Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak. Kita tidak boleh memaksa badan simpan lemak dimana-mana. Tapi bagaimana untuk kurangkan saiz lengan?
- Senaman Pemberat Untuk Lengan? Sudah tentu ada pelbagai senaman yang anda boleh lakukan untuk membina dan kuatkan otot pada lengan tangan. Contoh senaman adalah seperti: reverse curls dengan dumbbell atau barbell atau peralatan senaman seperti hand-grips.Tapi adakah senaman pemberat dapat kurangan saiz lengan atau tambah lagi saiz?! Seperti yang kita tahu, senaman pemberat melatih dan besarkan otot lengan tangan so secara teori, lengan anda akan bertambah saiz! Jadi tak sesusai? Well sesuai untuk kentalkan isi lengan tapi latihan pemberat tidak dapat membuang lemak berlebihan
- Urut Traditional. Adakah terapi mengurut dapat kurangkan atau pecahkan lemak pada bahagian lengan? Jom kita teliti:
Jadi urutan bukanlah jawapan untuk kecilkan lengan tangan.- Liposuction? Sudah tentu kaedah liposuction dapat kurangkan lemak pada mana-mana bahagian, termasuk lengan tangan tapi ia sangat mahal, prosedur yang invasive dan bukanlah jawapan untuk jangka masa panjang.
- Kurang lemak melalui kalori defisit? Yes itulah satu-satu cara untuk mengurangkan lemak pada lengan atau mana-mana bahagian badan. Ingat kita tidak boleh buang lemak pada satu-satu bahagian jadi ia adalah proses yang menyeluruh. Kalori defisit adalah keadaan dimana pengambilan kalori (pemakanan) tidak melebihi pengeluaran (aktiviti harian, termasuk senaman)
Contoh: Kalau pengambilan kalori melalui makanan adalah 2,000 kalori tapi output kalori adalah 2,400 – maka adanya defisit kalori sebanyak 400. 400 kalori itu akan dibakar atau diambil daripada lemak simpanan badan. Adakah di akan bakar 400 kalori itu daripada lemak lengan? Tak semestinya. Kita tidak boleh memaksa badan tapi apa yang anda boleh lakukan? Terus amalkan defisit kalori untuk membakar lemak. Lama-kelamaaan, ia akan membakar lemak pada bahagian lengan tangan juga.- Wajip bersenam? Tidak! Untuk kurangkan lemak pada lengan atau berat badan secara am, senaman tidak wajib. Kenapa pula? Kerana yang penting adalah kalori defisit. Selagi pengambilan makanan tidak melebihi aktiviti harian (pembakaran kalori) maka senaman tidak wajib (contoh: bulan puasa). Tapi sudah tentu, senaman seperti aerobiks, berjalan, jogging dan lain-lain mempercepatkan usaha anda.
Sumber
Home / All post
Panduan Kecilkan Lengan Tangan
10 Tips Mudah Berdiet
Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti 'minum air kosong secukupnya!', 'makan buah-buahan!', atau 'tidur 8 jam sehari!'. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok 'sugar-free' chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.Selamat mencuba! ;)sumber:www.iluvislam.com
Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
sumber:www.iluvislam.com
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Archieve
- May 2024 (3)
- April 2024 (3)
- March 2024 (3)
- February 2024 (1)
- January 2024 (2)
- December 2023 (4)
- October 2023 (1)
- August 2023 (1)
- July 2023 (1)
- June 2023 (5)
- May 2023 (2)
- April 2023 (4)
- March 2023 (6)
- February 2023 (1)
- January 2023 (1)
- December 2022 (2)
- November 2022 (2)
- October 2022 (1)
- August 2022 (2)
- July 2022 (2)
- June 2022 (2)
- May 2022 (2)
- April 2022 (3)
- March 2022 (1)
- December 2021 (1)
- November 2021 (2)
- October 2021 (1)
- September 2021 (2)
- August 2021 (5)
- July 2021 (3)
- June 2021 (7)
- May 2021 (8)
- April 2021 (8)
- March 2021 (5)
- February 2021 (11)
- January 2021 (11)
- December 2020 (7)
- November 2020 (5)
- October 2020 (5)
- September 2020 (9)
- August 2020 (9)
- July 2020 (7)
- June 2020 (8)
- May 2020 (9)
- April 2020 (13)
- March 2020 (8)
- February 2020 (9)
- January 2020 (9)
- December 2019 (7)
- November 2019 (7)
- October 2019 (5)
- September 2019 (7)
- August 2019 (5)
- July 2019 (10)
- June 2019 (2)
- May 2019 (9)
- April 2019 (5)
- March 2019 (3)
- February 2019 (4)
- January 2019 (4)
- December 2018 (6)
- November 2018 (7)
- October 2018 (5)
- September 2018 (4)
- August 2018 (5)
- July 2018 (4)
- June 2018 (6)
- May 2018 (13)
- April 2018 (7)
- March 2018 (10)
- February 2018 (7)
- January 2018 (13)
- December 2017 (12)
- November 2017 (7)
- October 2017 (11)
- September 2017 (15)
- August 2017 (5)
- July 2017 (10)
- June 2017 (19)
- May 2017 (14)
- April 2017 (13)
- March 2017 (14)
- February 2017 (8)
- January 2017 (11)
- December 2016 (15)
- November 2016 (14)
- October 2016 (22)
- September 2016 (20)
- August 2016 (19)
- July 2016 (11)
- June 2016 (30)
- May 2016 (16)
- April 2016 (7)
- March 2016 (18)
- February 2016 (11)
- January 2016 (9)
- December 2015 (23)
- November 2015 (26)
- October 2015 (32)
- September 2015 (29)
- August 2015 (23)
- July 2015 (14)
- June 2015 (46)
- May 2015 (30)
- April 2015 (39)
- March 2015 (56)
- February 2015 (49)
- January 2015 (35)
- December 2014 (23)
- November 2014 (26)
- October 2014 (18)
- September 2014 (56)
- August 2014 (22)
- July 2014 (19)
- June 2014 (19)
- May 2014 (3)
- January 2014 (2)
- December 2013 (15)
- November 2013 (1)
- July 2012 (6)
- June 2012 (31)
- May 2012 (87)
- April 2012 (155)
- March 2012 (104)
- February 2012 (10)
- January 2012 (10)
- December 2011 (16)
- November 2011 (18)
- October 2011 (5)
- September 2011 (7)
- August 2011 (11)
- June 2011 (9)
- May 2011 (6)
- April 2011 (7)
- March 2011 (9)
- February 2011 (5)
- January 2011 (15)
- December 2010 (14)
- November 2010 (29)
- October 2010 (30)
- September 2010 (38)
- August 2010 (42)
- July 2010 (31)
- June 2010 (32)
- May 2010 (52)
- April 2010 (65)
- March 2010 (92)
- February 2010 (89)
- January 2010 (68)
- December 2009 (33)
- November 2009 (2)