Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Friday, October 10, 2014

Kenapa Saya Nak Bercuti Di Busan?



Jawapan kepada persoalan diatas tentulah kerana Korea adalah sebuah Negara yang tersangat menarik untuk dilawati, suasana yang damai dan tenang dapat memberikan anda ketenangan jiwa.
Sekiranya anda telah menjejakkan kaki ke Korea sudah pastinya anda berasa lebih teruja untuk pergi ke Korea buat kali kedua dan seterus nya.

Pada tahun lepas , tuan empunya blog telah pun menjejakkan kaki ke bandar pertama terbesar di Korea iaitu Seol . Disebabkan faktor kekangan masa dan terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati. Percutian tuan empunya blog hanya terhad di sekitar bandar Seol.

Maka dengan itu dengan ada nya   Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak Anjuran Bloogers Dot Com dan Majalah Libur tuan empunya blog amat berharap agar dapat peluang kedua untuk bercuti di bandar kedua terbesar di korea selatan iaitu BUSAN.


Jikalau anda ingin mengetahui tempat tempat menarik di Busan, anda boleh membaca tugasan pertama bagi cabaran ini - APA YANG MENARIK DI BUSAN?

Pasti ramai blogger blogger yang menyertai cabaran ini, tuan empunya blog pun ingin mencuba nasib. Insya Allah jika ada rezeki pasti tuan empunya blog dapat menjejakkan kaki buat kali kedua di Korea. Terasa rindu dihati dengan ketenangan dan keindahan di Korea.

Kepada yang menjangkakan untuk melihat awek awek comel di Korea, secara jujurnya awek awek korea tidak lah semua nya cantik cantik seperti didalam cerita cerita korea yang anda lihat. Tetapi kulit mereka sangat cantik jika dibandingkan dengan kulit orang Malaysia ni. Putih gebu gituw.
Ini adalah kerana faktor cuaca disana. Selama 6 hari tuan empunya blog berada di Korea, perubahan pada diri yang dapat tuan empunya blog rasakan adalah Kulit tuan empunya blog menjadi gebu , lembut . Terasa macam orang Korea pulak.

Sedikit tips untuk anda anda yang ingin bercuti di Korea , kebanyakan rakyat korea tidak gemar menggunakan bahasa inggeris . Maka dengan itu kita amat digalakkan untuk mempelajari bahasa Korea untuk memudahkan perjalanan anda di Korea . Walaupun ada diantara mereka yang memahami bahasa inggeris, mereka tetap akan membalas dengan bahasa ibunda mereka.

Pengalaman tuan empunya blog di korea ketika membeli belah di pasar pasar biasa . Terasa seperti ayam dan itik untuk sesi tawar menawar harga sehingga terpaksa menggunakan google translate on the spot dan menggunakan calculator untuk menawar harga. Tetapi sekiranya anda membeli belah di kawasan pusat membeli belah, kebanyakan mereka boleh berbahasa inggeris.




Sekian untuk tugasan kedua bagi cabaran ini.
Diharapkan tuan empunya blog menjadi insan yang bertuah untuk menyertai Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur bersama Man Raja Lawak Anjuran Bloogers Dot Com dan Majalah Libur



Korea Korea Cik iena rindu awak, rindu nak bernafas udara keluar berasap2, hehe tapi dalam gambar tak nampak la

Jom tengok video yang buat cik iena rindu sangat2 dekat korea , harap dapat lah menjejakkan kaki ke Busan, bandar kedua terbesar di korea.















 




Maaf, video record guna handphone je (^_~)
Rindu Korea Rindu Korea




Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

No comments:

Post a Comment

Facebook Comment