Grab The Promo
Grab The Promo

anak2 kembar sharifah aleya

----- Forwarded Message ----

From: 
My Friend
Sent: Tue, July 13, 2010 10:49:16 AM

Subject: Fw: anak2 kembar sharifah aleya





  

  

  

 


 

Wajah terbaru Aza Ameena Muhd Ashraf (kiri) dan Asha Ameena Muhd Ashraf yang berusia setahun pada 26 Jun lalu. - Foto ihsan LEYA 

 


PENYAMPAI radio Hot FM, Leeya akui puas dan gembira melihat kedua-dua puteri kembarnya Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf membesar di depan mata. 

Melayan kerenah kembar yang mempunyai berlainan karakter itu kadangkala menyebabkan rasa penat tetapi berbaloi. 

Jika tiada aral, Leya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid memasang angan untuk menyekolahkan anak-anak itu di sekolah agama. 

“Perangai Asha lebih relaks dan tak banyak ‘drama’ berbanding Aza yang suka buat ‘drama’. Kedua-duanya sudah pandai merangkak, berdiri dan panjat tangga. Kalau orang hulur tangan, mereka pandai bersalam dan cium tangan.


 

Leya dan Ashraf mendukung Aza dan Asha di hadapan kek Hari Lahir kembar itu. 

 


“Kalau boleh, saya dan suami (Muhammad Ashraf Aasimudin) hendak menghantar anak-anak kami di Integrated Islamic School apabila mereka besar nanti. Di situ mereka akan diajar bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Arab.


 

Sesi meniup lilin kek Hari Lahir kembar yang memasuki usia setahun. 

 


“Saya suka anak-anak lebih banyak pengetahuan berbanding saya. Mulai dari sekarang, saya mula menyimpan wang untuk mereka dengan membuka akaun Amanah Saham Wawasan 2020(ASW 2020),” ,” cerita Leya kepada mStar Online. 

Pada 26 Jun lalu, genaplah setahun usia kembar itu. Sempena majlis itu, Leya dan Ashraf melakukan aqiqah dengan menyembelih dua ekor kambing.


 

Bacaan surah Yassin sempena majlis aqiqah dan sambutan ulang tahun kelahiran Aza dan Asha. 

 


Majlis berkenaan di adakan di rumah mertua Leya di Sungai Buloh. 

Berbicara mengenai perancangan untuk anak-anaknya, Leya enggan terlalu jauh memikirkan soal itu kerana bimbang segala yang dirancang itu tidak menjadi. 

Leya berkata dia juga selesa dengan kerjanya sebagai penyampai radio Hot FM sekaligus belum merancang untuk menyertai kerjaya lain seperti terlibat dalam bidang perniagaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah wanita. 

“Suami saya memang ada cakap nak buat bisnes tetapi belum tahu lagi bisnes apa. Kami juga tidak suka terlalu tergesa-gesa membuat keputusan dan merancang lebih-lebih. 

“Kalau ada pun, kami membuat perancangan untuk dua hingga tiga tahun ini dan bukannya memikirkan sehingga 10 tahun akan datang. 

“Kami tidak mahu terlalu sibuk berfikir sehingga terlupa untuk menikmati kehidupan bersama-sama. Jadi, lebih baik kita buat satu per satu,” ujar Leya yang tinggal bersama-sama orang tuanya di Bandar Sri Damansara. 

Ini kerana mereka sedang menunggu rumah baru di Sungai Buloh siap diubahsuai. Jika Leya keluar bekerja, ibu bapanya iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin al-Yahya atau akan menjaga anak kembarnya itu. 

  

  

Keutamaan Berdzikir Sendirian




----- Forwarded Message ----


From: 
My Friend
Sent:
Thu, July 8, 2010 12:53:36 PM
Subject:
 Fw:Keutamaan Berdzikir Sendirian

 




ILMU UTK D KONGSI BERSAMA



Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan di dalam Shahihnya: Zuhair bin Harb menuturkan kepadaku demikian juga Muhammad bin al-Mutsanna. Mereka semua menuturkan dari Yahya al-Qaththan. Zuhair mengatakan, Yahya bin Sa’id menuturkan kepada kami dari Ubaidillah. Dia berkata, Khubaib bin Abdurrahman mengabarkan kepadaku dari Hafsh bin ‘Ashim dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

“Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari di saat tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. (1) Seorang pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang tumbuh dalam ketekunan beribadah kepada Allah, (3) Seorang lelaki yang hatinya selalu bergantung di masjid, (4) Dua orang lelaki yang saling mencintai karena Allah, bertemu dan berpisah karena-Nya, (5) Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan cantik lagi berkedudukan namun mengatakan, ‘Aku merasa takut kepada Allah’, (6) Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sampai-sampai tangan kanannya tidak mengerti apa yang diinfakkan oleh tangan kirinya (terbalik, seharusnya ’sampai-sampai tangan kirinya tidak mengerti apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya’, pent), (7) Dan juga seorang yang mengingat Allah di saat sendirian hingga kedua matanya mengalirkan air mata.” (Hadits ini juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab az-Zakah dengan judul bab ‘Shadaqah dengan tangan kanan’. Diterjemahkan secara bebas dari as-Shahih al-Musnad min Adzkar al-Yaum wa al-Lailah, Syaikh Musthofa al-Adawi, hal. 12-13)

Hadits ini mengandung banyak pelajaran berharga, di antaranya:

  1. Penetapan adanya hari kiamat.
  2. Penetapan adanya pembalasan amal.
  3. Dahsyatnya peristiwa di hari kiamat.
  4. Betapa lemahnya manusia di hadapan Allah ta’ala.
  5. Kecintaan Allah kepada orang-orang yang taat kepada-Nya.
  6. Yang dimaksud dengan naungan Allah di sini adalah naungan Arsy-Nya sebagaimana disebutkan dalam hadits lainnya yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari.
  7. Allah mencintai keadilan dan membenci kezaliman.
  8. Perintah untuk menegakkan keadilan.
  9. Keutamaan pemimpin yang adil.
  10. Beratnya cobaan dan godaan yang menimpa seorang pemimpin.
  11. Keutamaan pemuda yang tekun beribadah kepada Allah.
  12. Beratnya cobaan dan godaan yang dialami para pemuda, dan perintah kepada para orang tua agar membina generasi muda untuk gemar taat beribadah kepada Rabbnya.
  13. Keutamaan lelaki yang hatinya bergantung di masjid.
  14. Keutamaan masjid.
  15. Cinta dan benci karena Allah.
  16. Beramal karena Allah.
  17. Dahsyatnya godaan wanita.
  18. Jalan ke Surga diliputi oleh hal-hal yang tidak menyenangkan, sedangkan jalan menuju Neraka diliputi hal-hal yang disukai oleh hawa nafsu manusia.
  19. Kewajiban menjauhkan diri dari zina.
  20. Keutamaan rasa takut kepada Allah dan ia merupakan bukti kekuatan iman.
  21. Keutamaan bersedekah, terlebih lagi dengan sembunyi-sembunyi.
  22. Bersedekah dengan tangan kanan.
  23. Keutamaan berdzikir kepada Allah, terlebih apabila sendirian.
  24. Dorongan untuk ikhlas dalam beramal.
  25. Keutamaan menangis karena Allah.
  26. Iman mencakup ucapan, perbuatan, dan keyakinan, bisa bertambah dan berkurang.
  27. Baiknya amal lahir tergantung pada amal hati.
  28. Semakin sulit keadaan seseorang untuk taat kepada Allah namun dia tetap taat kepada-Nya maka balasan dari sisi Allah juga akan semakin besar.
  29. Penetapan kehendak pada diri Allah.
  30. Penetapan kehendak pada diri makhluk, ini adalah bantahan bagi Jabriyah (kelompok yang mengatakan bahwa seorang hamba dipaksa dalam melakukan perbuatan dan tidak ada hak untuk memilih, tidak ada kekuatan, serta tidak ada kehendak baginya -ed).
  31. Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah maka Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Dan lain sebagainya yang belum kami ketahui, wallahu a’lam.


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve