Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, February 3, 2015

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10


SUAMIKU ENCIK PERFECT 10


Masih ada ker Suami/ Lelaki seperti Zarief Danial dalam cerita "SUAMIKU ENCIK PERFECT 10"
Kalau meh sini cik iena nak. Bertuah lah badan kalau dapat suami macam Zarief Danial.

Ceritera 1 Febuari 2015, Akhirnya dapat juga teman bff cik iena tengok Cerita ni, Katanya dah setahun setengah tak tengok wayang.Amboi lamanya . Sibuk sangat owner Qaseh Baked Macaroni
Semoga perniagaan Qaseh Baked Macaroni  semakin maju dan maju .

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10


Okies berbalik kepada Suamiku Encik Perfect 10 . Pada cik iena cerita ni ok lah. Lawak ada sedih pun ada. Yang pasti cik iena keluar mata merah la sebab cik iena menangis . Cik iena ni mudah tersentuh hati nya. Mudah menangis . Masalah Betul kalau tengok wayang cerita sedih. Confirm menangis . Malu nya masa dah habis movie, lampu di buka haha. Rasa nak menyorok bawah kerusi, mata merah hiding macam badut.

SINOPSIS SUAMIKU ENCIK PERFECT 10


filem Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Lisa Surihani. Kisah Suamiku, Encik Perfect 10!  diadaptasikan dari NOVEL SUAMIKU ENCIK PERFECT 10!

Bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.

Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?

Mempersembahkan Sebuah produksi


Genre : Romantik
Pengarah : Mohammed Feroz Abdul Kader
Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Global Station Sdn. Bhd.
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Malaysia
Tarikh Tayangan : 22 Januari 2015
Format : High Definition
Durasi : 124 minit

Barisan Pelakon


  • Aaron Aziz sbg Zarief Danial
  • Lisa Surihani sbg Aleeya Azmeen
  • Syazwan Zulkifli sbg Syed Muzaffar
  • Raja Ilya sbg Azura Hanim
  • Normah Damanhuri sbg Tok Zaharah
  • Jehan Miskin sbg Akram
  • Jasmin Hamid sbg Puan Yazmeen
  • Abdul Manan sbg Syed Mustaffa
  • Zarynn Min sbg Kayra
  • Abdullah Helmy sbg Yazid
  • Mak Wan sbg Maryam
  • Tunku Hanis sbg Nasmina
  • Aznah Hamid sbg Datin Hanis
  • Shaharuddin Thamby sbg Dato’ Arshad
  • Hashimah Zaki sbg Sharifah Haslina
  • Shafiz Sumari sbg Hussin

 Nota Blog : Opss tuan empunya blog pakai baju yang sama pada hari sebelum. Sebabnya tak rancang pun tidur rumah member . Tolong buat qaseh baked macaroni . Eh tapi kite mandi tau haha.. baju je sama . Lepas makan semalam nye balik rumah member pakai baju member duk rumah .







Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

No comments:

Post a Comment

Facebook Comment