Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam


Segala ciptaan Allah SWT  mempunyai manfaat yang banyak kepada manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Terdapat pelbagai kaedah perubatan melalui pemakanan di dalam Islam . Antara yang paling berkesan adalah Talbinah Formulasi Pemakanan Sunnah.
Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam
Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam

Hasil daripada kajian tentang pemakanan Islam daripada Dr Faszly Rahim, Dr Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Prof Dr Aminah Abdullah, tercipta lah buku yang di beri nama Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam yang di terbitkan oleh Telaga Biru .

 

Mekaray Triple-M & Meka Viniga, Minuman Talbinah untuk makanan tambahan.



Baru-baru ini cik iena telah menghadiri satu majlis perkongsian ilmu  di HQ Mekaray Ventures tentang pemakanan dan perubatan islam oleh Dr Wan Nasyruddin Wan Abdullah yang merupakan selaku Penasihat Korporat Mekaray dan juga pensyarah kanan di UKM serta merupakan salah seorang penulis buku Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam
Foto oleh Feeqsays, CVS Production
Foto oleh Feeqsays, CVS Production

Hasil dari perkongsian tentang pemakanan dan perubatan islam ini ternyata banyak juga kebaikan pemakanan mengikut perubatan Islam terutama Minuman Talbinah.  Selama ini cik iena tidak mengetahui tentang khasiat minuman talbinah. Setelah menghadiri sesi perkongsian ilmu ini baru lah cik iena tahu tentang Minuman Talbinah.

Menurut  Dr Wan Nasyruddin Wan Abdullah , setelah menghasilkan buku Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam mereka telah mengorak langkah untuk mengaplikasikan sebahagian kajian kajian pemakanan yang mereka buat  sehingga lah terhasil nya dua produk keluaran Mekaray Venture iaitu Mekaray Triple-M dan Meka Viniga. Nanti cik iena akan ceritakan tentang kedua-dua produk ini. Tapi sebelum tu cik iena juga ingin berkongsi sedikit tentang Talbinah buat anda yang masih belum mengetahuinya.
Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam
Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu. Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.

Khasiat Talbinah


Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan, diantaranya ialah :

1) Menenangkan Hati Pesakit


Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara sakit dan sembuh (an naqahah). Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud : Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )

Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).

2) Membantu Menghilangkan Kesedihan dan Kemurungan ( Depression )


Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :

“Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.

Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3) Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman


Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya” (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )

Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

4) Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah


Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.

Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah manusia.

5) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Tekanan Darah


Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6) Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah


Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

7) Mengawal Dari Penyakit Kronik Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)


Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kronik daripada merebak.

8) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)


Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

9) Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh


Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan.

Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya. Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.


Banyak kan khasiat Talbinah :)
Okay sekarang cik iena nak kongsi produk keluaran Mekaray Venture iaitu Mekaray Triple-M dan Meka Viniga dimana produk-produk ini dihasilkan hasil daripada pengajian tentang pemakanan dan perubatan Islam. ianya di aplikasi kan menjadi satu produk yang sangat banyak kebaikannya.
Meka Viniga dan Mekaray Triple-M
Meka Viniga dan Mekaray Triple-M

Mekaray Triple-M

 

Merupakan ramuan tradisi sejak 1400 tahun dahulu yg di kenali sebagai TALBINAH.
Menerusi kajian selama 10 tahun Team R&D UKM yg diketuai oleh Dr Wan Nasyruddin telah menemukan ramuan yg terbaru dgn gabungan TALBINAH maka terhasillah MEKA MIRACLE MEAL @ TRIPLE M.
 
Mekaray Triple-M
Cik iena amalkan Mekaray Triple-M di waktu pagi atau tengah hari. Kebiasaannya cik iena sangat sibuk untuk sarapan mahupun makan tengah hari. Jadi dengan adanya Triple-M ni mampu buat perut cik iena berasa kenyang. Cik iena hanya perlu makan malam sahaja setiap hari. Pada yang ingn kurus tu memang sangat berkesan.

Bahan utama yang terdapat dalam Mekaray Triple-M adalah MADU, BARLI & SUSU yang merupakan asas kepada penghasilan TALBINAH dan dicampur dengan GAM ARAB, MALT & YOGURT yang mana ianya mampu untuk mengenyangkan perut dan juga menghilangkan rasa lapar.

Produk ini  mendapat pengiktirafan Islamic Manufacturing Practices (IMP) ini mampu merawat pelbagai jenis penyakit mengikut kesuaian tubuh badan manusia.

Meka Viniga

Antara salah satu formulasi sunnah hasil kajian Dr Wan Nasyruddin dan Team R&D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dengan penghasilan produk slimming yang bukan sahaja untuk menguruskan badan, tetapi jugak untuk penyelenggaraan tubuh badan bagi memastikan badan  sentiasa cergas, bertenaga dan kekal muda.

Menggunakan tag line sedut-sedut kurus sebagai penarik minat pembeli untuk mencuba sendiri kesedapan rasa cuka di dalam Meka Viniga. Hanya sekadar koyakkan sachet sedikit dan sedut di mana jua, bila-bila masa tanpa was-was.

Mekaray Triple-M
Sedut Sedut Kurus - Meka Viniga



Produk ini juga telah  mendapat persijilan pengeluaran Islamic Manufacturing Practice (IMP)

Menarik kan, dalam buat pengajian makanan dan perubatan Islam ianya turut diaplikasikan untuk dijadikan produk untuk kebaikan kita semua.

Bagi yang ingin mengetahui tentang produk ini secara lebih terperinci anda boleh layari


 Website Mekaray : www.mekarayventures.com
 Facebook : MekaRay Ventures Official



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve