Grab The Promo
Grab The Promo

they scan-->save-->copy-->paste!!


they scan-->save-->copy-->paste!!
so, adults..behave urselves~

Pic Credit To Doodle Dakwah





Riak itu Syirik Kecil





Sekarang ramai yang bercakap bahwa FB pun boleh menjadi tempat untuk kita mengumpul dosa jika kita tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya..Kadang-kadang post kita pun sudah menampakkan riaknya. tapi kita tidak sedar.! kita tidak sedar kerana riak ini kecil sahaja tapi impaknya sangat besar..hingga terdapat hadith yang berbunyi:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).

Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?

Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
semoga kita dijauhkan dari syirik kecil ini..amin..




Pic Credit To Doodle Dakwah



kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa


kata org dulu2.."kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Pic Credit To Doodle Dakwah



Bila allah cepat memakbulkan doamu maka dia menyayangimu,bila allah lambat memakbulkan doamu maka dia ingin mengujimu


Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.


Pic Credit To Doodle Dakwah



Doa Buat Sahabat

" Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat bkata kpdnya, 'Dan bg kamu sperti yg kamu pinta untk saudaramu' "
(Riwayat Muslim)






Pic Credit To Doodle Dakwah



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve