Grab The Promo

6 Easiest Make Up Tips


 


Ramai wanita menganggap bersolek kadang-kala agak melecehkan. Ini mungkin benar namun dengan mempelajari beberapa makeup tricks anda tidak perlu menjadi professional makeup artis untuk dapatkan solekan yang menarik. Malah ada tips solekan yang tidak memerlukan anda menghabiskan masa sehingga berjam-jam lamanya. Cukup sekadar beberapa minit sahaja. 

Di bawah ini cik iena senaraikan antara 6 easiest make up tips for women yang anda boleh pelajari dan amalkan setiap hari atau setiap kali anda bersolek

1. Pemakaian maskara bawah mata yang kemas




Antara yang paling melecehkan tentang makeup ialah pemakaian maskara. Jika anda mengalami masalah ini, anda tidak lagi perlu risau tentang kesan-kesan mascara pada bahagian kulit di bawah mata anda kerana ianya dapat dielakkan dengan menggunakan sudu plastik seperti gambar di atas. Ianya juga dapat berikan impak bulu mata yang tebal dengan pemakaian maskara yang lebih tebal.
Selain tips diatas untuk mendapatkan kesan bulu mata yang melentik dan tebal tanpa menggunakan kos yang besar. Sebelum anda mengenakan bulu mata anda dengan pelentik bulu mata, anda panaskan terlebih dahulu dengan pengering rambut atau pun iron steamer, kemudian anda lentikkan bulu mata dan anda kenekan maskara. Kesan lentikan ini lebih cantik dan lentikan nya lebih tahan lama seolah anda memakai bulu mata palsu. Tetapi awas kerana pelentik bulu mata anda akan panas. Hati2 ketika menggunakannya (^_~)



2.  Cara pemakaian pemerah pipi mengikut bentuk muka 





Mengelakkan penggunaan pemerah pipi yang terlalu tebal adalah lebih mudah jika anda tahu cara memakai pemerah pipi yang betul bergantung kepada jenis bentuk wajah anda. 


3. Teknik menggaris 'eye liner' dengan kemas




Gaya solekan mata ‘cat eye’ sedang popular buat masa ini . Namun masih ramai wanita di luar sana yang tidak yakin dengan pemakaian 'eye liner' kerana kuatir akan comot . Untuk itu anda boleh menggunakan tips ini bagi memastikan "Eye Liner" anda tidak kelihatan comot. Anda boleh menggunakan tape seperti gambar diatas untuk memastikan solekan 'eye liner' dan pembayang mata anda tidak comot.Ianya juga dapat memastikan keseimbangan pada bahagian kedua-dua mata anda.


4.  Melembutkan maskara yang kering




Ada masanya maskara akan menjadi keras dan agak clumpy namun ini dapat dielakkan dengan menambahkan satu hingga dua titis eye drop untuk melembutkan cecair maskara!


5.   Homemade lips exfoliate



Untuk mendapatkan gaya bibir yang anda mahukan selepas memakai lipstick agar kelihatan lebih menyerlah anda harus exfoliate bibir anda terlebih dahulu. Gunakan berus gigi bersama gula dan minyak kelapa untuk homemade lips exfoliate untuk tujuan scrub.

6.  Mata Bundar dan besar




Untuk mendapatkan gaya mata agar kelihatan lebih besar dan menyerlah gunakan white pencil untuk dapatkan ilusi mata lebih besar. Jika anda lihat pada gambar di atas anda akan dapat lihat sendiri perbezaan yang cukup ketara. 






Nota Blog : Mudahkan  Tips and trick make up diatas .  



iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve