Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Wednesday, September 23, 2015

Hijab


 hijab style and fashion


Sebagai wanita islam, kita wajib menutup aurat . Tahukah anda apa erti Hijab? 

Al-Hijab berasal dari kata hajaban yang membawa maksud menutupi, dengan kata lain Al-Hijab adalah benda yang menutupi sesuatu. Menurut Al-Jarjani dalam kitabnya At-Ta’rifat mendefinisikan bahawa Al-Hijab adalah setiap sesuatu yang terhalang dari pencarian kita, dalam erti bahasa berarti  man’u yaitu mencegah, contohnya: Mencegah diri kita dari penglihatan orang lain.


hijab style and fashion




Jika di perhatikan dengan teliti trend fesyen Muslimah terkini di Malaysia, ramai diantara wanita Muslim atau hijabista yang mengenakan selendang atau dikenali dengan Shawl untuk menggantikan tudung biasa. Ini adalah kerana fenomena hijab style and fashion terbaru yang cukup digilai ramai. Shawl adalah ibarat tudung moden namun ianya tetap untuk kegunaan yang sama iaitu menutup aurat

Terdapat beberapa jenis seleksi rekaan hijab style online yang boleh didapati seperti glitter shawl, chiffon shawl, lace shawl, cotton shawl, satin shawl, plain shawl, beaded shawl dan pelbagai jenis yang lain. Ianya digunakan untuk menutupi Aurat kaum hawa iaitu menutup bahu,menutup dada,menutup  bahagian atas badan ,menutup rambut dan kepala. Fungsinya adalah sama seperti hijab biasa – untuk menutup aurat bagi wanita Muslim.


hijab style and fashion




Shawls sangat terkenal dalam kalangan wanita beragama Islam di Malaysia terutamanya. Apa yang istimewa tentangnya ialah iamya hadir dengan pelbagai jenis pattern dan warna. Malah atas faktor rekaan yang lebih moden dan segar, ia telah diterimapakai untuk kegunaan ke pejabat. Ini juga adalah hasil usaha para pereka fesyen yang bersungguh-sungguh menyuntik elemen tersebut agar ianya kelihatan lebih trendy ketika dipakai. 
 


hijab style and fashion




Fesyen hijab style online juga telah mengalami perubahan yang cukup ketara sejak akhir-akhir ini hasil usaha pereka fesyen yang bersungguh-sungguh memberikan sentuhan kreatif mereka ke atas hijab atau tudung agar kelihatan lebih trendy. Ini memberikan impak yang cukup positif buat pasaran Hijab di Malaysia dan memperlihatkan permintaan yang cukup tinggi. Penggunaan Hijab juga memberikan lebih ‘wow’ factor buat anda andai digayakan dengan betul. Terdapat pelbagai stail hijab yang boleh digayakan dan anda boleh buat experiment sendiri agar menepati cita rasa dan personaliti sendiri.










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

UBER PROMO CODE - IENA

UBER PROMO CODE - IENA