Grab The Promo
Grab The Promo

TETUA(FRECKLES) DAN PIGMENTASI

Tetua(FRECKLES) ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur.

Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka.

Cara pertumbuhan:
1. Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal.
2. Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semasa zaman remaja.
3. Aktiviti luar yang kerap juga boleh menambahkan peluang untuk mendapat tetua. Pigmentasi akan menjadi lebih gelap dan banyak. Sinaran ultraungu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan pigmentasi yang teruk.

Kesan:Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.

Umur Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi Peringkat Pemulihan
20 tahun dan ke bawah 10% Kulit boleh dirawat dan pulih dalam masa 35 hari.
Bermula dari 28 tahun 20% Kulit masih kelihatan muda. Pigmentasi boleh dikurangkan dalam masa 3 hingga 6 bulan.
Bermula dari 38 tahun 50% Bahagian pigmentasi mula bertambah meluas.
Bermula dari 48 tahun 70% Pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak.
48 tahun dan ke atas 100% Bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka.

Penyelesaian:* Menyingkirkan sel kulit mati.
* Merawat dan memperbaharui sel terjejas.
* Menghentikan perembesan sel melanin yang abnormal.
* Mengurangkan pigmentasi, memutihkan bahagian yang terjejas.
* Melindungi kulit daripada radikal bebas (daripada sinaran ultraungu).
* Merangsang kadar metabolisme kulit.
* Membekalkan kulit nutrien dan lembapan yang mencukupi.
* Memperbaharui proses kulit dengan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

7 PERKARA PANTANG SELEPAS MAKAN



Selain daripada membaca kisah-ksiah rumahtangga dan kisah cinta, apa kata kali nie kita bersantai pulak dengan membaca sedikit tips untuk menjaga kesihatan iaitu 7 perkara yang tak patut dibuat sejurus selepas makan. Ikutilah tips di bawah demi menjaga kesejahteraan tubuh badan.

1. Jangan merokok
Kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi…)

2. Jangan terus makan buah-buahan
Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam.

3. Jangan minum teh
Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein didalam makanan yang dimakan menjadi lebih keras, maka ianya akan lebih sukar untuk dihadam. Kalau nak minum pun, jarakkan sikit waktunya selepas makan

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda
Melonggarkan tali pinggang sejurus selepas makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan tersekat

5. Jangan mandi
Terus mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah di sekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut anda. Satu lagi, orang tua-tua berpesan kalau mandi lepas makan, perut buncit, mungkin ia ada kebenaran atau kaitannya.

6. Jangan berjalan-jalanBerjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Seelok-eloknya tunggu lebih kurang setengah jam atau sejam selepas makan, barulah anda boleh berjalan-jalan.

7. Jangan terus tidur
Biasanya lepas makan hidangan yang berat seperti nasi, badan kita akan jadi sangat malas dan lemah. Tetapi anda kena lawan perasaan malas tue kerana makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna kalau kita terus tidur. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan didalam usus kita. Kita juga mungkin mudah diserang sakit pedih ulu hati.

sedikit info tambahan: sekiranya kita mengamalkan mana-mana jus buah-buahan, ia akan lebih membantu dalam menurunkan berat badan berlebihan. Misalnya, pengambilan jus epal sebelum makan akan membuatkan anda berasa lebih kenyang dan lambat berasa lapar. Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan menurunkan kadar kolestrol supaya lebih mudah untuk anda menurunkan berat badan.





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve