Khasiat Asam Jawa


Nama lain dari asam jawa ini adalah

· Tamarindus indica

· Tangkal asem (Sunda)

· Celagi

· Acem

ASAM JAWA

Dikenali sebagai Tamarindus indica dan nama inggerisnya pula pula ialah tamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian selatan gurun Sahara.

Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati dikebanyakan kawasan tropika di benua Asia,Afrika dan Amerika.Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus,berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila telah matang.

Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak

Pokok asam tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam, tetapi biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus.



KEGUNAAN DAN KHASIATNYA

Di negara Eropah,asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging.

Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa,gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.

Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan wanita, terutamanya bagi wanita yang mengandung.

Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda.

Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar.

Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan.

Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.

# Air rebusan daunnya diminum sebagai penawar demam panas.

# Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

# Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan.

# Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah.

Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar.

Di Yukatan asam jawa juga digunakan sebagai pelawas buang air kecil dan penawar demam panas dengan cara asam jawa dibancuh dengan air dan dicampur dengan gula sebelum diminum.

Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema.

# Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong.

Bagi orang yang mengalami selesema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum.

# Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.

Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot.

Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.

Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata.

Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan ditempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan.

Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.
------------------------------------------------------


# Melegakan Deman Panas Kuat;

ambil secukupnya asam jawa (yang ada dijual dikedai) dan digaul bersama kelapa parut kemudian disapu keseluruh tubuh insyaallah demam panas yang tinggi itu akan reda dan membaik..

Wallahwa'alam





♥♥ Info Menarik ♥♥










Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)


4 comments:

  1. tp asam jawa kat mesir punyalah keras! hahaha.. tima nak masak kena rendam ngan air panas.. xsuke btl nak gunanya.. hehe..

    ReplyDelete
  2. banyak nyee khasiat asam jawa ni...boleh diamalkan ni..

    ReplyDelete
  3. terjumpa info ni, juga pasal asam jawa… sharing is caring :) - Asam Jawa : Kegunaan dan Khasiat

    ReplyDelete

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve