Grab The Promo

Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals

Marrybrown merupakan antara Restoran makanan segera yang mendapat tempat dihati Masyarakat Malaysia. Dengan kepelbagaian menu menu baru yang ditawarkan membuatkan restoran ini amat digemari rakyat Malaysia. Marrybrown sentiasa mengeluarkan menu-menu baru untuk memenuhi citarasa berjuta rakyat Malaysia .

 


Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals

 

Baru-baru ini Marrybrown telah mengeluarkan menu baru iaitu Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals . Hidangan baru ini dipasarkan bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020. Tawaran terbaharu Marrybrown ini dipenuhi dengan keseimbangan dan gabungan kelazatan rasa manis dan smoky yang sempurna dengan sajian charcoal burger dan drumettes yang empuk.


 
Kini anda boleh menikmati hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown dengan tiga kombo berbeza.Menu baharu ini disediakan dengan pilihan S.O.S BBQ Burger combo meal atau S.O.S BBQ Drumette combo meal dimana kedua-dua pilihan ini dihidangkan besama Potato Wedges dan Onion Rings yang rangup. 

 

Untuk peminat yang inginkan pengalaman keseluruhan, kombo ketiga adalah pilihan terbaik! S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi S.O.S BBQ Burger, S.O.S BBQ Drumette, MB Crispy Chicken yang disukai ramai, dan Potato Wedges.

 


Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals

Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals  



Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals

Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals
Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Dato’ Joshua Liew

"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat,”


“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”


“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi citarasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,”

Harga yang ditawarkan untuk S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini  bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola. 

Untuk pengetahuan anda lagi, Marrybrown kini mempunyai jutaan penggemar melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

 

Jadi jom sama-sama kita cuba keenakan S.O.S BBQ Meals yang terbaharu dari Marrybrown ini.




Untuk maklumat lanjut layari :

Website : https://marrybrown.com/
Facebook : https://web.facebook.com/MarrybrownMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/

ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak

Menikmati hidangan makan malam diruangan rooftop pasti membuatkan anda berasa teruja dengan kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa dan suasana yang menenangkan ditambah dengan dekorasi indah yang pasti menimbulkan mood ceria anda.

 

 

ATSKY Kota Damansara

ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak

 


 

ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak



ATSKY Kota Damansara merupakan tempat makan eksklusif seperti makanan 5 bintang yang menawarkan harga berpatutan serendah harga kedai mamak. Dengan rekaan suasana yang pelbagai gabungan ruang berhawa dingin, ruang terbuka & juga ruang majlis keraian, ATSKY sangat sesuai di kunjungi pelbagai lapisan masyarakat samaada untuk bersantai, makan bersama keluarga mahupun untuk  menyambut majlis  keraian termasuk majlis hari jadi hingga majlis keraian besar seperti kenduri kahwin.


Ruang tertutup ATSKY Kota Damansara
Ruang tertutup ATSKY Kota Damansara

Ruang tertutup ATSKY Kota Damansara


Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara



Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara





Menariknya  ATSKY  lagi, walaupun dengan rekaan tempat yang sangat eksklusif bertaraf 5 bintang serta chef - chef berpengalaman yang juga dari Hotel-hotel terkemuka. ATSKY menawarkan pelbagai menu dari makanan barat ke makanan tempatan pada harga yang sangat berpatutan sebanding 'kedai mamak', jadi pelanggan tidak perlu bimbang untuk berbelanja. Pelanggan boleh memilih aneka menu yang berada disini.

Menurut pengarah urusan ATSKY En. Ali Ikhwan berkata 

 

"kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan - rakan menegur harga yang di tawarkan adalah murah di bandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat di nikmati golongan berpendapatan tinggi".


Menu Signature ATSKY 'YOUYU' Beef Steak

Antara menu signature ATSKY adalah 'YOUYU Beef Steak' . Ianya sesuai dengan konsep mampu milik ATSKY. Rata-rata pelanggan yang telah merasai YOUYU Beef Steak di ATSKY mengakui ianya  memiliki rasa setanding daging Wagyu iaitu daging paling bernilai di dunia namun harga yang di tawarkan adalah 5 kali ganda lebih murah jika di bandingkan dengan daging Wagyu .

 

ATSKY 'YOUYU' Beef Steak

 

Harga bagi 150g YOUYU Beef cumalah RM49 manakala harga bagi 200g hanya RM65 dan 250g hanya RM79.

 

Persembahan Buskers dan Karaoke Percuma di ATSKY

Selain merasai pengalaman makanan eksklusif diatas langit, Terdapat juga persembahan buskers dan karaoke percuma di ATSKY. Memang  pengalaman yang indah sekiranya anda menikmati hidangan makan malam sambil di hiburkan oleh kumpulan buskers. tambah lagi alunan muzik yang dimainkan memang sesuai dengan lagu yang anda suka. Cik iena rasa seronok sangat menikmati makan malam disini sambil didendangkan lagu dari kumpulan buskers Cakial & Friends.


kumpulan buskers Cakial & Friends
kumpulan buskers Cakial & Friends

 

Bukan itu sahaja , rakan Cik iena juga berkesempatan berkaraoke kerana perkhidmatan karaoke disini adalah percuma. Perkhidmatan ini antara perkhidmatan yang paling banyak mendapat sambutan. Yang pastinya anda perlu datang awal dan letak nama awal-awal untuk nyanyi. Sekali pelanggan pegang microphone tu memang bersambung-sambung orang berkaraoke.


Ruang Karaoke ATSKY Kota Damansara
Ruang Karaoke ATSKY Kota Damansara

 

Sambutan Hari jadi di ATSKY Damansara.

Selain menikmati keenakam makanan disamping hiburan dari buskers anda juga boleh meraikan majlis ulang tahun disini. Anda boleh buat kejutan kepada yang diraikan. Pihak buskers akan menyanyikan lagu hari lahir istimewa untuk yang diraikan. Berikut Cik iena kongsikan video birthday surprise untuk Jasmeen oleh ayah dan ibunya Afzal dan zatie.

  

Sambutan Hari jadi di ATSKY Damansara.
Sambutan Hari jadi Meen di ATSKY Damansara.

Sambutan Hari jadi di ATSKY Damansara.
Bergambar bersama birthday girl



 Antara menu di ATSKY yang Cik iena dan rakan rakan cuba adalah seperti berikut.


Chicken Grilled| RM15.90
Grilled Chicken | RM15.90

Chicken Chop | RM15.90
Chicken Chop | RM15.90

Bluebery Vanilla| RM8.90
Bluebery Vanilla| RM8.90

Chicken Finger |  RM8.90
Chicken Finger |  RM8.90

Cheesy Fries | RM7.90
Cheesy Fries | RM7.90


Buttermilk Beef With Rice | RM12.90
Buttermilk Beef With Rice | RM12.90

Chicken Wing (Spicy) | RM12.90
Chicken Wing (Spicy) | RM12.90

Tenderloin Slice Steak | RM29.90
Tenderloin Slice Steak | RM29.90

Kung Pow Chicken With Rice | RM11.90
Kung Pow Chicken With Rice | RM11.90

 

Menarik kan ATSKY ni. Kalau anda teringin nak rasa pengalaman makan diatas langit secara eksklusif pada harga yang murah anda boleh cuba makan di ATSKy Kota damansara. Berikut Cik iena kongsikan lagi beberapa keping gambar semasa Cik iena makan malam di ATSKY Kota Damansara.

 

 

Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara

 

 

ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara

Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara

Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara

Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara
Ruang terbuka ATSKY Kota Damansara


ATSKY Kota Damansara | Tempat eksklusif makanan 5 bintang pada harga kedai mamak




Untuk pengetahuan ATSKY di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam semasa tempoh PKPP dan operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran di berikan.

Kepada anda yang berhajat untuk  mengunjugi ATSKY boleh ke Roof Garden, Tingkat 3A, Dataran Cascades, PJ. Bersebelahan dengan Giant Kota Damansara.

 

Untuk Maklumat Lanjut

Facebook : https://web.facebook.com/atskydamansara

Instagram : https://www.instagram.com/atskydamansara/

Whatsapp : 60132351682

 

 

 

Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu

Dengar sahaja nama Himalaya , Cik iena yakin ramai yang kenal akan Produk penjagaan kulit  berasaskan Herba yang sangat dipercayai oleh orang ramai kerana kehebatan kandungan 100% formula herba yang diekstrak secara semulajadi melalui bahan organik. Selama bertahun-tahun, jenama ini telah mengukir niche untuk dirinya sebagai perintis dalam produk penjagaan muka serta rambut.

 

 

Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu

Sebelum Cik iena kongsikan mengenai rangkaian produk Himalaya yang telah cik iena cuba, Cik iena kongsikan terlebih dahulu Khasiat Neem yang perlu anda tau.Mungkin ada yang tidak pernah dengar tentang herba yang dipanggil ‘neem’ ini sama seperti Cik iena. Dalam era serba moden ini, jarang untuk kita mengamalkan cara tradisional untuk menyeselaikan masalah kulit. Kebanyakannya menggunakan ubat-ubatan moden yang mana ada diantaranya juga yang mempunyai bahan kimia yang tidak bagus untuk kesihatan.

Cik iena yakin banyak pokok atau tumbuhan selain daripada ‘neem’ yang mungkin ada di antara kita tahu yang digunakan untuk tujuan perawatan wajah. Namun untuk 'neem' terdapat keistimewaan dan keberkesanannya dalam menawar pelbagai masalah kesihatan.

 

Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu

Pokok ‘neem’ atau dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘pokok semambu’ ini telah digunakan sejak berkurun lama di India dalam teknik perubatan Ayurveda. Kini, penggunaan pokok ‘neem’ semakin luas diperkatakan dan dipraktikkan di serata dunia, termasuk pelbagai produk kesihatan di Himalaya Healthcare Malaysia.

 


Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu
 

 

 10 KHASIAT ‘NEEM’ ANDA PERLU TAHU


1. MENGURANGKAN BERAT BADAN

Untuk cara yang lebih mudah dan selamat, ‘neem’ boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia berkesan dalam meningkatkan kadar metabolisma badan secara efektif dan membantu memecahkan sel-sel lemak di dalam badan.


2. MENJAGA TAHAP GULA DALAM DARAH

Untuk penghidapi penyakit diabetes atau kencing manis, anda boleh gunakan ‘neem’ sebagai salah satu alternatif perubatan kerana ia merupakan penawar semulajadi terbaik untuk mengawal penyakit diabetes. Daun ‘neem’ dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah dan meningkatkan sensitivity reseptor insulin di dalam badan. Daun-daun yang penuh khasiat ini juga dapat membantu untuk mengawal kadar gula di dalam darah serta mengurangkan kebergantungan anda kepada dadah dan ubat-ubatan yang kerap diambil sepanjang mengalami penyakit diabetes.


3. MEMBANTU MERAWAT KANSER

Terdapat sel protein asli di dalam daun ‘neem’ yang dipanggil sebagai ‘Neem Leaf Glycoprotein’ atau NLGP, ianya dikatakan mampu untuk menghalang pertumbuhan sel kanser di dalam badan. Selain daripada menghalang sel kanser secara lansung, NLGP juga mampu untuk mengawal sel imunisasi yang terdapat di sekitar sel kanser dan di dalam darah. Keadaan ini akan melambatkan pertumbuhan tumor dan seterusnya membantu dalam merawat pesakit kanser yang sedang menjalani sesi rawatan chemotheraphy.


4. MELEGAKAN JANGKITAN PADA LUKA

Kandungan ‘nimbidol’ dan ‘gedunin’ yang terkandung dalam pokok ‘neem’ bertindak sebagai anti-kulat dan mampu untuk membunuh kulat yang tumbuh pada kulit. Sebagai alternatif, amalan penggunaan daun ‘neem’ pada kulit juga dapat menyembuh dan mencegah jangkitan kulat pada badan anda.


5. MEMBUNUH KUTU DI KEPALA

Daun ‘neem’ sangat dikenali sebagai agen anti-bakteria dan anti-mikrob yang kuat. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa minyak yang dihasilkan daripada daun ‘neem’ boleh digunakan untuk membunuh dan mencegah kutu yang tumbuh di kepala.


6. BOLEH MENGHALAU NYAMUK

Selain menjadi penawar kepada pelbagai penyakit, ‘neem’ juga digunakan sejak turun-temurun untuk menghalau nyamuk. Menurut kajian yang pernah dijalankan, minyak daripada daun ‘neem’ juga bertindak sebagai agen ‘anti-protozoal’ yang memberi bau unik pada kulit anda, dan pada masa yang sama mencegah nyamuk daripada mendekati anda. Cara ini sebenarnya lebih berkesan dan mesra alam berbanding penggunaan aerosol atau asap.



7. MEMBANTU MERAWAT HEPATITIS
Oleh kerana sifat tidakbalas anti-virusnya yang kuat, daun ‘neem’ juga digunakan untuk membantu merawat pesakit hepatitis di seluruh dunia. Ia berfungsi menghapuskan toksin merbahaya dalam badan dan seterusnya mengurangkan kandungan toksik di dalam hati. Selain itu, dengan bertindak memperbaiki sistem imunisasi di dalam badan, pesakit hepatitis dapat mempercepatkan proses pemulihan mereka dengan lebih berkesan dan semulajadi.


8. MENCEGAH MASALAH MULUT, GIGI DAN GUSI
Di kebanyakan kawasan luar bandar khususnya di India, ranting pokok ‘neem’ masih lagi digunakan untuk memberus gigi dengan cara ‘bersugi’ seperti sunnah yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Sifat-sifat anti-mikrob dan anti-kulat neem memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit gusi, sakit gigi, nafas berbau, ulser mulut dan banyak lagi. Selain itu, ia juga dapat bertindak sebagai ubat semuladi untuk membuatkan gigi anda jadi putih.


9. MENCEGAH PENYAKIT ‘AMOEBASIS’

‘Amoebasis’ merupakan infeksi usus besar dan kadangkala boleh menyebabkan infeksi hati oleh kerana parasit yang dipanggil ‘Entamoeba histolytica’. Daun ‘neem’ bertindak sebagai ubat semulajadi yang sangat berkesan oleh kerana sifat antibiotiknya yang tinggi. Apabila digunakan di bahagian perut, daun ‘neem’ akan mengurangkan keradangan usus atau kekejangan berpanjangan yang seringkali dialami oleh pesakit yang menghidap ‘amoebasis’.

 

10. PENAWAR SEGALA MASALAH KULIT MUKA
Masalah kulit muka seperti jerawat, kedutan, pigmentasi, ‘blackhead’, kulit kering dan sebagainya, percaya atau tidak daun ‘neem’ merupakan penawar terbaik untuk anda menangani apa jua masalah kulit muka. Dengan sifat seperti anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus, daun ‘neem’ mampu untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit muka yang bermasalah. Selain mampu untuk mengurangkan parut jerawat pada muka, daun ‘neem’ juga bertindak sebagai pelembap semulajadi dan ‘toner’ kulit yang efektif.

 

 


Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu


Bercakap mengenai penawar segala masalah kulit muka disini Cik iena ingin kongsikan antara rangkaian produk dari Himalaya Healthcare Malaysia yang dikatakan dapat menjadi penawar kepada segala masalah kulit terutamanya untuk anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat iaitu Himalaya Neem. Berikut Cik iena kongsikan antara produk Himalaya Neem yang cik iena telah cuba.


  1. Himalaya Purifying Neem Face Wash
  2. Himalaya Herbals Neem Face Pack
  3. ourishing Skin Cream
  4. Lip Balm
  5. Acne-n-Pimple Cream
  6. Skin Wellness 

 Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem

Kulit Cantik Tanpa Jerawat Dengan Himalaya Neem | 10 Khasiat Neem Yang Perlu Anda Tahu

 

Himalaya Purifying Neem Face Wash

Pencuci muka berformula herba ringan ini membersih kulit secara mendalam dan mengeluarkan kotoran serta minyak yang berlebihan. Tidak seperti kebiasaan sabun pencuci muka, face wash bersifat foam ini terasa ringan di wajah dan menghindar kulit dari menjadi rapuh.


Himalaya Purifying Neem Face Wash



Ianya diformulasi dari bahan antibakteria dan serbuk kunyit berfungsi menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Untuk pengetahuan pencuci muka ini sesuai buat anda yang mempunyai kulit berminyak. Ianya bebas paraben, SLES, sulfat dan sabun
Pencuci wajah ini mampu melambatkan pertumbuhan jerawat .Gunakan pencuci muka ini secara konsisten untuk kulit bebas minyak.

 


Himalaya Purifying Neem Face Wash

 

Cara Pengunaan Himalaya Purifying Neem Face Wash

Lembapkan wajah, sapukan sebilangan kecil Purifying Neem Face Wash dan lembutkan pembasuhan dengan menggunakan gerakan bulat.Basuh dan keringkan. Gunakan dua kali sehari.

 

Review Himalaya Purifying Neem Face Wash

Cik iena suka gunakan  Himalaya Purifying Neem Face Wash ini kerana ianya tidak mengandungi paraben, SLES, sulfat dan sabun. Tekstur pencuci wajah berupa gel ini juga amat mudah untuk diaplikasikan. Selepas mencuci wajah, wajah terasa segar , bersih dan tegang. Harumannya juga amat menenangkan.


Rating Himalaya Purifying Neem Face Wash

10/10


Beli Himalaya Purifying Neem Face Wash Secara Online di  

Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons| Royale Pharma



Himalaya Herbals Neem Face Pack

 

Herbals Neem Face Pack ini mampu mencegah jerawat dan noda pada wajah. Ianya berfungsi  mengangkat segala kotoran pada wajah seterusnya mampu mengelakkann wajah dari terkena  pencemaran kulit. Herbals Neem Face Pack ini  menyatukan kebaikan Neem, Fuller's Earth dan Turmeric, yang bekerja sama untuk mengatur rembesan minyak berlebihan, membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mencegah timbulnya jerawat.


Himalaya Herbals Neem Face Pack

 


Cara Penggunaan Himalaya Herbals Neem Face Pack


Himalaya Herbals Neem Face Pack

 

Sapukan Purifying Neem Pack secara merata di wajah dan leher yang telah dibersihkan, elakkan dari terkena kawasan di sekitar mata dan mulut. Biarkan topeng kering selama 10-15 minit, dan basuh  menggunakan span atau tuala basah. Bilas dengan air sejuk. Untuk hasil yang optimum, gunakan seminggu sekali. Himalaya Herbals Neem Face Pack ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat.

Review Himalaya Herbals Neem Face Pack

Himalaya Herbals Neem Face Pack merupakan antara face mask yang Cik iena gemar pakai terutamanya sekiranya ketika wajah Cik iena ada jerawat. Selepas cuci wajah rasa bersih dan tegang.Terasa kulit wajah sagat bebas dari minyak.Sekiranya Cik iena ada jerawat Cik iena akan pakai pada jerawat juga setiap hari untuk keringkan jerawat tersebut dengan cepat disamping menggunakan Himalaya Acne-n-Pimple Cream. Tapi jangan pakai seluruh muka tau. Seluruh muka cik iena pakai seminggu sekali tapi jika ada jerawat cik iena letak dibahagian jerawat sahaja untuk tarik kekotoran dan minyak supaya jerawat lebih cepat mengecut.

Apa yang kurang menyenangkan cuma haruman dia. Biasalah bau herba kan. Bau herbanya agak kuat berbanding produk yang lain namun hasilnya sangat bagus. Tapu tak semua orang tak suka baunya. Ada juga review yang Cik iena baca yang suka haruman herba nya. Cik iena cuma kongsikan review dari cik iena sahaja.


Rating Himalaya Herbals Neem Face Pack

9/10

Beli Himalaya Herbals Neem Face Pack  Secara Online di  

Himalaya Nourishing Skin Cream


Himalaya Nourishing Skin Cream
 


Himalaya Nourishing Skin Cream  adalah krim penggunaan harian yang ringan dan tidak berminyakk. Ianya memberikan kelembapan yang maximum pada wajah serta  khasiat dan perlindungan sepanjang hari. Krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Indian Pennywort, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan.


Himalaya Nourishing Skin Cream

Cara Penggunaan Himalaya Nourishing Skin Cream

 

Sapukan Nourishing Skin Cream dengan lembut di muka dan leher dua kali sehari, selepas membersihkan wajah. Untuk hasil terbaik, gunakan secara berkala. Sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya uga boleh dijadikan asas untuk solekan.Himalaya Nourishing Skin Cream telah diuji secara dermatologi, bukan komedogenik dan hypoallergenic.

Review Himalaya Nourishing Skin Cream

Cik iena suka memakai Himalaya Nourishing Skin Cream kerana baunya yang harum serta tekstur krim yang lembut dan ianya sangat mudah meresap pada kulit wajah. Apa yang lebih Cik iena suka adalah kelembapannya bertahan lama berbanding krim pelembab lain. Ianya juga tidak berminyak dan tidak melekit. Sangat selesa mengenakan krim ini. Ia juga memberikan kesan glowing pada solekan  Cik iena kerana kadar kelembapannya yang optimum.

Rating Himalaya Nourishing Skin Cream

10/10

Beli Himalaya Nourishing Skin Cream Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Lip Balm


Himalaya Natural Moisturizing Lip Balm terhasil dari campuran butter herba mewah yang melembapkan bibir anda sepanjang hari. Gabungan Cocoa dan Sal Butters ini bertujuan untuk  menghidrat bibir anda dan menghalangnya daripada pecah-pecah. 


Cara Penggunaan  Himalaya Lip Balm

Sapukan lapisan Lip Balm yang nipis dan halus di bibir anda. Sapukan semula sepanjang hari seperti yang diperlukan untuk bibir lembut dan lembut. Terbaik untuk bibir kering dan pecah-pecah.

Review Himalaya Lip Balm

Memandangkan bibir Cik iena memang mengalami masalah bibir kering walaupun Cikiena cuku pminum air , jadi Himalaya Lip Balm sangat membantu Cik iena.Ianya memberikan kelembapan berpanjangan pada bibir. Cik iena hanya perlu pakai pada waktu pagi sahaja. Tai adakalanya Cik iena juga akan pakai diwaktu malam sebelum tidur sebagai masker bibir. Cik iena pakaikan tebal sedikit dari biasa. Selain itu Cik iena juga gunakan Himalaya Lip Balm ini untuk membuat scrub bibir. Caranya mudah sahaja Cik iena campurkan sedikit Himalaya Lip Balm dengan gula dan scrub pada bibir. Kulit-kulit mati bibir akan tertanggal dan warna bibir menjadi lebih merah .


Rating Himalaya Lip Balm

10/10

Beli Himalaya Lip Balm Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Acne-n-Pimple Cream


 



Cara Penggunaan Himalaya Acne-n-Pimple Cream


Sapukan Himalaya Acne-n-Pimple Cream ada bahagian jerawat sahaja selepas anda membersih wajah dan memakai pelembab.

Himalaya Acne-n-Pimple Cream

Review Himalaya Acne-n-Pimple Cream

Cik iena suka Himalaya Acne-n-Pimple Cream kerana ianya mengeringkan jerwat dengan cepat serta memudarkan parut kerawat.

Rating Himalaya Acne-n-Pimple Cream

10/10


Beli Himalaya Acne-n-Pimple Cream Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Himalaya Skin Wellness  

Himalaya Skin Wellness   membantu melawan jerawat dengan menghalang bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Ianya juga membantu mengurangkan keradangan kulit yang disebabkan oleh bakteria yang disebabkan jerawat. Sifat antioksidan yang detoksifikasi dan kuat dari Neem membantu mengurangkan kesan kerosakan radikal bebas sel, membantu meremajakan kulit dan membantu mengekalkan kulit yang sihat dan bersinar.

 

Himalaya Skin Wellness merupakan produk makanan tambahan yang bebas dari gula, warna tiruan, perisa tiruan, pengawet.Setiap tablet mengandungi  Ekstrak daun Nimba (Azadirachta indica) - 250 mg dan ianya adalah 100% vegetarian.


Himalaya Skin Wellness sesuai untuk anda yang mengalami masalah Jerawat serta alahan dan anda yang  mudah terkena jangkitan kulit.

Cara Penggunaan  Himalaya Skin Wellness 


1 kapsul dua kali sehari selepas makan

 

Review  Himalaya Skin Wellness 

Secara keseluruhannya kesan yang didapati adalah kulit tiada masalah jerawat. Semenjak PKP ni kulit Cik iena berjerawat sebab mengenakan face mask. Memandangkan Cik iena pakai semua rangkaian produk Himalaya Neem jadi Cik iena tak pasti adakah ianya berkesan jika diamalkan tanpa pengunaan produk Himalaya neem yang lain. Cik iena suggestkan anda cuba semua rangkaian produk Himalaya Neem secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang optimum.

Apa yang Cik iena kurang suka hanya bau herba sahaja yang lains emuanya ok. Tapi mungkin ada yang suka akan bau herba. Cik iena makan perlu tutuphidung dan tahan nafas. Pada yang dah biasa mengamalkan jamu Cik iena rasa tiada masalah :)


Rating  Himalaya Skin Wellness  

8/10

Beli Himalaya Skin Wellness Secara Online di 
Shopee | Lazada | Pgmall | Watsons | Royale Pharma


Secara keseluruhannya Cik iena suka penggunaan rangkaian penjagaan wajah Himalaya Neem. Musim PKPP ni perlu pakai face mask bila keluar. Kulit wajah Cik iena pula sensitif bila mengenakan surgical face mask mesti akan naik jerawat bila terlalu lama mengenakan face mask. Jadi untuk tempoh sekarang Himalaya Neem merupakan set penjagaan wajah yang sesuai untuk menghindari jerawat dari tumbuh di wajah cik iena disebabkan penggunaan face mask sepanjang hari.


Untuk maklumat lanjut

Website : https://himalayainasia.com/

Facebook : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

 




 

 

 

 


RASA SEPERTI JUTAWAN DI JUALAN BERJENAMA 8.8 SHOPEE INI

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2020 – Shopee telah memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan Berjuta Diskaun Berjenama atau Million Dollar Brands Discounts yang akan membolehkan pengguna membeli produk 100% original daripada jenama kegemaran dengan diskaun hebat. Dapatkan pembersih vakum Dyson V7 Fluffy+ yang serba boleh pada hanya RM1,209 berbanding harga sekarang iaitu RM1,899; atau hidangkan masakan istimewa buat keluarga dengan menggunakan Tefal Daily Cook Stewpot with Lid bernilai RM159 yang boleh didapati pada harga RM59 pada 8 Ogos dari 12 tengah malam hingga 2 pagi.




Selain itu, jadilah pemilik Apple Airpods Pro; gayakan warna lipstik baharu oleh MAC Cosmetics, rasa lebih yakin dengan Elizabeth Arden atau dapatkan jam tangan bergaya Cerruti 1881. Portal Berjuta Diskaun Berjenama dapat diakses melalui laman utama Aplikasi Shopee, dan menawarkan tawaran cukup hebat daripada pebagai jenama termasuk Samsung, Seiko, Tomei, JBL, Fjallraven Kanken, Bonia, Levi's, dan banyak lagi.

Tawaran di portal Berjuta Diskaun Berjenama termasuk potongan harga hingga 96%. Tambahan pula, produk yang disertakan tag Shopee Mall dijamin 100% tulen. Sekiranya mana-mana produk ini didapati palsu, polisi Jaminan Produk Tulen Shopee Mall akan digunakan dan Shopee akan mengembalikan wang kepada pelanggan sebanyak dua kali ganda daripada jumlah yang dibayar untuk produk tersebut.

Permainan Shopee

Ciri Berjuta Diskaun Berjenama ini diperkenalkan bersempena Jualan Berjenama 8.8 Shopee. Keseluruhan kempen ini, yang berlangsung dari sekarang hingga 8 Ogos, membawa keseronokan kepada pengguna Shopee yang berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM88,000 setiap hari dengan bermain Shopee Garden, Flappy Shopee, Shopee Poly, Shopee Link dan banyak lagi.

Super Brand Day

Beberapa jenama juga telah mengambil kesempatan untuk menjalankan Super Brand Day mereka bersama Shopee semasa Jualan Berjenama 8.8 ini. Pengguna boleh menikmati tawaran dan promosi yang diperhebat serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan hadiah menarik. Jenama-jenama ini ialah Perfect Diary, L'Oreal, realme, Innisfree, Tefal, Bokitta, Enfagrow, P&G, Acer, Universal Traveller, Photobook, Unilever, Skechers, Philips dan Vinda.

Nikmati Penjimatan Lebih Besar

Selain tawaran dan diskaun berjenama, pengguna boleh menikmati tawaran RM8 setiap hari semasa Jualan Kilat Shocking Sale. Pada hari terbesar kempen iaitu 8 Ogos, perbelanjaan minimum untuk pengguna menikmati penghantaran percuma akan direndahkan kepada RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dengan kejutan tambahan sepanjang hari, manakala jenama-jenama akan menawarkan baucar potongan harga 50% yang tidak patut dilepaskan.

My Girls Talk Show

Berehat sebentar daripada membeli-belah dan dapatkan inspirasi melalui rancangan bual bicara  wanita baharu ini. Menampilkan peserta dahulu daripada Miss Astro Chinese International Pageant, rancangan ini bertujuan memperkasakan wanita dalam pelbagai topik dan pengalaman ketika mereka menjalani gaya hidup pantas hari ini. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara menjadi pembeli atas talian yang bijak; dapatkan tips kecantikan, serta cara mengekalkan hubungan yang sihat dengan menonton Shopee Live pada hari Ahad (9 dan 16 Ogos) jam 8.30 malam dengan ulangan pada hari Sabtu (8, 15 dan 22 Ogos) jam 5.30 petang.

Walaupun pelancaran portal Berjuta Diskaun Berjenama adalah seiring dengan Jualan Berjenama 8.8 Shopee, ciri tersebut akan terus berada di Aplikasi selepas 8 Ogos dengan tawaran dan jenama yang diperbaharui bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang menarik dan berpatutan untuk pelanggan.

JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME

 JACK n JILL merupakan antara jenama makanan ringan yang dikenali ramai di Malaysia. Aneka produk keluaran  JACK n JILL sentiasa mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, JACK ‘n JILL Cream-O telah memulai kemeriahan sambutan kali ini dengan memberikan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan negara kita yang ‘Ekstra O-Some’.


JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME

 JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME



Sebagai pembuka tirai, JACK 'n JILL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk barisan penunggang penghantaran yang jasanya tidak ternilai di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Awal minggu ini, apa yang sepatutnya tugasan harian menghantar makanan kepada pelanggan bertukar luar biasa buat seramai 100 penunggang foodpanda. Setibanya di lokasi masing-masing, mereka terkaget apabila mendapati makanan yang ditempah itu sebenarnya adalah untuk diri mereka! Lebih seronok, mereka juga dihadiahkan dengan  kit terima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’ yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala Bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar selamat dan cekap.


JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME

Sambutan mengenang jasa Cream-O ‘Ekstra O-Some’ akan sampai ke kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu terkemuka, Ismail Izzani. Di sepanjang bulan Ogos, JACK ‘n JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar diri kreatif bersama nota terima kasih dalam apa jua bahasa. Sebanyak 63 karya akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020. Kesemua penyertaan yang terpilih itu akan diberikan cenderahati edisi terhad serta satu jemputan ekslusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.




JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME
Audrey Lee, Assistant Brand Manager, URC Snack Foods Malaysia Sdn. Bhd. memberikan kit hadiah




JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME
Cream-O meraikan frontliners food panda riders dengan kejutan 'Ekstra O-some'




JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME
 JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME


“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sememangnya hebat sekali melihat seluruh rakyat Malaysia menonjolkan semangat kekitaan yang begitu utuh di saat kita mengharungi salah satu cabaran terbesar dalam hidup kita. Pejuang barisan hadapan kami telah memainkan peranan yang sangat penting dan sebagai sebuah syarikat yang telah menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia selama bertahun-tahun, kami diilhamkan oleh dedikasi, pengorbanan dan perkhidmatan mereka. Kempen Cream-O ‘Ekstra O-Some’ adalah cara kita menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan kita yang bukan sahaja telah mengabdikan diri, malah pada masa yang sama juga telah mendorong semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan semangat kesepakatan, kasih sayang dan perkongsian. Kami berharap orang ramai akan turut serta bersama Cream-O untuk mengenang jasa wira-wirawati negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini,”


kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.



JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME



Biskut sandwic Cream-O adalah pilihan terbaik untuk 'Menjadikan Kehidupan Seharian Anda O-Some' (Make Everyday O-Some). Padat dengan pelbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari anda lebih meriah. Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream O-Tart 120g.


SERTAI JACK ‘N JILL CREAM-O DAN ZAHIRKAN PENGHARGAAN ANDA KEPADA PEJUANG BARISAN HADAPAN



JACK n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA YANG EKSTRA O-SOME


Rebutlah peluang untuk karya anda dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas kami dan menangi sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama Ismail Izzani, serta memorabilia bertandatangan:

Langkah 1

Beli JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendaklah di antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Langkah 2
WhatsApp resit, <nama>, <no MyKad> dan gambar anda dengan mesej penghargaan kepada ‘frontliners’

Langkah 3
Jawab soalan dan hantar ke +6011-55001878: “Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi – Ya/Tidak?”


Untuk Maklumat Lanjut

Facebook : https://www.facebook.com/creamomalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/creamo_malaysia/
Website : https://www.urc.com.my/



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve