Grab The Promo

RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



Homemade Biskut Ferrero Rocher adalah antara hidangan yang cukup lazat untuk hari raya mahupun  di hari biasa atau sebagai buah tangan  di majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis harijadi, majlis perasmian dan sebagainya. Semalam ada yang bertanya kepada cik iena mengenai resepi biskut ni selepas cik iena memuat naik gambar di facebook dan instagram .  Okay cik iena kongsikan resepi penuh dekat blog . Jom baca .Sempat lagi nak buat utk raya tahun nie :)





Bahan-bahan Biskut Ferrero Rocher:

  1. 250gm butter
  2. 80gm gula icing
  3. 20gm qroquant/cornfleks hancur
  4. 360gm tpg gandum
  5. 100gm almond powder
  6. 40gm tpg jagung
  7. 1/2 sdt esen vanilla
  8. almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
  9. 3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
  10. coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara membuat Biskut Ferrero Rocher

  1. Putar butter & gula sehingga sebati kemudian masukkan qroquant atau cornfleks hancur
  2. Masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum,almond powder & tepung jagung.Kemudian uli sehingga sebati.
  4. Panaskan oven suhu 150c.
  5. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan di dalam dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
  6. Bakar pada suhu 150c selama 20-25 minit.
  7. Golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam putih telur .kemudian golekkan di atas almond nibs.


    RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



  8. Bakar balik biskut lebih kurang 5 ke 10 minit.
  9. Cairkan coklat masakan & celupkan biskut di dalam coklat tersebut & masukkan ke dalam paper cup.biarkan sejuk sendiri atau letak dalam peti ais selama 15 minit . Cik iena tak guna coklat masakan , cik iena guna Beryl's  Chocolate.
RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER




RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER



RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER

Okay kawan-kawan Selamat mencuba (^_~)

Nota Blog : harap maaf pada yang request video cik iena tak dapat video kan cara-cara buat . Sebab tak terfikir nak update di blog so memang takde record video. Sekadar ambil gambar dua tiga keping sahaja . Bila ada yang bertanya ,  malas nak tulis banyak kali cik iena tulis dekat blog . 


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve