Grab The Promo

Fitting Baju For Fashion Show Butik Sentuhan Bussaina


Ini kisah semalam semasa tuan empunya blog pergi fitting baju untuk fashion show.Ada yang ingat cik iena sudah menerima lamaran and hendak berkahwin.
Eh jangan salah sangka, fitting baju untuk fashion show bukan untuk kawen tau. Ye la baru2 ni ade berita mengejut someone melamar.Ehem2
Buat masa nie cik iena masih belum memutuskan apa2 keputusan.
Secara jujurnya amat sukar hati ini untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup selain ahli keluarga.
Almaklumlah cik iena pernah kecewa teruk. Maka nya cik iena masih belum ada keputusan kepada persoalan itu.
Solat Istikarah dulu,Biarlah masa menentukan segalanya.Semoga Allah memberikan petunjuk buat cik iena.


Sebenarnya buat masa ni cik iena tak terfikir soal kawen lagi, masih belum bersedia nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.Besar tanggungjawab tu. Walaupun umur makin lanjut tapi Alhamdulillah cik iena masih tidak mendapat desakan dari keluarga.
Makanya cik iena nak terus membina kerjaya cik iena.
Kalau ada desakan keluarga baru cik iena fikirkan (^_~)


Okay jom tengok gambar semasa fitting baju semalam


Kita wefie dulu sebelum fitting baju ye kawan2






Eh macam sesuai pulak inner tudung cik iena dengan baju ni

Mula-mula cik iena kene pakai baju lain
tapi cik iena ni kecik sangat
baju tu besar

Makanya kak yat 
owner butik pengantin suruh cik iena pakai baju ni
baju ni saiz patung dia kata

hehe badan kiter saiz patung je rupenye
pinggang cik iena 26 je
Dalam gambar mmg cik iena nampak chuby
tapi reality kurus je
(^_~)
pipi jer terlebeh tembam

















Selesai fitting baju and rehearsal cik iena sempat lah bergambar dengan rakan model lebih kurang 4 tahun yang lepas.
Suatu ketika dulu kami selalu photoshoot sama2.
Akhirnya jumpa jugak bff model kita Dya ina.





Selepas fitting baju and rehearsal, kami singgah makan. Tuan empunya butik belanja makan .
Alhamdulillah terima kasih kak yat
Nie gambar cik iena dengan tuan empunya butik . Kak Hayat Bussaina 




Selesai makan tengah hari , cik iena and kawan2 pergi Palace of the golden horses hotel
Jom mandi
 (^_~)




Okay, sekian untuk hari ini . Seperti biasa hari isnin memang banyak kerja kat office ni.
Selamat bekerja kawan2.






Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve