Grab The Promo
Grab The Promo

The Everly Putrajaya Hotel | Junior Suite Review

Mencari penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan sememangnya antara aspek penting yang perlu diutamakan ketika hendak bercuti terutamanya bersama keluarga tercinta. DIsini Cik iena ingin kongsikan pengalaman Cik iena menginap di The Everly Putrajaya pada tanggal 6 Oktober 2019.

Review The Everly Putrajaya Hotel


Junior Suite The Everly Putrajaya Hotel


Percutian singkat kami sekeluarga kali ini, kami memilih bilik Junior Suite di The Everly Putrajaya yang mana ianya boleh memuatkan 2 dewasa. Tapi masa percutian ni Cik iena bersama ibu dan juga adek perempuan dan lelaki. Menjadikan jumlah dewasa 3 orang dan kanak-kanak seorang.

Review The Everly Putrajaya Hotel


Cik iena pilih bilik ni kerana biliknya agak besar dan mampu menampung kami 4 beranak. Dimana pada masa ini kami request 1 extra bed. Masa ni Deqnor tidur dekat extra bed. Katil dalam bilik ini pula bersaiz king jadi ianya boleh memuatkan 2 dewasa dan satu kanak-kanak.

Terdapat ruangan solek, ruangan berehat dan terdapat juga shower, heater serta bath tab. Keadaan tandas yang besar serta sangat selasa dan bersih.



Review The Everly Putrajaya Hotel

 Cik iena kongsikakn sedikit gambar di bilik hotel serta di kawasan persekitaran hotel termasuk swiming pool dan cafe. Cik iena juga kongsikan vlog semasa Cik iena berada di  Junior Suite The Everly Putrajaya Hotel  untuk perkongsian bersama anda. Semoga ianya dapat membantu dalam memberi panduan buat anda memilih lokasi penginapan tempat percutian anda.

Review The Everly Putrajaya Hotel


Review The Everly Putrajaya Hotel


Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel


Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel


Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel



Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel


VLOG THE EVERLY PUTRAJAYA REVIEW




Room Rate The Everly Putrajaya Hotel


Junior Suite - RM 475 PER NIGHT.  ( WITHOUT BRREAKFAST)
Government Rate- RM 365 ( WITHOUT BRREAKFAST)


Buffet Sarapan pagi di The Everly Putrajaya Hotel


Sekiranya anda menempah bilik hotel disini anda akan dapat 2 pax Buffet Sarapan pagi untuk dewasa. Jika ada tambahan pax. RM40 per pax dikenakan. Menu Sarapan pagi di sini sangat pelbagai. Berbaloi untuk harga RM40 per pax. Ruang makan juga sangat besar dan selesa.



Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel


Swimming Pool di The Everly Putrajaya Hotel


Suasana di swimming pool pada siang hari dan malam kedua-duanya cantik. Swimming pool yang bersih dan selesa. TErdapat pool untuk kanak-kanak juga disediakan. Sebelum Cik iena Check out dan selepas sarapan , Adik Lelaki Cik iena dan isteri serta anaknya datang melawat kami. Jadi kami berehat di dalam bilik dan juga mandi di swiming pool bersama.

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel

Review The Everly Putrajaya Hotel


Memandangkan bilik Junior suite ni luas memang selesa kami sekeluarga berkumpul seketika berborak sesama adik beradik. Adik Cik iena datang melawat sebab rumah dia berdekatan hotel. Alang-alang datang sekali bawa mandi pool, mana tau nanti boleh Honey Moon sekali lagi dekat sini ke kan :)



Selain swimming pool terdapat keudahan lain seperti Gym dan sewa basikal.



Review Junior Suite The Everly Putrajaya Hotel 


Secara keseluruhannya review mengenai Junior Suite The Everly Putrajaya Hotel 10/10  Kerana Cik iena sangat puas hati dengan kondisi bilik, kemudahan-kemudahan lain dan juga layanan pekerja disini. Selain daripada itu makanan buffet sarapan pagi juga mempunyai banyak pilihan . Terdapat pelbagai jenis pilihan masakan yang anda boleh lihat dalam vlog cik iena.


Review The Everly Putrajaya Hotel


Rating The Everly Putrajaya Hotel

10/10










Set Hidangan Tahun Baru Cina 2020 Di Armada Hotel Petaling Jaya


 Tahun Baru Cina menjelang tiba, sudah pasti banyak Hotel mahupun restoran menawarkan pelbagai set makanan Tahun Baru Cina bagi meraikan Tahun Baru Cina 2020 yang bakal menjelma.





Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya


Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya



Seperti kebiasaan,  tahun demi tahun Armada Hotel Petaling Jaya tidak pernah mengecewakan dengan hidangan sempena Tahun Baru Cina. Pada kali ini Chef Chew dan pasukannya dari Utara Hotel Armada PJ menawarkan Golden Reunion Dinner yang mana mereka menyediakan pelbagai hidangan mewah masakan Cina tradisional merentasi bufet mereka untuk hidangan Tahun Baru Cina 2020.

Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya


GOLDEN REUNION BUFFET DINNER @ UTARA, HOTEL ARMADA PETALING JAYA


Promosi bufet ini bermula dari 17 Januari hingga 23 Januari 2020, barisan juadah mengemukakan  pelbagai hidangan simbolis kemakmuran, nasib baik dan kelimpahan yang juga termasuk masakan tempatan, Barat, Jepun dan India. Steamed Seabass with Black Fungus in Soy
Sauce, Stir Fried Mixed Vegetables with Lotus Root, Chinese Herbal Chicken Kee Chee,
Fried Kam Heong Mussels , Sang Har Noodles dan banyak lagi menu sampingan.


Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya


Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya
Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya



Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya



Untuk pengetahuan, buffet makan malam reunion Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya  ini berharga RM80 + untuk seorang dewasa, RM60 + untuk seorang warga emas dan RM40 + untuk setiap kanak-kanak.


Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

Tidak sah sambutan tahun  baru cina jika tiada Yee Sang dan Loh Hei untuk meningkatkan nasib dan kemakmuran. Kali ini   Armada Hotel Petaling Jaya menawarkan pilihan Yee Sang yang menarik  seperti Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian) pada harga RM78 + satu bahagian dan King Salmon Yee Sang pada harga RM88 + satu bahagian. Harga masih sama seperti tahun sebelumya.


Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya



Satu lagi keistimewaan hidangan di Armada Hotel Petaling Jaya yang tidak boleh dilepaskan ialah Pot Kebaikan yang dipelihara kebaikan yang juga dikenali sebagai 'Poon Choy'. Rasa dan wangi yang mendalam, Treasure Pot tersedia untuk memesan secara dalaman dan sebagai pengambilan di RM488 +. Kedua-dua Yee Sang dan Pot Treasure boleh dipesan dari 1 Januari hingga 9 Februari 2020.



Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya



Untuk tetamu yang ingin menikmati menu set eksklusif, Chef Chew dan pasukannya telah menyediakan  set menu  Kemakmuran  (minimum 10 pax). Ianya sangat  sesuai untuk keluarga, rakan atau syarikat .



Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya

Set Kesihatan, Kekayaan, dan Kebaikan menanti anda apabila anda makan dengan semua set ini :

  • The Pearl Prestige Set Menu priced at RM1188+
  • The Everlasting Future Set Menu priced at RM1288+
  • The Splendour Treasures Set Menu priced at RM1388+

Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya



Untuk pengetahuan kesemua menu makan malam set Chinese New Year di atas boleh dipesan bermula dari 1 Januari sehingga 9 Februari 2020.



Set Hidangan Tahun Baru Cina Di Armada Hotel Petaling Jaya




VLOG FOOD REVIEW DI UTARA ARMADA HOTEL PJ SEMPENA TAHUN BARU CINA


 

Untuk Tempahan dan pertanyaan Sila hubungi :

Tel : +603 7954 6888 ext 4557
Email : armada@armada.com.my















HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung

HSA Trading Capital Bhd. merupakan pengeluar dan pemborong produk muslim serta pengeluar produk makanan berjenama Sherwanis yang mana Syarikat ini akan membuka pasar raya mini sulung mereka di Ampang pada bulan depan iaitu Januari 2020.

HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung
Pengasasn HSA Trading Capital Bhd dan juga Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Muhamad Ridwan Safrizal ketika ditemubual di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur


HSA membawa maksud Hidayah Seluruh Alam . Nama ini dipilih oleh pengasas untuk membawa jenamanya mendekati para pengguna di Malaysia khususnya.

Menurut Pengasas syarikat, Datuk Muhamad Riduwan Safrizal , pasar raya yang bakal dibuka itu diberi nama sebagai HSA Cheaper Mart . Pasaraya ini  akan mula beroperasi di Ukay Perdana. Beliau berkata, pasar raya itu merupakan penjenamaan semula Sherwanis Mart yang sebelum ini memiliki 10 rangkaian di selatan tanah air.


HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung
Pengasasn HSA Trading Capital Bhd dan juga Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Muhamad Ridwan Safrizal ketika ditemubual di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur





HSA Cheaper Mart Bakal Dibuka di Ukay Perdana  pada 5 Januari 2020



HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung




Untuk pengetahuan, HSA Cheaper Mart akan dibuka pada 5 Januari 2020 dan ketika ini kerja-kerja operasi berada pada peringkat akhir untuk memuatkan premis ini dengan pelbagai barangan keluaran muslim dan menaikkan papan tanda perniagaan.

Harapan  Pengasas HSA Cheaper Mart, dengan pembukaan sulung ini hasil penjenamaan daripada Sherwanis Mart, syarikat sudah bersedia mengorak langkah untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kepada masyarakat.

HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung
Pengasasn HSA Trading Capital Bhd dan juga Pengasas Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Datuk Muhamad Ridwan Safrizal ketika ditemubual di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur



Menurut Datuk Muhamad Riduwan lagi,

 Pembukaan premis itu menelan kos melibatkan kira-kira RM80,000 itu sebagi platform terbaik buat syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.Jelas beliau, pengusaha PKS dan syarikat baharu boleh merebut peluang itu untuk mempromosi dan menawarkan produk buatan sendiri kepada penggunaan.


HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung


HSA Cheaper Mart masih mengekalkan konsep sama seperti pasar raya mini yang berjenama popular di seluruh negara namun mereka memiliki strategi yang tersendiri. Tarikan utama kepada penggunaan adalah harga yang ditawarkan lebih rendah daripada jenama lain serta ianya menempatkan pelbagai produk buatan usahawan Muslim di bawah satu bumbung.

HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung


Setiap pasar raya mini akan menawarkan kira-kira 10,000 pelbagai jenis barangan dan 60 peratus HSA Cheaper Mart juga akan menawarkan pelbagai produk Sherwanis yang terkenal dengan rempah kari, kicap, jus minuman yang telah berada di pasaran sejak tahun 2007 di lebih 7,000 kedai pelbagai saiz di seluruh negara khususnya di bahagian Tengah serta Selatan seperti Melaka


HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung


Selaras dengan permintaan pelanggan sedia ada, HSA Cheaper Mart merancang untuk memperluaskan pasarannya secara berperingkat sehingga 200 cawangan di seluruh negara.
Bagi mencapai sasaran itu , syarikat akan mengadakan promosi bergerak dan taklimat perniagaan di Johor, Melaka dan Selangor dalam masa terdekat untuk memberi penerangan mengenai perancangan masa depan jenama pasar raya mini tersebut.

Datuk Muhamad Riduwan  juga turut menyusun strategi buat para usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan masing-masing di bawah payung HSA Cheapest Mart. Menurut beliau

“Saya percaya kepada konsep berkongsi rezeki dengan membantu usahawan bumiputera untuk terus berjaya selain membimbing mereka meningkatkan daya saing selain mencari peluang untuk mendapatkan dana pembiayaan pengembangan perniagaan,” ujarnya.

Sementara itu, kepada usahawan yang berminat memasarkan produk mereka di bawah rangkaian HSA Trading Capital Bhd. termasuk di 7,000 kedai runcit, boleh menghubungi talian 0194008966/0139272499 (Pentadbiran) – MalaysiaGazette


Salasilah HSA Trading Capital Bhd



Semasa sesi interview Pemilik HSA Cheaper Mart iaitu Datuk Muhamad Riduwan Safrizal, beliau berkongsi cerita mengenai jatuh bangun beliau didalam dunia perniagaan ini. Pengalaman jatuh bangunnya sebanyak empat kali sehingga pernah membawa diri tinggal di dalam kereta di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru merupakan kisah mengenai kehidupan beliau.

Beliau yang merupakan pengasas jenama produk Sherwanis dan Pengerusi HSA Trading Capital Bhd terpaksa membawa diri ke JB dari Melaka, pusat operasi perniagaannya sebelum ini dengan menjadikan kereta sebagai ‘rumah tumpangan’ selama sebulan selepas mengalami kerugiaan jutaan ringgit dalam perniagaan gara-gara ditipu rakan niaganya.

Gara-gara kesempitan wang dan kelangsungan hidup, beliau yang ditemani isterinya,Datin Nurul Aiza, menjadikan rumah Allah sebagai motivasi untuk beliau bermuhasabah diri selain ditemukan dengan seorang sahabat yang memberi galakan dan motivasi untuk berniaga semula.

“Saya kembali ke Melaka, mencagarkan kereta sedia ada untuk mendapatkan modal semula bagi memproses rempah ratus hasil daripada formulasi sendiri yang sebelum ini berjaya menaikkan jenamanya di pasaran Tengah dan Selatan Malaysia.
“Perniagaan kembali berjalan secara berperingkat-peringkat dan saya berjaya membangunkan empayar bisnes yang punah sebelum ini dengan mengaut keuntungan yang baik,” jelasnya ketika ditemui pada sesi temubual di sini baru-baru ini.
Beliau sebelum ini membangunkan perniagaannya menjual produk rempah ratus di negeri Melaka dengan memiliki rangkaiannya tersendiri selain kilang prosesan produk. Sebahagan daripada produk rempah yang popular di jual di lebih 7,000 rangkaian peruncitan di pasaran


HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung


Namun, setiap usahawan yang berjaya, pastinya tetap diuji tuhan untuk menjadikan mereka lebih matang dalam menghadapi cabaran getir dalam dunia perniagaan.

“Dalam perniagaan lalu, saya pernah memakai kereta mewah Ferrari, memiliki aset jutaan ringgit dan sebanyak empat kali juga saya di uji jatuh, namun saya berkeyakinan terhadap kekuatan Solat Dhuha, Surah Al-Waqiah dan Ayat seribu dinar mampu membantu menyelesaikan masalah.
“Ajaibnya doa dan bersedekah walaupun hanya RM1 sehari, menjadi antara kunci kejayaan saya untuk kembali bangkit daripada kesusahan lalu,” jelasnya.

Bina Pusat Tahfiz di Taman Melawati



Menariknya lagi mengenai pemilik HSA Trading Capital ini bagi merealisasikan hajatnya untuk terus melakukan amal jariah, Datuk Muhamad Riduwan telah melabur sebanyak RM2.8 juta untuk membeli sebuah banglo di Taman Melawati untuk dijadikan pusat tahfiz dan pusat pembelajaran agama secara percuma kepada orang ramai.

TERKINI : Buka Akademi Tahfiz Percuma “Usahawan Beli Banglo RM2.8 Juta”


HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung
Antara juadah yang dihidangkan yang menggunakan rempah ratus keluaran HSA semasa sesi temubual bersama media di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur


Rakan media turut dibawa melawat banglonya itu selain bekesempatan solat berjemaah dan menikmati hidangan makan tengahari yang dimasak oleh isterinya menggunakan rempah ratus keluaran syarikat.


HSA Cheaper Mart Tawar Aneka Produk Usahawan Muslim Bawah satu Bumbung
Bergambar bersama rakan blogger semasa sesi temubual di Akademi Huffaz International Islamic Assyakirin, Taman Melawati, Kuala Lumpur


Peluang perniagaan dibuka kepada umum



Kepada Usahawan-usahawan diluar sana yang berminat memasarkan produk di bawah rangkaian HSA dan di 7,000 outlet runcit di seluruh negara, anda boleh menghubungi di talian 019-400 8966 atau 013- 927 2499.







Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve