Grab The Promo
Grab The Promo

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS - SMS FITRAH KE 20000


PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS - SMS FITRAH KE 20000
Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan bagi individu lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan dengan syarat- syarat yang ditetapkan. Ianya merupakan kewajipan fardhu ain di samping dapat membersihkan dan menyucikan jiwa bagi orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Bayaran zakat fitrah ini digunakan untuk membantu golongan fakir dan miskin untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selepas bulan Ramadhan.
Namun, dengan kepesatan kemajuan yang berlaku pada masa kini, ada diatara pembayar zakat yang tidak mempunyai masa untuk membayar zakat fitrah. Oleh itu,syarikat telekomunikasi DiGi
Telecommunication dengan kerjasama Pusat Kutipan Zakat yang terlibat telah membangunkan  perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui SMS.
PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS - SMS FITRAH KE 20000

Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui SMS ini adalah satu idea yang sangat bernas untuk diguna pakai pada masa kini. Pembayaran zakat fitrah akan dipotong atau dicaj melalui SMS yang dihantar oleh  pengguna ke nombor yang ditetapkan. Pengguna yang ingin membayar zakat fitrah melaui SMS hanya perlu menghantar katakunci yang betul ke kod ringkas yang telah ditetapkan. Pengguna akan terima SMS  pemberitahuan setelah transaksi berjaya. Perkhidmatan ini sangat mudah dan boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja (sepanjang bulan Ramadhan).

Objektif 


1. Memudahkan para pengguna Muslim DiGi untuk membayar zakat fitrah.
2. Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui SMS boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
3. Membantu para pengguna yang ingin membayar zakat fitrah untuk negeri asal / kampung halaman.


Mudah kan, Selain bayar Zakat secara Online, pembayaran zakat juga boleh di lakukan melalui SMS. . Khas buat pengguna Digi di Enam Negeri Terpilih, anda boleh membuat pembayaran Zakat melalui sms .

Senarai Pusat Zakat yang Terlibat 


1. Selangor
2. Perlis
3. Sabah
4. Melaka
5. Pahang
6. Kelantan
7. Terengganu*
8. Kedah*

*Negeri yang bakal turut serta

Waktu Ideal Pembayaran Zakat Fitrah 


  • Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri  

  • Bayar zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan tanggungjawab itu tidak dapat ditunaikan pada saat akhir iaitu pada Hari Raya Pertama  

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA 


Senarai kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri


KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA
KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA

 SUMBER : www.mysumber.com

 

Aturan Pembayaran Zakat melalui sms .


1. Pengguna menghantar SMS dengan menaip FITRAH ke 20000.

2. Pengguna terima SMS dari DiGi untuk memilih negeri dan hantar ke 20000.

1.Pahang 2.Melaka 3.Selangor 4.Perlis 5.Sabah 6.Terengganu 7.Kelantan 8.Johor
Contoh: 4 dan hantar ke 20000.

3. DiGi akan menghantar SMS kadar zakat negeri yang dipilih dan pengguna perlu membalas dengan
nama penuh.
Kadar Zakat tahun 2015/1436H ialah . Sila balas dengan nama penuh anda.
Contoh: Muhammad Izham Bin Zamri

4. Pengguna terima SMS dari DiGi untuk memberi no kad pengenalan.
Sila balas dengan no kad pengenalan
Contoh: 910729086201

5. Pengguna terima SMS dari DiGi untuk memberi bilangan individu.
Sila balas dengan bilangan orang
Contoh: 2

6. DiGi akan menghantar SMS pengesahan transaksi dengan jumlah zakat fitrah yang akan dibayar.

Ini wang yang akan menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diri/ t’jwp/ wakil sebanyak
pada tahun ini kerana Allah Ta’ala. Balas Y untuk teruskan @ T untuk tamatkan.
Contoh: Y

7. Pengguna akan menerima SMS sekiranya transaksi telah berjaya dengan nombor resit.
Terima kasih. Bayaran berjaya. . Untuk resit rasmi layari http://digi.my/dgzakat

8. Transaksi tidak akan berjaya sekiranya pengguna tidak mempunyai baki yang mencukupi.
Maaf, kredit anda tidak mencukupi. Sila tambah nilai kredit anda dan taip fitrah untuk mulakan transaksi anda


Pada yang sudah membuat pembayaran, anda boleh menyemak resit pembayaran di digi.my/dgzakat

 
Okies , cik iena pengguna DIGI, nanti cik iena screenshort and share macam mana cara nak bayar

Pada yang bertanya boleh ke bayar zakat fitrah melalui SMS , boleh baca penjelasan di sini ya
http://www.zakatselangor.com.my/terkini/guna-sms-untuk-membayar-fitrah/

 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak !


New Update :)

 
Okay cik iena dah bayar Zakat melalui sistem pesanan ringkas SMS ni
Jom cik iena tunjukkan caranya
Mudah sahaja tau .
Kalau bayar online pun selepas 12 tengah malam tak boleh buat pembayaran  Tapi dengan SMS boleh. Jadi kalau yang kerja balik lewat malam tak sempat bayar zakat fitrah di kaunter mahupun secara online. Boleh lah buat pembayaran melalui SMS.
Pukul 2 , 3 pagi pun boleh okay
(^_~)

CARA CARA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS


SMS FITRAH KE 20000


PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
taip FITRAH dan hantar ke nombor 20000 , kemudian pilih negeri




PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Kemudian anda dikehendaki memasukkan nama penuh anda dan hantar. Selepas itu anda di kehendaki untuk memasukkan no kad pengenalan anda

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Kemudian anda dikehendaki untuk memasukkan bilangan orang. Contoh cik iena satu

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Kemudian untuk membayar zakat anda perlu reply Y, selepas itu anda boleh semak pembayaran pada pautan yang di berikan




PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Masukkan Nombor talifon dan no kad pengenalan untuk semak

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
Sistem memaparkan status pembayaran anda

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS
tandakan kotak diatas jika anda ingin menerima resit rasmi dan hantar

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH MELALUI SMS

Okay macam mana? mudah je kan .
Kalau takde masa nak bayar zakat di kaunter atau secara online boleh lah SMS je :)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel



Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel


Menikmati hidangan berbuka puasa di Hotel 5 Bintang pasti memberikan pengalaman yang indah . Suasana dan dekorasi Hotel Bertaraf 5 Bintang pasti membuatkan hari  anda begitu indah di tambah dengan layanan yang baik dari pekerja Hotel . Lokasi ini sangat sesuai untuk anda yang ingin berbuka puasa dalam keadaan suasana eksklusif yang tenang lagi indah bersama ahli keluarga tercinta mahupun sahabat-sahabat ataupun rakan-rakan perniagaan anda.




Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel







Alhamdulillah baru-baru ini cik iena telah di jemput untuk menghadiri Majlis Preview Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur . Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Hotel kerana sudi menjemput cik iena dan juga rakan-rakan blogger lain. Cik iena pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba menu Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel.   Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur membawakan konsep  "DARI DAPUR UMMI " dimana ianya membawa maksud yang mendalam . Masakan dari air tangan ibu sudah pastinya sentiasa menjadi pilihan kita . Konsep yang cuba di ketengahkan ini membawa pelbagai jenis menu tradisional yang popular dan tidak lekang dek zaman.



Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada hidangan-hidangan tradisional kampung yang di ilhamkan sejak turun temurun.  Pada tahun ini, Hotel Sunway Putra mengetengahkan 10 jenis stalls, dimana tetamu dapat merasai pelbagai masakan Malaysia. Antaranya :

  • Rebus-rebus
  • Oriental Barbeque Lamb & Chicken
  • Satay Kambing
  • Bakar-Bakar
  • Panggang-panggang
  • Barbequed GrilledFish (Ikan Bakar)
  • Celup-celup (steamboat)
  • Goreng-Goreng (Cucur ikan bilis, cucur udang, cucur kelapa & etc)
  • Kukus-kukus (Kuih talam &; etc)

 Pelbagai jenis ulam
Pelbagai jenis ulam

 Pelbagai jenis ulam
Pelbagai jenis ulam


Selain daripada itu juga , Pelbagai jenis ulam dan kerabu akan dihidangan sepanjang buffet ramadan seperti

  • Kerabu Isi Kelapa
  • Daun Selasih
  • Kerabu Tembikai
  • Kerabu Rampai
  • Kerabu Isi Ikan Pedas
  • Ulam Kampung

, Pelbagai jenis ulam dan kerabu

 Pelbagai jenis ulam dan kerabu

Kerabu Isi Ikan Pedas
Kerabu Isi Ikan Pedas



Bagi pencinta steamboat pula, anda boleh dapatkan steamboat dengan kepelbagaian rasa. Apa yang menariknya, steamboat di sini tidak direbus menggunakan air biasa, tetapi diberi pilihan seperti Sup Dashi (sup jepun), Sup Ayam dan lain-lain. Jadi anda boleh menikmati pelbagai pilihan steamboat mengikut citarasa anda.


 steamboat
steamboat




Antara menu Bertemakan Dari Dapur Ummi adalah 

Resepi ibunda Chef Rossham bin Rosli
- Ikan keli masak lemak bunga kantan
- daging masak lemak cili padi
- Ikan tenggiri Goreng dengan sambal lemak tempoyak

Resepi ibunda Chef Shaari bin Ismail
- Ayam masak kari hijau utara
- Daging rendang dendeng
- Udang kalio dengan pucuk paku

Resepi ibunda Chef Mathavan A/L Velayutham
- Kambing Paratel
- Kati Ayam Mentega
- Sotong masala

Resepi ibunda Samsuddin bin Ahmad
- Peha ayam kicap berempah
- Ikan patin masak tempoyak dengan timun
- Perut Masak Lemak dan rebung

Resepi ibunda Chef Rukedi bin Yajid @ Aziz
- Lompat tikam
- Badak berendam
- Ubi kayu rebus dengan kelapa


Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel



Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel




Untuk maklumat mengenai lokasi dan harga Buffet Ramadhan 2016 di Sunway Putra Hotel , sila rujuk bawah :




Harga Buffet Ramadhan Sunway Putra Hotel 2016


Berbuka Puasa :
RM138 nett dewasa
50% diskaun kanak-kanak (4-12 tahun)
Percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun

Sahur :
RM58 nett dewasa
50% diskaun kanak-kanak (4-12 tahun)
Percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun


Alamat :

Coffee House
Level 9,
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur

Tel:
03-4040 9888

Email:
dinesph@sunwayhotels.com

Website:
putra.sunwayhotels.com

Facebook:
Sunway Putra Hotel

Instagram :
@sunwayputrahotel


Okay  jemput lihat gambar yang sempat cik iena ambil sewaktu majlis tersebut.




Gambar Majlis Preview Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur


Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
bersama rakan blogger

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
bersama rakan blogger


Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Pembuka selera & salad

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Rojak Buah


Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Air Batu Campur

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Pelbagai kuih muih

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Sushi

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
sushi

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Buah dan Jeruk

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Buah dan jeruk

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Daging rendang dendeng

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Ikan keli masak lemak bunga kantan

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Kambing Golek

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Kambing Golek

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel


Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel
Dessert


Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Buffet Ramadhan 2016 Sunway Putra Hotel

Haa menarik kan tengok gambar makanan tu. Ini pun cik iena tak sempat nak ambil gambar ke semua juadah makanan yang sangat banyak.

Okay pada yang berminat jangan lupa hubungi mereka ya

Tel:
03-4040 9888

Email:
dinesph@sunwayhotels.com

Website:

Facebook:

Instagram :


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!
Kuala Lumpur, 7 Jun 2016 – Sepanjang bulan Ramadan – 6 Jun hingga 5 Julai – 11street
(www.11street.my), e-mall yang pantas berkembang di Malaysia akan bekerjasama dengan Yayasan
Kebajikan Budimas untuk melancarkan kempen kebajikan ‘Do Good Deals’. Kempen tersebut bertujuanmengumpul dana untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dan menyediakan mereka dengan hidangan harian yang paling penting.

Di Malaysia, 11street memang terkenal di kalangan pengguna yang ingin mencari pelbagai jenis produk pada harga yang cukup menarik. Ingin membuat sedikit kelainan pada Ramadan kali ini, gergasi e-dagang itu melancarkan satu inisiatif kebajikan yang dikenali sebagai ‘Do Good
Deals’
.  
 
Ia menawarkan orang ramai peluang untuk Beli Sambil Memberi,menerusi pelbagai tawaran menarik di samping menjadi satu platform untuk para pelanggan melakukan kebaikan kepada komuniti.

Pada laman ‘Do Good Deals’11street, pelanggan boleh memilih untuk membayar harga sumbangan ke atas beberapa produk terpilih di mana harganya sedikit tinggi berbanding harga runcit yang dicadangkan. Apa jua wang tambahan yang disumbangkan oleh pembeli akan disalurkan dengan sebaiknya oleh 11street. Semua hasil sumbangan kemudian akan didermakan untuk membantu
menyediakan makanan kepada kanak-kanak di sekolah di Malaysia.


Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, “Di 11street, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi dan bukan sekadar menerima. Salah satu cara kami menyumbang kembali kepada rakyat Malaysia adalah dengan menberikan tawaran hebat buat mereka. Pada musim perayaan kali ini, kami terus berpegang kepada nilai utama kami iaitu untuk menawarkan tawaran hebat. Namun, apa yang berbeza adalah kami memberikan perspektif berlainan tawaran hebat dengan membawakan senyuman di wajah pelanggan apabila membayar pada harga yang lebih tinggi.”

Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


“Untuk membuatkannya relevan kepada para pelanggan, kami memilih jenama dan produk yang
berkongsi kepercayaan sama dengan kami, sebelum kami menaikkan laman ‘Do Good Deals’ sempena Ramadan ini. Untuk menjadikan kempen ini lebih mengujakan, kami komited untuk mengumpul setiap ringgit yang disumbang oleh rakyat Malaysia demi menawarkan masa depan yang cerah buat anak-anak kita,” tambah Kim. Sumbang Makanan Kepada Seorang Kanak-kanak Dengan Hanya satu Klik menyediakan mereka sarapan pada setiap hari di sekolah.

“Sarapan ialah hidangan paling penting. Ia juga penting bagi pertumbuhan kanak-kanak dan kemampuan pelajar untuk fokus ketika berada di dalam kelas. Justeru, inisiatif sarapan ini bukan sekadar memastikan setiap kanak-kanak diberi makanan pada waktu pagi, tetapi menyediakan mereka peluang pendidikan,” jelas Ketua Pegawai Yayasan Kebajikan Budimas, Anne Rajasaikaran. “Inisiatif 11street memiliki matlamat yang sama. Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan mereka ketika kami terus membantu kanak-kanak yang sememangnya memerlukan perhatian dan pertolongan.” Menyumbang untuk Usaha Murni Bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam inisiatif Beli Sambil Memberi, pelbagai produk yang terdiri daripada barang-barang runcit, produk isi rumah hinggalah elektronik akan dijual mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016.
 
 
Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


Jadi, pelanggan boleh melengkapkan kediaman masing-masing dengan apa jua barangan yang diperlukan untuk menyambut Hari Raya. Antara jenama yang bekerjasama dengan
11street termasuklah Tupperware, Kinohimitsu dan banyak lagi.

Menerusi inisiatif ini, 11street cuba menjangkau semua rakyat Malaysia dan menyampaikan bantuan
mereka dalam memastikan kanak-kanak di seluruh negara tidak lapar pada waktu pagi. Sertai usaha ini dan beli produk-produk yang ditawarkan pada harga sedikit tinggi demi manfaat kanak-kanak yang terlibat. 

Jom Beli Sambil Memberi dengan Inisiatif Do Good Deals 11street!


Untuk menyokong usaha ini, sila layari laman web: http://www.11street.my/evt/do-good-deals-june2016/home.do. Inisiatif ‘Do Good Deals’ juga berada di bawah payung Kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ 11street. Ia menggabungkan semua produk, perkhidmatan serta promosi berkaitan Ramadan dan Hari Raya yang dimahukan oleh rakyat Malaysia di bawah satu bumbung. Bagi mendapatkan keperluan Ramadan dan Hari Raya anda, sila layari laman web 11street.my (www.11street.my) atau hubungi talian 03-2720 0000 untuk maklumat lanjut.


  • 11street bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Budimas untuk menyediakan hidangan paling penting kepada
    golongan kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi satu kempen kebajikan atas talian
  •  Kempen Do Good Deals 11street membawakan senyuman kepada pelanggan atas setiap ringgit tambahan yang
    dikeluarkan. 11street akan mendermakan wang tersebut untuk membantu kanak-kanak di Malaysia, ketika
    pelanggan membeli-belah keperluan Raya mulai 6 Jun hingga 5 Julai 2016






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve