Grab The Promo

Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja


Lebih 60% rakyat Malaysia menyatakan hasrat mereka menyimpan duit untuk Hari Raya berikutan kos sara hidup yang meningkat. 95% dan ke atas masyarakat mempunyai pandangan positif tentang membeli belah atas talian dan membeli belah atas talian telah menjadi saluran utama bagi mendapatkan tawaran hebat Raya ini. 
 
Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja
Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja
 
 
Untuk pengetahuan semua, bersempena Hari Raya Aidlfitri 2016, 11 street telah menganjurkan  Kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ dimana 11street menawarkan segalanya di bawah satu bumbung untuk Raya dan Ramadhan, terutama sekali buat mereka yang ingin berjimat cermat.
 

11street’s CEO, Mr. Hoseok Kim mingling with a media representative at the Ramadhan dinner
11street’s CEO, Mr. Hoseok Kim meluangkan masa makan bersama media sewaktu majlis berbuka puasa baru-baru ini
 
 
Bersama ini cik iena lampirkan Kaji Selidik oleh 11 Street tentang rakyat Malaysia mengenail online shopping  hasil dari Kajian dalam talian yang telah mereka lakukan baru baru ini.

 

Kaji Selidik Raya 11street: Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja 

 

CEO 11street, Encik Hoseok Kim menyampaikan pandangan mengenai trend perbelanjaan Raya daripada kajian 11street baru-baru ini
CEO 11street, Encik Hoseok Kim menyampaikan pandangan mengenai trend perbelanjaan Raya daripada kajian 11street baru-baru ini
 
 
Dalam usaha untuk memahami perbelanjaan rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Raya, 11street telah menerima maklum balas lebih daripada 2,000 responden melalui satu kajian dalam talian baru-baru ini. Dijalankan dari 16 Mei hingga 6 Jun,
maklum balas yang diterima dianggap sebagai suara masyarakat Malaysia lalu dianalisis dan dibahagi kepada 3 kategori penting – corak perbelanjaan, keutamaan dan pilihan platform membeli belah. 

Rakyat Malaysia akan berbelanja lebih Raya ini!


Menjelang Hari Raya, kos sara hidup yang meningkat di Malaysia ternyata dirasai oleh masyarakat, di mana 90% daripada penduduk yang dikaji menyatakan perbelanjaan ketika musim perayaan Hari Raya kemungkinan akan meningkat.

Berikutan dengan perlaksanaan GST pada tahun 2015 dan kelemahan ringgit Malaysia, rakyat Malaysia kini tercari-cari cara efektif untuk menggunakan setiap ringgit yang dibelanjakan dengan sehemah mungkin.
 
 
Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja
 

“Kenaikan kos boleh juga diterjemah sebagai peningkatan perbelanjaan ketika musim perayaan, memandangkan keperluan meraikan perayaan tetap menjadi satu keutamaan,” kata Hoseok Kim, CEO 11street. “Ketika musim perayaan ini, 11street menawarkan pelbagai cara untuk mendapatkan barangan yang anda suka melalui kempen ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’. Melalui kempen ini, kami turut menjanjikan jaminan harga terendah melalui segmen tawaran ‘Shocking Deals’ di aplikasi 11street. Ini bermaksud semua orang masih berpeluang untuk meraikan perayaan, tanpa perlu berbelanja lebih”. 
 

 

 Keperluan – Pakaian, Makanan dan Deko


lebaran luster
Selain corak perbelanjaan rakyat Malaysia, kaji selidik turut mendapati bahawa baju Raya masih wajib dibeli ketika sambutan Hari Raya kerana ia mempunyai hubungan signifikan dengan tradisi Hari Raya. 78% dari responden menyatakan mereka akan membeli Baju Raya baru terlebih dahulu sebelum membeli barangan lain seperti aksesori, kasut, dan barangan mewah yang lain. Menariknya kajian ini ialah ia menunjukkan peningkatan kesedaran jenama di kalangan lelaki apabila membeli baju Raya.

Dunia fesyen sentiasa berkembang. Lelaki masa kini lebih berminat dengan barangan berjenama dan lebih traditional, manakala wanita kini bersedia mengambil peluang untuk kelihatan lebih menonjol. Di 11street, kami melangkah dalam dunia fesyen Raya ini bersama pereka tempatan yang terkenal, membawakan kepelbagain stail ekslusif seperti batik, French chic, dan keanggunan klasik yang sesuai dengan cita rasa penggemar fesyen moden,”jelas Mr Kim.

Antara perbelanjaan lain, rakyat Malaysia turut memaklumkan bahawa keistimewaan Raya seperti kuih muih, biskut dan hiasan turut termasuk dalam senarai keperluan. Kos sara hidup yang meningkat tidak menjadi penghalang kepada sambutan, tetapi ia menunjukkan sedikit kekangan meraikan Raya kali ini dengan meriah.

Rakyat Malaysia kini lebih berhemah dan semakin bijak dalam mengurus perbelanjaan mereka. Sebagai contoh, lebih daripada 60% rakyat Malaysia melihat betapa pentingnya melibatkan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berbelanja. Oleh itu, terdapat satu trend yang semakin berkembang iaitu peralihan membeli belah atas talian, kerana ia mampu memberi peluang untuk berjimat dan pilihan yang lebih baik. 

 

Keterbukaan untuk Perbelanjaan Atas Talian!


Kaji selidik turut menunjukkan bahawa 95% rakyat Malaysia bersikap terbuka membeli-belah atas talian dan mengatakan teknologi memainkan peranan penting dalam penubuhan e-dagang. Tambah beliau, "E-dagang sekali lagi terbukti menjadi pilihan rakyat di mana ramai yang lebih senang membeli barangan atas talian. Menjelang Hari Raya, 11street menjangkakan lebih ramai orang akan bertukar ke membeli-belah atas talian kerana ia mudah dan menjimatkan masa. "

E-perdagangan akan memberi impak dalam mengubah industri beli-belah buat tahun-tahun yang akan datang di mana masyarakat kini beralih ke era celik IT. Belia di negara ini sudah mula mendigitalkan perniagaan mereka sebagai sampingan kepada perusahaan konvensional. Negeri-negeri seperti Kedah, Perak dan Sarawak kini turut menyaksikan peningkatan dalam penerimaan membeli belah secara digital. 
 

Utamakan Keperluan untuk Raya


Melalui maklum balas dari kaji selidik tersebut, Kim turut menekankan, “Adalah amat penting untuk memahami pengguna terlebih dahulu, maka barulah boleh melakukan persediaan walaupun ekonomi mengekang kuasa beli pengguna. Memandangkan musim perayaan kian tiba, 11street memahami betapa pentingnya buat pengguna untuk membeli keperluan pada harga yang berpatutan.”

Kim menambah, “Dengan lebih dari 6 juta produk pada harga berpatutan ditawarkan oleh 19,000 penjual di bawah naungan 11street, kami memberikan kesempatan buat keseluruhan rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Raya tahun ini tanpa memberi bebanan lebih atas dompet mereka. Di 11street, kami komited dan sentiasa berusaha untuk menawarkan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami.”
 
 


Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Perkara Penting Sahaja
Dari kiri ke kanan– 11street’s Vice President of Marketing Communication, Ms. Wong Siew Lai; 11street’s CFO, Encik Naza Rahim; 11street’s CEO, Mr. Hoseok Kim; and 11street Senior PR Manager, Ms. Judy Wong
 

11street menawarkan Kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran dengan menampung segala keperluan Hari Raya dengan penawaran diskaun sehingga 90% dan juga kupon pemberian bernilai RM10 juta bagi menyokong jenama-jenama popular seperti Tupperware, Syomirlzwa Gupta dan Nestle. Ini bagi membolehkan semua pelanggan di seluruh Malaysia, menyambut perayaan secara tradisi  mampu untuk memiliki keperluan Hari Raya meskipun ingin berbajet.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran, sila layari 11street.my atau hubungi 03-272 0000 untuk keterangan lanjut.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com




1 comments:

Facebook Comment

Related Posts :

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve