Grab The Promo

Sentuhan Menarik ke Majlis Perkahwinan (Warisan Chanteq + Skirt dr Butik Mama + Kebaya)

Sentuhan menarik!!
menarik ke? hihi thanks to owner warisan chanteq online magazine
kerana sudi menulis tentang sentuhan cik iena yg xseberapa nie..


Menarik kan color Hitam + Merah..
actually nie mix & match je.. Kebetulan pada hari perjumpaan Finalis PEncarian Gadis Warisan,cik iena kene attend wedding member..
so kene la pakai baju yg bersesuaian kan..
Pihak Warisan chanteq online magazine dh inform kene make up utk hadiri perjumpaan tu sb ade sesi photoshoot..
Biasa nye klu photoshoot nie cik iena suke mekap tebal la jugak kn(^_~)
tapi kali nie mekap sgt simple
xde eye shadow pon..
cik iena pakai foundation + eye liner + lipstick + bulu mate palsu sahaja..



yer lorr kn cik iena nk pergi wedding kawan dlu sblm attend perjumpaan tu.. so klu g wedding member xkn nk mekap cm g photoshoot kan..
nty kang org kate OVER DARI PENGANTIN..
ouhhh x rela tau..
hihihi

so cik iena pn decide bermake up simple je..

Baju tu pulak actually bukan dress..
cik iena pakai skirt from BUTIK MAMA + kebaya lama mak masa zaman mude2 dulu..
cantek kn skirt dr Butik MAma..
cik iena suker giler skirt nie..

Baju tu baju pusaka tau
hahahha
kain dia cik iena x bley pakai sb cik iena tinggi
mak..rendah..
huhuhuuh so sb tu mix match kn dgn skirt dr Butik Mama..

Haa so gitu la citer nyer..
so xley la nk mekap lebey2..
masa g wedding illa & born amin tu pun ade member tegur
wahh iena panjang nye bulu mate...
huhu kalau xkene dtg perjumpaan tu cik iena xpakai bulu mate palsu pon..
maskara suda....
terpaksa la pakai kn.
mekap kene juge sb nk photoshoot nty xde mekap kusam..
hihihi


Dikesempatan ini cik iena nk ucap selamat pengantin baru buat sahabat2 yer..
seronok jmpe kawan2 mase kt wedding illa
tp cik iena xley stay lame sb ade hal kn..
hihi tp ape2 pun sempat juge ler amek gambar...
Jom Layanzzzz....
ehhh sblm tu nie pic dr warisan chanteq..huhuhu crop hentam2 je (^_~)





JOM LAYANZ PIC KT WEDDING MEMBER LAK



okiess sekian coretan utk hari ni..
ehh lupe plak
nie link entry about cik iena dkt warisan chanteq online magazine..
http://warisanchanteq.com.my/pentas-feminine/sentuhan-menarik-ke-majlis-perkahwinan/
okies..daaaaa..jom sambung kojer (^_~)


Doktor cari tangan tercicir

SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles.
SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles.

CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.
CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun.

 

 

KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.


Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus.

Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.


“Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan.


“Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.


“Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya,” katanya.

Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.


Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.


“Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit,” katanya.


Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.


Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap.


Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.


“Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.


“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa,” katanya.


Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.


Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.



SOURCE FROM : http://www.hmetro.com.my/

Budak Melayu Bercakap Cina Dan Korea Selepas Kemalangan

Seorang budak Melayu tingkatan 5 mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin dan Korea selepas terlibat dalam kemalangan motorsikal di Besut.

Related Posts with Thumbnails

Budak Melayu Bercakap Cina Dan Korea Selepas Kemalangan | Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorangpelajar tingkatan lima dari Besut yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.


Budak ini boleh bertutur bahasa Mandarin dan Korea secara tiba-tiba.

Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat haribudak pelik terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapatidarah beku tidak ada lagi.

“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujian sebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.

Bercakap Bahasa Korea Selepas Terjaga dari Tidur

Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.

Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.

“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.

Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.

Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke budak pelik itu baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.

“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.

Tidak Boleh Bercakap Loghat Kelantan

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahandia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.

Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.

“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.

Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.

“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.

“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.

Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

Jalani Rawatan Alternatif

Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.

Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama adasebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepalamenyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.

“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan. Ismail menetap di alamat 2672,Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.

sumber : http://melayukini.net


Giveaway Kznabihah Eksklusif item


Assalammualaikum
lame dah cik iena tak update blog;)
almaklumlah agak bz dgn kerja(^_~)


so today ,d subuh yg indah ini cik iena nk merajinkan diri menconteng2 di blog cik iena..
haa lame sgt dh cik iena tak join giveaway..
minggu lepas cik iena ade blogwalking dan terjumpa about this giveaway..
cik iena pun ade bertanya kpd cik bihah about this giveaway..


Dari hari ke hari nk buat post pasal giveaway nie tak terbuat2 jugak sb bz kan..
sampailah saat dan ketika ini..
nie pun cik iena xtidur..bz buat programming

auhh almaklumlah cik programmer time idea dtg nk buat prgoramming mmg tgh mlm sampai subuh..
so time2 cmnie ler berjage nk perah otak(^_~)


opss sudah2 cik iena stop membebel..
kite teruskan dgn tujuan asal ..
haa walaupun agak bz..cik iena cube jugak nk luangkan mase utk buat post about this giveaway..
wahh agak nye knp la tuh kn..
okiess jommm kiter bace about this giveaway
tapi sebelum tu nie cik iena perkenalkan cik organizer kiter..

KZNabihah.com


p/s: sila klik pada gambar diatas untuk ke blog tuan penganjur

Okies next jom kite tgk syarat2 utk join this giveaway (^_~)



 

1. Pilih salah 1 item kegemaran anda daripada koleksi terbaru KZNabihah
a) Colour block pencilCut Skirt
b) High waist skirt with polka dots ribbon
c) Palazo pants

2. Sila review item tersebut beserta kenapa anda suka item tersebut.DONE


Anda perlu letak gambar tidak melebihi 3keping sahaja.DONE - 3 keping gambar sahaja tidak termasuk banner KZNabihah.com (^_~)

3. Jangan lupa letak banner kznabihah di sidebar or mana-mana bahagian di blog anda ;)DONE

4. Sila tag 3 atau lebih rakan anda untuk turut serta giveaway ini.DONE

5. Selepas siap entry anda sila tinggalkan comment berserta link entry anda di KZNabihah.com.DONE

 




Okies untuk giveaway ini.. item pilihan cik iena adalah Colour block pencilCut Skirt


 

Kenapa yer cik iena pilih Colour block pencilCut Skirt???

cik iena pilih Colour block pencilCut Skirt sebab cik iena mmg sangat suka colourfull..

cik iena suka warna2 yg indah.. suka combination bnyk2 warna yg boleh mencetuskan keindahan..ketenangan..

yg penting cik iena sebagai programmer bile tgk warna warni..rase tenang siket otak nie takdelah otak berserabut dgn coding..ceria siket tgk warna2 nie..

so nty agak2 cik iena pening buat programming.. haaa cik iena kene tgk Colour block pencilCut Skirt untuk tenangkan fikiran dan utk dapatkan idea programming..

wahhhh klu cmnie kene beli banyak2 nie.. hari2 pakai Colour block pencilCut Skirt

(^_~)

tapi tak semua org suka banyak2 warna dalam sehelai baju or skirt or seluar..
ade org kate warna warni nie utk budak2 je..
utk remaja ke kan..
hihi tp cik ienatak kisah pown



walaupun usia cik iena menjangkau 27 tahun ..
ouchhh cik iena semakin tua;)
bg cik iena faktor usia tidak mempengaruhi gaya pemakaian seseorang..


jika kita pandai mix match kan mesti cun melecun..
yang penting kite mesti yakin dgn penampilan kita.
tp jgn terover suda

(^_~)

kawan2 & inchik BF cik iena panggilcik iena"ANNA LULU"
haa dorang gelarkan "ANNA LULU" sb cik iena nie colourfull org nye (^_~)
so disebabkan itu lah cik ienatertarik dgn Colour block pencilCut Skirt



Disepanjang cik iena jadi model pakaian muslimah nie cik iena tak pernah lagi jumpa design Colour block pencilCut Skirt
skirt biase da pernah pakai..skirt kembang2 pun dah pernah pakai..
ehh tapi skirt pendek cik iena tak pakai lah yer..hihihi
haa skirt --> Colour block pencilCut Skirt tak pernah lagi tau..

tetibe terberangan pulak nk memperagakan Colour block pencilCut Skirt with cik bihah..
layan kan aje la cik iena nie yer..







opss sila jangan muntah :p

kuat berangan juga yer cik iena nie

(^_~)

okiesss dah panjang lebar nie...

ok2 jom kite ringkaskan yer

kang dibiarkan makin panjang cerita nye cik iena nie

haa if di beri peluang dpt menang giveaway nie cik ienaaaa

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
cik iena

|
|
|
|
V




Okies sebelum cik iena stop menulis..
last syarautk join giveaway nie
kene tag 3 ataulebih kawan anda....
hurmmm cik iena dah lame tak berbloging nie
nak tag siape yer..
hihi okiessss
cik iena nak tag

MisZ Aien
nurul faridah zafuan
Siti Anisah

okies korang2 sume jom kite tgk koleksi2 pakaian dan tudung yg terdapat d KZNabihah.com
haaa nie cik iena gatai2 tgn wt video..
hihi saje2 je suke2..


d sebabkan gambar2 nye sume cantik2 dan syarat nye tak blh letak lebey dr 3 gambar..
cik iena pon buat jd video..


hihih video lain kan.. tak sama dgn gmbr kn(^_~)
jomm tgkkk

 

 

 

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve