Grab The Promo
Grab The Promo

Rong Seri Bangi Menawarkan Masakan Utara Thailand Yang Halal dan Tanpa MSG


Rong Seri Bangi Menawarkan Masakan Utara Thailand Yang Halal dan Tanpa MSG

Makanan Thailand adalah salah satu masakan yang paling unik di Asia Tenggara. Masakan Thailand dipengaruhi oleh beberapa budaya yang menjadikan masakan Thailand menjadi lebih unik. Makanan panas dan pedas merupakan salah satu ciri masakan Thailand kerana ianya menggunakan cili segar dalam setiap hidangan. Selain itu Ciri khas masakan Thai adalah  keseimbangan rasa manis, asin, masam, serta pedas yang cukup menyelerakan.

Walaupun semuanya disebut masakan Thai, namun sebenarnya di Thailand terdapat empat jenis masakan daerah yang berasal dari empat daerah utama iaitu Thailand Utara,Thailand Timur Laut (masakan Isan),Thailand Tengah, dan Thailand Selatan. Masing-masing masakan daerah mendapat pengaruh dari masakan Cina dan masakan negara-negara tetangga.



Rong Seri Bangi


Kepada anda yang sering ke Thailand pasti anda sudah merasakan keenakan masakan thailand tersebut. Buat anda yang merindui masakan Utara Thailand dan anda yang suka mencuba masakan dari negara jiran anda boleh cuba menikmati hidangan masakan utara Thailand di Restoran Rong Seri Bangi yang terletak di Kampung Sungai Ramal, Kajang. Ianya berdekatan Bandar baru Bangi.

Lokasi Restoran ini agak terpencil namun keindahan dekorasinya pasti membuat anda jatuh cinta akan tempat ini di tambah lagi jika anda mengunjungi restoran ini pada waktu malam. Cahaya yang cukup indah serta dekorasi unik serta di selangi dengan bunyi-bunyi cengkerik yang pasti membuatkan anda berasa di sebuah perkampungan yang indah.

Restoran Rong Seri Bangi mampu menampung 150 pax pelanggan dalam satu-satu masa, Rong Seri Bangi  akan memastikan setiap pelanggan merasakan keaslian masakan Thailand yang sesuai dengan citarasa Melayu. Selain dari menerima kunjungan pelanggan untuk menikmati hidangan makanan di sini, ROng Seri Bangi juga menawarkan perkhidmatan untuk majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan majlis-majlis lain yang bersesuaian.



Set Khan Tok
Set Khan Tok

Berfokuskan masakan Utara Thailand, Rong Seri Bangi juga  membuat kelainan dalam industri makanan di Malaysia dengan mempunyai lebih dari 100 menu a la carte dengan harga serendah RM5 dan di sini juga menawarkan set Khan Tok (ayam/daging/seafood) dari harga RM70.  Untuk Pengetahuan anda Restoran ROng Seri Bangi sangat berbeza dari restoran-restoran lain kerana pada Setiap masakan di Rongseri Bangi ini merupakan masakan bebas Monosodium Glutamate (MSG).

Dekorasi Indah di Rong Seri BAngi




 Dekorasi Indah di Rong Seri BAngi

 Dekorasi Indah di Rong Seri BAngi

 Dekorasi Indah di Rong Seri BAngi

 Dekorasi Indah di Rong Seri BAngi

 Dekorasi Indah di Rong Seri BAngi


Chef Yang Pakar Dalam Masakan Thailand


Selain dari keunikan makanan serta dekorasi di sini, bagi memastikan kualiti masakannya, Rong Seri Bangi juga mempunyai chef yang mempelajari bidang masakan Thailand, Chef Wan Mustafa Kamal.

Kebanyakan masakan di Rong Seri Bangi ini merupakan menu asal Chef Mustafa yang telah  memperolehi Master dalam seni kulinari di salah sebuah kolej kulinari terkemuka di Thailand.



Khan Tok 


Khan Tok merupakan dulang berkaki yang digunakan sebagai meja makan kecil oleh rakyat Lanna (utara Thailand) , Laos, dan dengan orang dari Isan (timur laut Thailand). Dulang Khan Tok ialah, meja pendek bulat dengan beberapa kaki yang diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai diameter kira-kira 35 sentimeter (14 in). Ia adalah setanding dengan dulang tradisional yang digunakan dalam masakan Burma.

Di Rong Seri Bangi, menawarkan anda hidangan masakan yang di hidangkan menggunakan Khan Tok bagi membawa tradisi Utara Thailand tersebut seterusnya bagi membuatkan anda berasa seolah-olah anda sedang menikmati masakan di Utara Thailand.

Terdapat 3 Pilihan Set Khan Tok iaitu  Ayam, Daging Dan Seafood yang mana harga bermula dari RM70 untuk set Khan Tok tersebut.


Makan Malam di Rong Seri Bangi


Baru-baru ini cik iena telah berkesempatan untuk menikmati hidangan unik di Rong Seri Bangi bersama rakan-rakan blogger yang lain. Cik iena dan rakan-rakan menikmati Set Khan Tok dan juga masakan Eksotik Siput Laut.



 Cik iena dan rakan-rakan menikmati makanan Eksotik Siput Laut.
 Cik iena dan rakan-rakan menikmati makanan Eksotik Siput Laut.

 Cik iena dan rakan-rakan menikmati makanan Eksotik Siput Laut.
hehe macam siput babi kan :D

cik iena bersama jasmeen
cik iena bersama jasmeen

Video Review Rong Seri Bangi





Set Khan Tok Rong Seri Bangi


Set Khan Tok Rong Seri Bangi
Set Khan Tok Rong Seri Bangi




salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi
salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi

salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi
salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi

salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi
salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi

salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi
salah satu menu dalam Set Khan Tok Rong Seri Bangi

Menu Menu Lain di Rong Seri Bangi


Berikut merupakan antara menu yang ada di ROng Seri Bangi. Ini hanya sebahagian sahaja. Terdapat banyak lagi menu menarik yang anda boleh cuba di sini.



tom yam chian mai
tom yam chiang mai antara yang paling cik iena gemari

tom yam chiang mai merupakan antara menu kesukaan cik iena di sini. Rase creamy yang cukup, tidak terlebih. Biasanya jika makan tomyam thai yang ada santan ianya terlalu pekat dan sangat creamy membuatkan kita rasa cepat kenyang dan loya berbeza dengan tomyam di sini. rasa creamy nya just nice. Tahap kepedasan tom yam ini pula pada cik iena pedas sebab cik iena memang tak makan pedas. Namun tahap kepedasan seseorang pasti akan berbeza. Sekiranya anda inginkan yang pedas mungkin anda boleh request.


Ikan siakap rong seri bangi
Ikan siakap rong seri bangi

Jika kebiasaannya di kedai-kedai Thai akan menawarkan menu siakap tiga rasa, berbeza di Rong Seri Bangi disini tiada menu siakap tiga rasa tetapi menu yang di tawarkan adalah lebih menarik dan sedap dari siakap tiga rasa yang biasa kita makan. Di sini anda boleh nikmati Ikan siakap rong seri bangi yang sememangnya sentiasa menjadi tempahan para pelanggan tetap di sini kerana keenakan rasanya di tambah dengan dekorasi makanan yang indah.




Sotong Telur Asin
Sotong Telur Asin

Kebiasaannya sotong akan di buat sotong goreng tepung di restoran-restoran lain tetapi berbeza di sini. Rong Seri Bangi menawarkan menu sotong yang cukup istimewa dan lazat. Cik iena sendiri telah mencuba dan sangat suka akan Sotong Telur Asin ini. Cik iena yakin anda juga akan suka dengan Sotong Telur Asin tatkala pertama kali anda menggigit cebisan Sotong Telur Asin ini :)



Butter Prawn
Butter Prawn

Butter Prawn dis ini tidak kurang hebatnya. Rasa butter yang cukup rasa di tambah dengan kriuk kriuk rangup butter serta telur yang enak di tambah rempah-rempah yang membangkitkan lagi rasa.


Selain dari menu sampingan diatas dan  Set Khan Tok, Di Rong Seri Bangi juga menawarkan makanan Eksotik iaitu Siput Laut

Makanan Eksotik Siput Laut di Rong Seri BAngi

Makanan Eksotik sememangnya unik dan susah untuk mendapatkan menu makanan eksotik , namun di ROng Seri BAngi terdapat masakan Eksotik seperti siput laut. Jika di lihat dengan mata kasar fizikalnya persis siput babi. Agak terkejut juga lah cik iena ketika mencuba menu ini. Walaupun rasa takut itu ada tapi cik iena tetap cuba untuk rasa makanan eksotik tersebut.


Makanan Eksotik Siput Laut di Rong Seri BAngi
Makanan Eksotik Siput Laut di Rong Seri BAngi


Nasihat cik iena sila jangan bayangkan "Siput Babi" sebab kalau terbayang memang kita tak boleh nak makan. Apa yang cik iena boleh kata tentang rasa siput laut tersebut adalah rasanya seperti siput sedut dalam kuantiti yang banyak di makan atau di kunyah sekali.

Makanan Eksotik Siput Laut di Rong Seri BAngi


Susah untuk di gambarkan, ada lebih baik nya anda cuba sendiri menu eksotik ini.

VIDEO CARA MAKAN SIPUT LAUT








Seperti yang cik iena maklumkan diatas Rong Seri Bangi tidak menggunakan MSG dalam setiap masakannya . Cik iena rasa anda juga tahu bahawa MSG sangat tidak bagus untuk kesihatan, jom baca serba sedikit mengenai MSG untuk rujukan anda.

MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG)


Monosodium Glutamate (MSG)  merupakan perisa sintetik yang digunakan untuk melazatkan makanan yang di masak. Kebanyakan rakyat di Malaysia khususnya gemar mengamalkan MSG dalam masakan .

MSG boleh menaikkan berat badan


MSG boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan  ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG.

Kesan-kesan MSG


  • Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

  • Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.

  • MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

  • Kesan pengambilan MSG  ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin.  Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.

SUMBER : MONOSODIUM GLUTAMATE (MSG)



Haaa kesimpulannya restoran ini sangat bagus untuk kita kunjungi kerana masakan nya tidak menggunakan MSG yang tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kita.


Waktu Beroperasi Rong Seri Bangi


Buka - 12.00 Tengah Hari
Tutup - 11.00 Malam


Untuk maklumat lanjut mengenai Rong Seri Bangi, sila layari

Facebook Rasmi Rong Seri Bangi :
facebook.com/RongSeriBangi/
Instagram Rasmi Rong Seri Bangi :
instagram.com/rong_seri/
No. Telefon Rong Seri Bangi :
013-755 1777
Alamat Restoren Rong Seri Bangi :
Rong Seri @ Bangi
Lot 70792, Jalan Abim,
Kg Sg Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor
Google Maps Link : Restoran Rong Seri Bangi






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Buffet Ramadhan | Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Menjelangnya ramadhan pasti sudah ada yang mengatur langkah membuat tempahan buffet ramadahn di restoran pilihan untuk di nikmati semasa berbuka puaasa bersama seisi keluarga setelah menunaikan ibadah puasa nanti. Tidak kurang juga dengan cik iena. Awal lagi cik iena dah mula survey tempat berbuka puasa istimewa untuk keluarga.


Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Sekurang-kurang nya sekali dua bawalah seisi keluarga berbuka di tempat Istimewa bagi mengeratkanlagi sillaturrahim serta bagi menimbulkan rasa seronok kepada anak-anak khususnya . Tidak lupa juga kawan-kawan sahabat lama, semasa bulan ramadhan ini jugalah akan ada iftar yang mengumpulkan rakan-rakan la seperti mini reunion.


Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Jadi di sini cik iena ingin mencadangkan kepada anda semua salah satu tempat yang boleh di masukkan dalam senarai berbuka puasa anda dimana cik iena sendiri telah mencuba masakan di sini iaitu  Big Apple Restaurant  yang terletak di tingkat 14 Berjaya Times Square Hotel.

Bazaar Ramadhan Buffet Bertemakan Buffet Hari Raya.


Ramadhan Tahun ini Para Chef di Berjaya Times Square Hotel telah menyediakan hidangan buffet yang mewah dengan lebih daripada 200 variasi masakan tempatan asli serta termasuk juga juadah hidangan ketika Hari Raya, sesuai dengan tema tahun ini  iaitu Bazaar Ramadhan Buffet Bertemakan Buffet Hari Raya.



Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel
cik iena bergambar bersama chef-chef hebat yang menyediakan hidangan masakan di sini



The Big Apple Restaurant berubah wajah menjadi bazaar yang menampilkan gerai-gerai bazaar Ramadhan Klasik yang pasti akan mengingatkan kita tentang Bazaar Ramadhan yang ada sepanjang bulan Ramadhan.

Selain dari gerai-gerai khas yang cukup meriah, pihak Berjaya Times Square Hotel juga, special menyediakan Kedah Clayport Kari Kepala Ikan, yang disediakan oleh Sous Chef Hotel iaitu Chef Yusoff dengan penuh kasih sayang, menggunakan resepi dari neneknya dengan rempah ratus yang segar dan beraroma.


Antara gerai lain yang ada termasuklah :

  •     Shawarma Chicken / Beef
  •     Jemput-jemput Stall
  •     Nyonya Popiah Basah
  •     Durian Delight Stall
  •     Asia Ice Kacang / Ice Cream
  •     Malaysia Pizza

Selain gerai-gerai yang ada, terdapat juga hidangan nasi bersama ulam-ulaman, kerabu, salad, bubur lambuk, seafood yang segar dan lauk pauk Melayu di sediakan di satu bahagian lain.


Okay cik iena kongsikan sebahagian gambar makanan serta video yang sempat cik iena ambil ya. Maaf gambar makanan banyak telah di videokan. Jadi jangan lupa tonton video sampai habis ya :)






Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel




Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel


Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Bazaar Ramadhan Buffet @ Big Apple Restaurant Berjaya Times Square Hotel

Menarikkan, menu-menu yang ada beserta suasana di sini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di sini :)


Buffet Ramadhan 2017 The Big Apple Berjaya Times Square Hotel akan bermula pada 27 – 29 Mei 2017 dari 7.30 –  10.30pm.

Early Bird Voucher Now!


RM100nett (per adult), RM50nett (per child)

29 May 2017 – 4 June 2017 & 19 June 2017 -22 June 2017
MYR128.00 nett per adult | MYR58.00 nett per child

5 June 2017 – 18 June 2017
MYR138.00 nett per adult | MYR68.00 per child

Tempahan Private Ramadhan Buffet, harga adalah sebanyak :

RM118.00 net per person ( garanti minimum 10 tables)
* Untuk setiap 10 table akan diberi 1 table percuma.

Turut tersedia Ramadhan Meeting Package
RM148.00 nett per person ( full day meeting)
RM158.00 nett per person (half day meeting)



Untuk maklumat lanjut sila layari :


www.berjayahotel.com
www.facebook.com/bthkl
www.instagram/bthkl

atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi
talian : 03 21178000 | 03 - 2117 8141




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS | 28 September - 1 Oktober 2017


Buat rakyat Malaysia yang menggemari bidang pertanian serta penternakan mahupun buat anda yang gemar bercucuk tanam secara kecilan anda pasti akan ternanti-nanti Event seperti Maha dan Hari Peladang, penternak dan Nelayan.
Pada tahun lepas iaitu 2016,  Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan atau lebih dikenali dengan MAHA 2016  di laporkan menerima kunjungan mencecah empat juta orang walaupun sasaran awal hanya tiga juta kunjungan umum. Kepada anda yang pernah menghadiri pameran ini pastinya anda akan ternanti-nanti lagi pameran seperti ini diadakan.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ketika pelancaran #HPPNK2017 2 Mei yang lalu.


Buat anda yang menggemari pameran seperti ini, pada 28 September sehingga 1 Oktober 2017 ini akan diadakan Sambutan hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017. Anda amat dialu-alukan untuk mengunjugi pameran ini beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017



Objektif HPPNK adalah untuk memupuk semangat dan memperbaharui azam para peladang, penternak dan nelayan untuk berusaha dengan lebih giat lagi dalam meningkatkan kualiti dan pengeluaran hasil-hasil dalam sektor pertanian.

Sambutan HPPNK juga adalah untuk mempamerkan serta mempromosikan teknologi terkini bagi tujuan ke arah transformasi dan pemodenan sektor pertanian.

Disamping itu HPPNK juga menjadi tempat untuk bertukar pendapat dan pengalaman serta memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada mereka yang terlibat dan juga berminat dalam sektor pertanian.


HPPNK 2017 SASAR SETENGAH JUTA PENGUNJUNG


Serdang, 2 Mei 2017 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mensasarkan setengah juta pengunjung yang akan berkunjung ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2017.




Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS
Gimik pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017


Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menariknya sambutan HPPNK 2017 buat pertama kalinya akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang. Dalam perkara ini, Kementerian yakin sasaran pengunjung ke HPPNK 2017 akan dapat dicapai memandangkan sambutan ini diadakan di MAEPS Serdang serta dengan kemudahan serta pengisian program yang akan menarik minat pengunjung.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata, HPPNK juga akan terus mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah yang dipertandingkan. Melalui HPPNK jugalah Kementerian akan terus memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang telah menghasilkan produk dan inovasi pertanian dalam membantu menjamin keselamatan dan kedaulatan makanan negara. 

“Kali ini Kementerian akan menampilkan kelainan dengan pengisian program yang dapat menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian. Selaras dengan hasrat kerajaan ke arah Transformasi Nasional 2050, kita juga mensasarkan penglibatan belia dalam bidang pertanian terus dipertingkat menjelang 2050”, kataya lagi.






Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS
Beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada #HPPNK2017, termasuk AirAsia, CIMB Malaysia, RHB Group, Agrobank, Oblong Burger.


Bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, HPPNK memberi peluang kepada Kementerian untuk terus menghargai golongan ini dalam usaha memastikan sumber makanan kita terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui HPPNK, peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani akan terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan. Oleh itu, satu anugerah khas akan disampaikan semasa Majlis Perasmian nanti.


HPPNK memperkenalkan Malaysia Food Festival (MyFF)


Dalam HPPNK kali ini juga, mereka turut memperkenalkan Malaysia Food Festival (MyFF). MyFF 2017 merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS


 Melalui MyFF ini, para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to-Fork).


“Orang ramai bakal berpeluang menikmati sajian makanan dari seluruh negara apabila berkunjung ke HPPNK 2017 yang akan berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober nanti.

MyFF 2017 menerapkan Farms, foods, drinks and experience yang merupakan elemen penting kepada perjalanan industri makanan di Malaysia dengan berinspirasikan elemen berikut :-



  •    Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  •    Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  •    Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  •    Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  •    Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.
  •   Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS
Antara produk yang anda boleh lihat di Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.

Kementerian juga optimis bahawa HPPNK 2017 dan MyFF 2017 dijangka dapat menyediakan pelbagai ruang untuk perniagaan, pelaburan, kerjasama dan di samping memberikan platform yang ideal melancarkan produk dan perkhidmatan baru serta inovatif di samping membina perkongsian strategik bagi meningkatkan daya saing pasaran.

Kementerian juga amat mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini.


Tease video pengenalan #HPPNK2017 di Facebook: HPPNK 2017 – Our Food Our Future.










Jadi kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ini untuk menghadiri Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 Di MAEPS Serdang.


Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai HPPNK2017 , sila layari ;

Facebook Rasmi HPPNK2017


Instagram Rasmi HPPNK2017


Twitter Rasmi HPPNK2017









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve