Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Monday, June 29, 2015

Festival Ramadhan Klang 2015 | Pusat Pemborong GM Klang

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
 
Pada 27 Jun 2015 telah berlangsungnya Majlis Pembukaan Rasmi dan Berbuka Puasa Festival Ramadan Klang yang dihadiri oleh Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI) dan rakan kerjasama festival iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), +Projek Iqra'  dan Women International Network (WIN). 

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang

Festival Ramadan Klang 2015 ini  bertemakan 'Balik Kampung' , objektif festival ini adalah untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan di samping memupuk nilai-nilai murni dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
Pengarah Urusan Gamuda GM Klang Yang Berbahagia Dato' Lim Seng Kok, Presiden Klang Chinese Chamber of Commerce Industry (KCCCI)

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
majlis berbuka puasa

Terdapat lebih 120 buah gerai yang mengadakan jualan sempena Festival Ramadhan Klang 2015. Pelbagai barang-barang persiapan raya yang dijual di sini antaranya baju raya, biskut raya, dan juga juadah berbuka puasa. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli-belah tetapi juga turut dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka di Malaysia antaranya Nasir Wahab, Yantzen, Ayu Damit, Bunkface, Awi Rafael serta beberapa kumpulan Nasyid terkenal di Malaysia.

Peserta Projek Iqra’ Diraikan

Untuk pengetahuan anda, peserta-peserta Projek Iqra’ pada tahun ini telah memilih Pusat Pemborong GM Klang sebagai salah satu destinasi untuk projek mereka. Melalui Projek Shopping Raya 2015 ini, mereka berpeluang untuk membeli persiapan raya di Pusat Pemborong GM Klang melalui sumbangan yang diterima oleh pihak Projek Iqra’.
Istimewanya, mereka diberi peluang untuk membeli barangan yang mereka inginkan pada harga yang lebih murah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban mereka.
Pusat Pemborong GM Klang turut memberi duit raya kepada setiap peserta yang terlibat.

Bubur Lambuk Percuma buat pengunjung  Festival Ramadhan Klang 2015

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang

Istimewa buat pengunjung, anda boleh mengambil bubur lambuk secara percuma bermula pada pukul 6 petang sepanjang Festival Ramadhan Klang 2015 berlansung

Selain daripada itu , terdapat lorong Laman Budaya yang bertemakan suasana kampung halaman, mainan-mainan tradisional juga disediakan sepanjang Laman Budaya. Pasti ramai anak-anak kecil dan anda-anda yang suka bergambar  suka berjalan di Laman Budaya ni kerana terdapat pelbagai ruangan gambar-gambar menarik untuk dirakamkan sebagai tanda kenangan.  Kepada  pengunjung yang bergambar sepanjang lorong tersebut jangan lupa  sertakan hashtag #FestivalRamadhanKlang2015 jika memuat naik gambar di laman sosial.

Antara aktiviti-aktiviti lain  yang diadakan sepanjang festival berlangsung ialah Pertunjukan Giant Bubble, Dekorasi Cupcake, Demonstrasi Mencanting Batik, Penggayaan Hijab, Penampilan Maskot Upin dan Ipin, Bengkel Wau, Penampilan Maskot Awang Kenit, Dunia Eicak dan Cingkus, Begkel Kuda Kepang, Penampilan Maskot Chichi dan Chacha, Demonstrasi Masakan, Bacaan Ayat-ayat Al-Quran, Moreh bersama Selebriti seperti Zaiton Sameon, Nassier Wahab , Ayu Damit, Altimet, Kent Blues, Sheqal, Didi Astilah, Awi Rafael, serta ceramah-ceramah agama dan selawat.

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
kami main giant bubble :)

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
maskot upin dan ipin

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
bacaan ayat suci Al-Quran sebelum masuk waktu berbuka puasa

Persembahan Artis

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
Ayu Damit

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
Nasir Wahab

Gambar di Lorong Laman Budaya Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang

Untuk yang suka bergambar seperti cik iena, cik iena tidak melepaskan peluang untuk bergambar di lorong laman budaya .

Gambar di sekitar Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
cik iena dan adik shopping brooch

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
bergambar bersama rakan blogger dr KBBA , Bella 

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
Wah sahabat model cik iena pun turut hadir sama di Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang

Festival Ramadhan Klang 2015 Pusat Pemborong GM Klang
bersama rakan blogger +deq noor  & fana

Festival Ramadhan Klang 2015

TARIKH
26 JUN 2015 - 12 JULAI 2015

MASA
ISNIN - JUMAAT : 3.00PM - 11.00PM
SABTU - AHAD : 11.00AM - 11.00PM

LOKASI
Tempat Letak Kereta Blok C GM Klang

Selain daripada itu anda juga boleh membeli belah di Block A  dan juga block block lain . Terdapat banyak kedai di GM Klang . Yang pastinya satu hari pasti tidak cukup untuk anda membeli belah disini.

Kadar Parking

Untuk pengetahuan parking di dalam Block A hanya RM1 sekali masuk .Anda juga boleh parking di lot-lot kedai diluar diamana ianya adalah percuma. Cik iena prefer parking dalam Block memandangkan kadar parking pun sangat murah .

Kemudahan Surau

Terdapat kemudahan surau yang cukup besar dan selesa di Block C untuk kita menunaikan solat fardhu .

* Cerita mengenai kemudahan surau, semasa cik iena ke surau untuk solat magrib cik iena terserempak dengan Altimet , Wahh melting sekejap . Selepas azan dia terus solat . Cik iena minum air dan makan kuih kemudian solat . Terserempak dengan beliau yang baru selesai menunaikan fardu magrib :). Yeayy itu lah kriteria calon suami yang di cari jeng3.

Pusat Pemborong GM Klang

Alamat :

Bandar Botanic, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1,

41200 Klang, Selangor, Malaysia
(Ikut higway KESAS Exit botanic 502A  )

Phone : +60 3-3325 1788

Website : www.gmklang.com

Kepada anda yang masih mencari-cari tempat untuk membeli belah barangan persiapan hari raya mahupun barangan keperluan lain boleh lah hadir ke Pusat Pemborong GM Klang . Barangan-barangan yang dijual menawarkan harga yang amat berpatutan. Apa tunggu lagi? Jom datang ke Festival Ramadhan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang

iena eliena

Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

No comments:

Post a Comment

Facebook Comment