Grab The Promo
Grab The Promo

DIET KECANTIKAN



Apa yang anda makan ternyata akan mempengaruhi kecantikan anda. Diet sehat dan tepat sangat penting untuk merawat kecantikan dari dalam, semak makanan yang berkhasiat untuk kecantikan kulit anda.

Protein
Menguatkan dan melembutkan kuku, membantu membuat keratin, senyawa yang membangun kuku. Sumber makanan yang kaya protein adalah ayam, tuna, kalkun dan bean.

Air
Mengeluarkan toksin dari tubuh dan menyegarkan kulit serta membuat kulit kelihatan lebih bersinar. Kekalkan meminum air putih yang mencukupi agar dapat menjaga kelembapan kulit dan kelihatan lebih kenyal.

Almond
Mengandungi kandungan antipenuaan. Banyak mengandung vitamin E dan sejumlah asam lemak esensial yang membantu menjaga kekenyalan kulit. Juga mengandung antioksidan selenium. Jangan makan secara berlebihan karena almond mengandung kalori yang cukup tinggi.

Apel dan seledri
Ternyata mampu membersihkan noda pada  gigi. Cubalah anda makan apel dan seledri setiap hari.

Makan ikan berminyak
Seperti salmon yang mengandung asam lemak omega 3 mampu membantu melembabkan dan memberikan nutrisi pada kulit.

Tomato
Mengandung oksidan pencegah cancer kulit seperti beta karoten, vitamin C dan lycopene. Makan tomato dalam bentuk apa saja, maka anda boleh mendapatkan antioksidan ini. Untuk meningkatkan tubuh meng-absorp lycopene, masak tomat dengan sedikit minyak zaitun.

Vitamin A
Sangat penting untuk kulit sehat. Sumber makanan iaitu sayuran warna orange cerah dan daun hijau tua seperti wortel, ubi jalar, brokoli dan bayam.

Makanan kaya vitamin B
Ia membuat rambut kelihatan berkilat. Sumber makanan vitamin B antara lain telur, susu, sayuran hijau dan unggas. Silica penting untuk menjaga elastisitas kulit, membuat kulit bersinar sehat. Havermut mentah, kulit mentimun, bawang bombay dan kecambah kaya mineral silica.

Vitamin C
Membantu membangun kolagen yang mengurangi kedut. Kulit yang mengandung banyak kolagen dapat mempertahankan elastisitas dan bebas kedut untuk waktu lebih lama. Buah kiwi adalah sumber vitamin C terbaik. Makanan lain yang juga merupakan sumber vitamin C adalah jeruk, mangga, tembikai

Vitamin C dan zat besi
Bersama-sama membantu mengurangi lingkaran hitam dibawah mata. Keperluan makanan seperti daging ayam tanpa kulit, paprika kuning dan orange banyak mengandung vitamin C dan zat besi.

Vitamin E
Membantu mempertahankan kecantikan kulit. Vitamin ini juga boleh mengatasi sembab dan kemerahan yang disebabkan terbakar sinar matahari. Biasanya sembab disebabkan oleh kerengangan kulit sehingga terbentuklah kedut di wajah. Perbanyaklah mengkonsumsi advokado, peach dan makanan yang mengandung vitamin E.

Zinc dan kalsium
Membantu mengatasi jerawat. Jadi kalau anda ingin mendapatkan makanan yang mengandung Zinc, maka dapat ditemukan dalam kerang, kalkun, seafood, telur dan susu. Kalsium baik untuk tulang juga membantu membersihkan kulit. Makanan kaya akan kalsium antara lain, susu skim, keju rendah lemak dan yogurt. Makanan ini bukan hanya mengatasi jerawat tapi juga mengurangi kerut.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Aaron Aziz Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011


Jutaan tahniah diucapkan kepada Aaron Aziz yang telah merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 sebentar tadi. Daripada 4 kategori yang dipertandingkan, Aaron Aziz berjaya mengungguli 3 kategori.


aaron aziz bintang paling popular abpbh2011

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi. Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.
Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.


Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront Palarae dan Syamsul Yusof.


Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz.


TAHNIAH AARON !!!!!

Wahhh bestnye..
istimewa buat peminat  Aaron dan Yogurt di sekitar bandar baru bangi
dikhabarkan Aaron akan diundang sebagai tetamu jemputan untuk melancarkan 
pembukaan YOURGURT Premium Froyo yg bakal dilansungkan dalam masa terdekat..
tarikh nyer cik iena tak confirm lg sb owner YOURGURT Premium Froyo tak umum kn tarikh lg..
tp rase nye awal bulan Mei (^_~)
Ops sempat je nk menyelit citer nie
cik iena tau dr owner YOURGURT Premium Froyo

www.yourgurt.com.my 
 


 Keputusan penuh ABPBH2011 di bawah untuk tatapan anda.
1. Artis berkumpulan/duo popular – Jacqlyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

2. Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla

3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

4. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

5. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid

6. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak

7. Artis Baru Lelaki Popular – Johan As’ari

8. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz. Di manakah pengundi Aaron Aziz?

9. Penyampai Radio Wanita Popular – Farah Fauzana

10. Pengacara TV Wanita Popular – Farah Fauzana

11. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak

12. Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza

13. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

14. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

15. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha

16. Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin

17. Penyanyi Wanita Popular – Yuna

13. Bintang Paling Popular ABPBH2011 – Aaron Aziz



SUMBER : 
www.rotikaya.com 




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Waiting Enchik BF


Tema Hari ini Merah Hitam 
(^_~)
huh lame nye menungu enchik BF nie
nak g PICC  ade event






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Vaseline Healthy White Perfect 10 (100ml) FREE SAMPLE

Siapa nak free 100 ml free sample
Vaseline Healthy  White Perfect 10
Sila ikut cara2 dibawah yer
senang je
click2..
Cepat sebelum habis..
Vaseline bg sample free kpd 500 unique visitor yg terawal
(^_~)




berikut merupakan cara2 nk dpt kn vaseline free



lepas klik link d atas tu
cari gmbr kt atas ni
klik
Find Out Now

kemudian follow semua step d bwh
senang je
klik2 je kt video tu ikut arahan

step 1
UVA/UVB test


result



step 2
Moisturition test


result



step 3
even tone test



result



step 4
skin firmness test



result




step 5
dark marks test



result



step 6
radiance + skin renewal test



result




step 7
fine lines test



result




step 8
body & face match test



result




Here we done
yeayy da suda..
ni la skin score cik iena
huhuhuhu



lpas tu klik 
GET FREE SAMPLE

kemudian isi la borang nie
untuk terima free sample


okies 
dah submit



Sekian untuk info kwn2

SHARING IS CARING
(^_~)









Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Budak Korea Main Gitar




 

 (^_~)
comel nyeee
siap buat memek muke lg
 




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Alter skirt singkat


skirt ni beli kt blogshop jer..
tah cm mane tah tersingkat sangat2..iena tny owner blog tinggi 165 without heeels blh pki tak?
kate nye boleh..cik iena pon beli la...
sekali dpt singkat da..
tersangat singkat..
mmg kelakar la kalau pakai kan..
cm org x cukop kain




Dah beli tak pakai sayang..
membazir
so cik iena pn alter la sket
kasi labuh sket pn ok
takde la tergantung sgt



nie blkg skirt tu
ade riben gituh
tp cik iena xselesa la dia jerut je cm tuh
kang tertanggal tak ke naiyaaaaaaaa
d buat nye ade kwn yg noty nk kene kn kite
d tarik nya riben
haishhhhhhhh terjatuh kain tu..
lalalalala
cekci tau


 gini la rupe nye d zoom kn sket


so bahan2 yg cik iena perlu

getah kain nie
bape saiz dia lupe la plak..tp
yg besar punyer
dlm 3 inci kot lebar nye


getah nie cik iena nk letak kt pinggang sb rase x selesa pakai kain jerut cmtu je
pastu jerut nye cm xkemas sgt..
so better cik iena tambah getah kt pinggang
(^_~)




yg ni plak renda..
cik iena gune tuk labuh kn kain
tp tak cukup labuh pn sebenarnye
tak jumpe renda yg panjang sket dr nie
ade pun tp kale tak sesuai
so terpaksa la beli yg nie
wt sementara je la
nty klu ade yg lain cik iean jait balik
(^_~)


pd mulanye cik iena ingt nk beli kain je buat ropol2 kt bwh kain
tp kt kedai tu xde kain yg sesuai plak
sb tu beli renda
huhu jadi la kn
:)


gune benang hitam okeyh
(^_~)


siket je bahan2 nyer
yeayyyyy jom menjahit
(^_~)
jahit tgn jer ...






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

9 PERKARA TENTANG RAWATAN WAJAH



Meskipun ia satu rutin yang penting namun ramai antara kita yang merasakan merawat kulit satu perkara yang remeh untuk dilakukan.

Sebenarnya merawat kulit tidak lah sesukar yang kita fikirkan namun mungkin kerana maklumat yang salah menyebabkan aturan dalam hal penjagaan kecantikan menjadi rumit. Berikut, beberapa mitos dan fakta yang perlu anda ketahui tentang rawatan wajah.

1. Perawatan kulit wajah perlu dilakukan selepas usia 30 tahun
Perawatan kulit wajah merupakan proses membersihkan kotoran di permukaan kulit. Biarpun ia membantu dalam membersihkan wajah, rawatan ini juga turut berfungsi dalam melancarkan peredaran darah.

Justeru, pemilihan produk penting agar sesuai dengan kulit wajah. Bahkan, rawatan kulit wajah ini tidak hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memasuki usia 30 tahun. Sebaliknya andai kulit anda memerlukan rawatan tersebut, tidak kira anda baru berusia awal 20-an, tidak ada salahnya jika mahu melakukan rawatan tersebut.

2. Aloe vera baik untuk kulit
Aloe vera atau lidah buaya memiliki beberapa fungsi yang bukan hanya baik untuk kulit tapi juga rambut. Apa yang perlu anda ketahui, menggunakan aloe vera asli atau yang belum diproses pada wajah bukan merupakan pilihan yang tepat.

Bahkan, penggunaan produk berasaskan aloe vera sama ada sebagai pelembap, pembersih wajah dan krim malam juga tidak bermakna kulit anda akan sentiasa cantik dan sihat. Mungkin juga produk tersebut tidak bersesuaian dengan kulit anda dalam memberikan hasil yang diingini.

Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih produk yang mengandungi aloe vera di dalamnya. Pastikan anda mendapat saranan pakar terlebih dahulu atau pakar kulit bagi memastikan produk berasaskan aloe vera ini sesuai dengan kulit anda.

3. Melakukan ''waxing'' akan mengurangkan bulu pada wajah dan tubuh
Bukan hal yang mustahil untuk menghilangkan bulu pada wajah dan rambut sekiranya anda mencabut hingga ke akarnya. Namun tidak dengan ''waxing''. Melakukan ''waxing'' hanya membersihkan bulu pada permukaan dan hanya bersifat sementara. Selain itu, rawatan ini juga akan menyebabkan pertumbuhan bulu yang baru.

4. Melakukan skrub dengan batu apung baik untuk menanggalkan sel-sel kulit mati
Kulit kita memiliki kecenderungan semula jadi dalam menanggalkan selsel kulit mati, memandangkan ia adalah salah satu sistem tetap tubuh. Justeru, membersihkan kulit dengan pembersih normal seperti sabun secara lembut tanpa menggunakan batu apung juga membantu dalam membersihkan tubuh dari kotoran. Ini kerana membersihkan kulit dengan batu apung akan menyebabkan wujudnya masalah pigmentasi.

5. Penggunaan buah dan sayuran tidak mendatangkan kesan negatif
Bahan-bahan seperti lemon, timun, tomato, dan bawang merupakan bahan yang sering digunakan. Meskipun ia dapat membantu namun tidak sepenuhnya. Misalnya menggunakan timun untuk mengatasi masalah lebam bawah mata mungkin akan memberikan hasil yang efektif pada sesetengah orang tetapi mungkin tidak kepada mereka yang mengalami masalah tersebut disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Justeru, lebih baik andai kita mengetahui terlebih dahulu penyebab utama masalah kulit.

Menggunakan sayuran dan buah-buahan juga boleh menyebabkan punca berlakunya iritasi atau alergi. Sebaliknya, fungsi buah-buahan adalah membantu menyediakan nutrisi yang diperlukan tubuh seperti vitamin, mineral sekali gus membantu meningkatkan kesihatan kulit.

6. Produk guna bahan semula jadi baik untuk kulit
Perkataan semula jadi tidak semestinya ia selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kulit. Ada beberapa herba yang berbahaya dan mengandungi racun yang boleh memberi kesan buruk pada kulit. Justeru, sebelum meng gunakan bahan-bahan tersebut, periksa terlebih dahulu sama ada sesuai dengan kulit anda, proses pengo lahannya, kualiti dan jenis bahan yang digunakan.

7. Stim baik untuk semua jenis kulit
Melakukan rawatan stim untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih dapat memberikan hasil yang baik, dengan syarat tidak dilakukan lebih dari satu atau dua minit. Suhu tinggi yang digunakan ketika rawatan boleh menyebabkan kandungan kolagen dan elastin hancur. Malah, ia turut membuka pori-pori yang tidak diperlukan. Selain itu, bukan semua jenis kulit sesuai untuk rawatan stim. Ada jenis kulit yang tidak disarankan untuk melakukan rawatan ini.

8. Rawatan pemutihan akan buat kulit putih
Warna kulit ditentukan oleh jumlah melanin pada tubuh anda dan bukan melalui rawatan pemutihan atau bleaching. Rawatan ini hanya membantu mencerahkan dan memiliki warna yang serasi dengan ton kulit anda sahaja.

9. Produk luar negara lebih baik daripada produk tempatan
Ramai berpendapat, pemilihan produk luar negara lebih berkesan serta memiliki khasiat yang lebih baik daripada produk tempatan. Namun, apa yang penting adalah anda perlu mengetahui jenis produk yang dikeluarkan bagi memastikan ia sesuai dengan kondisi cuaca dan jenis kulit majoriti sesebuah negara. Oleh itu, tidak benar jika ada beranggapan produk keluaran luar negara lebih bermutu dan ber kualiti dari produk tempatan.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

TIPS KECANTIKAN WAJAH



Secara umumnya wanita harus menjaga kulitnya dari berbagai gangguan. Tindakan yang patut dilakukan adalah seperti berikut :

• Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh wajah Anda
• Lakukan cleansing kulit wajah pada pagi dan malam hari: Perlu dilakukan di malam hari – walaupun anda tidak bermakeup, kareaa wajah mudah dinodai oleh polusi. juga perlu dilakukan pada pagi hari, karana kulit Anda mengeluarkan lemak dan kotoran pada malam hari.
• Di malam hari, luangkan waktu untuk mengurut kulit untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran sel-sel pada kulit. urutan lembut selama dua minit boleh menghilangkan keletihan, menyantaikan wajah dan memberi kecerahan kulit.
• Banyaklah minum air putih.

Untuk kulit kering:
• Berilah kesenangan setiap saat.
• Ubah jenis produk perawatan kulit sesuai musim, iklim, dan gaya hidup Anda: lingkungan ber-AC, kehidupan di alam terbuka.
• Mula menggunakan produk perawatan anti-penuaan segera setelah tanda penuaan muncul. Perkara ini kerap terjadi lebih cepat untuk jenis kulit Anda (utamanya di kawasan sekitar mata)
• Hindari mandi dengan air panas, ada baiknya memakai bath oil

Untuk kulit sensitif:
• Hangatkan dulu produk perawatan di genggaman tangan sebelum Anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok
• Sebaiknya gunakan jari jemari daripada kain atau tisu.
• Gunakan penyembur air, jangan membasuh melalui keran air.

Untuk kulit separuh baya:
• Pilihlah produk perawatan kulit anti-ageing tergantung pada kondisi kulit, kebutuhan dan musim.
• Leher, mata, dan tangan Anda bisa mengurangi keindahan penampilan, jadi imbali mereka dengan perhatian yang sangat spesial.
• Di setiap pagi yang menyulitkan, janganlah ragu buat menggunakan produk kecantikan yang sesuai, yang bisa melembutkan permukaan kulit.
• Sering terkena sinar matahari langsung, bisa menyebabkan keriput dan noda di kulit.

Untuk kulit berminyak
• Lindungi dirimu dari sinar matahari secara langsung dan penimbunan lemak di kulit wajah
• Jangan mengeluarkan jerawat dan beruntusan di wajah secara swalayan
• Lakukan perawatan peeling pada wajah sekali hingga tiga kali seminggu.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

MERAWAT WAJAH DI RUMAH



Sememangnya jarang dilakukan kerana tiada kesedaran betapa pentingnya rawatan wajah. Selain itu kekurangan maklumat juga membuatkan kita tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Melakukan rawatan wajah di rumah adalah lebih baik kerana mengunakan produk kita sendiri dan murah tanpa perlu mengeluarkan kos hanya menggunakan produk yang sedia ada dalam koleksi yang digunakan.

Justeru itu disini diberikan cara untuk kita merawat wajah dirumah dan sediakan bahan yang diperlukan.

Bahan:Pembersih wajah
Krim untuk pengelupasan (scrub)
Air hangat
Mask (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
Pelembap

Caranya:

1. Bersihkan wajahBertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. PengelupasanGunakan jari tangan, sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh wajah anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan
Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk lalu ditekan lembut pada wajah sebanyak 2 hingga 3 kali.

4. Sapukan maskJika mempunyai kulit berminyak, gunakan mask daripada bahan berasaskan tanah liat. Jika berkulit kering, gunakan mask berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah dibersihkan dengan air biasa.

5. Pelembap
Langkah akhir, sapukan krim pelembap pada wajah. Elakkan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

CARA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL



Apa langkah pertama dan penting untuk merawat wajah? Jawabannya adalah mencuci muka. Ketika membersihkan muka, berarti anda telah menghilangkan kotoran dan minyak dari wajah. Sebahagian besar dari kita, baik wanita mahupun lelaki pasti sadar akan hal itu, dan membersihkan wajah dua kali sehari sudah menjadi perkara wajib.

Tapi, banyak diantara kita yang kurang prihatin bagaimana cara mencuci muka yang baik dengan tidak memperhatikan formula yang terdapat dalam produk pembersih, atau memperlakukan wajah dengan kasar, seperti menggosoknya terlalu kasar.

Sekarang, banyak produk pembersih wajah yang dijual di pasaran, mulai dari jenis foam, gel atau krim yang diformulasikan untuk berbagai jenis kulit berminyak hingga sensitive. Karana itu, Anda perlu memperhatikan lebih dulu, pembersih apa yang sesuai untuk jenis kulit wajah Anda.

Jika kulit Anda kombinasi atau cenderung berminyak, pilih formula pembersih yang mampu mengangkat kelebihan minyak di wajah dan mengurangi sebum. Sedangkan untuk jenis kulit kering dan sensitif, gunakan pembersih dengan formula lebih ringan dan mengandung pelembap.

Pastikan produk yang Anda pilih bebas minyak (oil-free), tidak menyumbat pori (non-comedogenic), tidak menimbulkan iritasi (hypoallergenic) dan tidak menimbulkan jerawat (non-acnegenic). Sekarang ini, kebanyakan produk pembersih mengandung banyak bahan aktif untuk berbagai keperluan, seperti alpha hydroxy acids (membuat wajah lebih cerah), salicylic acid (mencegah jerawat dan membunuh bakteri), vitamin, mineral, glycerin, collagen (menegangkan wajah), elastin dan sodium laureth sulfate.

Ini Adalah Cara Mencuci Muka Yang Betul

Langkah 1. Cuci TanganCuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah Anda. Tanpa disadari, sangat banyak bakteri yang menempel di tangan Anda, dan jika tidak dibersihkan, bakteri dan kotoran yang menempel pada tangan boleh berpindah ke wajah Anda. Gunakan sabun antibakteri dan cuci tangan secara perlahan dengan air hangat.

Langkah 2. Ikat Rambut AndaDengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah anda juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin menempel pada rambut.

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika anda membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka, agar pencuci boleh bekerja lebih efektif. Pilih makeup remover berformula lembut, yang sesuai dengan kulit anda. Bersihkan bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah 4. Membasahkan Muka
Percikkan sedikit air hangat ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, pencuci boleh membersihkan lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Pencuci Muka

Letakkan sedikitt pembersih di telapak tangan atau sponge. Gosokkan di telapak tangan hingga berbuih, dan usapkan secara lembut dengan jari-jari tangan atau sponge ke seluruh wajah, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Picit secara lembut wajah anda dengan gerakan memutar selama beberapa minit.

Yang perlu diingat, jangan terus membilas setelah memakainya, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa menit (biasanya 1 atau 2 minit).

Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa sabun tak terasa lagi di wajah. Gunakan air dingin agar pori-pori tertutup dan melancarkan perjalanan darah. Kemudian, keringkan dengan kain bersih.

Langkah 7. Gunakan Toner
Bagi anda yang memiliki wajah berminyak, sangat disarankan menggunakan toner wajah setelah mencuci muka. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan sabun muka. Toner juga berfungsi mengecilkan pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Usapkan toner secukupnya ke wajah dengan kapas.

Langkah 8. Lembapkan Kulit
Oleskan moisturizer atau face cream berbahan dasar air setiap kali membersihkan wajah, agar wajah selalu terjaga kelembabannya. Pastikan juga agar anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis dengan jenis kulit muka anda.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve