Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Wednesday, May 25, 2016

Krisantimum Laici Kang Idea Minuman Sihat Ramadhan


Sebut sahaja bulan ramadhan pasti akan timbul pertanyaan apa menu berbuka puasa hari ini. Hari ini cik iena nak kongsi resepi mudah juadah minuman untuk berbuka puasa yang menyihatkan dan menyejukkan badan. Bila sebut sahaja Laici Kang pasti anda mengetahui bahawa ianya adalah baik untuk menyejukkan badan dan ianya merupakan antara menu yang terkenal pada bulan puasa.


Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan


Untuk itu cik iena ingin berkongsi resepi mudah untuk rujukan anda semua. Manalah tau kalau anda tiada idea untuk sediakan air apa untuk juadah berbuka nanti. Boleh lah cuba resepi mudah cik iena. Boleh dikatakan resepi campak-campak. Campak- campak bahan je dah siap :)

Tercetusnya idea untuk membuat air Krisantimum Laici Kang ini adalah kerana cik iena menggemari laici kang akan tetapi cik iena kurang gemar gula merah yang di gunakan kadang kala gula merah atau gula melaka yang di gunakan tidak sedap maka dengan itu cik iena mengubah suai resepi tersebut mengikut citarasa cik iena.

Okies mari cik iena tunjukkan cara-cara membuat Krisantimum Laici Kang


Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang 


  1. Teh Krisantimum Yeo’s
  2. Laici
  3. Bunga Kembang Semangkuk
  4. Cincau Manis
  5. Fruit Cocktail
  6. Biji Selasih
Fruit Cocktail
Fruit Cocktail

Biji Selasih
Biji Selasih yang telah di rendam

Cincau Manis
Cincau Manis

Laici
Laici

Bunga Kembang Semangkuk
Bunga Kembang Semangkuk. Gambar atas yang sebelum di rendam. Bawah selepas di rendam semalaman



Cara Cara membuat Krisantimum Laici Kang 


Mudah sahaja cara-caranya campurkan kesemua bahan ke dalam jug air iaitu Laici, Bunga Kembang Semangkuk, Cincau Manis, Fruit Cocktail dan Biji Selasih .
Kemudian masukkan air teh krisantimum Yeo’s kurang manis

Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang
Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang

Untuk rasa yang lebih enak masukkan air jus laici sekali ke dalam bancuhan tadi dan adalah di galakkan untuk membancuh air ini awal jika ingin rasa-rasa kesemua bahan meresap ke dalam air tersebut.


Teh Krisantimum Yeos
Teh Krisantimum Yeo’s
Cik iena cadangkan bancuh air awal seawal jam 4 petang atau 5 petang kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Untuk bunga kembang semangkuk. Anda perlu merendam ianya semalaman dengan menggunakan air panas supaya ianya kembang dengan cantik.
Resepi ini amat mudah untuk di buat tidak kira pada yang berkeluarga mahupun bujang.


Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang
Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang

Selain dari ianya mudah di sediakan ianya juga berkhasiat dan dapat menyejukkan badan kita.



Okay di sini cik iena sertakan video cik iena membuat resepi ini .





Mudah je kan. Selain dari bahan-bahan diatas anda juga boleh tambahkan Nata de coco dan juga jelly kelapa laut tau . Asalnya cik iena nak letak tapi cik iena terlupa nak beli :)



Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Nyummy sedap tau . Cik iena suka air Teh Krisantimum dari Yeo's ni sebab sedap, tak manis sangat dan yang paling penting tentulah Halal . Selain Teh Krisantimum cik iena juga suka air Yeo's yang lain terutama Yourgurt Yeo's . Okay lepas ni nak try buat Yourgurt Yeo's pula lah (^_~)


Seperti kita sedia maklum, Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia seperti berkelakuan baik dan juga bersedekah iaitu beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan.


eo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.
Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Untuk pengetahuan semua di bulan yang mulia ini Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) berhasrat ingin meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s.

Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih yang terletak di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Kepada Sesiapa yang menyumbang , anda berpeluang memenangi duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000!


Okay jom bagi sokongan pada Pasukan Bintang 3


Feeya Iskandar (Yeo’s Krisantimum) - Rumah Kasih Harmoni, Kuala Lumpur


Untuk Maklumat lanjut sila layari www.yeos.com.my atau hubungi talian 1300-80-2828






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


10 comments:

  1. Menarik ni... Nanti boleh dila try... Dah nak puasa ni... Recepi sndri ye kak?

    ReplyDelete
  2. Menarik ni... Nanti boleh dila try... Dah nak puasa ni... Recepi sndri ye kak?

    ReplyDelete
  3. wahhh...boleh try ni nanti..dah nak bulan puasa dah ni..

    ReplyDelete
  4. Fav jugak nie.. Malangnya, kita sokong Heliza... So nak soya he...23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe xpe bro tak kisah pun sokong mana2 janji menderma gituw :)

      Delete
  5. Class Iena menarik rasa macam nak cuba jer...

    ReplyDelete

Facebook Comment