Grab The Promo
Grab The Promo

Lumira di Eka Heights menawarkan kehidupan bergaya dengan sentuhan moden

Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya buat mereka yang telah berkeluarga. Selain daripada faktor rekabentuk rumah serta saiz mahupun harga, faktor kemudahan dipersekitaran juga amat dititikberatkan dalam pemilihan sebuah rumah.

Terdapat banyak projek perumahan yang berkembang pesat di ibu negara khususnya termasuk di pinggir-pinggir bandar. Namun perumahan-perumahan yang lokasinya jauh dari kesibukan kota lebih mendapat perhatian buat golongan yang mengimpikan rumah idaman yang selesa untuk mereka bersara kelak.

 

Lumira di Eka Heights
Lumira di Eka Heights
Pintu Masuk Lumira di Eka Heights

Lumira di Eka Heights menawarkan kehidupan bergaya dengan sentuhan moden


Lumira di Eka Heights
Lumira di Eka Heights



Eka Heights ialah pembangunan baharu yang meningkatkan pengalaman hidup moden.


Lumira di Eka Heights terletak di sebelah barat Seremban, Eka Heights mendapat manfaat daripada sambungan yang hebat melalui laluan utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Hubungan KLIA. Ianya terletak di lokasi yang sangat strategik di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV). Sebuah kawasan yang sedang pesat berkembang luas dari Greater Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan.

Eka Heights ini merupakan perbandaran yang terdiri dari 10 presint rumah 1 & 2-Tingkat, berjumlah 3,620 unit.


Lumira di Eka Heights

Kemudahan Hab Komersil


Mempunyai Hab komersil yang dipanggil Eka Biz, sebuah kedai pejabat dalam pembangunan Eka Heights yang bersedia untuk muncul sebagai hab komersil eksklusif yang direka untuk keperluan penduduk di Eka Heights. Ianya bakal menjanjikan kemudahan yang tiada tandingan seperti restoran, kafe, klinik, kedai makanan haiwan, farmasi, dan pelbagai lagi perniagaan yang dapat dijalankan untuk keperluan penduduk di Eka Heights.

Bukan itu sahaja, penduduk juga dapat memilih atau ke hab komersial berdekatan, termasuk Sendayan MetroPark, Tiara Biz, dan Sendayan Merchant Square. Ini bagi memastikan pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan membeli-belah penduduk.



Alami gaya hidup yang diperkaya dengan alam semula jadi di dalam Taman Mageka seluas 15.5 ekar


Lumira di Eka Heights
Suasana di Lumira dilengkapi dengan tasik


Taman Mageka
seluas 15.5 ekar yang berlandskap rapi.  Taman ini menawarkan keindahan tasik yang tenang dan pelbagai kemudahan bagi memastikan gaya hidup yang lengkap untuk penduduk.

Lumira di Eka Heights
Pelbagai aktiviti disediakan



Antara aktiviti sukan dan rekreasi ialah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, buaian gergasi, arca menawan, laluan refleksologi, plaza jam matahari, dan ciri-ciri tambahan. Selain itu, kawasan taman permainan menyediakan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak untuk menikmatinya. Ini pasti membuatkan penduduk berasa sangat selesa disini.

Kemudahan gaya hidup yang komprehensif

Eka Heights juga tidak jauh dari mercu tanda dan kemudahan gaya hidup. Untuk bersantai, terdapat d’Tempat Country Club & X-Park Sendayan yang merupakan salah satu tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 34 ekar dengan pelbagai tarikan yang menarik & kemudahan sukan lasak yang terletak hanya 10km jauhnya.

Lumira di Eka Heights
Hammock Swing

Lumira di Eka Heights
Sunken Seating


Selain daripada itu, hab Pendidikan seperti SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 10KM daripada Eka Heights . Hab komersil seperti Tiara Biz, Sendayan Metropark dan Suriaman Biz juga terletak kurang daripada 10km jauhnya.

 

 Sementara itu, Masjid Sri Sendayan yang mana merupakan sebuah mercu tanda baharu yang menjadi ikon di Bandar Seri Sendayan, juga terletak kurang daripada 10km pemanduan dari Eka Heights. Kemudahan dan tarikan ini pasti membuat penduduk merasakan kepelbagaian kemudahan dan perkhidmatan yang berada di persekitaran memudahkan dan melengkapkan lagi aktiviti kehidupan seharian.


Maklumat Projek


Lumira di Eka Heights



1.Pelancaran Akan Datang
•Lumira - Rumah Teres 2 Tingkat
•20’ x 70’
•1,607 kaki persegi
•4 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
•Harga dari RM 405,000
•193 Unit
•Taman rekreasi dengan tema muzik, di mana dek gitar telah direka dengan seni untuk menyediakan pemandangan yang indah untuk bersiar-siar. Penduduk boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuk kawasan permainan kanak-kanak, buaian buaian, ruang tempat duduk, gelanggang bola keranjang, stesen gim dan banyak lagi.


Lumira di Eka Heights
Lake Guitar Deck

 

Kepada anda yang berminat boleh Daftar sekarang https://www.ekaheights.com atau hubungi 1800 88 2688 untuk mengetahui lebih lanjut! 

 

#Eka8A #EkaHeights #Lumira #FlexiLivingHomes #HomesofyourDream #EscapetoNature #MagekaPark #MatrixConcepts

Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024

Hari ni Cik iena ada google someting tiba tiba terjumpa artikel Top Instagram Influencers and Instagram Users in Malaysia in 2024  dan akaun instagram Cik iena ada dalam tu.


Top Instagram Influencers and Instagram Users in Malaysia in 2024


Terkejut juga sebab ramai je follower beratus ratus K, berjuta pun ada tapi yang 50K ni pun tersenarai nombor 39.  Okay la tu boleh berbangga juga . Walaupun nombor 39.

Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024


Sejujurnya bukan mudah nak kekal dalam industri ni, kita kene keep buat content yang bermanfaat. Jangan sesekali buat content yang mencetuskan kontroversi yang boleh menjatuhkan diri sendiri dan orang lain.

Walaupun sekarang lebih ramai client memanggil tiktokers untuk buat review tetapi masih relevant untuk panggil blogger buat review di blog mahupun insta atau facebook kerana ketiga-tiga platform ini setakat ini tidak menyekat mana-mana trafik keluar. 

Jika di tiktok , tiktok akan menyekat trafik keluar. Terlalu banyak DO & DONTS . Kita tak boleh letak caption atau words dalam video untuk mengarahkan orang pergi website, pergi whatsapp . Apatah lagi mengarahkan pergi ke platform pesaing seperti Shopee, Lazada, Instagram.

Setakat ini instagram, facebook dan blog masih boleh memautkan pautan lain untuk kita buat promosi.


Okay kalau anda pemilik perniagaan nak cari instagram influencer ke boleh refer Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024
atau nak contact cik iena pun boleh. Cik iena boleh suggest PR company yang bagus untuk korang berkerjasama.

Ini contoh data cik iena dekat starngage 


Top Instagram Influencers in Malaysia in 2024





STANDARD CHARTERED STUPID CUSTOMER SERVICE

STANDARD CHARTERED STUPID ONLINE BANKING SYSTEM AND CUSTOMER SERVICE



Sistem Online banking Standard Chartered Sangat menyusahkan Bila tukar handphone.

Baru-baru ni Dapat Email dari standard chartered yang mengatakan untuk guna mobila apps handphone perlu update OS / iOS berkuatkuassa 3 mei 2024

So iena nak tukar login ke handphone iena lagi satu sebab handphone sebelum ni android lama dah. So nak login ke iPhone. Bila login dia memang auto disable mobile login dekat phone asal.

Okay lah dia suruh contact SC untuk mintak Mobile key temporary pin. Bila call tu dua kali kene call sebab talian sibuk. Cik iena pasti tengah ramai orang call. Berkuatkuasa 3 mei lagi bakal ramai yang call.

Cik iena jawab semua soalan untuk verify ownership account. Cuma satu je tak boleh jawab sebab lupa berapa amount last cik iena bayar untuk credit card. Memang tak ingat lah sebulan sekali bayar dan setiap kali bayar amoun berbeza. Memang jujur iena jawab tak ingat berapa sebab dah sebulan bayar.

Ni bukak online banking sebab nak bayar kad kredit. Lepastu dia jawab verification failed sebab jawab salah. Dia minta pergi bank untuk buat manual verification. Memang menyusahkan orang sangat. Dah nak kene ambil cuti pulak kene pergi bank. Kad kredit tak boleh lambat bayar. Kau sendiri menyusahkan tanya soalan berapa amaun last bayar kad kredit bukan semua orang boleh ingat. Kau tanya amount loan kereta loan rumah confirm betul lah jawapan orang ingat sebab fix.

Sumpah menyusahkan orang. Memang customer servis confirm bertalu talu orang call dan Bank confirm ramai orang datang sebab masalah ni. Tanya soalan untuk verify tak salah. tapi tanya yang masuk akal lah sikit bingai. 


JIKA SELALU TUKAR HANDPHONE AKAN KERAP HADAPI MASALAH NI

JIka korang salah satu orang yang selalu tukar handphone baru mungkin akan hadapi masalah ni bila nak  access online banking. Cik iena memang ada dua handphone. Selalu login guna handphone android yang lama. Tak pernah tukar login ke handphone baru walau dah ade yang baru . Masih simpan handphone lama ni atas faktor ini jugalah standard chartered susah bila tuka login mobile.

Nak tak nak sekarang kene hadap sebab SC dah forced untuk update os, phone iena yang android phone lama. Jadi iena plan tukar login ke iPhone. Dan seperti yang dijangka masalah yang akan dihadapi bila tukar login mobile.

MAcam mana lah orang yang selalu tukar iPhone tu kan nak update mobile banking apps ni.



NEW UPDATE AFTER ONE DAY :

Awas artikel diatas ditulis selepas Customer service reject ownership verification account melalui phone. Mana tak dapat jawab nya tanya soalan berapa jumlah last amount bayar kad kredit. Memang tak ingatlah berubah rubah setiap bulan bergantung pada penggunaan.

Cik iena call sekali lagi customer service tapi kali ni Cik iena dah prepare siap siap log pembayaran. Segala info mengenai standard chartered bank. Bila call takde pula tanya berapa amount pembayaran kad kredit paling lattest. Geram pulak bila kita dah godek godek semua dokumen untuk jawab berapa bayar itu berapa bayar ini. Dia tak tanya pula.

Selepas selesai jawab soalan dia bagi temporary pin untuk kita login apps untuk daftar phone yang baru. Selepas login temporary pin tu kita create pin kita then dia auto logout. Selepas 12 jam baru boleh login balik. Dalam tempoh 12 jam tu jangan berani berani cuba login dekat handphone lama ya. Kene ulang step lagi sekali.


Sebenarnya bagus lah security dia ni cuma bila ianya urgent buat kita dan CS tanya soalan yang mana mungkin kita ingat. Jumlah yang tak tetap tiap bulan memang buat orang marah lah. Lepas tu dia failed kan verification dan suruh datang bank. Confirm orang marah.

Jadi kepada CS mana-mana online banking jangan lah tanya soalan bodoh . Amount pembayaran kad kredit bertukar  setiap bulan bergantung pada penggunaan .Tnyalah amount loan rumah ke loan kereta ke. haha




BUDAYA ‘POT LUCK’ JIMAT KOS, MAKANAN LEBIH BANYAK PILIHAN

APA ITU POT LUCK?

Pot Luck adalah perhimpunan di mana setiap tetamu menyumbang makanan yang berbeza dan unik lazimnya dimasak sendiri untuk dikongsi. Tetapi pada masa kini kebiasaannya ada yang hanya memesan makanan sahaja kerana mengalami kekangan masa untuk memasak.

BUDAYA ‘POT LUCK’ JIMAT KOS, MAKANAN LEBIH BANYAK PILIHAN
Potluck Raya Di Pejabat


BUDAYA ‘POT LUCK’ JIMAT KOS, MAKANAN LEBIH BANYAK PILIHAN

Di tempat kerja, acara makan-makan atau ‘pot luck’ bukan lagi asing. Tidak kira sempena sambutan hari jadi rakan sekerja, persaraan, perpindahan tempat kerja, raya atau sekadar ingin merai sesuatu peristiwa, acara makan-makan akan diadakan.

Untuk menjimatkan kos, ramai yang memilih untuk mengadakannya secara ‘potluck’. Bermakna makanan akan dibawa oleh setiap tetamu atau kumpulan. Sering kali makanan itu dimasak sendiri dan hidangan itu akan dimakan secara berkongsi beramai-ramai. Ia termasuklah juga peralatan yang diperlukan seperti pinggan, sudu, cawan pakai buang dan sebagainya.

Untuk menggelakkan hidangan yang sama, selalunya setiap orang/ketua jabatan yang terlibat akan memberitahu juadah yang akan dibawa. Jadi, orang/jabatan lain akan membawa hidangan yang berbeza. Akan ada hidangan lengkap, daripada hidangan ringan sehinggalah pencuci mulut. Lengkap!


BUDAYA ‘POT LUCK’ JIMAT KOS, MAKANAN LEBIH BANYAK PILIHAN
Potluck Raya Di Pejabat



Jika di pejabat, sekiranya melibatkan keseluruhan jabatan, setiap jabatan akan membawa sekurangnya satu jenis makanan/minuman. Apabila dikumpulkan, memang meriah habis dan insya-Allah, selalunya makanan akan berlebihan! Mungkin itulah keberkatan bila rezeki dikongsi bersama. Yang paling penting, hidangan itu pasti sedap-sedap belaka.

Bagi suami, perlu meminta bantuan isteri untuk menyediakan hidangan untuk acara potluck di pejabat. Bagi yang bujang boleh memesan makanan sahaja. Tetapi untuk yang mempunyai kekangan masa untuk memasak, tempah makanan juga boleh untuk di bawa ke majlis potluck. Untuk Cik iena sendiri pula sebaliknya. Jika ada potluck di pejabat, Cik iena suka masak sendiri. Jika potluck diluar pejabat dengan rakan-rakan Cik iena juga akan pesan katering untuk hidangan utama bagi memastikan ada menu utama atau menu berat untuk semua nikmati. Kalau dipejabat tak kisah sebab biasanya menu utama boss akan sponsor. Berbeza dengan rakan-rakan. Cik iena selaku kepala yang mengaturkan majlis ini jadi Cik iena perlu pastikan ada makanan berat untuk semua orang makan. Yang lain boleh bawa menu sampingan yang  dicadangkan, atau jika ada cadangan lain boleh diusulkan.

Untuk menu makanan berat ni biasanya banyak jadi Cik iena prefer pesan katering . Jadi disini perlu persetujuan beberapa orang untuk kongsi bayar makanan main foods. Kemudian yang berkongsi bayar main foods juga boleh bawa makanan lain dengan syarat maklumkan makanan yang dibawa supaya tidak sama dengan rakan yang lain.



SYARAT MENJALANKAN ‘POT LUCK’

1. Penyertaan harus lebih dari satu orang. Nama pun secara beramai-ramai kan?

2. Setiap orang harus membawa “sesuatu”, tidak kira makanan atau kelengkapan untuk acara makan-makan tersebut. Termasuklah plastik sampah dan kelengkapan pakai buang seperti pinggan, cawan, sudu garfu.

3. Biasanya, potluck dilakukan di rumah (salah satu peserta), di tempat kerja / sekolah, di tempat rekreasi dan yang pasti bukan di restoran.

4. Seeloknya mereka yang terlibat akan menyatakan apa hidangan yang akan dibawa, untuk menggelakkan membawa hidangan yang sama pada hari yang diraikan.

5. Pilihan hidangan juga selain pastikan tidak sama, nilai juga perlulah berbaloi dengan nilai yang rakan lain bawa. Seperti Contoh rakan lain bawa menu seperti Ayam masak merah . Anda hanya bawa Kek Pisang biasa readymade  yang dibawah harga RM5- Kek Pisang Bawah RM5 Perlu ada rasa bertimbang rasa lah. Jangan kedekut sangat tau. Kalau nak bawa juga boleh tapi add on makanan lain. Ini sebagai contoh. Pandai-pandailah faham ok.

6. Perlu ada sikap toleransi,kerjasama dan sepakat untuk menjayakan majlis sebegini. Selepas selesai, perlu bergotong royong untuk mengemas apa yang patut. Jangan biarkan tuan rumah yang kemas sendiri melainkan tuan rumah tak bagi kita kemas. Tapi pandai pandai lah curi tolong buat apa yang patut.



BUDAYA ‘POT LUCK’ JIMAT KOS, MAKANAN LEBIH BANYAK PILIHAN

'POT LUCK RAYA'

Musim raya ni memang banyak orang buat Potluck Raya di Pejabat atau pun dirumah . Kebiasaannya sekumpulan sahabat ataupun sekumpulan saudara mara akan buat Potluck bagi menjimatkan Kos. Nak tunggu salah seorang buat open House bukan semua orang ada rezeki relbih untuk buat open House. jadi Potluck Raya sangat bagus untuk berkumpul dan mengeratkan Sillaturrahim.

Bagi yang ada rezeki lebih tiada masalah untuk membuat majlis rumah terbuka. Menu pun anda tentukan sendiri. Bercakap mengenai menu. Disini juga Cik iena cadangkan antara menu yang boleh anda bawa semasa Potluck Raya. Ada diantara menu yang ada dalam majlis potluck raya yang cik iena sertai.


BUDAYA ‘POT LUCK’ JIMAT KOS, MAKANAN LEBIH BANYAK PILIHAN
Potluck Raya Di Pejabat



Cadangan Menu Potluck Raya

  1. Rendang Ayam
  2. Rendang Daging
  3. Rendang Kerang
  4. Ayam Percik
  5. Ayam masak Merah
  6. Nasi Tomato
  7. Nasi Hujan Panas
  8. Soto
  9. Laksa
  10. Beehun Goreng
  11. Spagetthi
  12. Cocktail buah
  13. Air minuman
  14. Sandwich
  15. Mini Burger
  16. pizza
  17. Tauhu bergedil
  18. Satay
  19. Nasi impit & kuah kacang
  20. Sambal jawa
  21. Lontong
  22. Roti Jala
  23. Lemang
  24. Ketupat / Ketupat Palas
  25. Puding karemel
  26. Brownies
  27. Kek Batik
  28. Choc Moist Cake
  29. Burn Cheese Cake
  30. Pavlova
  31. Cupcakes
  32. ice Cream
  33. Kuih Kaswi
  34. Kuih Apam Gula
  35. Karipap
  36. Keropok Lekor

 

BUDAYA ‘POT LUCK’ JIMAT KOS, MAKANAN LEBIH BANYAK PILIHAN
Potluck Raya Di Pejabat

 Macam mana dengan korang? Biasa buat potluck ke tu? kebiasaannya menu apa yang korang bawak? boleh kongsi tak. Boleh lah buat rujukan next potluck iena dengan kawan-kawan nanti.




Bayu Somerset Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian

Bukan Sekadar untuk Raya: Bayu Somerset Takrif Semula Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian

Bayu Somerset Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian



Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ianya ditubuhkan pada tahun 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang dahulunya bekerja sebagai pegawai bank. Dua sosok ini melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya ianya didominasi dengan rekaan bersederhana. Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang, warna kulit, saiz, majlis, atau musim.  


Diana Kamalul and Emir Fauzi, Founders of Bayu Somerset
Diana Kamalul and Emir Fauzi, Founders of Bayu Somerset



Untuk info, Bayu Somerset mempunyai lima cawangan kedai fizikal. Dengan bertambahnya permintaan, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan dipacu teknologi dan memberi fokus terhadap trend semasa seperti berstrim langsung dan pemasaran affiliate.

Menurut Emir


"Peralihan kepada e-dagang memerlukan kita untuk sentiasa belajar dan adaptasi, terutamanya dalam mengikuti trend semasa,Ianya memerlukan pelbagai sumber penting, tetapi potensi manfaat yang boleh dikecapi syarikat dan jenama tidak boleh dinafikan. Shopee merupakan salah satu sumber kritikal dalam membantu kami mengharungi cabaran dalam talian. Shopee bukan sahaja membantu menarik pelanggan untuk membeli tetapi juga meluaskan kesedaran jenama kami. Pendedahan jenama amat penting dalam dunia e-dagang, dan kestabilan platform Shopee adalah sesuatu yang saya amat hargai.”


Bayu Somerset Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian
Host showcasing Bayu Somerset_s baju kurung on Shopee Live


Bayu Somerset mengambil pendekatan dinamik terhadap Shopee Live, berstrim langsung lapan jam sehari, dua jam setiap sesi, tanpa mengira musim. Strategi ini memastikan keterlibatan pelanggan yang konsisten dan melangkaui kemuncak musim seperti Raya. Walaupun mengakui prestasi jualan meningkat sepuluh kali ganda semasa musim Raya, Bayu Somerset mengutamakan kelestarian berbanding kebergantungan terhadap kemuncak musim. Selari dengan visi mereka untuk mempromosikan pemakaian baju kurung sebagai pakaian harian, Bayu Somerset memperkenalkan sekurang-kurangnya dua koleksi baharu setiap bulan, dengan saiz sehingga 5XL untuk memastikan keterangkuman.   

Semasa sesi Shopee Live Bayu Somerset, pengacara dengan bersemangat berkongsi tentang keselesaan memakai baju kurung dengan mengetengahkan keselesaan fabrik kapas yang diguna bersesuaian dengan cuaca Malaysia. Dengan memastikan kemampuan milik, mereka menawarkan pakaian dengan harga serendah RM79, tanpa kompromi terhadap kualiti. Semasa bulan Ramadan, pengacara juga mempamerkan koleksi Raya yang merangkumi lapan koleksi berbeza di mana setiap koleksi mempunyai enam ke sepuluh corak, dan koleksi-koleksi ini termasuk pakaian kanak-kanak dan pakaian lelaki. Rekaan diinspirasikan dari budaya Malaysia dan gabungan ceria pelbagai budaya seperti dilihat dalam koleksi Moroccan, Mexican, dan African. Tambahan lagi, Bayu Somerset baru-baru ini berkolaborasi dengan pengilustrasi tempatan, Arina Azhar untuk membawakan ‘whimsical vibe’ dan ‘twist’ menyeronokkan terhadap penawaran pakaian mereka.


Bayu Somerset collobarated with local illustrator Arina Azhar for a whimsical vibe collection
Bayu Somerset collobarated with local illustrator Arina Azhar for a whimsical vibe collection


Review dari pelanggan dan ruangan komen Shopee Live Bayu Somerset dipenuhi dengan pelanggan yang berpuas hati dengan pembelian mereka seperti

 “Saya memakai baju kurung Bayu Somerset semasa berkebun! Ianya sangat versatil, saya amat sukakannya!”, 

“Saya selalu memakai baju Bayu Somerset untuk ke pasar raya atau cafe hopping. Fabrik yang mereka gunakan amat ringan tetapi tahan lasak, sesuai untuk pakaian harian.”

 Sesi strim langsung Bayu Somerset bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan produk, tetapi turut memupuk komuniti berkaitan keselesaan berpakaian dan fesyen versatil.  

Bayu Somerset Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian
Model Hikma wearing Baju Kurung Quinn from Bayu Somerset for the Burnt Orange Trend Look


Bayu Somerset aktif mengeratkan hubungan dengan pelanggan melalui ciri Shopee seperti Shopee Coins dan baucar untuk meningkatkan lagi perjalanan membeli-belah mereka. Penawaran diskaun dan ganjaran memberi insentif untuk pembelian berulang dan membina kesetiaan pelanggan. Tambahan lagi, penyertaan mereka dalam kempen Raya Shopee, termasuk pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang berstrim langsung dan ditontoni 70,000 rakyat Malaysia, menggunakan kebolehcapaian meluas platform semasa musim perayaan untuk mempamerkan koleksi terkini dan menawarkan promosi istimewa. Dengan menggunakan ciri dan kempen Shopee secara strategik, Bayu Somerset menguatkan kesedaran jenama dan meningkatkan pengalaman pelanggan.  


Tambahan lagi, Diana menjelaskan kejayaan jenama dengan program Shopee Affiliate: 

“Kami dapat melihat impak signifikan dari ahli affiliate yang aktif mempromosikan Bayu Somerset dalam platform media sosial, terutamanya di aplikasi X. Ahli-ahli affiliate ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kredibiliti jenama melalui testimonial dan perkongsian pengalaman memakai produk kami, yang memacu aktiviti pembelian.” 

Dengan program Shopee Affiliate, Bayu Somerset, dengan efektif berjaya menyebarkan mesej tentang nilai jenama mereka, harga mampu milik, dan rekaan unik, lalu meluaskan kecapaian dan impak pasaran.

Bayu Somerset bercadang untuk meneruskan perjuangan. Dipacu semangat keusahawan, pesan Diana dan Emir kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia e-dagang: 

“Maksimumkan penggunaan ciri Shopee seperti Shopee Live dan Shopee Affiliate untuk menguatkan pendedahan jenama,” cadang Diana.

 

Bayu Somerset Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian
Model Hikma wearing Dress Luna Maxi Valeria from Bayu Somerset for the Kek Lapis Trend Look

 

 “Adaptasi strategi kemenangan dari peniaga Shopee Live yang lain dan lihat apa yang bersesuaian dengan penonton anda.” Emir menekankan kepentingan untuk sentiasa beradaptasi: “Adalah penting untuk entiasa selaraskan diri dan adaptasi trend semasa dalam landskap e-dagang yang sentiasa berubah untuk kekal relevan dan kompetitif. Sentiasa kemas kini strategi anda agar sentiasa di hadapan.”

Bayu Somerset Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian
Model Hikma wearing limited edition Baju Kurung Alejandra Kurung from Bayu Somerset for the Nostalgia Balik Kampung Look

Dalam masa tiga tahun, Bayu Somerset telah menjadi batu asas ekonomi dan komuniti tempatan, mengambil 60 pekerja sepenuh masa dan 30 pekerja separuh masa dengan 95% adalah wanita. Jenama ini juga telah terjual lebih 8,500 helai pakaian di Shopee dengan Kebarung Merdu sebagai produk terlaris. Dengan hampir 30,000 pengikut di Shopee dan rating cemerlang 4.9 bintang, jenama ini berusaha untuk sentiasa berkembang maju dan kekal relevan dengan pengkalan pelanggan mereka yang semakin berkembang.


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve