RESEPI CHEESE MUFFIN


Cheese muffin adalah muffin yang lazat dan enak di makan. Sesuai di buat santapan minum pagi atau petang bersama keluarga mahupun di buat juadah untuk majlis-majlis lain.

 
RESEPI CHEESE MUFFIN
 

Bahan-Bahan:

.
Bahan Kering –
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
.
Bahan Basah –
1 biji telur gred A
1 cwn susu segar/susu cair
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn cheddar cheese ~ diparut
.
Cara Membuat:
.
1. Ayak bahan kering, baking powder, gula kastor dan garam.
.
2. Dalam mangkuk yang lain campur bahan basah telur, susu, dan minyak. Pukul sekejap sahaja sekadar untuk bercampur adunan.
.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke dalam campuran tepung dan gaul rata. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga rata.
.
4. Sudukan adunan muffin ke bekas acuan yang sudah diglis dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletakkan dalam papercup, isi 3/4 penuh, tabur sedikit parutan cheedar cheese diatasnya.
.
5. Panaskan oven dengan suhu 180’C ~ 200’C dan bakar selama 20 ~ 25minit.
.
Nota: Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras, membuat muffin telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan tangan sahaja. Suhu oven sebaiknya tinggi 180~200’C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit, bila dah panas masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven, insyalah muffin akan naik dengan cantiknya.



Sumber :www.facebook.com/KongsiKongsiResepi

Nota Blog :  Cik iena update di blog resepi ni untuk rujukan puan ibunda yang suka memasak , yang suka share resepi kat facebook tapi bila cari balik tak jumpa. Jadi bagi memudahkan puan ibunda , cik iena copy di blog senang untuk cari semula :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog