Grab The Promo
Showing posts with label my cookery. Show all posts
Showing posts with label my cookery. Show all posts

Adik request sambal udang tuk sahur

Opss memalam masak tuk adik nak sahur esk..
Pijau nye tangan, basuh cili yg d masak tu.pijau plak.sblm ni tak pijau pun T___T
Arini cili nye pedas sgt tu pijau kot.
Cam mane nak ilang pijau eyh.

Esk adik nak puasa nisfu sya'ban
Cik iena xley join hihi cuti umum (^_~)
Esk pn cik iena tak bwak bekal..opismate da pesan ari kames xyah masak, nk blanje makan yeayy .
Nak belanja makan ade makna tu kan kan kan.

Wokiess selamat berpuasa pd yg berpuasa esok (^_~)

ouh sotong masak kicap terlebih halia (^_~)


Info : Halia merupakan minuman syurga.
Hari ni terngantuks lebey kot terletak halia yg bnyk dlm masak kicap sotong..Nyummy
sedap mmg sedap.Da cuci tgn pon bau masak kicap je tangan kan.
Pastu asyik sendawa je.. iena jarang sendawa or buang angin ikut mulut nie haha
penangan halia terlebey arini..akhirnya
kat opis pulak tu kan..hope xde yg dgr la
(^_~)
.haha
merasa la angin kua ikut mulot camne selalu maksue kene.
maksue iena tu selalu sangat angin kua ikot mulot..
lagi2 kalau ngurut org (^_~)
argh arghhh arghhh
haha
 
Naseb la enchek opismate tak complain masakan terlebey halia
(^_~)
 
cuci mate sket gambar makanan bawak bekal g opis arini
 
 

INFO : TAHUKAH ANDA HALIA MERUPAKAN MINUMAN SYURGA

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).
 
Cik iena suka letak halia dalam masakan tapi minum air halia sekali sekala ade la
okies da tau lepas nie mesti selalu amal kan yer cik iena
(^_~)

Jom Baca sedikit Info mengenai Halia

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.



Halia juga meningkatkan pengeluaran sperma, menambah daya ingatan, dan membuang bau badan serta menolak bahaya makanan berat dan berangin keluar dari tubuh kita.

Selain itu terdapat lagi kelebihan halia yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita khususnya:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia. 
Juga halia mengatasi kes mabuk pagi dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
  
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.


Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia inilah yang dikenali sebagai gingerols dan oleoresin. Minyak halia pula digunakan sebagai bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan juga ubatan.


Sumber : kelebihan halia




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Sambal tempe & kentang & masak lemak ikan tongkol daun pudina

                
 
ouhh i like tempe..
masak tempe lg..aritu sambal berempah..ni sambal cili api plak
 
 
super pedas okeyh
pastuh masak plak masak lemak ikan tongkol daun pudina
 
memang pedas
(^_~)
 
Tapi kan cam pelik je masak lemak ni letak daun pudina
mcm pernah makan mak masak
so saje try haha
hentam jela
masak penuh kasih sayang
sedap
lalalallalaaa
syok sndri
 
Maap la yer wahai enchek officemate
arini pedas2 pulak lauknye
 
wokies nk g kojer da
daaaaaa
 
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Ouh masakan bujang

Smlm kepenatan layan anak sedara n g kenduri smp mlm..huhu arini bgn lewat..so masak nasi goreng bujang je la..
Ouh enchek officemate maap la yer
Arini menu nasi goreng je..
Haha otw dlm tren pn blh update blog kan..
Okiess nk smp opis daa
Slmt bkerjaa ;)

Sambal Tempe nak makan dengan lauk apa yang sesuai yer ?


 
Teringin nak makan sambal tempe. So today cik iena masaka sambal tempe dengan masak lemak telur with taugeh,broccoli & carrot. haa tapi sambal tempe ni laen siket. Cik iena da modify sebab tempe de mcm da tak berapa nak fresh.
So nk bg hilang rasa tak fresh nyer tuh cik iena buat la sambal tempe ikan bilis berempah.. Hamboii nama bukan main panjang kan (^_~) 
sama je mcm sambal tempe biasa 
cuma nye cik iena letak daun kari & rempah kari sikit (^_~)
 
 
 
 sedap hokeyhh haha puji diri sendiri je la 
nk tunggu officemate puji ntah bile tah haha 
 then cik iena tak tau la tempe nk masak dengan ape 
kombinasi yang sesuai kalau ikut cik iena makan sambal tempe je pon da ok
 tapi ni kan masak tuk enchik officemate sekali 
so macam kesian plak kalau nak masak sambal tempe jer 
 
 
 
cik iena hentam je la buat masak lemak telur with taugeh broccoli & carrot.. Alkisah nye nk letak telur n taugeh je tapi lepas beli lauk..balik rumah tengok ade broccoli n carrot.. cam membazir je kalau tak masak kan.. haha letak la sekali biar warna warni siket masak lemak tuh baru ceria macam org yg masak haha (^_~)
 okeyhh sudah
 sudah
 sudah tiba masa nak pergi kejer
 daaaaaaaaaaaaaaa 
 
Selamat bekerja
(^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Ikan Kembung Masak Kicap & Sayur Bayam


Okies Today cik iena masak ikan kembung masak kicap & sayur bayam
untuk bawak bekal g kerja (^_~)
 
 
ahaa rajin betulkan masak bawak bekal
haha mcm biasa gambar kat atas tu kasi edit nak upload kat instagram
hihi ini sebagai notifications utk officamate 
yang harini cik iena masak n bawak bekal
so jangan makan kat luar
kite makan sama2
auchh sweet kan
haha
perasan (^_~)
haa ni amek gambar nie siap2 letak dlm tupperware nk bawak pergi kerja teros
haha tupperware pon kale pink 
nyumm nyumm cam lapar pulak tengok
kat rumah food deco kemain cantek
sampai office tunggang terbalik dah
(^_~)
eyhh
jangan luper sayur tau
haha cik iena wajib ade sayur kalau nk makan
  
nyummyy bayam merah
okies
selamat bekerja semua
(^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Butter Prawn & Broccoli Oyster With Carrot

Morning (^_~) 
 
 
 
Okies skrg nk merajinkan diri meng update blog yg setahun lebey bersawang nie
wat masa nie tak de idea nk tulis ape
cik iena tulis je la menu2 yg cik iena masak bawak bekal g kojer
 
ahaa kedeks kan..tak mo mkn luar sebab mahal
sanggup masak n bwak bekal
hahaha yeayyy sungguh jimat
 
kerja kt tengah2 KL nie
sumenye mahal
haha perlu berjimat hokeyh
 
so today cik iena masak

Butter Prawn & Broccoli Oyster With Carrot

aha first time masak butter prawn tau
err cik iena buat butter prawn nye telur/floss mula2 tak jadik
hangit okeyh
 
nah tgk
 

 
haha hanget okeyh..
pastuh dengan tekun nye buat sekali lagi (^_~)
 
Taraaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
 
 
 



ok la siket dari yg tadi kan hanget

telus/floss nie nak tabur kat butter prawn lepas masak 
(^_~)

meyhh tgk gambar yg dah ditabur kat butter prawn


nyummyyy
sedap okeyh
ouhh syok sendiri
enchek officemate la jadi mangsa cik iena
tukang rase masakan2 cik iena
haaa nie plak sayur nye
 
Broccoli Oyster With Carrot
 
 
Alhamdulillah
Rezeki Allah.. dapat masak arini :)

tengah hari nanti panaskan kt opis n makan dgn officemate
(^_~)

wokiesss
daaaaaaaaaa
nak pergi kojer
(^_~)

Selamat Bekerja cik Programmer :)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)

Gulai Tempoyak Pucuk Ubi

Malam nie..rase cm malas nk masak bnyk2..
iena masak gulai tempoyak pucuk ubi jerk..
huhu nyummyyy cdap nyer..
semua bahan2 d bawa dr kampung mase balik kampung hujung mgu aritu..
huhu thanks mak sb membekalkan sayur2 kampung..


nie lah yg iena masak..nyummyyyy





hehe ni gambar mase tgh mkn..kehkehh da tinggal cket dlm mangkuk tu bru nk snap pic



Bahan-bahan : Secekak pucuk ubi {dihiris nipis & dikisar}
5 helai daun kunyit {dihiris nipis}
2 batang serai {dihiris nipis & dikisar}
2 batang serai {ditumbuk sedikit}
5 biji bawang merah {dikisar}
3 sudu besar tempoyak
10 biji cili padi {dikisar}
4 keping petai
1 biji santan pekat
ikan bilis {dikisar}
1 cm kunyit hidup{dikisar}
garam,ajinamoto dan gula Cara-cara :

1.Kisarkan bawang merah,cili,serai,kunyit hidup,daun kunyit dan ikan bilis
2. Masukkan tempoyak, santan, serai tumbuk dan bahan2 yg telah dikisar ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana
3. Masukkan pucuk ubi. Kacau perlahan
4. Masukkan garam,ajinamoto dan gula secukup rasa.
5. Siap untuk dihidangkan


Tips :PUCUK UBI PERLU DI REBUS TERLEBIH DAHULU...
REBUS SEHINGGA EMPUK OWKAY..
INFO : Vitamin C banyak didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi (
khasiat sayuran dan ulaman ).
Okayyy mau sambung jahit baju jap
;)

Ikan Singgang Kelantan

ikan singgang owh ikan singgang

Mlm ni iena masak ikan singgang n sayur buncis + carrot tumis..
hehe simple jer..
try masak ikan singgang klantan ..
mcm mkn kat 1 kdai nie..cdap tau ikan singgang dia..
mintak la resepi..
so iena pn masak ler..
tp masih tak same rase dia dgn kdai tu..
tp okay la cdap jugak..
pedasss..nyummmyyyyy




oppss..pic credit to google..hehe tak amek gambo pown td
Ikan Singgang Kelantan
Bahan-Bahan:
4 ekor kembong (huhu ikut suka la nk masak bpe ekor..ikan tongkol pn boley )

5 biji bawang putih (dihiris-akak kdai tu kate bnyk bwg putey lg sdap)

Sedikit lengkuas (di
hiris)


4 btg Serai (dihiris-hehe iena tgk akak kt kdai tu ltak bnyk serai hiris...nyummyyy cdap)

Garam dan serbuk perasa

15 biji cili api (perghhh pedas bru best)

Sedikit asam keping atau asam jawa
Cara:
Masukkan bawang putih,serai dan lengkuas dalam periuk bersama sedikit air sebagai kuah.



Apabila kuah mendidih, masukkan ikan
dan cili api . Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa





Kangkung oyster sos




Kankung oyster sos


hehe pic nie yg iena masak sndri..
rutin harian..balik keje terus masak..
wajib masak sayur..tu menu utama..
ala2 vegetarian la pulak
mlm ni mkn kangkung n goreng ikan je
ikan xyah ler letak..xcomel..kehkeh..
ikan goreng bese jer
senang je nk goreng kn
:)
owkay jom tgk cmner iena masak Kankung oyster sos

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 3 ulas bawang putih(d tumbuk - blender x sedap ok..rajin sket menumbuk tu)
  • 2 ulas bawang merah(d tumbuk - blender x sedap ok..rajin sket menumbuk tu)
  • 5 biji cili api(d tumbuk - blender x sedap ok..rajin sket menumbuk tu)
  • 3 biji cili besar(merah)(d tumbuk - blender x sedap ok..rajin sket menumbuk tu)
  • kankong- asingkan batang n daun
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis cap udang(kicap fevret)
  • garam- secukup rasa
  • ajinamoto-secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih,bawang merah,cili api dan cili merah yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
  2. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
  3. Masukkan batang kangkung,- tunggu 2-3 min(agak2 je..tak penah tgk jam pun..kehkeh). .
  4. Akhir sekali, masukkan daun kangkung,garam dan ajinamoto secukup rase- padam api dan hidang kan.
hehe senang jer kn nk masak..
iena suke asingkan batang dgn daun
ade org masuk skali
tp nanti lembik laaa
tanak...xcedap..
so iena asingkan..bile agak2 batang dh cukup msk bru masuk daun then kacau rata..terus padam api..
xder la terkulai layu tanpa doa restu sayur tu..
kehkeh..lirik lagu pulak yer..
tak der la sayur lembik
:)
ehhh jap2..
kalau oyster sos dgn kicap manis tu boley gak d ganti dgn belacan
so jadi la kangkung goreng belacan..
iena x nk wat kangkung goreng blacan sb
iena ader resdung..
waaaaa..tak tahan wooo klu kene belacan..
kehkeh..sb tu belacan d ganti dgn oyster sos n kicap manis
:)
slmt mencuber yer..


JIKA RAJIN..SILA KLICK..






Shitake Mushroom Saderi




Shitake Mushroom Saderi


hehe pic nie yg iena masak sndri..
rutin harian..balik keje terus masak..
wajib masak sayur..tu menu utama..
ala2 vegetarian la pulak
owkay jom tgk cmner iena masak mushroom nie

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 2 batang daun saderi- potong mengikut citarasa
  • 5 biji cili kering- gunting halus-halus
  • daun kuchai (iena x letak..lupe beli..kehkeh)
  • cili benggala hijau+kuning+merah(huhu iena xletak sb xde..klu nk cantek ltak la..cantek n cdap tau)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis cap udang(kicap fevret)
  • garam- secukup rasa
  • ajinamoto-secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik baunya.
  2. Masukkan cendawan,batang daun saderi- tunggu 2-3 min.
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap manis dan cili benggala. Biarkan mendidih. .
  4. Akhir sekali, masukkan daun kuchai- padam api dan hidang kan.
hehe senang jer kn nk masak..iena mmg suke mkn cendawan shitake..slalu mkn sizzling yee mee mesti tanak amek ayam..tukarkn pd mushroom shitake..perghh mmg sedap..habis iena mkn tau..bese nye klu ltak ayam x abes mkn..ntah ler..xsuke ler ayam,danging..hehe..suke sayur-sayuran jer..sb tu ler kurus keding kot..kehkeh tinggi 165 berat 44kg..memang kepeng..kehkeh..
slmt mencuber yer..mber2 lain ade yg da cube n kate sedap..nyummyyyyy mmg cdap

INFO : CENDAWAN SHITAKE BOLEH MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL klik sini tuk bace mengenai cendawan shitake


INFO : DAUN SEDERI BOLEH MERANSANG AKTIVITI SISTEM SARAF klik sini tuk bace mengenai daun saderi



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve