Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Jasper Roberts - Blog

Thursday, June 9, 2016

1,000 tiket KTM intercity dan ETS percuma dari KL Sentral ke Utara, Selatan, dan Pantai Timur


Sebanyak 1,000 tiket KTM PERCUMA akan diberikan di KL Sentral pada 12 Jun 2016 pukul 10.00 pagi di mana ianya adalah sumbangan dari Tropicana Twister.
Menurut Tropicana Twister,  mereka bukan sahaja ingin menyatukan keluarga,bahkan mereka juga ingin mengukuhkan hubungan dengan semua rakyat. Pasti Raya akan lebih bermakna.


Eratkan Jalinan Dengan Tropicana Twister (KTM)



 1,000 tiket KTM intercity dan ETS percuma dari KL Sentral ke Utara, Selatan, dan Pantai Timur


 SUMBER:

Kepada anda yang ingin pulang ke kampung halaman dengan menaiki ETS jangan Lupa dapatkan Tiket Percuma ini pada 12 Jun 2016 pukul 10.00 pagi bertempat di Gate B, Aras 2, KL Sentral.



 1,000 tiket KTM intercity dan ETS percuma dari KL Sentral ke Utara, Selatan, dan Pantai Timur


Seperti Biasa perlu ada terma dan syarat . Untuk Terma dan Syarat Sila baca di  http://www.twistereratkanjalinan.com.my/tnc/tnc-ktm.pdf

Atau, cik iena tulis di bawah :)



Eratkan Jalinan Dengan Tropicana Twister (KTM)

Tahun ini kami akan mengedarkan sehingga seribu (1000) keping tiket perkhidmatan Keretapi
Tanah Melayu Berhad (“KTMB”) iaitu KTM Intercity dan Electric Train Service (“ETS”) secara
percuma dari Stesen Sentral Kuala Lumpur (“KL Sentral”) meliputi perjalanan ke sektor Utara,
Selatan, dan Pantai Timur, agar anda berpeluang untuk berhari raya di kampung bersama ahli
keluarga tersayang.

Info Penebusan
  • Tarikh: 12 Jun 2016 (Ahad)
  • Masa: Bermula daripada jam 10:00 pagi
  • Lokasi: Pintu Pagar B (“Gate B”), Aras 2, KL Sentral


Pelepasan
  •  Tarikh dan Masa Pelepasan:
(i) KL Sentral ke Johor Bharu Sentral – 3 Julai 2016, jam 11:59 pagi
(ii) KL Sentral ke Tumpat – 3 Julai 2016, jam 8:00 malam
(iii) KL Sentral ke Ipoh – 4 Julai 2016, jam 12:30 petang
(iv) KL Sentral ke Padang Besar – 4 Julai 2016, jam 9:30 pagi


TERMA DAN SYARAT



1. Eratkan Jalinan (“Kempen”) dianjurkan oleh Etika Sdn. Bhd. (17296-P) (dahulunya
dikenali sebagai Permanis Sdn. Bhd.) (“Penganjur”). Kempen ini dibuka kepada semua
warganegara Malaysia dan/atau Penduduk Tetap di Malaysia yang berumur 12 tahun ke
atas kecuali kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Penganjur, wakil
dan/atau ejen yang berkaitan dengan Kempen ini dan juga ahli keluarga mereka yang
terdekat (anak, ibubapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri).

2. Peserta tidak akan dikenakan sebarang bayaran bagi tiket semasa Penebusan dibuat.
Tiket tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

3. Setiap peserta hanya boleh menebus maksimum dua (2) tiket bagi mana-mana KTM
Intercity atau ETS, dalam satu masa. Kuantiti tiket adalah terhad, keutamaan akan
diberikan kepada mereka yang terawal.

4. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan Kempen
ini atau tarikh Penebusan tiket tanpa sebarang notis pemberitahuan.

5. Jikalau peserta gagal menggunakan tiket pada tarikh dan masa yang dipilih oleh peserta,
tiket tersebut akan terbatal.

6. Jikalau peserta kehilangan tiket sebelum atau pada tarikh/masa perlepasan, peserta
tidak berhak untuk menuntut gantian bagi tiket yang telah hilang.

7. Tiket yang telah ditebus tidak boleh dipinda tarikh dan/atau masa pelepasannya dan
tiada gantian tiket akan diberikan sekiranya tiket tersebut dibatalkan.

8. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan, kejadian
yang tidak diingini, kecederaan, kehilangan nyawa atau kemalangan yang mungkin
berlaku semasa hari Penebusan atau perjalanan bersempena Kempen ini.

9. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang
permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.

10. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan sekiranya peserta
melanggar Terma dan Syarat Kempen ini.

11. Pihak Penganjur berhak untuk menyingkirkan, menolak atau membatalkan mana-mana
penyertaan tanpa memberikan sebab.

12. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang mungkin
menghalang peserta daripada terus mengambil bahagian atau meneruskan perjalanan
semasa menyertai Kempen ini, akibat daripada sekatan teknikal tertentu, had lain
termasuk tetapi tidak terhad kepada peristiwa peraturan, arahan kerajaan, bencana
alam lain-lain.

13. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas pembatalan dan/ atau kelewatan
keretapi diatur untuk peserta atas sebarang sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada
bencana alam atau masalah logistik atau teknikal di stesen-stesen keretapi. Pihak
Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang timbul akibat
daripada kejadian tersebut, dan peserta bersetuju tidak akan menuntut tiket atau apaapa
pampasan daripada pihak Penganjur.

14. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk membayar sebarang kos atau
gantirugi kepada peserta akibat daripada menyertai Kempen ini melainkan harga tiket
semasa hari Penebusan.

15. Pihak Penganjur berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat, gambar, suara
atau video rakaman penyertaan peserta tanpa perlu mendapat persetujuan atau
membuat apa-apa bayaran kepada peserta untuk sebarang tujuan pengiklanan, publisiti,
perniagaan, promosi atau mengumumkan nama peserta dalam mana-mana media cetak
atau elektronik. Peserta dengan ini mengesahkan bahawa tiada kebenaran yang diperlukan di
bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau apa-apa persetujuan kontrak untuk
pendedahan apa-apa maklumat peribadi peserta oleh pihak Penganjur.

16. Pihak Penganjur berdasarkan pertimbangan mutlaknya berhak mengubah, membuang
atau menambah sebarang Terma dan Syarat dari masa ke semasa tanpa sebarang notis. 





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


No comments:

Post a Comment

UBER PROMO CODE - IENA

UBER PROMO CODE - IENA