Grab The Promo
Showing posts with label My Online Diary. Show all posts
Showing posts with label My Online Diary. Show all posts

Chatime | King of Mango Shake



Chatime | King of Mango Shake


Hai Kawan-kawan  cik iena nak share promosi ni masih lagi valid di Chatime Avenue K . Sementara masih ada promosi cik iena tak lepaskan peluang untuk beli sebab air mango ni memang sedap. Cik iena memang suka mango shake dari chatime.

Chatime | King of Mango Shake



Semalam semasa lunch hour cik iena dan kawan-kawan pejabat makan di KLCC, haa seperti biasa kalau makan di KLCC kami memang akan beli air chatime. Cik iena ingat promosi ni dah habis . Rupanya masih ada lagi. Apa lagi kami pun beli lah. Cik iena share dengan kawan cik iena. Beli dua then bahagi dua lah harganya . Kan dah jimat . Haan kawan-kawan lain pun buat macam tu. Dua air dalam satu resit .



Chatime | King of Mango Shake




Chatime | King of Mango Shake

Selain daripada air mango shake, cik iena suka strawberi puding au liat :)



Website

Facebook


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


KFC Bersama Keluarga

KFC Bersama Keluarga



Weekend ini cik iena menghabiskan masa dengan keluarga di rumah. Berehat dan bersantai bersama keluarga . Lupakan seketika facebook dan Instagram. Update sikit-sikit je. Almaklumlah kebelakangan ni cik iena sibuk kerja dan juga sibuk menghadiri event-event.
 

KFC Bersama Keluarga

 

Sesibuk mana pun kita perlu melupakan seketika dunia alam maya kita dan bersosial bersama keluarga di dunia realiti. Kalau 24 jam setiap hari 7 hari seminggu sibuk dengan alam maya je macam orang kurang kasih sayang dan perhatian pulak kan asyik menghadap facebook, instagram dan yang sewaktu dengannya. Kalau cik iena keluar jumpa encik BF pun memang cik iena tak pegang handphone. Dua-dua tak pegang handphone. Habiskan masa berbual dan makan tanpa gangguan message2 facebook atau whatsapp. Itu yang kalau tiba-tiba diam tu tanda nya cik iena bersama dengan yang tersayang. Dengan keluarga atau encik BF ler.




KFC Bersama Keluarga
hehe semua pakai tudung adijuma mak

Wokay weekend ni cik iena bawa adik bongsu kesayangan dan adik-adik lain keluar makan makanan kegemaran si bongsu iaitu KFC. Adik bongsu cik iena, Arif memang gemar ajak ke KFC. Bukan cik iena sahaja dia ajak. Mak dan abah pun sama. Pendek kata setiap bulan itu destinasi wajib dia.



KFC Bersama Keluarga
kanak-kanak ribena


Untunglah jadi yang bongsu kan. Disayangi ramai. manja gituw. Apa jua permintaan pasti dituruti
Adik bongsu cik iena berusia 4 tahun.


KFC Bersama Keluarga
kanak-kanak ribena

KFC Bersama Keluarga
chicky kata GOOD






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Si Bongsu dah pandai bergambar dan selfie

Si Bongsu dah pandai bergambar dan selfie


Wah bukan main budak sekarang kecik-kecik pun dah pandai bergambar tau. Adik bongsu cik iena nie mengalahkan cik iena kalau bergambar. Dia yang akan request nak ambil gambar dekat sini, dekat sana. Dekat mana-mana yang dia suka. Sekarang pulak dia dah pandai selfie sendiri. Tambahan lagi hanphone cik iena auto selfie. Tak perlu klik-klik atau timer, asalkan kita senyum dia memang akan ambil gambar sendiri. Lagi suka lah si kecik nie. Dapat kat tangan dia , dia bawak lari selfie (^_~)


Si Bongsu dah pandai bergambar dan selfie
dah pandai request ambil gambar dia

Si Bongsu dah pandai bergambar dan selfie
haa tu dia dah dapat monopod kakngah dia bawak lari

Si Bongsu dah pandai bergambar dan selfie
arif nak selfie dengan abah, tapi tak pandai lagi hehe sian abah x nampak

Si Bongsu dah pandai bergambar dan selfie
anak manja mak nak selfie dengan mak pulak

Si Bongsu dah pandai bergambar dan selfie
wokay arif selfie dengan kakngah pulak :)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


 Karnival Sepaktakraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan 2015 di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam pada 17 hingga 20 September 2015  mencipta rekod penyertaan terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak tahun 2007. Jumlah Hadiah terkumpul yang ditawarkan adalah sebanyak RM15,650 .



Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Kesemua peserta yang terlibat di Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015



Universiti Putra Malaysia (UPM)  telah membuktikan keunggulan sebagai jaguh kategori Institusi pengajian tinggi (IPT) apabila membolot gelaran juara di  Karnival Sepak takraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan dan dikuti oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM)  di tempat yang kedua.


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena hadir untuk memberi sokongan kepada adik



Cik iena berkesempatan menghadirkan diri di Karnival Sepak takraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan 2015. Kehadiran cik iena adalah untuk memberi semangat kepada Adik cik iena yang mara ke peringkat akhir dalam katagori Wanita.




Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Naib Johan Kategori Wanita Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Tahniah cik iena ucapkan kepada adik cik iena (Cik Yatie Jamil) dan rakan-rakan yang mewakili UiTM B ke Peringkat Akhir dan berjaya menempatkan diri di tempat ketiga dan kedua. Walaupun adik cik iena agak sedikit kecewa dengan kekalahan tipis pada set yang kedua. Sedih juga cik iena lihat adik cik iena menangis tapi cik iena tetap berbangga kerana adik cik iena telah mendapat tempat yang kedua. Sekurang-kurangnya dapat melayakkan diri ke peringkat Akhir. Johan berjaya di rangkul oleh Sukma Perak C.

 

 

 

 Video LiveUpdate di Instagram















 
 
 
 
 
 
Gambar cik iena di Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena dan adik, cik yatie jamil
Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
cik iena dan adik juga, deqnor :)

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
wefie bersama adik-adik UiTM

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena dan adik-adik


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
sementara menunggu sesi  penyampaian hadiah , layan perlawanan akhir kategori IPT (UiTM VS UPM)


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
eh cik iena pun nak menyibuk ambil gambar dengan pemenang

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
ehh sebenarnya cik yatie jamil bukan adik kandung tapi awek kepada adik kandung tu yang berbaju putih tapi kami sekeluarga dah anggap cik yatie jamil macam ahli keluarga sendiri :)


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
sambil2 tengok game kita wefie :)



Wokay sekian update untuk cerita semalam :)
Untungkan awek-awek adik lelaki cik iena hehe . Semuanya rapat dengan keluarga cik iena. Keluarga kami memang mesra alam gituh. Tak sombong tak diva .. tak cerewet. tak pilih bulu. tak suka musuh sana musuh sini.  ahahah ape lagi ehh, kene tanya awek-awek adik la kot. Cik iena ada 3 orang adik lelaki yang mana berusia 27 tahun , 22 tahun dan 4 tahun . Yang masih takde awek rasmi yang bongsu lah berusia 4 tahun. 




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna




Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna



Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim diucapkan selamat menunaikan ibadah terawih dan ibadah puasa buat anda , semoga memperoleh keberkatan dunia dan akhirat. Alhamdulillah malam ini kita bakal masuk ke bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Bulan keinsafan, bulan terindah. Bulan Ramadhan, bulan yang ke sembilan dalam kalendar Islam. Ramadhan dianggap begitu suci oleh kerana terdapatnya malam Lalatul Qadar, di mana Allah telah menentukan segala urusan yang bakal terjadi kepada ciptaannya, untuk jangka masa setahun.

Bulan Ramadhan yang akan dan sedang kita lalui ini memberi peluang terbaik bagi kita untuk membersihkan diri daripada dosa dan meningkatkan amal ibadat. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiyam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosa yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiyam lailatulqadar atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)"





Maka dengan itu berpuasalah serta perbanyakkanlah amalan sunat & atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT & di bulan Ramadhan jika kita inginkan keampunan oleh Allah SWT. Beruntunglah mereka yang diampunkan dosanya oleh Allah SWT. Janganlah kita merasa jemu dalam mengejar keampunan dan rahmat Allah SWT.Berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan & bagi mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadat di dalam bulan Ramadhan yang barakah ini.

Semoga kita dapat meneruskan amalan ini secara  istiqamah dan berterusan walaupun kita akan meninggalkan Ramadhan nanti.. Jadikan Ramadhan sebagai medan latihan. Jadikan Ramadhan juga sebagai ulangkaji dan latihan amalan untuk dilakukan setiap ketika dan waktu supaya mendapat ‘kelulusan terpuji’ di akhirat kelak. Latihlah jiwa menjadi yang terbaik dan menjadi hamba.





Di kesempatan ini, Cik iena ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al - Mubarak, semoga Ramadhan kali ini membawa barakah buat kita semua dan semoga segala impian kita tercapai.

Kepada awak yang teristimewa di hati saya - Anuar Yahya

"Selamat menunaikan Ibadah Tarawih dan selamat menunaikan Ibadah Puasa (^_~) Semoga ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan dan membawa perubahan yang baik dalam hidup awak. Terima kasih hadir dalam hidup saya disaat saya memerlukan bantuan dan sokongan. Terima kasih juga awak banyak bantu saya. Mengikut kalendar islam setahun sudah perkenalan kita . Di saat saya bersedih hati di satu ramadhan 1435 awak hadir menceriakan hati dan menguatkan semangat. Thanks awak"

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Video jahit manik


Simple pearl beads and patch lace decoration , korang pun boleh buat.
Yang penting kene sabar je masa menjahit tu. Kalau tak sabar memang tak jadi lah.
Tengah-tengah jahit benang bersimpul lah, tersalah manik la.
Itu perkara biasa, cik iena selalu alaminya
apa yang penting kene rajin and kene sabar


Gambar baju yang dah siap tak sempat ambil sebab, pagi tu terus bagi baju dekat tuan empunya yang tempah baju tu.
Pic behind the scene hari2 yang sebelum blh tengok dkat link bawah ni
 

Pada yang tak tau macam mana nak matikan benang atau nak simpulkan benang supaya tak tercabut manik2 tu nanti cik iena share video okay
(^_~)




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

MEMATIKAN BENANG JAHIT MANIK



Sebelum ni cik iena share cara cik iena simpul benang untuk jahit manik, sekarang video ni tunjuk macam mana cik iena mematikan benang untuk jahit manik. Cara lebih kurang dengan simpul benang untuk jahit manik. Insya Allah manik korang tak berterabur.

 
 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

SIMPUL BENANG JAHIT MANIK


Okay dalam video ni, cik iena tunjuk macam mana cik iena simpul benang untuk jahit manik supaya tak berterabur manik tu . Kene simpul betul2 supaya simpulan tidak terbuka. Kalau simpulan tu terbuka tu yang buat manik tertanggal-tanggal.

Biasanya kalau beli baju yang dah siap manik dorang akan jahit manik tu asal boleh je. Selalu la berterabur manik nye tu.
Kalau manik yang kita tempah kukuh sikit (^_~)

Jom tengok video ni

 https://www.youtube.com/watch?v=0VWxbpe_xX8&hd=1
 
 
Okay dah tau macam mana cik iena simpulkan benang untuk jahit manik, mesti nak tau macam mana cik iena matikan benang tu supaya manik tak tercabut kan.
Hah tunggu next entry pulak 





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

RAYYAN DANIEL BIRTHDAY PARTY AT SUASANA SENTRAL CONDOMINIUM


Ceritera  21 Disember 2014 . Selepas mengadiri Majlis Pelancaran Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas MY , Cik iena memenuhi jemputan majlis ulang tahun Muhammad Rayyan Daniel yang bertempat di Suasana Sentral Condominium . Majlis berlansung meriah dengan dihadiri rakan-rakan dan sanak saudara. Pelbagai menu menarik disediakan. Terima kasih diucapkan kepada kak ita diatas undangan tersebut.
Selamat Menyambut hari lahir yang ke 4 tahun Rayyan. Okay Biarlah gambar berbicara (^_~)











































 Selamat Hari Lahir yang ke 4 Tahun Rayyan
(^_~)

Nota Blog : birthday Boy tengah lasak, susah nak bergambar dengan dia. Berlari kesana sini. So takde gambar dengan birthday boy (^_~)





Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve