beliau amat disenangi oleh semua pekerjanya. Cik iena juga suka tengok story Shera mengenai tips tips pemakaian dan gaya gaya tudung di instagram.
Baiklah sekarang Cik iena ceritakan perjalanan Hijab Cik iena.
Perjalanan Hijab Cik Programmer Yang kuat Melawa
Setiap orang pasti akan ada kisah perjalanan Hijab mereka yang tersendiri. Tak semuanya dari kecil berhijab. Macam Cik iena,, Cik iena akui Cik iena berhijab sepenuhnya pada tahun 2010. Waktu sekolah memang on off . Biasalah remaja. Bila dah ke IPTS Cik iena cuma bertudung jika pergi kelas. Kalau Cik iena di luar Cik iena on off juga.
Selepas melangkah ke alam pekerjaan pada awalnya Cik iena tidak bertudung. Zaman jahiliah la ni. Rambut cantik kan. Lurus dan halus. Suka lah bila orang puji rambut cantik. Tiap bulan memang akan ke saloon. Rambut asal lurus gila tapi Cik iena suka curl kan rambut di bahagian bawah. Jadi penjagaan nya agak rumit berbanding rambut lurus. Kenapa Cik iena curl kan sebab nampak lebih elegant dan matang sebab muka Cik iena memang muka budak kalau biarkan rambut lurus. Tambah lagi masa tu kulit muka licin lembut macam baby. Memang nampak muda selalu.
|
Gaya Hijab iena semasa tahun 2010 ketika berusia 25 tahun |
Selepas lebih kurang tiga tahun Cik iena bekerja, Cik iena buat keputusan untuk berhijab. Yelah umur dah meningkat dewasa, kesian dekat mak ayah tanggung dosa ye dak hehe. Jadi Cik iena bertekad nak bertudung sepenuhnya. Bukan on off dah. Lagipun masa free hair ni rasa insecure sedikit sebab ramai lelaki suka kacau. Lelaki ni macam kurang hormat pada awek awek free hair ni.
Masa mula-mula berhijab iena ada rasa segan dengan kawan pejabat. Selalu pergi kerja rambut kebabom kepok-kepok tiba tiba datang bertudung. Masa masuk pejabat tu tunduk je muka kan :) . Cikiena terkejut juga respon kawan pejabat, mereka lagi suka dan lagi bagi sokongan. Jadi daripada segan terus jadi tak segan. Nak buat benda baik buat apa nak segan-segan kan (^_~)
|
Gaya Hijab iena semasa tahun 2010 ketika berusia 25 tahun |
Masa tahun 2010 bila tengok balik gaya tudung Cik iena memang berdekah dekah gelak. Pelik rupanya gaya tu. Zaman tu memang selalu photoshoot, jadi macam-macam gaya tudung lah. Tapi gambar photoshoot lain-lain album. Ini kebetulan iena letak semua dalam 1 album. Senang ambil terus. Masa zaman ni rasa dah paling cantik paling hot. Bila dah 10 tahun berlalu tengok balik tergelak-gelak dibuatnya. Besarnya ya Allah riben iena pakai. Berlapis-lapis inner tudung tu. Masa ni tengah Hot inner ayunar 3 lapis.
Menariknya inner ni boleh dibuat pelbagai gaya. Itu jadinya satu shawl pelbagai gaya Cik iena buat. Serius sampai sekarang iena taip sambil gelak-gelak. Teruk betul rupanya iena masa dulu ya. Budget budget Hot la masa ni (^_~)
|
Gaya Hijab iena semasa tahun 2010 ketika berusia 25 tahun |
|
Gaya Hijab iena semasa tahun 2010 ketika berusia 25 tahun
|
Okay iena masih tak habis gelak, dengan sepit rambut, rama-rama, pelbagai jenis hairben iena guna sebagai aksesori tudung. Okay iena tunjuk gambar tahun seterusnya iaitu tahun 2011. Masih gaya yang lebih kurang sama. Serabut pula iena tengok :D
|
Gaya Hijab iena semasa tahun 2011 ketika berusia 26 tahun
|
Berikut pula Cik iena kongsi gambar job modelling. Kalau photoshoot modelling elok rupa tudungya pula. Yelah photoshoot untuk majalah and katalog perlu molek-molek la ye kan.
|
ini gambar photoshoot bukan job majalah atau katalog. Dasyat tudung kan haha
|
Pada tahun 2012 Cik iena mula memakai tudung sarung. Rasa mudah, tambahan lagi masa tu dah bertunang. Tunang pula tak bagi iena melawa. Hanya melawa bila ada photoshoot sahaja dan kalau job photoshoot dia hanya benarkan photographer perempuan sahaja. Keluar biasa tak boleh melawa tak boleh bersolek.
|
iena eliena tahun 2012
|
|
iena eliena tahun 2012
|
|
ini lah gaya tudung semasa tempoh bertunang dan tak boleh mekap T___T Terkonkong rasanya haha
|
Pada tahun 2013, selepas putus tunang, Cik iena kembali lah mengenakan shawl tapi berbeza kali ni tak sesarat tahun 2010 aksesori tudung Cik iena. Inner tudung pun selapis, bukan inner 3 lapis yang bewarna warni (^_~)
|
Gaya Hijab iena semasa tahun 2013 ketika berusia 28 tahun
|
Tahun-tahun seterusnya gaya tudung Cik iena lebih kurang sama. Cik iena suka pakai inner dan shawl serta pashmina. Adakalanya Cik iena juga pakai tudung bawal dan juga tudung sarung serta tudung instant. Kalau Cik iena tunjuk gambar setiap tahun mau meletup blog ni nak load. Cik iena terus kongsi gaya tudung Cik iena yang terkini.
Yang bawah ni gaya tudung iena selepas memasuki usia 30 an hahaha. Untuk yang tak tau lagi iena sebenarnya dah pun berusia 35 tahun pada tahun 2020 ni. Ramai yang tak percaya bila iena bagi tau usia iena, mungkin sebab iena masih belum kawen kot iena nampak muda dan iena berkawan dengan budak-budak muda. Budak-budak pejabat iena kebanyakannya lima ke 10 tahun lebih muda dari iena.
|
Paling malas pakai bawal iena suka ikat belakang je
|
|
kalau rajin sikit iena akan gayakan sikit tudung bawal, atas ni semua tudung bawal
|
|
Ni tudung bawal versi sopan sikit pin kiri kanan hehe
|
|
Cik iena pakai Instant shawl
|
|
Cik iena pakai Instant shawl |
|
Bila makin dewasa ni style shawl pun simple je
|
|
ini pula gaya plain shawl yang sering cik iena gayakan
|
|
Satin Matte in Midnight Blue dari Shera Lee |
|
Satin Matte in Watermelon dari Shera Lee
|
|
ini gaya malas cik iena pakai shawl :)
|
Dan yang paling lattest gaya shawl yang Cik iena suka sekarang adalah gaya shawl yang telah di gayakan oleh Shera Lee pada iena beberapa minggu yang lepas . Cik iena ni semua tudung Cik iena boleh pakai walaupun ada orang beranggapan jika pakai bawal nampak gemuk pakai shawl nampak kurus. Teori tu ada betulnya tapi sebenarnya apa yang penting bila kita menggayakan tudung tu kita perlu yakin dengan diri dan gaya kita. Bila kita rasa yakin kita akan rasa kita cantik haha. Itu sebabnya lah tahun 2010 tu iena fefelling iena cantik. Daya keyakinan terlalu tinggi iena ni haha. Melangkah lah penuh gaya jalan catwalk ala model (^_~)
|
Selepas Shera gayakan style ni dekat Cik iena, Cik iena memang dah jatuh cinta dengan gaya ni. nampak sweet kan :)
|
|
Cik iena suka sangat gaya ni. Cik iena gayakan Blooming Rose in Nude dari Shera Lee. Shawl ni memang Hot Selling gituh. Dah habis tau
|
Haa nampak kan jauh beza gaya tudung Cik iena masa mula-mula sampai sekarang . Kalau dulu tudung Cik iena sarat dengan aksesori. Bila dah 3 series ni gaya pun simple but tak terlalu simple lah sebab Cik iena sememangnya suka melawa dari dulu lagi. Cik iena tak suka nampak selekeh. Kalau pergi pasar pun melawa tau haha.
Pembukaan Semula SL defect Outlet Nu Sentral Pushcart
Kepada
anda peminat Shera Lee khususnya kini anda boleh dapatkan defected item
Shera Lee di Nu Sentral. Harganya lebih murah dari harga biasa.
Untuk pengetahuan walaupun ianya defected item namun kadar kerosakan nya
sikit. Memang tidak nampak pada mata kasar.
Memandangkan Pejabat iena berdekatan Nu Sentral, Insya Allah Bila ada masa nanti Cik iena akan ke SL defect Outlet Nu Sentral Pushcart ni.
Pelancaran Koleksi Satin Diamond
Baru baru ini Shera Lee telah melancarkan koleksi Satin Diamond dengan aneka warna yang menarik. Shawl dari material Satin Diamond merupakan produk best seller dari Shera Lee. Cik iena yang pada asalnya kurang gemar mengenakan shawl bermaterial satin ni selepas memakai Satin mate and satin diamond dari Shera Lee terus jatuh cinta dengan shawl bermaterial satin ni.
Kepada anda diluar sana khususnya buat peminat Shera Lee jangan lupa dapatkan koleksi tudung dari Shera Lee sekarang tau. Sales 7.7 harga nya memang menarik. Shawl printed kegemaran Cik iena cuma RM57 sahaja (Normal price RM99) manakala Satin Diamond cuma RM37 (Normal price RM59) Cik iena pun dah tergoda sama dan dah terbeli :)
Untuk pembelian bernilai RM100 pula dapat penghantaran percuma. Memang menarik promosi ni tau. Jangan lupa grab promosi hebat 7.7 ni tau. Klik ->
https://sheralee.my/
Untuk Maklumat Lanjut