Grab The Promo
Grab The Promo

Tips Untuk Membuang Lemak di Peha


Adakah anda ingin membuang lemak berlebihan dibahagian peha anda? Ya anda boleh lakukannya, tetapi jika anda fikir yang anda boleh menghilangkan lemak dipeha anda dengan cepat menggunakan pil kurus atau makanan sampingan, anda sebenarnya salah! Dan jika anda fikir ada senaman tertentu yang boleh anda lakukan untuk membuang lemak dipeha anda sahaja, sekali lagi anda sebenarnya salah!!!

Hakikatnya, samada anda ingin membuang lemak di bahagian peha, perut ataupun pinggang, tidak ada cara untuk anda untuk membuang lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja pada badan anda. Anda mesti membuang lemak di SELURUH bahagian badan anda. Anda tidak boleh memaksa badan anda untuk membakar lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, malahan badan anda sendiri yang akan menentukan dimana ia patut mula membakar lemak.
Jadi seharusnya anda melakukan aktiviti-aktiviti yang membantu anda untuk membakar lemak diseluruh bahagian badan anda. Secara asasnya anda perlu mengikuti program diet yang seimbang, disertai dengan latihan kekuatan dan kardiovaskular. Inilah cara yang paling sihat dan cepat untuk anda membuang lemak baik dipeha mahupun diseluruh badan anda!
Program diet yang anda pilih untuk menurunkan berat badan adalah sangat penting. Diet yang rendah dengan kalori dan lemak TIDAK membantu anda untuk membakar lemak kerana diet seperti ini bukan sahaja tidak meningkatkan metabolisma anda malahan turut memperlahankannya lagi!!! Jika anda cuba mengikat pinggang dan menahan lapar juga tidak akan berkesan malahan membahayakan kesihatan anda. Selalunya orang yang mengamalkan diet sebegini akan mengumpul kembali lemak yang telah berjaya dibuangnya sebelum ini
Sebabnya, dengan mengamalkan diet yang rendah dengan lemak dan kalori, badan anda tidak akan mendapat nutrisi yang secukupnya. Akibatnya badan anda akan berfungsi seolah-olah anda akan mati kelaparan. Jadi secara automatiknya badan anda akan memperlahankan kadar metabolisma anda dan akan menyimpan kumpulan lemak dalam badan anda sebagai persiapan untuk menghadapi tempoh kelaparan tersebut. Memanglah pada mulanya berat badan anda akan turun beberapa kilogram tetapi lama kelamaan hasilnya akan mula berkurangan dan sebaik sahaja anda berhenti berlapar dan kembali ke tabiat pemakanan normal anda, anda akan memperoleh kembali lemak yang telah anda buang sebelum ini.
Jadi program diet yang bagaimanakah yang terbaik untuk anda membakar lemak berlebihan didalam badan anda? Program diet yang merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran amat berkesan kerana makanan ini menyumbang kepada diet yang seimbang. Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja terbaik untuk membakar lemak malahan makanan ini juga sangat berkesan untuk mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan.
Program diet yang baik juga perlu membenarkan kita untuk berehat sehari dalam seminggu. Anda boleh menggunakan hari rehat ini untuk memakan apa sahaja makanan yang anda idamkan. Anda mungkin takut untuk menggunakan hari rehat ini kerana tidak mahu menjejaskan program diet anda dan seterusnya menyebabkan penambahan berat. Sebenarnya anda salah!!! Hari rehat boleh membantu anda untuk mebuang lemak dengan meningkatkan kadar metabolisma anda kerana ia mengelakkan badan anda daripada rutin pemakanan yang sama yang akhirnya memperlahankan metabolisma anda. Selain itu, hari rehat juga boleh meningkatkan dedikasi anda terhadap program diet anda untuk minggu seterusnya dengan mengurangkan keinginan anda kepada makanan yang menggemukkan.
Walaupun program diet yang baik sebenarnya cukup untuk mengurangkan berat badan anda dengan ketara, ramai orang cuba menyertakan senaman didalam rutin mereka bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Latihan kekuatan dan kardiovascular adalah cara yang terbaik untuk mempercepatkan penurunan berat badan. Melalui latihan kekuatan, anda bukan sahaja membakar lemak malahan anda membina otot-otot didalam badan anda.
Otot-otot ini bukan sahaja menjadikan badan anda lebih kuat, malahan ia membantu anda untuk membakar lemak walaupun ketika anda sedang berehat!!! Anda dengan mudahnya dapat mambakar 50 unit kalori sehari dengan 1 pound otot, walaupun ketika berehat. Ini kerana badan anda menggunakan banyak kalori untuk membaiki dan mengekalkan otot-otot anda.
Ikutilah dua tip ini dan anda akan kagum betapa cepatnya anda boleh membuang lemak berlebihan dipeha anda!!!.
 Sumber




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

4 SENAMAN KEMPISKAN PERUT


Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap wanita. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, berikut adalah 4 jenis senaman yang boleh anda amalkan setiap hari tanpa perlu memakan ubat, tidak perlukan kos hanya :


A. Knee Circle

1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.


pada posisi ini, cuba anda tahan kiraan sehingga 5

4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.




Senaman knee circle 2

Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan sehingga 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.

Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop
1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.

5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan


Senaman side chop 2


Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.

Selamat Mencuba! 
source from





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve