Grab The Promo

Feed The Homeless Programme 7 mei 2015

Feed The Homeless Programme 7 mei 2015
 
Aktiviti mengagihkan makanan kepada golongon yang kurang mampu terutama gelandangan masih diteruskan pada setiap khamis dan jumaat pada pukul 10 malam hingga 12 malam .
Feed The Homeless Programme 7 mei 2015
Kehadiran sukarelawan baru amatlah diharapkan dan di hargai terutama pada hari khamis kerana kebiasaan nya pada hari khamis kami kekurangan sukarelawan kerana keesokan hari nya jumaat ramai yang bekerja . Jadi ramai yang memilih untuk hadir pada hari jumaat kerana pada hari sabtu mereka tidak bekerja  jadi boleh la pulang lewat :)
Feed The Homeless Programme 7 mei 2015
Tetapi bagi cik iena, cik iena suka datang pada hari khamis . Kalau hari jumaat cik iena akan penat sikit sebab weekend cik iena banyak aktiviti .

Feed The Homeless Programme 7 mei 2015
Pada khamis yang lepas , 1charity di meriahkan lagi dengan kehadiran seorang top blogger .
+Bro Framestone  . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Semoga +Bro Framestone  di murahkan rezeki , diberkati dan dipermudahkan segala urusan
Feed The Homeless Programme 7 mei 2015


Menu pada hari tersebut adalah Kari Ayam, sayur sawi, ulam timun,sambal belacan ,cookies dan juga air carrot susu.
 


Feed The Homeless Programme 7 mei 2015



Feed The Homeless Programme 7 mei 2015
sukarelawan yang menyediakan perkhidmatan potong rambut dan cuci rambut


Feed The Homeless Programme 7 mei 2015
cik iena dan kak suri, senior volunteer

Feed The Homeless Programme 7 mei 2015
sukarelawan sibuk menyediakan makanan

 


 
Jemput baca pengalaman +Bro Framestone  menyertai aktiviti kerja amal ini
 
http://www.broframestone.com/2015/05/pengalaman-edar-kari-ayam-buat-gelandangan-di-kuala-lumpur/ 




Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.


Kepada yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.


HELP THE POOR :- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to them may be the reason Allah forgives you and enters you into Jannah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.

(Hadis Riwayat at Tirmizi)



iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com


0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve