Grab The Promo
Grab The Promo

MyNasi Mid Valley Menyajikan Masakan Tempatan Dengan Cara Makanan Segera

 

Makanan Segera atau "Fast Food" sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Kini MyNasi menyediakan makanan tempatan yang disajkan dengan cara "Fast Food" dimana ianya lebih mudah bagi anda untuk membuat pilihan set dan anda juga boleh menambah hidangan sampingan sama seperti konsep "Fast Food" yang lain.

Apa yang istimewa di MyNasi adalah ianya menyajikan makanan-makanan tempatan Malaysia .
Menu utama yang disajikan dengan pelbagai pilihan set adalah NASI LEMAK dimana nasi lemak merupakan "National Dish" bagi rakyat Malaysia.

Most Popular Set - SET A- Chicken thigh - RM 10.90
"Nasi lemak MyNasi memang sedap, sambal yang kurang pedas memang menjadi pilihan cik iena, Ayam yang digoreng rangup dan isinya lembut dan tidak kering. Memang sedap lah. Mesti cuba tau"


Waktu beroperasi MyNasi adalah seawal 8.00 AM sehingga 10.00 PM , jadi ianya amat sesuai bagi pekerja-pekerja di mid valley atau pekerja-pekerja yang berhampiran dengan mid valley untuk menikmati hidangan nasi lemak yang enak dan lazat. Kebiasaan nya Nasi lemak kita beli atau makan di kedai-kedai biasa sebelum pergi ke kerja. Tapi kali ni lebih "High Class" . Makan di Mid Valley.

 Selain daripada itu pengunjung-pengunjung Mid Valley juga boleh menikmati keenakan Nasi Lemak tidak kira waktu, bukan pagi sahaja. ianya dihidangkan sepanjang masa, daripada pagi sampai malam.
Selain daipada Nasi Lemak terdapat lagi menu-menu makanan tempatan malaysia yang lain.

Bagi anda-anda yang bekerja atau tinggal berhampiran Mid Valley yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi MyNasi, anda juga boleh membuat pesanan di talian 03-2202 3099. Waktu penghantaran adalah dari 11.00 AM sehingga 12.00 PM dan 2.00 PM sehingga 5.00 PM setiap hari.


Okay Jom kita tengok menu-menu yang ada dan menu apakah menjadi kegemaran cik iena (^_~)

MENU- MENU MyNasi Mid Valley

1. Nasi Lemak Sets










2. Add On Sides

Basket Otak-otak  RM6.90 (6 pcs) - 1 pcs RM1.30




 




3. Me Siam

Mee Siam - RM8.00

 Cik iena tak pernah makan mee siam.
Kebiasaannya mee siam dihidangkan kering, kali ni berkuah.
Rasa nye ada masam-masam sikite, ada rasa manis-manis dan rasa pedas-pedas.
Bila makan dengan perahan limau dan juga tauhu goreng memang terangkat (^_~)


4. Mee Rebus

Mee Rebus RM8.00
Mee rebus ni lebih pekat jika dibandingkan dengan yang cik iena pernah makan sebelum ni.
Kuah dia berasa la. Tasty Nyummyy. Ada telur and tauhu goreng


 5. MyLaksa

MyLaksa RM8.90
Ouhh MyLaksa my favourite, cik iena memang suka laksa ni, kebiasaannya cik iena memang tak makan laksa yang bersantan. Sebab cepat muak. Tapi yang ni bile cik iena rasa memang sedap. Pekat Likat, Lemak. Sedap lah, lebikh kurang laksa johor kuah nya.Tapi lagi sedap. Ada kerang ada sambal, ada tauhu goreng, ade telur. Menyelerakan. Harga pun berpatutan untuk tempat macam Mid Valley tu.



6. Tauhu Telur

Tauhu Telur RM7.90







Tauhu telur ni antara yang paling cik iena suka, cik iena request tambah lagi.
Memang sedap tak terkata. 
Tauhu jepun yang disalut dengan telur dadar kemudian digoreng dan dihidangkan dengan hirisan timun, lobak dan kacang tumbuk beserta dengan sos special. ha yang ni chef taknak bagi tau resepi.
Rahsia kata nya.


Tauhu telur


 7. Lain-lain Menu















Okay jom tengok pulak gambar-gambar cik iena dan blogger lain semasa sesi food review (^_~)


i love this tauhu telur, highly recomended

Nasi Lemak @ MyNasi nyummy

My favourite, MyLaksa - Highly Recomended




mcm ni la gaya top blogger berselfie (^_~)



bro framestone and wife
cik iena with top blogger

cik iena with top blogger

yana , huby n daughter


Peace yoooo, jangan lupe singgah MyNasi okey
MyNasi Mid Valley
LG 074-A Mid Valley Mega Mall
03-2202 3099
 
Waktu Operasi : 8.00 AM - 10.00 PM
Waktu Penghantaran : (Mid VAlley area)
11.00 AM - 12.00 PM 
 2.00 pM - 5.00 PM
 
Website : http://www.paradisefnb.com.my/ 
Facebook : https://www.facebook.com/paradisegroupmalaysia


Lokasi bersebelah Pizza Hutz

Pada orang singapore juga anda boleh menikmati MyNasi di 
Sembawang Shopping Centre



Nota Blog : Kalau korang nak pergi, senang je nak cari.Turun dari escalator central court ke LG then pergi ke sebelah kiri, nampak pizza hutz kan. Sebelah dia MyNasi





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

MyTeksi ReviveRoar


Berita baik untuk pengguna MyTeksi. 
"Select the #reviveRoar taxi type today(10 Am - 5 PM)
and get your FREE Revive Isotonic 6-can delivered to you !"

Cik iena dah dapat . Anda bila lagi hehe

Kalau takde lagi apps ni boleh je download dulu (^_~)
 
 
 
pilih reviveroar then next

 


 
 
yeayy da dapat teksi
  Please take note plat number okay 

booking id
yeayy teksi kite da sampai

  
 
Eh lupa pulak cik iena snap pic teksi tadi
 
ni yang cik iena dapat
 
Korang jangan risau , teksi akan call korang

 


 Okay, nak sambung kerja. Ouh Monday Blues hari ni. Please do not spoil my mood







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Rawatan Fisioterapi bagi Sakit Tulang Belakang



Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot atau kaku (stiffness) di mana-mana bahagian belakang tubuh. Ia mungkin menjalar ke bahagian punggung atau kaki.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent).
Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
  • Kecederaan otot
  • Patah tulang belakang
  • Perubahan kepada cakera (disc)
  • Postur tidak betul
  • Saluran spinal menjadi sempit (spinal sternosis)
  1. Untuk mengurangkan sakit
  2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
  3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
  4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Gejala / Tanda
  • Sakit belakang akut - Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
  • Sakit belakang kronik - Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
  • Sakit belakang berulang (recurrent) - Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan
Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti seharian adalah disebabkan sakit.
Pencegahan
Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
  • Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
  • Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut
Semasa berjalan
  • Memakai kasut bertumit rendah yang selesa
Semasa duduk
  • Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
  • Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
  • Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
    • Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
    • Lakukan senaman secara tetap
    • Menjaga berat badan
    • Kecergasan menyeluruh
Rehabilitasi
  1. Pengurusan sakit
    • Ice pack – untuk sakit belakang yang akut.
    • Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
    • Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum ice pack diletakkan.
    • hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang.
    • Cara melakukan : balut hot pack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. 
  1. Program senaman sakit belakang
    Knee to Chest
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : pegang belakang peha dan tarik ke arah dada.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Pelvic tilt
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata
    • Cara melakukan : tarik otot  abdominal ke dalam, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Hip Rolling
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
    Lower Abdominal Exercise
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan.
    • Cara melakukan :
    1. Gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
    2. Angkat kaki ke atas dengan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Cat and camel
    • Posisi : merangkak
    • Cara melakukan : perlahan-lahan bahagian belakang melendut ke bawah (melengkung ke bawah) dan muka menghadap ke dinding. Kemudian gerakkan otot abdominal ke dalam dan bahagian belakang melengkung ke luar.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
    Hip Extension
    • Posisi : Merangkak
    • Cara melakukan : gerakkan lutut ke arah  kedepan, dan ke belakang sehingga kedua-dua blutut  dan peha selari dengan lantai. 
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali
  1. Lumbar stabilization Exercises
    • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
    • Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Gerakkan otot abdominal ke dalam, pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci, lutut kanan dalam keadaan lurus, tahan 3 saat dan turunkan kaki.
    • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.


Nota Blog : hehe cik iena sebenarnya tengah mengalami masalah ni la tapi degil taknak dengar cakap doktor suruh rehat kat rumah . This weekend ada event kene attend. Ku gagahkan jua . Okay nanti kene buat senaman tau cik iena (^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve