Gulai Tempoyak Pucuk Ubi

Malam nie..rase cm malas nk masak bnyk2..
iena masak gulai tempoyak pucuk ubi jerk..
huhu nyummyyy cdap nyer..
semua bahan2 d bawa dr kampung mase balik kampung hujung mgu aritu..
huhu thanks mak sb membekalkan sayur2 kampung..


nie lah yg iena masak..nyummyyyy





hehe ni gambar mase tgh mkn..kehkehh da tinggal cket dlm mangkuk tu bru nk snap pic



Bahan-bahan : Secekak pucuk ubi {dihiris nipis & dikisar}
5 helai daun kunyit {dihiris nipis}
2 batang serai {dihiris nipis & dikisar}
2 batang serai {ditumbuk sedikit}
5 biji bawang merah {dikisar}
3 sudu besar tempoyak
10 biji cili padi {dikisar}
4 keping petai
1 biji santan pekat
ikan bilis {dikisar}
1 cm kunyit hidup{dikisar}
garam,ajinamoto dan gula Cara-cara :

1.Kisarkan bawang merah,cili,serai,kunyit hidup,daun kunyit dan ikan bilis
2. Masukkan tempoyak, santan, serai tumbuk dan bahan2 yg telah dikisar ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana
3. Masukkan pucuk ubi. Kacau perlahan
4. Masukkan garam,ajinamoto dan gula secukup rasa.
5. Siap untuk dihidangkan


Tips :PUCUK UBI PERLU DI REBUS TERLEBIH DAHULU...
REBUS SEHINGGA EMPUK OWKAY..
INFO : Vitamin C banyak didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi (
khasiat sayuran dan ulaman ).
Okayyy mau sambung jahit baju jap
;)


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve