Grab The Promo

KAIN SONGKET - Tenunan tradisional masyarakat Melayu

Kain songket

Kain songket adalah hasil tenunan tradisional masyarakat Melayu yang sangat bernilai. Kebiasaannya pembuatan songket ini diketuai oleh kaum perempuan. Ia banyak dihasilkan di Malaysia terutamanya di bahagian Pantai Timur Semenanjung clan di negeri Sarawak. Sejarah bermulanya penggunaan songket ini tidaklah diketahui dengan pasti, tetapi dipercayai ia merupakan satu warisan yang berasal daripada istana atau ada
kaitannya dengan kesultanan Melayu, khususnya sebelum sistem
pemerintahan tradisional beraja, kecuali di Malaysia, dihapuskan oleh penjajah Barat

Istilah songket adalah berasal daripada perkataan Melayu, menyungkit menggunakan benang gimpal (emas clan perak). Ia bukanlah kaedah membuat kain atau kain secara sulam kerana penghasilan motif dibuat sebagai hiasan pada kain dilakukan semasa proses tenun. Proses menghasilkan kain songket melibatkan proses menyungkit benang gimpal pada benang loseng. Ini bermakna benang pakan emas diselitkan pada
benang biasa (kapas clan sutera) bagi menghasilkan motif pada songket .

Proses menenun kain songket bermula dengan gerak kerja untuk menenun kain daripada benang. Benang yang sudah sedia dicelup dengan warna-warna tertentu clan sudah dilerai dari bundalannya ke dalam cuban akan dialani kepada kek, iaitu digulung ke pasung clan dimasukkan ke gigi
jentera tenunan benang kekuntuk menjadi kain. Proses tenunan untuk menenun benang menjadi kain itu dipanggil mengarat. Sambil mengarat benang itu tukang tenun akan menyungkit susunan benang pada bahagian-bahagian yang telah dipastikan terlebih dahulu dan melancarkan benang emas bagi mencipta motif tertentu dalam pembikinan songket. Dalam konteks tradisi agung Melayu (fhe Malay great tradition) pemakaian songket melibatkan status pemakainya dan pemakaiannya pula penuh simbolik sebagai simbol adat istiadat dan pantang larang. Melalui catatan daripada himpunan teks sastera Melayu lama, kita boleh menemui kelangsungan tamadun berpakaian dan reka bentuk pakaian
tradisional Melayu. Misalnya di dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu dan beberapa teks lain.

Di dalam teks tersebut terdapat catatan tentang kisah atau ruang lingkup kehidupan di istana, perhubungan diplomatik dan perdagangan, perkembangan kebudayaan dan adat istiadat yang dilambangkan melalui penganugerahan persalinan kepada mereka yang berjasa dalam bentuk kain songket yang lengkap. Sesungguhnya kemasukan pelbagai budaya mengayakan songket Melayu dan kemasukan Islam mengemaskan lagi keindahannya itu.

Pada awal perkembangan songket ini, berdasarkan maklumat yang didapati daripada hikayat-hikayat lama tadi ia adalah pakaian golongan bangsawan, golongan istana ini menggunakan songket untuk menunjukkan kedudukan dan kebesarannya. Pihak istana sahaja yang dikatakan mampu dan dibenarkan memiliki songket dan mengupah penenun tempatan dan Sumatera bagi menghasilkan corak pilihannya (Selvayagam, 1990).

Rata-rata penggunaan songket ini dikaitkan dengan upacara adat dan perayaan tertentu, paling utamanya ialah pada majlis perkahwinan. Selain itu, ia turut dipakai di majlis atau keraian lain seperti majlis berendoi, berkhatan, dan khatam Al-Quran. Apabila seni telah merakyat, khususnya istana hilang fungsinya sebagai penaung seni, rakyat biasa dibenarkan memakai songket sewaktu majlis perkahwinan, namun fungsi simboliknya masih kekal, lantaran itu pasangan yang berkahwin itu dipanggil RAJA SEHARI


Nota Blog : Cik iena kawen nak pakai songket yeayyy. Cik iena dah plan nak beli dengan Bullyn Collections sebab harga nya sangat berpatutan . Walaupun cik iena tak tau bila nak kawen nya tu and dengan siapa. Cik iena nak beli jugak sebab songket ni baju warisan. Takkan tenggelam dek Zaman .
Nanti cik iena update lagi mengenai Bullyn Collections and gambar-gambar dari encik photographer semasa sesi photoshoot ni.Sibuk bebenar banyak pending blog post T___T

PIC CREDIT KPD Yusri Ibrahim







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve