Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

 Artikel ini Cik iena kongsikan untuk pengetahuan anda anda yang salah faham tentang keakraban Cik iena dengan adik ipar. Cik iena tidak pernah membanding banding banding kan keluarga. Cuma disebabkan kerap melihat insta story Cik iena tentang anak buah, ada lah hamba Allah yang terasa hati mengatakan Cik iena berat sebelah. 

Cik iena bukan jenis nak meroyan hari hari di status facebook mahupun whatsapp nak perli perli orang. Hide status dan perli keep perli. Lepastu ada yang screenshot. ini perkara biasa. Cik iena maafkan. Cik iena takde nak perli banyak banyak kali di facebook mahupun whatsapp. Cik iena cuma luahkan dalam blog Cik iena je  :) Ini Blog iena suka hati iena lah nak luah kan.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?


1 Week Work From Home And  1 Week From Office

 

Sangat sukar untuk buat orang faham. Mengapa banyak story anak buah adalah kerana ketika Cik iena punya jadual work from home. Cik iena akan ke rumah adik di Kajang. Kenapa Cik iena kesana kerana buat masa ini Cik iena tinggal berseorangan di KL sebab deqnor pun tinggal di rumah adik Cik iena di Kajang sebab iena tak boleh hantar dia kerja sebab faktor lokasi kerja yang bertentangan jauh. Tidak sejalan dengan jalan Cik iena ke tempat kerja.


1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
Peah selalu memenuhi story instagram iena bila work from home

Jika Cik iena hantar adik ke tempat keje, tempoh masa Cik iena sangkut dalam jem dari rumah ke tempat kerja adik dan dari tempat kerja adek ke tempat kerja iena adalah dari dua jam sehingga 3 jam. Ianya sangat memakan masa dan Cik iena selalu sampai lewat di pejabat. maka dengan itu kami membuat keputusan untuk berpindah ke tempat yang lebih mudah adik untuk pergi kerja memandangkan Cik iena kerja di Q sentral dekat dengan pengangkutan awam jadi kami cari lokasi rumah yang dekat dengan pengangkutan awam dan dekat dengan adik. kakak perlu mengalah itu sudah pasti. tak boleh nak pilih lokasi dekat dengan tempat kerja iena.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
kadang2 malam penat nak masak kami keluar  makan

Disebabkan Kes Cik iena kerap post story anak buah jadi Cik iena rasa sebelah pihak lain salah sangka Cik iena selalu ke rumah adik dan balik rumah KL. Salah tu Cik iena bila work from home seminggu memang Cik iena menumpang di rumah adik. Sebab bosan tau duduk seorang dekat rumah. 

Kalau awak mungkin awak tak bosan awak ade anak dan suami. Saya ni seorang je di rumah. Jadi jika work from home memang akan ke kajang rumah adik. bila jadual work from office baru Cik iena stay rumah KL. Itupun Cik iena akan balik lewat. Bila sampai rumah, mandi rehat dan tidur. Esok terus pergi kerja.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

Kalau kita ni dah menumpang rumah orang tentunya bila masa yang sesuai kita akan berbual, meluangkan masa bersama, bukan menghadap handphone atau memerap dalm bilik atau tidur selalu. Bila kita berbual jadi nampak rapat. Kita ni perlu bersosial dengan orang, lagi lagi kita menumpang rumah orang tu. Jangan diterap dalam diri kalu kemana-mana..ke rumah orang atau bercuti. Duduk layan handphone dan memerap dalm bilik sahaja. Keluarlah bergaul. Sikap kita yang anti sosial ni yang buat kita rasa kita kurang rapat dengan orang. Pendek kata jangan anti sosial. Bila dengan keluarga luangkan masa berborak bukan menghadap handphone 24 jam.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

Susah sebenarnya nak bagi faham orang yang tak faham dan pentingkan diri yang nak perhatian diberikan pada dia 100 % . Kenapa Cik iena ke rumah adik kerana hanya kami sahaja yang duduk berjauhan dari keluarga dan lokasi kami berdekatan. Takkan pula Cik iena time work from home nak pergi rumah adik atau kakak yang dekat dekat rumah Mak. Dekat kampung pendek kata.


Seriously iena memang fade up dah nak jaga hati orang yang tak faham kondisi kita duduk merantau jauh dari keluarga. Menjadi kesalahan ke kita pergi rumah adek sendiri ? kita ni bukan sejenis yang walau keluarga sendiri dekat tapi tak jenguk keluarga. Jarang jarang balik walau jarak sekankang kera.


Iena memang tak boleh duduk rumah seorang di KL. lagipun bahaya perempuan duduk seorang. Sebab tu iena ke rumah adek di Kajang. Tapi Cik iena tak faham kenapa perlu timbul rasa cemburu dan iri hati. Dan merasakan kasih sayang dia dirampas. Kalau macam tu cuba jadi seperti kami duduk jauh merantau dari keluarga dan duduk berdekatan kami. Tentu lah Cik iena juga akan pergi rumah korang.

 


1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?
Adik iena yang lelaki tu

Bila iena keluar sama adik, ada yang berbunyi. Kadang kadang iena dapat job food review memang iena bawa la semua da kebetulan time tu iena menumpang rumah adik. Takkan pula nak ajak keluarga yang jauh di kampung ? Logik masuk akal tak? Bila buat review memang style iena banyak post story dekat instagram. Kalau sikap cemburu ni menebal dalam hati awak tu sasah la iena nak buat kerja ni. Atau munkin awak lupaa iena ni Blogger . Orang panggil untuk buat food review.

 

1 Week Work From Home, duduk Rumah Adik Salah ke?

 

FAHAM TAK SITUAS STRESS TAHAP DEWA IENA MELAYAN KARENAH KELUARGA. KALAU IKUTKAN TAKNAK CERITA KAT BLOG TAPI CIK IENA DAH SAMPAI TAHAP RIMAS KENAPA CIK IENA TAK BOLEH NAK PERGI RUMAH ADIK DI KAJANG. KENAPA PERLU CEMBURU. KENAPA SAMPAI UNFRIEND FACEBOOK. NAMPAK SANGAT AWAK TU TAK BERSIKAP PROFESIONAL. 


KALAU AWAK NAK TAU BILA AWAK BUAT PERANGAI MACAM NI BUAT ORANG RASA ANNOYING DAN FADE UP DAN LETIH NAK JAGA HATI AWAK.  LEPAS NI IENA JAGA HATI IENA JE. SINCE AWAK DAH MULAKAN PEPERANGAN HAHA


Okay sekian luahan. Nasihat pada awak yang sentap tu. Tolong kaji balik tolong fikirkan kenapa saya kerumah adik di Kajang dan kenapa tak kerumah awak... Saya yakin awak ade otak untuk berfikir. Jangan diterapkan sikap penting diri dan sikap mintak semua apa benda mesti  dapat tu dalam diri awak. 

 

Lagi satu saya tak pernah lupa awak fitnah saya. Segala perbualan di whatsapp saya simpan tak pernah delete. Saya bukan macam awak jenis delete whatsapp lepastu lupa apa yang kita message lepastu tersalah cerita sebab message da delete  dan seterusnya menjadikan nya fitnah sebab ianya tidak benar. 

Walau apapun BUKTI telah ditunjuk pada keluarga terdekat dan semua pun tau perangai awak. Jadi kami terpaksa redha lah dengan perangai awak. Kami cuma mampu berdoa awak berubah menjadi yang lebih baik dari sekarang. Tiada siapa yang mampu merubah diri awak kecuali awak sendiri dan berhentilah kondem hidup orang, komen  kehidupan orang dan membanding bandingkan kehidupan orang lain dengan awak.

Kita yang mencorakkan kehidupan kita. Jangan tanamkan rasa cemburu iri hati dengki dalam diri kelak ianya memakan diri. Pepatah ada mengatakan ukur baju di badan sendiri..agituwwwwwwwww


Ahaa lepas nie iena pindah lagi dekat dengan adik sebab lokasi tu dekat tempat keje deknor. Hurmm akan lagi sentap lah mungkin. Pilih rumah dekat dekat dengan keluarga ni senang sebenarnya bila bosan pergi rumah dia. Bila ada masalah boleh minta tolong.  JADI IENA MINTA SANGAT TOLONG FAHAM DAN TOLONG BUANGKAN SIKAP CEMBURU TU. KALAU RASA RASA NAK IENA SENTIASA DEKAT DENGAN KORANG  JE DAN SENTIASA BERI PERHATIAN 100% DEKAT KORANG JE. MAI LAH PINDAH RUMAH DUDUK DEKAT DEKAT IENA, MESTI IENA MENYINGAH RUMAH KORANG KALAU IENA BOSAN.

 

 


 





La Tahzan : Dugaan Allah ada Hikmahnya


Ade sesuatu perkara tak diduga terjadi. Ya Allah sedihnya rasa hati .Kenapa dah buat sesuatu baru bagi tahu . Sepatutnya tanya pendapat dulu . Walaupun baju cik iena tak cantik ke ape jangan sesekali ubah tambah itu ini tanpa keizinan.

Team work itu penting. Kalau tidak bertanya dan buat keputusan sendiri , selepas buat baru inform,itu bukan team work namanya sayang. Allah maha mengetahui betapa terguris nya hati ini. Susah payah menyiapkan baju tu . 

Betapa sibuk nye cik iena masih cuba cari masa untuk menjahit. Tiada masa nak berehat lansung. Sampaikan cik iena sendiri jatuh sakit. Now badan pun tak berapa sihat lagi.Esk lepas subuh pun kene gerak ke melaka and johor. memang sangat busy dan masih lagi tidak tidur sekarang.Weekday kerja. Weekend sibuk attend event invitation .

Last week pun sibuk dengan event majalah libur karangkraf & 1600 Pandas My. Sesibuk mana pun ade sedikit je masa terluang cik iena jahit manik. Cik iena bawak baju tu pergi event. Rasa sesuai untuk jahit cik iena jahit. Now sekarang ni pun cik iena balik rumah bukan tidur tau. Cik iena buat kerja. sesambil tunggu habis buat database maintenance untuk testing script cik iena update blog.Beginilah kerja programmer tak tentu masa. Pukuk 3.50 pagi masih tak tidur
  dan mungkin tak tidur sebab lepas subuh nak gerak ke melaka and johor.
Ada kenduri kawen di Johor, and kawan yag datang dari sarawak teringin nak pergi melaka.So sebelum ke johor, singgah melaka. Bayangkanlah betapa sakitnya hati ni.KECEWA SANGAT..

Semangat cik iena buat tau -->> http://www.ienaeliena.com/2014/12/persiapan-baju-pertandingan-miss-petite.html
Sakit2 masih jahit -- >> http://www.ienaeliena.com/2014/12/low-back-pain.html


Walauapapun esok cik iena doakan dia dapat buat dengan baek . Cukuplah baju cik iena jahit tu je berubah design. Tercalar sungguh hati ini.Terasa tidak dihargai.Teruskanlah perjuangan mu wahai sahabat.

Nota blog : Banyak betul dugaan cik iena, Bersabarlah wahai hati. Allah tidak akan menduga diluar kemampuan hambanya.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Hati Seorang Wanita


Hati wanita terlalu lembut. Zahirnya wanita nampak berbeza. Tapi batinnya, wanita mempunyai HATI yang sama.

Wanita adalah insan yang paling kuat
Dia masih mampu berkata, "saya ok" walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu tersenyum walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu menolak egonya demi orang yang mereka sayang

Allah telah mencipta hati wanita diselaputi dengan sifat yang lembut
Di sebalik degil kita, Allah salutkan dengan kesabaran,
Di sebalik ego kita, Allah salutkan dengan ketabahan,
Di sebalik rasa sedih dan luka, Allah salutkan dengan kekuatan dan bila disakiti
Di sebalik 'nakal' kita, Allah salutkan dengan sifat setia dan taat
Itulah keindahan kejadian wanita

Kadang2 kita terlupa yang fitrahnya Allah mencipta hati kita yang cukup kuat
Bila emosi kita lebih menguasai hati, kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita di sebalik kekuatan hati masih terselit sifat kelembutan
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita jika kita bijak mengawal segalanya rasa fitrah kita dan bijaksana

Jika kita sedar yang Allah ciptakan betapa kuatnya hati kita
Jadi tak perlulah kita jatuh jika ditimpa ujian2 yang menyakitkan
Memang tak dinafikan, emosi kita terkadang melebihi rasa ingin jatuh, rapuh bila ditimpa ujian

setiap ujian yang Allah bagi itu bersebab
Allah beri ujian atas kemampuan kita atas ketabahan kita
Yakinlah, di sebalik ujian itu ada rahmat yang cukup besar

Bangun, kuat dan tabah menghadapi apa saja jenis ujian
Sentiasalah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang Allah turunkan
Seindahan hiasan adalah wanita solehah

Ujian itu datang dari Allah, kebahagian juga datang dari Allah. Indahnya wanita Allah ciptakan sekeping hati yang kuat. Sentiasalah REDHA dan IKHLAS menghadapi  segala jenis ujian.


Nota Blog : La Tahzan cik iena. luahan diatas nak motivasikan hati yang hmmmmm, Okay nite all, esk cik iena nak pergi kursus kawen . Ops tapi cik iena bukan nak kawen lagi. just teman member. Walaupun adik cik iena gelak bile cik iena cakap nak pergi kursus kawen tapi takpe hehe teringat kata2 member yang cik iena nak teman esok ni, mana tau lepas ni Allah pertemukan jodoh iena, Allah nak bagi "THE BEST MAN" (^_~)
Aminnn......





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

AKU DIAM



Aku diam
Bukan bererti aku tak peduli kepadamu.
Aku diam
Bukan bererti aku tak memikirkanmu.
Aku diam
Bukan bererti aku tak mengharapkanmu.
Aku diam
Bukan bererti aku tak merindukanmu.
Akan tetapi,
Aku diam
Kerana aku sungguh memikirkanmu.
Aku diam
Kerana aku sungguh merindukanmu.
Cukup dengan diam aku menaruh hati padamu
Cukup dengan diam kutundukkan pandanganku
Cukup dengan diam kujaga maruahku
Diamku sebagai tanda menjaga hati padamu
Yang kutitipkan pada-Nya
Diamku sebagai bukti rinduku padamu
Yang tak melebihi cinta pada-Nya












Ehhhh tengok cik iena memalam ni berjiwang-jiwang pulak
Actually i miss someone but
its hard to tell him
Okay dah cik iena sila tidur nanti entah ape blog post sengal di update malam nie
(^_~)
cerita pasal photoshoot songket Bullyn Collection tak nak update pulak
jiwa kacau beb
okay iena ingat bawah nie

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V






Owkay chill cik iena, sekarang pergi tidur

Nota Blog : pic atas tu gambar photoshoot ahad yang lepas. Photoshoot koleksi songket dari Bullyn Collections. Nanti ada mood , jiwa tak kacau cik iena update okay (^_~)
Tapi kan pic tu actually candit pic, memang cik iena tengah termenung memikirkan sesuatu sekali photographer ambil gambar. Kredit to En.Min for the photo :)







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

MUNGKINKAH HATIMU MILIKKU


Di sisimu aku terdiam seribu bahasa,Di hatiku bergetar sejuta rasa.
Namun sukar untuk aku meluahkan Ku cinta padamu.Nafasku terhenti bila melihat dirimu.
Terasa batas degupan jantungku.Mungkinkah hatimu milikku jua, Ku sayang padamu.
Kan kuabadikan dikau Suatu kenangan yang manis Yang tak mungkin aku lupa Untuk selamanya.

Opss ini lirik lagu je. Cik iena suka lagu ni. Lama tak dengar . Cik iena dengar ulang2 pun takpe.
Lirik dia very meaningfull for me huhu
Memang sukar kan nak luahkan ape yang kita rasa . Lagi2 kita ni Perempuan .
Hanya mampu berdoa .











Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/05/lirik-lagu-hatimu-milikmu-nera-af9.html#ixzz3Ki68x97A



Nota blog : gambar diatas gambar photoshoot cik iena masa tahun 2010 . Photo Credit to
Gangster Paradise Photography
Maap encik photog cik iena kasi tuka black and white sebab dulu skin cik iena tak cerah..hehehe mcm tak comel plak. Laen sangat skin tone tahun 2010 dengan skin tone 2014. lalallalalaaa






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Andai lelaki tahu


Andai lelaki tahu, hati seorang wanita itu mudah memberi kemaafan tetapi hati seorang wanita itu juga mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.

Bergurau ada batasnya wahai sahabat, hati ini sangat terguris hari ni, I hope one day you will feel  what i felt.







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve