Rawatan Manicure Pedicure ala-ala Bora-Bora Island


Istimewa buat anda yang menggemari rawatan manicure pedicure yang santai lagi menarik serta unik  dan relaxing anda boleh dapatkan perkhidmatan tersebut di Bora-Bora Nail & Waxing Expert yang bertempat di LG 19 Berjaya Times Square. 


Bora-Bora Nail & Waxing Expert

Spa istimewa yang di dekorasi bertemakan Bora-Bora Island.  Dekorasi yang cukup indah, damai, tenang dengan hiasan gambar pemadangan Bora-bora Island pasti akan membuatkan anda  seakan-akan  sedang melakukan rawatan manicure pedicure di Bora-bora Island. Ditambah lagi dengan susun atur perabot yang cukup tersusun indah di warnai dengan warna-warna ceria yang mampu membuatkan hati anda berasa sangat ceria, tenang lagi nyaman  .

Bora-Bora Nail & Waxing Expert
 Bora-Bora Nail & Waxing Expert


Selain dari dekorasi yang cantik ini, pekerja-pekerja yang sangat mesra juga akan membuatkan anda berasa selesa. layanan yang di berikan cukup istimewa. Setibanya anda di Spa ini anda pasti akan di sambut mesra oleh pekerja-pekerja di sini sehinggalah selesai rawatan anda.


Bora-Bora Nail & Waxing Expert
 Bora-Bora Nail & Waxing Expert

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan atau rawatan manicure pedicure yang di tawarkan di sini bermula dari traditional sehinggalah ke rawatan yang lebih advanced. Pada hujung minggu yang lepas cik iena berkesempatan untuk mencuba Anti Age Spa Pedicure dan  Classic Manicure 

Anti Age Spa Pedicure 


Rawatan ini berharga RM160 untuk 50 minit setiap sesi. Ianya merangkumi perkhidmatan pemotongan dan pembentukkan kuku , rawatan cuticle , callus filling, coconut scrub, coconut mask, candle oil massage dan Nail Lacquer application.

Anti Age Spa Pedicure
Anti Age Spa Pedicure
Anti Age Spa Pedicure merupakan antara rawatan yang sangat cik iena gemari. Untuk pengetahuan anda bukan sahaja kulit muka perlu dimanja di belai dengan rawatan skrub dan juga mask. Kaki juga perlu. Anti Age Spa Pedicure  meliputi sapuan  skurb kelapa yang sangat baik untuk kulit kaki kita . Kulit kaki menjadi lebih lembut dan halus ditambah dengan coconut mask yang di aplikasikan pada kaki kemudian kaki kita di wrap dan di masukkan ke dalam sarung kaki yang panas untuk ianya menyerap khasiat-khasiat mask tersebut lebih cepat dan lebih efektif . Ini adalah rawatan yang cik iena sangat gemari dan rasa relax je kaki cik iena .

Anti Age Spa Pedicure
Anti Age Spa Pedicure
Selepas sapuan skrub dan mask ini kulit kaki sangat lembut , halus, lembab serta sedikit cerah. Selain itu sapuan minyak lilin juga sangat menarik. Sedikit urutan akan di lakukan semasa penyapuan minyak tersebut. Lenguh-lenguh pada kaki anda akan hilang dengan urutan dari minyak lilin tersebut.

Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish
Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish


Classic Manicure


Rawatan ini berharga RM50 untuk 35  minit setiap sesi . Ianya merangkumi perkhidmatan   pemotongan dan pembentukkan kuku , rawatan cuticle , candle oil massage dan Nail Lacquer application.


Classic Manicure
Classic Manicure



Untuk pengetahuan , pewarna kuku yang di pakaikan adalah daripada Inglot dan ianya adalah mesra wudhu . Maksudnya mesra wudhu di sini ianya dapat menyerap air pada kuku untuk anda mengambil wudhu dan bahan-bahan yang di gunakan juga tidak beralkohol .


Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish
Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish


Seperti mana yang kita tahu pemakaian pewarna kuku adalah tidak di galakkan buat anda yang beragama islam kerana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak halal dan tidak serap air untuk berwudu tetapi berbeza dengan pewarna kuku ini . Cuma nya ianya tidak ada sijil Halal  .. Jadi pada yang nak cuba anda perlu yakin dan tepuk dada tanya selera :)


Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish
ouhh ini orang tak pernah warna kuku jakun sikit haha aummmm katanya



Memandangkan cik iena dalam tempoh bendera merah cik iena teringin mencuba. Cik iena tak pernah mewarnakan kuku . Jadi cik iena cuba untuk sehari sahaja . Pada yang berani mencuba boleh la cuba okay. Tapi sebolehnya kalau nak cuba pun masa bendera merah lah ya (^_~)

Inglot-'Wudhu Friendly' Nail Polish
possing nak tayang kuku la kononnya ;)

Selain daripada dua perkhidmatan yang cik iena cuba ini, terdapat pelbagai lagi perkhidmatan yang di tawarkan . Anda boleh rujuk pada gambar di bawah .


 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

 Bora-bora Nail & waxing Expert

Untuk anda yang bukan beragama islam pastinya anda akan lebih berminat dengan perrkhidmatan ini . Terdapat pelbagai design yang ditawarkan . Okay jemput lihat pada gambar lah ya. Cik iena nak cerita panjang pun cik iena tak berapa arif  :)


 Bora-bora Nail & waxing Expert




If nak tengok lebih banyak gambar design-design kuku dan banyak lagi gambar sepanjang di Spa ini   boleh tengok di fanpage cik iena ya
(^_~) 




 Bora-bora Nail & waxing Expert
bersama pemilik BMIC Secret Of Beauty Sdn Bhd, Miss Michelle Hee dan rakan blogger yang lain


Baiklah untuk pengetahuan semua Bora-bora Nail & waxing Expert ni merupakan salah satu Spa  BMIC Secret Of Beauty Sdn Bhd yang di asaskan oleh Miss Michelle Hee . Selain daripada Bora-bora Nail & waxing Expert di Berjaya Time Square terdapat lagi Spa lain di bawah naungan yang sama iaitu BMIC Nail Spa Salon yang bertempat di Starhill Shopping Gallery and Pavilion Kuala Lumpur BMIC BeeBee Nail Spa in Farenheit 88 , BMIC properties Sdn Bhd  dan yang akan di buka dalam masa terdekat BMIC Nail & Beauty Academy.

 Untuk maklumat Lanjut sila layari atau hubungi

Website : www.bmic.com.my
Facebook : Bora-Bora Nail & Waxing Expert
Instagram : @bmicnailspasalon


 Bora-bora Nail & waxing Expert

Bora-bora Nail & waxing Expert

Bora-bora Nail & waxing Expert
 LG 19 , Lower Ground Floor Berjaya Times Square
Tel : 03-2110 2763
email : info@bmic.com.my




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve