Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Tuesday, December 15, 2015

Kenapa Pengkid Jadi Pilihan


Pengkid mengikut definisi Kamus Oxford adalah perempuan yang berpenampilan seperti lelaki. Dewasa kini kerap kali kita lihat sepasang kekasih yang mana pasangannya adalah pengkid. Yang mana mereka kelihatan sangat mesra dan bahagia.



Kenapa Pengkid Jadi Pilihan


Si Pengkid akan cuba sehabis daya untuk menjadi lelaki terbaik buat si teman wanita . Cik iena pun tak faham kenapa boleh jadi macam ni. Rata-rata ramai pengkid beragama islam. Kurang didikan agama kah mereka? ada kemungkinan juga.

Semasa cik iena belajar dulu cik iena pernah berkawan dengan junior yang mana dia adalah pengkid dan bertanya kenapa dia memilih untuk menjadi pengkid. Kena baca sampai habis ya. Oh ya cik iena kawan sekadar kawan dan kakak angkat gituw. Pada awalnya dia kelihatan suka pada cik iena tapi cik iena memang tak suka la pengkid. Lagi kene brainwash adalah. Sebab tu dapat tanya dia kenapa pilih jalan ni.

Memang Tidak dapat di tepis lagi pengkid memang sangat carring dan manja.Cik iena sendiri merasa walaupun cik iena cuma kakak angkat tapi cik iena di layan baik sangat. balik dari kelas pun dia nak jemput. Kalau tak makan lagi dia belikan. Wahh terharu gile. Tapi cik iena ni takot pengkid sikit takot dia lebih-lebih sebab pernah sekali dia cuba ikut cik iena mandi dekat hostel. Ahaaaaaaa mau tak takut.. Nak menangis pegang pintu bilik air tak bagi dia bukak haha. Okay menakotkan.

Semasa berkawan dengan pengkid tu cik iena cuba juga merubah dia jadi perempuan tapi tak berhasil. hanya berhasil sekali je. Itupun atas permintaan cik iena nak tengok dia berbaju kurung dan tudung. Subhanallah cantik sungguh dia berbaju kurung. Tapi apakan daya dia lebih selesa menjadi pengkid.

Cik iena pernah bertanya kenapa dia pilih jadi pengkid. Ehh sebelum tanya tu memang dah close lah kalau tak rapat tanya soalan macam tu silap-silap kene tumbuk. Dari apa yang dia cerita ianya berpunca dari keluarga. Keinginan ibu bapa yang menginginkan anak lelaki dan melayan nya seperti seorang kanak-kanak lelaki. Di belikan permainan lelaki . So bermula dari si tu lah naluri nya ke arah Lelaki. Haaaaaaaaaaa dengar tu ibu bapa semua. Didikan awal tu sangat penting. Kalau kita frust tak dapat anak lelaki jangan lah di didik dan di ajar anak kita seperti lelaki. Kesian dia bila dewasa nanti tambah lagi bila kurangnya pengisian Agama.



Faktor yang menjadikan seseorang itu cenderung menjadi Pengkid


  • Ibu bapa yang inginkan anak lelaki dan mendidik anak seperti lelaki walaupun ianya perempuan
  • Kurangnya ilmu pengetahuan dan didikan Agama
  • Kecewa bercinta
  • kekeliruan dan kecelaruan perasaan
  • Melalui pengalaman yang menyeronokkan dengan ketagih melakukan pekara yang negatif dan menjadikan dirinya lalai dan alpa akan asal usulnya


 Kenapa Pengkid Jadi Pilihan Wanita-wanita


Jom kita tengok apakah faktor-faktor yang menyebabkan pengkid menjadi pilihan:
SIFAT AMBIL BERAT

 Salah satu faktor yang menjadi tarikan mengapa ada awek cun lebih rela memilih pengkid sebagai 'boyfriend' adalah kerana sikap lebih mengambil berat yang ditunjukkan oleh pengkid. Mengalahkan lelaki! Mungkin ada kebenarannya perumpamaan bahawa hati perempuan itu umpama kerak nasi. Terkena air, lembut lah ia! Perempuan suka andai diri mereka diberi perhatian oleh seseorang. Terasa diri mereka dihargai dan disayangi dengan sepenuh hati. Kebanyakkan lelaki sekarang pula ada yang terlalu ego hingga kurang menitik beratkan soal ini. Akhirnya diri yang terlepas!

FAHAM PERASAAN PEREMPUAN

 Pengkid juga adalah seorang perempuan. Jadi tentu saja mereka faham dan lebih arif tentang apa yang diingini oleh orang perempuan. Cuma mereka memainkan peranan itu dari sudut lelaki. Mereka sedar perempuan suka dimanja dan diberi perhatian. Itulah yang dilakukan jika nak memikat seseorang. Lelaki pula bersikap kurang memahami. Kadang-kadang nak bermanja pun kena marah! Awek mana yang tahan!

SANGGUP BERKORBAN


 Seperti juga lelaki tulen, pengkid juga tak kurang hebatnya dalam melahirkan rasa cinta malah mereka sanggup melakukan apa saja demi si dia tersayang. Orang lelaki pula ada yang kurang tahu bagaimana hendak menunjukkan kasih sayang kepada kekasih hati. Selebihnya ada yang bersifat ego dan tak pernah cuba nak tunjukkan kasih sayang. Ucapan 'I love you' jauh sekali. Beli bunga setahun sekali pun susah! Bila diminta, kononya tak payah la itu semua, membazirkan duit saja. Perempuan adalah berbeza dengan lelaki, kasih sayang itu perlu diluahkan agar mereka tahu diri mereka ni benar-benar disayangi!

LEBIH ROMANTIS

 Mereka tak kisah andainya menghadiahkan buah hati mereka dengan benda yang disukai oleh si buah hati. Harga bukan persoalan. Perempuan tak pandang dari segi itu, yang penting keikhlasan. Sekurang-kurangnya sekeping kad sudah cukup untuk membuktikan diri disayangi.

DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH


 Rata-rata yang memilih pengkid mengaku bahawa mereka dilayan umpama sang ratu. Terasa diri terlalu dihargai dan disayangi sepenuh jiwa. Sebagai balasan, sudah pasti cinta dihulurkan kepada sang pengkid.
 
 
Haaa amacam lelaki, tercabar tak dengan pengkid hahaha . Mintak di jauh kan lah dari terjadi pada keluarga kita semua. Takpe lah biarpun encik BF tak romantis sekarang  dan tak seperti pengkid yang sangat carring merring ring ring .Romantis lepas kawen la baru best haha.


Nota Blog : cik iena tulis mengenai ni sebab baru-baru ni cik iena terkejut melihat housemate cik iena yang mana kedua-duanya duduk sebilik adalah pasangan kekasih. Cik iena pun tak tau nak buat apa, nak tegur ke, satu rumah tu. rasa serbasalah pun ada. Selama ni cik iena tengok mereka sangat mesra. Bila salah seorang nak pergi kerja, salah seorang akan cakap, pergi elok-elok. Jaga diri elok-elok. Alahai sweetnya. Sehingga lah suatu malam cik iena sendiri terlihat mereka berkissing sambil si pengkid membelai-belai rambut perempuan tu di depan pintu rumah . Haa ko rasa? mau tak terkejut cik iena. Berlari masuk rumah. Masa tu cik iena nak ambil kucing yang cuba keluar dari pintu. Dan ternampaklah aksi mereka depan pintu rumah.hahaha peluk kucing terus lari haha



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

Mini Lazada