Grab The Promo

Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka


Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka



Buat pertama kalinya, Peaceyall.fm  radio online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato’ AC Mizal akan mengadakan  karnival besar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen Peaceyall.FM di seluruh Malaysia. 
 
Pada 17 Febuari 2016 yang lepas  telah  berlansung Majlis sidang akhbar Dato Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan Skoolastik daripada Kartunis Ubi yang diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside.








 Majlis sidang akhbar Dato Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan Skoolastik daripada Kartunis Ubi



Majlis sidang akhbar ini  diadakan untuk 3 projek di bawah kelolaan Dato Ac Mizal sendiri iaitu:

SIDANG AKHBAR
1. Majlis sidang akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall"
2. Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal
3. Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi



1. Majlis sidang akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall" 

 

Sidang akhbar ini adalah bagi mewarwarkan kepada umum mengenai Karnival besar besaran yang bakal diadakan di seluruh Malaysia yang mana ianya akan di mulakan di Ayer Keroh Melaka . Selaku pemilik Peaceyall.fm DATO’ AC MIZAL akan membawa lebih 150 Usahawan Untuk menjelajah Malaysia dalam KARNIVAL PEACEYALL. Untuk pengetahuan anda terdapat juga Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti tanah air yang bakal memeriahkan lagi Karnival ini.


 Majlis sidang akhbar Dato Ac Mizal untuk Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan Skoolastik daripada Kartunis Ubi


Karnival tersebut akan bermula di negeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur.
Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen  Peaceyall.fm berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi. 
Karnival ini akan berlansung dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti 
  • Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM 
  • Permainan kanak-kanak 
  • Persembahan menarik dari VJ dan selebriti
  • Persembahan Istimewa dari Dato AC Mizal 
  • Lucky Draw lebih daripada RM10,000! 
  • Konsert Kemuncak

Untuk pengetahuan anda juga,  karnival 2 hari ini merupakan karnival  pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi
HUBUNGI
  • Telefon : +6011 2626 1656 (Daz) / +6019-279 6275 (Lieza) 
  • Email : karnivalpeaceyal@gmail.com
  • Website : PEACEYALL.FM 
  • Facebook : OMGFEST2014.
Untuk pengetahuan anda, apa yang istimewa di Peaceyall.FM adalah dalam pemilihan lagu yang di keudarakan  dimana ianya mengikut permintaan pendengar  Peaceyall.FM . Bermakna lagu lagu yang di keudarakan adalah lagu-lagu kesukaan pendengar Peaceyall.FM  dan bukanlah lagu pilihan Peaceyall.FM.


 2. Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal

 

 
Majlis pelancaran permainan applikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato Ac Mizal


“DAC Peaceyall” merupakan satu aplikasi permainan baru yang diilhamkan oleh Dato Ac Mizal  untuk berhubung dengan peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong karier beliau dari dahulu sehingga sekarang.

Permainan alaf baru ini adalah satu platfom baru yang dicipta  bagi menarik minat pemain “game” tegar di mana ianya mempunyai latar belakang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato AC Mizal sendiri. Disamping itu, melalui aplikasi permainan ini, anda berpeluang mengetahui aktiviti Dato AC Mizal disamping menerima pesanan istimewa beliau dari masa ke semasa.


DAC Peaceyall



“DAC Peaceyall” Bukan setakat "game" sahaja, aplikasi permainan ini juga membolehkan anda mengetahui sambil membeli produk wangian keluaran Dato AC Mizal yang sedang hangat di pasaran sekarang. Jadi anda tidak perlu risau atau rasa was-was untuk mendapatkan produk beliau ini. Pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi permainan ini.


DAC Peaceyall

Selain untuk bermain game, aplikasi ini juga membolehkan anda mendengar terus ke stesen Peaceyall.FM yang memberi hiburan terkini. “DAC Peaceyall” ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.

 3. Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi

 

 Bagi peminat komik terutamanya komik “Ujang”, pasti akan kenal dengan kartunis Ubi atau nama sebenarnya Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar yang popular dengan siri kartun “Budak Hostel”, “Aku, Dia & Volkswagen” suatu ketika dahulu kini kembali dengan hasil karya komik terbaru berjudul “Skoolastik”.


Dengan corak penghasilan idea yang lebih menarik dan berbeza, komik “Skoolastic” ini diilhamkan untuk menarik minat semula peminat-peminat komik dan sebagai satu “come-back” kepada kartunis Ubi sendiri.

Pelancaran Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi



“Skoolastik” ini menceritakan tentang kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat anda semua tidak kering gusing menghayati komik “Skoolastik” ini. Komik 100 muka surat ini mengambil masa lebih 8 tahun ini untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang.


Menurut kartunis Ubi sendiri, penghasilan komik ini adalah bertujuan untuk menaikkan semula “trending” membaca komik ini terutamanya kalangan remaja masa kini yang lebih cenderung ke arah gadjet dan teknologi sehingga komik kartun tempatan telah dilupakan. 
Beliau berharap dengan terhasilnya komik “Skoolastik” ini akan membawa lebih sifat membaca di kalangan belia dan dapat mengimbas kembali nostalgia lama aktiviti-aktiviti pada masa dahulu.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang memberi sokongan kepada beliau untuk menghasilkan komik menarik ini terutamanya kepada Peaceyall.FM yang dipengerusikan oleh Dato AC Mizal sebagai Penaja Online Broadcast Utama komik ini.


Komik “Skoolastik” ini yang hanya berharga RM 19.90 senaskah boleh dibeli secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau di semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2016. Untuk info lanjut juga boleh lawati sosial media beliau sendiri di Facebook atau Instagram : @kartunisubi.
Okay kepada anda di luar sana jom meriahkan lagi   Karnival Peaceyall.fm  dan kepada peniaga peniaga terutamanya jom sertai Karnival Peaceyall.fm sebagai salah seorang peniaga :)



Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka
Hai korang jom pergi Karnival Peaceyall.fm Di Dataran Ayer Keroh Melaka . Merupakan Karnival besar besaran yang bakal diadakan di seluruh Malaysia yang mana ianya akan di mulakan di Ayer Keroh Melaka . Selaku pemilik Peaceyall.fm DATO’ AC MIZAL akan membawa lebih 150 Usahawan Untuk menjelajah Malaysia dalam KARNIVAL PEACEYALL. Untuk pengetahuan anda terdapat juga Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti tanah air yang bakal memeriahkan lagi Karnival ini. Karnival ini akan bermula di negeri Melaka pada 2-3 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka dan di ikuti di Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor dan berakhir di Kuala Lumpur. Tujuan utama Karnival Peaceyall ini diadakan sebagai satu landasan pihak stesen Peaceyall.fm berinteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi impak yang tinggi. Karnival ini akan berlansung dengan kerjasama bersama OMGFest Ventures, pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM Permainan kanak-kanak Persembahan menarik dari VJ dan selebriti Persembahan Istimewa dari Dato AC Mizal Lucky Draw lebih daripada RM10,000! Konsert KemuncakUntuk pengetahuan anda juga, karnival 2 hari ini merupakan karnival pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM.Bagi mereka yang berminat untuk menjadi antara usahawan bersama di Karnival Peaceyall, boleh hubungi Telefon : +6011 2626 1656 (Daz) / +6019-279 6275 (Lieza) Email : karnivalpeaceyal@gmail.com Website : http://www.peaceyallfm.com/ Facebook : OMG FEST
Posted by ienaeliena.com on Wednesday, February 24, 2016

Sumber dan gambar Kredit Kepada : http://www.pinkymomma.com
Cik iena tidak dapat hadir pada sidang akbar ini atas urusan kerja :)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve