Grab The Promo
Grab The Promo

Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay | Bayar RM171.01 Worth RM1015 dengan cashback RM66.44

Cik iena ni memang kaki shopping online dan suka memanfaatkan voucher atau discount code yang ada. Hari ni Cik iena nak kongsi macam mana Cik iena dapat jimat lebih kurang 83% dari pada harga asal barangan. Bemaksud Cik iena cuma bayar lebih kurang 17% harga asal barangan dengan tambahan cashback RM66.40

 


Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay
Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay

 
 

Mesti pening baca kan. Cik programmer memang suka diskaub berganda ganda ni. Kiranya ada dua tempat yang Cik iena dapat diskaun menjadikan keseluruhan amoun yang Cik iena bayar sangat rendah untuk 4 Helai baju.


 Bayar RM171.01 Untuk Barangan Berharga RM1015 dengan pulangan cashback RM66.44

 

Jumlah asal RM1015  Cik iena bayar pada harga RM171.01 sahaja dengan nilai cashback dalam zalora wallet RM66.44 menjadikan harga iena bayar untuk 4 helai baju tersebut adalah RM 105.02  Saja. Berbaloi kan. Haha murah. Cik iena ni memang suka bab penggunaan voucer. Di Zalora Cik iena gunakan promosi SAVEMORE30 .


Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay

 Dimana promosi ini kita akan dapat potongan harga sehingga 70% ditambah dengan 30% cashback. Kebiasaannya Cik iena akan sort barang mengikut discount paling tinggi . Jadi untuk melayakkan dapat cashback ni perlu berbelanja RM209. Cik iena cari sampai cukup. 

 

Berikut Cik iena kongsikan apa yang Cik iena beli. Dua yang atas memang Cik iena nak. Selebihnya Cik iena cari ikut range harga untuk cukupkan syarat pembelian RM209 bagi mendapatkan cashback 30%.

 

 

Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay
Harga asal RM549 haa ni memang baju lama so lepas diskaun dapat RM112.90 . Untuk baju ni dapat cashback RM 33.53

Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay
Yang ni memang harga RM62 takde diskaun, iena memang nak sebab t shirt ni tutup buntut hehe. Susah nak cari t shirt tuutp buntut (^_~) . Cashback untuk baju ni RM18.41

 

Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay
Harga asal RM299 , manakala selepas diskaun RM 33.90. Cik iena cari nak cukupkan syarat minimum je. CAshback dapat RM 10.70


 


Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay
Harga asal RM 105, selepas diskaun RM 14.90 dan cashback RM4.43 . yang ni juga untuk cukupkan jumlah minimum


 

Gigih betul cari baju nak cukupkan. Kalau masa iena kurus senang sikit banyak pilihan. Biasanya kalau sales banyak size kecil kecil yang cantik cantik. Bila badan dah chuby chuby ke size M ni. Susah siket nak cari yang cantik dan murah. Uhuu dan Murah ya dan murah. iena suka baju yang harga mahal tapi ada diskaun banyak so jadi murah.

Ouh ya Semasa checkout dibahagian Zalora jangan lupa masukkan code SAVEMORE30 untuk dapatkan cashback 30%. Cik iena lupa screenshoot .


Kemudian apa yang lagi menarik Cik iena guna pula promosi diskaun RM50 dengan pembelian minima RM150 yang membuat pembayaran menggunakan GRABPAY.  Menjadikan Cik iena jimat banyak. Kenapa di Zalora tak ambil discount code lain yang potong terus 45% sebab kalau Cik iena ambil yang tu total amoun nak bayar jadi sikit so Cik iena tak lepas syarat minima pembelian RM150 untuk diskaun RM50 menggunakan grabpay.

 


Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay
Code FLASHDEAL

 

Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay
total akhir iena bayar


Uhuu Cik programmer kan kerja nya buat logic coding ni. Jadi bahagian tolak tambah bahagi darab diskaun ni memang suka. Cik iena takkan lepaskan peluang.  by the way promosi RM50 off bila bayar dengan grabpay tu tamat hari ni 30 September 2020.  Boleh guna Code FLASHDEAL masa checkout dekat grabpay. Yang code SAVEMORE30 iena masuk masa checkout dekat zalora.


Jimat berganda di Zalora dengan Promosi RM50 OFF Grabpay
yang ni dia tak nyatakan kita guna kod diskaun dekat grabpay

 

Kiranya first step masukkan SAVEMORE30 dekat zalora dan kemudian bila pilih grabpay kita masukkan pula code FLASHDEAL. Happy Shopping guyz :)

Tak sabar nak dapat barang . nanti iena update bila dapat :D

 

Jom visit ZALORA

 


 



1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

 Artikel ini Cik iena kongsikan untuk pengetahuan anda anda yang salah faham tentang keakraban Cik iena dengan adik ipar. Cik iena tidak pernah membanding banding banding kan keluarga. Cuma disebabkan kerap melihat insta story Cik iena tentang anak buah, ada lah hamba Allah yang terasa hati mengatakan Cik iena berat sebelah. 

Cik iena bukan jenis nak meroyan hari hari di status facebook mahupun whatsapp nak perli perli orang. Hide status dan perli keep perli. Lepastu ada yang screenshot. ini perkara biasa. Cik iena maafkan. Cik iena takde nak perli banyak banyak kali di facebook mahupun whatsapp. Cik iena cuma luahkan dalam blog Cik iena je  :) Ini Blog iena suka hati iena lah nak luah kan.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?


1 Week Work From Home And  1 Week From Office

 

Sangat sukar untuk buat orang faham. Mengapa banyak story anak buah adalah kerana ketika Cik iena punya jadual work from home. Cik iena akan ke rumah adik di Kajang. Kenapa Cik iena kesana kerana buat masa ini Cik iena tinggal berseorangan di KL sebab deqnor pun tinggal di rumah adik Cik iena di Kajang sebab iena tak boleh hantar dia kerja sebab faktor lokasi kerja yang bertentangan jauh. Tidak sejalan dengan jalan Cik iena ke tempat kerja.


1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
Peah selalu memenuhi story instagram iena bila work from home

Jika Cik iena hantar adik ke tempat keje, tempoh masa Cik iena sangkut dalam jem dari rumah ke tempat kerja adik dan dari tempat kerja adek ke tempat kerja iena adalah dari dua jam sehingga 3 jam. Ianya sangat memakan masa dan Cik iena selalu sampai lewat di pejabat. maka dengan itu kami membuat keputusan untuk berpindah ke tempat yang lebih mudah adik untuk pergi kerja memandangkan Cik iena kerja di Q sentral dekat dengan pengangkutan awam jadi kami cari lokasi rumah yang dekat dengan pengangkutan awam dan dekat dengan adik. kakak perlu mengalah itu sudah pasti. tak boleh nak pilih lokasi dekat dengan tempat kerja iena.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
kadang2 malam penat nak masak kami keluar  makan

Disebabkan Kes Cik iena kerap post story anak buah jadi Cik iena rasa sebelah pihak lain salah sangka Cik iena selalu ke rumah adik dan balik rumah KL. Salah tu Cik iena bila work from home seminggu memang Cik iena menumpang di rumah adik. Sebab bosan tau duduk seorang dekat rumah. 

Kalau awak mungkin awak tak bosan awak ade anak dan suami. Saya ni seorang je di rumah. Jadi jika work from home memang akan ke kajang rumah adik. bila jadual work from office baru Cik iena stay rumah KL. Itupun Cik iena akan balik lewat. Bila sampai rumah, mandi rehat dan tidur. Esok terus pergi kerja.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

Kalau kita ni dah menumpang rumah orang tentunya bila masa yang sesuai kita akan berbual, meluangkan masa bersama, bukan menghadap handphone atau memerap dalm bilik atau tidur selalu. Bila kita berbual jadi nampak rapat. Kita ni perlu bersosial dengan orang, lagi lagi kita menumpang rumah orang tu. Jangan diterap dalam diri kalu kemana-mana..ke rumah orang atau bercuti. Duduk layan handphone dan memerap dalm bilik sahaja. Keluarlah bergaul. Sikap kita yang anti sosial ni yang buat kita rasa kita kurang rapat dengan orang. Pendek kata jangan anti sosial. Bila dengan keluarga luangkan masa berborak bukan menghadap handphone 24 jam.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

Susah sebenarnya nak bagi faham orang yang tak faham dan pentingkan diri yang nak perhatian diberikan pada dia 100 % . Kenapa Cik iena ke rumah adik kerana hanya kami sahaja yang duduk berjauhan dari keluarga dan lokasi kami berdekatan. Takkan pula Cik iena time work from home nak pergi rumah adik atau kakak yang dekat dekat rumah Mak. Dekat kampung pendek kata.


Seriously iena memang fade up dah nak jaga hati orang yang tak faham kondisi kita duduk merantau jauh dari keluarga. Menjadi kesalahan ke kita pergi rumah adek sendiri ? kita ni bukan sejenis yang walau keluarga sendiri dekat tapi tak jenguk keluarga. Jarang jarang balik walau jarak sekankang kera.


Iena memang tak boleh duduk rumah seorang di KL. lagipun bahaya perempuan duduk seorang. Sebab tu iena ke rumah adek di Kajang. Tapi Cik iena tak faham kenapa perlu timbul rasa cemburu dan iri hati. Dan merasakan kasih sayang dia dirampas. Kalau macam tu cuba jadi seperti kami duduk jauh merantau dari keluarga dan duduk berdekatan kami. Tentu lah Cik iena juga akan pergi rumah korang.

 


1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
Adik iena yang lelaki tu

Bila iena keluar sama adik, ada yang berbunyi. Kadang kadang iena dapat job food review memang iena bawa la semua da kebetulan time tu iena menumpang rumah adik. Takkan pula nak ajak keluarga yang jauh di kampung ? Logik masuk akal tak? Bila buat review memang style iena banyak post story dekat instagram. Kalau sikap cemburu ni menebal dalam hati awak tu sasah la iena nak buat kerja ni. Atau munkin awak lupaa iena ni Blogger . Orang panggil untuk buat food review.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

 

FAHAM TAK SITUAS STRESS TAHAP DEWA IENA MELAYAN KARENAH KELUARGA. KALAU IKUTKAN TAKNAK CERITA KAT BLOG TAPI CIK IENA DAH SAMPAI TAHAP RIMAS KENAPA CIK IENA TAK BOLEH NAK PERGI RUMAH ADIK DI KAJANG. KENAPA PERLU CEMBURU. KENAPA SAMPAI UNFRIEND FACEBOOK. NAMPAK SANGAT AWAK TU TAK BERSIKAP PROFESIONAL. 


KALAU AWAK NAK TAU BILA AWAK BUAT PERANGAI MACAM NI BUAT ORANG RASA ANNOYING DAN FADE UP DAN LETIH NAK JAGA HATI AWAK.  LEPAS NI IENA JAGA HATI IENA JE. SINCE AWAK DAH MULAKAN PEPERANGAN HAHA


Okay sekian luahan. Nasihat pada awak yang sentap tu. Tolong kaji balik tolong fikirkan kenapa saya kerumah adik di Kajang dan kenapa tak kerumah awak... Saya yakin awak ade otak untuk berfikir. Jangan diterapkan sikap penting diri dan sikap mintak semua apa benda mesti  dapat tu dalam diri awak. 

 

Lagi satu saya tak pernah lupa awak fitnah saya. Segala perbualan di whatsapp saya simpan tak pernah delete. Saya bukan macam awak jenis delete whatsapp lepastu lupa apa yang kita message lepastu tersalah cerita sebab message da delete  dan seterusnya menjadikan nya fitnah sebab ianya tidak benar. 

Walau apapun BUKTI telah ditunjuk pada keluarga terdekat dan semua pun tau perangai awak. Jadi kami terpaksa redha lah dengan perangai awak. Kami cuma mampu berdoa awak berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang. Tiada siapa yang mampu merubah diri awak kecuali awak sendiri dan berhentilah kondem hidup orang, komen  kehidupan orang dan membanding bandingkan kehidupan orang lain dengan awak.

Kita yang mencorakkan kehidupan kita. Jangan tanamkan rasa cemburu iri hati dengki dalam diri kelak ianya memakan diri. Pepatah ada mengatakan ukur baju di badan sendiri..agituwwwwwwwww


Ahaa lepas nie iena pindah lagi dekat dengan adik sebab lokasi tu dekat tempat keje deknor. Hurmm akan lagi sentap lah mungkin. Pilih rumah dekat dekat dengan keluarga ni senang sebenarnya bila bosan pergi rumah dia. Bila ada masalah boleh minta tolong.  JADI IENA MINTA SANGAT TOLONG FAHAM DAN TOLONG BUANGKAN SIKAP CEMBURU TU. KALAU RASA RASA NAK IENA SENTIASA DEKAT DENGAN KORANG  JE DAN SENTIASA BERI PERHATIAN 100% DEKAT KORANG JE. MAI LAH PINDAH RUMAH DUDUK DEKAT DEKAT IENA, MESTI IENA MENYINGAH RUMAH KORANG KALAU IENA BOSAN.

 

 

 
 

 

 





Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai, Cheras merupakan antara destinasi mendaki bagi penduduk penduduk sekitar Cheras . Jarang kita dengar nama bukit ini. Cik iena sendiri tau apabila hantar adik bekerja di Alam Damai dan selalu nampak orang keluar dari celah celah semak. Maka dengan itu adik bertanya pada rakan kerjanya disitu. Sebab itu lah kami tau lokasi ni.

 

Bukit Besi Alam Damai Cheras

 

Untuk pengetahuan Bukit Besi Alam Damai , Cheras ini tidak lah tinggi namun masih terdapat trek yang agak curam untuk didaki. Mempunyai ketinggian setinggi 955 Kaki sahaja iaitu 291 meter. Bagi anda yang ingin mendaki disini anda bolah waze OCBC Bank Cheras, Alam Damai.

Anda boleh parking di kawasan OCBC Bank Cheras, Alam Damai dan kemudian anda perlu melintas jalan untuk memulakan pendakian. Jalan masuk adalah sebelum traffic light. Maaf Cik iena tak banyak a mbil gambar trek. Tapi anda boleh rujuk vlog cik iena. Memalui vlog tersebut anda akan nampak dengan jelas dimana jalan masuk untuk ke Bukit Besi Alam Damai Cheras. (VLOG di hujung artikel)

 

Pengalaman Hiking di Bukit Besi Alam Damai Cheras 

 

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras


 

Walaupun ianya tidak tinggi namun Cik iena dan rakan-rakan enjoy pendakian disini. Ianya memberikan pengalaman yang indah bersama teman-teman. Selain dapat menyihatkan badan pastinya dapat lagi mengeratkan persahabatan gituh. Cik iena memang suka keluar hiking bawa rakan rakan pejabat.

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

 

Walaupun di pejabat memang dah ada aktiviti bersama rakan pejabat tetapi tetap nak ajak mereka. Memang life Cik iena banyak dengan kawan pejabat . Mereka ibarat keluarga kedua. Kami mula hiking pada jal 8.45 am dan tiba di pit stop pertama lebih kurang 15 minit. Disini terdapat khemah yang hikers dirikan. 

 


Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras

 

Sebelum sampai di pit stop pertama, anda akan nampak tangki air. Jalan menuju ke tangki air dan kemudian anda ikut jalan ke kiri. Anda perju jalan sedikit dan kemudian akan sampai ke pit stop untuk view yang pertama. Disini anda akan dapat menikmati pemandangan sekitar Cheras.


Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras

Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras

Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras

 

Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras
Gambar pistop pertama di Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bermula dari pitstop pertama ini anda akan nampak dua laluan tetapi sebenarnya ada 3 laluan untuk sampai keatas cuma laluan satu lagi tersorok di laluan sebelah kanan. Kiranya anda perlu masuk laluan kanan terlebih dahulu bila sampai atas sikit akan ada lagi pecahan jalan. Jalan yang terus anda nampak adalah jalan bukit bertali untuk didaki dan ianya boleh dikatakan curam.  Jalan yang mudah ada di sebelah kanan namun semasa naik agak sukar untuk kita nampak jalan ini. Masa turun kami terlalu jalan ini dan ianya sangat mudah.

 


Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

 

 Laluan lain adalah di sebelah kiri dari pit stop pertama. Dari lokasi pit stop laluan kiri nampak lebih mudah dan mendatar serta mempunyai banyak pokok pokok kecil untuk menghalang pandangan mata anda dari nampak view tinggi yang agak menggayatkan seperti di laluan sebelah kanan.

Kesimpulannya dua-dua laluan ini ada canarannya yang tersendiri. Anda tetap perlu berhati-hati walau dimanapun laluan yang anda pilih. Sekiranya anda cuai anda boleh terjatuh lagi lagi jika cuaca sebelumnya hujan. Jalan agak licin. Jadi apa apa jua jalan yang anda pilih pastikan berhati hati okay.

 

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

 

 

Dari pitstop pertama untuk sampai atas memakan masa lebih kurang 15 minit menjadikan keseluruhannya 30 minit. Tapi jika anda pergi weekday atau masa orang tak ramai mungkin akan lebih awal sampai kerana masa Cik iena naik banyak bertembung dengan hikers lain. Jadi kemi perlu berhenti dan beri laluan.

 

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Untuk lihat trek anda boleh lihat full vlog Cik iena untuk rujukan. Secara keseluruhannya cik iena dapat katakan treknya sangat mudah . Newbie pun boleh pergi. Jadi kalau anda yang baru mula belajar hiking, anda tak perlu risau.trek nya sangat mudah. Nak bawa budak kecil pun boleh. Cik iena pun nampak ada yang bawa budak umur setahun ke dua tahun. Mereka dukung anak mereka berganti ganti.

 

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

 

 

 


Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

 

 

Ouh ya untuk pengetahuan, shawl iena pakai dari MySportsHijab
Istimewa untuk my reader and instagram follower ada  special 1 month discount
10% off storewide kat MySportsHijab

From now until 31/10/2020

Click link to order:
Bit.ly/ShopMysportshijab

Enter Discount code waktu checkout:
MSHxIena 

 

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Bukit Besi Alam Damai Cheras

Untuk yang sebelum ni ada bertanya kasut yang Cik iena pakai boleh dapatkan di https://t.productlink.io/a62e0j.Kalau buka guna phone jika ada apps link akan terus ke apps tapi tak dapat buka page ni . Link akan ke main page . So buka guna laptop atau pun bila link buka apps zalora boleh search Nike Air VaporMax Flyknit 3 Sneakers . Untuk lebih banyak pilihan warna boleh klik https://t.productlink.io/a62e1a
Nike Air VaporMax Flyknit 3 Sneakers
Nike Air VaporMax Flyknit 3 Sneakers . Tapi iena punya warna dia da habis.. tali iena hijau striking dan logo nike kale silver

 


Okay sebelum Cik iena kongsi vlog mendaki Bukit Besi Alam Damai Cheras Cik iena perkenalkan rakan rakan yang turut sama mendaki pada hari tersebut. Mereka merupakan rakan yang selalu ikut Cik iena hiking. Cik iena memang selalu hiking tapi jarang jarang Cik iena kongsi di Blog mahupun youtube atau instagram feed. Kebiasaannya Cik iena hanya post insta story.

 

Rakan Rakan Hiking  Bukit Besi Alam Damai Cheras 26 September 2020

 

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Deqnor, Yang ni the only adek perempuan Cik iena, Sentiasa ada bila pergi Hiking. Kami dua beradik memang sangat Closed.Dia juga tukang cari dan suggest tempat hiking dan bercuti. Kebiasaannya setahun sekali iena akan pergi Hiking atau buat aktiviti lasak jauh daripada Kuala Lumpur dengan kawan-kawan. Yang mana tempat ni perlu bermalam sekurang kurangnya dua hari. Tahun Ni Insya Allah kami nak ke Perlis .


 

 

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Laila , kawan kepada adik iena iaitu deqnor. Tapi iena memang dah kenal dia lama since deqnor masih belajar .Kalau nak tau mana kawan Cik iena dan mana kawan adik. Yang panggil Cik iena dengan nama kakngah tu adalah kawan adik. yang mana panggil Kak iena tu adalah kawan pejabat. haha kenapa kakak? sebab sis terlalu tua untuk mereka mereka..haha kalau bagi tau umur semua terkejut.


Bukit Besi Alam Damai Cheras
Zai , kawan pejabat Cik iena. Antara kawan yang never say no bila Cik iena ajak pergi Hiking :) Dia jugak rajin bawa dapur untuk masak kalau pergi hiking. Kira kami punya Chef la tapi bergantung pada lokasi Hiking. Bukit Besi tak Sesuai nak masak masa (^_~)



Bukit Besi Alam Damai Cheras
Shah, kawan pejabat Cik iena . Antara orang penting jugak ni sebab kalau dia takde kami kekurangan driver haha. Ketua geng MRT Maluri la ni haha..pickup kawan-kawan kat MRT Maluri.Shah kalau pergi hiking atau berkelah bila dia bawa makanan sekali bawa macam kenduri.



Bukit Besi Alam Damai Cheras
Jali, kawan baik kepada Shah. baru kali kedua hiking dengan dia. Kali pertama nampak pendiam sangat. Kali kedua dah okay siket . Cik iena lagi suka kalau kawan bawa kawan sekali pergi hiking. baru meriah ramai orang join kan. Bila hiking ni kita akan sentiasa jumpa kawan baru :)



Bukit Besi Alam Damai Cheras
Ery, bekas rakan pejabat. Sebelum ni kerja sama sama. Then dia berhenti kerja tempat lain but walaupun dah berhenti kami still keep in touch. Keluar makan sama dan keluar hiking sama. Ni kawan yang paling jujur hahaha.. kau jangan sentap keluar dengan dia. Kalau tak okay dia kata tak okay. Kalau jenis sentap sentip sentup memang makan hati. Mula-mula kat pejabat tak geng dengan dia. Dia macam budak have have. Bila sekali ajak keluar lunch terus ngam. Satu kepala rupanya. Weng weng (^_~)


 

Bukit Besi Alam Damai Cheras
Hazim, rakan pejabat Cik iena jugak tapi ini merupakan kali pertama hiking sama dengan Cik iena dan kawan-kawan. Actually Hazim staff baru . Kami baru je tau dia suka Hiking. Jadi lepas ni boleh ajak Hazim sekali :)


Bukit Besi Alam Damai Cheras
Irfan, rakan pejabat Cik iena juga. Yang ni susah nak bergambar sorang-sorang. Cari gambar dia sorang tak jumpa. tanya kawan-kawan takde. Tuan badan pun takde jadi guna gambar ni jelah ye. Irfan ni kalau ajak apa-apa pun on je kalau ade transport. Masalah iena selalunya bila ajak kawan-kawan adalah transport arrangement. Perlu ajak kawan-kawan yang ada kereta dulu kalau nak ajak kawan-kawan yang lain. Kita tak boleh selfish fikir transport sendiri juga. perlu fikir macam mana kawan-kawan lain nak datang juga :)


Sebenarnya ramai lagi kawan yang selalu sertai Cik iena hiking tapi disebabkan kali ni plan last minit sebab iena nak pergi tengok rumah sewa berdekatan bukit besi jadi iena plan nak hiking. tak sangka ada yang nak ikut dan ada juga yang balik kampung and tak available masa tu. 

Insya Allah next hiking akan plan awal-awal dan suruh semua reserved date. Next plan in october adalah sungai pisang (^_~)



 

More picture at https://web.facebook.com/media/set/?vanity=ienaelienadotcom&set=a.1252206881795771

 

 

Vlog Mendaki Bukit Besi Alam Damai, Cheras

 


 

Untuk mendaki di sini ada boleh parking di kawasan berdekatan OCBC Bank Cheras.

OCBC Bank Cheras, Alam Damai
1, 3, 5 & 7, Jalan Damai Niaga 1, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala

 

Selepas mendaki disini kami pergi makan di WARUNG SIMPLE 2 - Damai Perdana. Nasi kukus disini memang highly recomended. Sedap sangat. 


WARUNG SIMPLE 2 - Damai Perdana

23, Jln Damai Perdana 6/1F, Bandar Damai Perdana, 56000 Kuala Lumpur, Selangor
014-227 4343



Voucher OldTown White Coffee

OldTown White Coffee merupakan antara kopitiam yang Cik iena suka makan. Selepas Cik iena beli voucher boatnoodle di Shoppee Cik iena nampak pula voucer OldTown White Coffee memang Cik iena tak lepaskan peluang untuk beli. Pada yang gemar makan di OldTown White Coffee pasti rasa penjimatannya jika beli voucher ni.

Cik iena kongsikan pautan dua voucher OldTown White Coffee yang cik iena telah beli  di shopee.Istimewanga di OldTown White Coffee ni anda boleh redeem banyak voucher pada masa yang sama atau dalam single receipt berbeza dengan boatnoodle sebelum ni Cik iena pergi 1 vaucher hanya untuk 1 single receipt.

 

OLDTOWN Asam Laksa + Lime Drink

OLDTOWN Asam Laksa + Lime Drink  Normal price RM19.75

 

OLDTOWN Asam Laksa + Lime Drink
Normal price RM19.75

Beli Voucher di https://t.productlink.io/a52aqt


 

OLDTOWN BBQ Chicken & Fried Wantan Dry Egg Noodles + OLDTOWN Americano (Hot/Cold)


 
OLDTOWN BBQ Chicken & Fried Wantan Dry Egg Noodles + OLDTOWN Americano (Hot/Cold)
Normal price RM22.30
 


OLDTOWN BBQ Chicken & Fried Wantan Dry Egg Noodles + OLDTOWN Americano (Hot/Cold) Normal price RM22.30

 

Wokay ada banyak lagi voucher makanan yang murah murah di shopee ni, perlu rajin tengok. Cik iena memang suka memanfaatkan apa yang ada. Kalau nak makan di mana-mana Cik iena akan tengok dulu jika ada voucher yang dijual di Shopee.





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve